Dec 31, 2010

kena buat plan baru!

at 11:15 PM Comments
sebelum ni duk cakap2 pasal plan A lah, plan B lah tup2 smalam baru tersedar yang plan A memang kompem2 takleyh jalan. hahaha boleh pulak lupa kan. so kami mencari2 lagi plan baru hehehe.

Plan B macam ada kemungkinan okay tapi masih samar-samar. maka jadik lah plan B.1 hahaha sesuka hati aku je plan B.1

tapi ada jugak lagi plan C. haaaaa masih ada plan C. sebab plan A dah buang kena la tambah plan baru. so skang ni plan B.1 dan plan C. kekekeke

ceit, alih2 kawan2 aku jugak y on dulu. xpe2, nanti dua2 orang kena datang kenduri aku bawak laki masing2 ye . dan jugak hadiah besar2 sebab dah kahwin

tokorode~

sapa rasa baju ni cantik angkat tangan! cantiknyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~



Dec 30, 2010

xmo guna bunga tangan aci x?

at 9:19 PM Comments
hmmm dah lama dah xmerapik meraban my angan-angan perkahwinan kat sini. lately busy sangat dengan fyp. yes, saya masih lagi belajar kak. tapi dah gedik2 nak buat persiapan kahwin ye. hahaha. ok, nak kata persiapan tu takde la persiapan yang macam b2b yang lain. yang dah nak kawen lagi bape bulan. nope, mine is more to step awal nye preparation. paling awaaaaaaaaaaaaaaaal sekalik. hihihi apekah itu? orang y dah start serious pasal perkahwinan tau la kot step y mcm mane haha. 

memang tak dinafikan la, dah survey macam-macam. dah kira2 bajet sumer kan. tapi apa-apa pon belum boleh buat lagi. apa-apa pun kena tunggu i balik malaysia dulu! lagi bape bulaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan je lagi.

ok, cakap pasal preparation ni...lately kami banyak focus kat photographer. mencari2 yang paling best, paling jimat cost, paling segala-gala lah. and my partner ni bukan jenis yang sumer nak ikut hati dan perasaan serta keinginan daku sorang je. kiranya x serah bulat-bulat kepada ku lah. every litle things, semua dia take part. bincang elok2. dan tak sangka lah kan duk carik2 photographer pun laaaaaaaaaaaaaama gilos. haha

tapi takpe, long way to go. so pelan2 lah bincang dan rancang. tapi haritu ada terberangan kejap pasal bunga yang pegang kat tangan. selalukan orang pegang bunga. xkisah lah bunga betul ataupun bunga plastik. tapi aku tetibe terfikir satu benda ni. nampak macam kanak2 tapi tengok lah cane. kekekeke sebab ngah carik2 benda2 yang boleh melaksanakan impian daku iniiiiiiiiiiii. tungguuuuuuuu~

Dec 17, 2010

plan A ke plan B? mari buat plan C

at 10:47 PM Comments
sekarang ni kalau boleh hari-hari nak update ngan 2 my bestfrens. kenapa?sebab kedua-duanya pon sekarang sebokkkkk jugak ngan wedding preparation. semua pun dah start kira2 bajet.survey segala termasuklah hari. tapi yang kelakarnya, kami ni kemungkinan akan buat pada waktu yang mungkin sama. 

xde la sebijik sama tarikh seketul2. tapi jangka tu tak lari banyak la. aku pun xde lagi tarikh seketul-seketul. cuma plan kasar tu ada la sket2 kan. tapi dua2 waktu yang kami(aku n dia) duk fikir2 tu pulak tarikh salah satu daripada mereka la. 

contoh mudah. aku ada la plan tarikh A dan B. tapi bestfren 1 nye tarikh ni masuk lam plan A dan bestfren 2 masuk lam tarikh B. hahahahahaha cemano tu?

xpe2, harap2 aku tak miss la dua2 majlis penting  ni. siapa? rahsia haha. bila? rahsia jugak keke.

Dec 14, 2010

walaupun mcm xde peluang, still mengharap dpt menang salah satu!

at 12:55 AM Comments
ok. aku dah join dua contest. and kalau menang salah satu memang berbaloi2 lah. pakej photography worth RM2000++ kot. 

  1. contest by ministry of moment yang dah tamat haritu.tunggu keputusan je ni.*dubdabdubdab
  2. foto by razali : wedding photography giveaway contest yang akan tamat 31 dec ni *sape2 nk join silalah ye. hehe mana tau dapat tuah ke kan.

walaupun jauh di sudut hati ni macam xde gaya nak menang aje. entah lah, xde luck kot haha. mungkin bukan rezeki aku dalam bab join2 contest bagai ni. entry org len sumer gempak2. naaaaaaaaaaaaak sangat menang kan tapi......... 

plis.plis.plis.plis.

kalau betul memang rezeki, insyaAllah dapat. kalau xde rezeki nak buat cmno kan. 

*pray hard*

Dec 11, 2010

pray for me plis?plisssssssssssssssss~

at 12:50 AM Comments
ni contest baru y aku br discover lately, and aku dah pun masuk. entry ade di sini. yes another blog. semata2 kerana contest ni tau! bukan la nk kata semangat, tapi alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal bahu. kalau boleh masuk kepala pun nak diusahakan.

oh, act blog tu dah lama ada. aku guna kalo time nk ubah2 layout blog. aku testing kat situ dulu. sebab tu nama blog testing. ok abaikan. aku post entry kat situ ade sebab2 die. sebab gambar y aku nak letak tu besar. n aku nk letak original size. mls nk shrink. xbest.so letak je la situ hehehe 


sape yang berminat nak join, boleh g jenguk blog ni. nak tengok gambar banyak2 pon boleh jenguk facebook ni.

sape2 nak tengok entry aku boleh ke sini. walaupun x seberapa, boleh lah kamu tolong doakan aku ok? hehehe. kalau ada rezeki aku, boleh menang skalik.. bestnye!pray for me!

Dec 5, 2010

xde ke lelaki yang nak buat blog persiapan kahwin?

at 3:24 PM Comments
setakat aku duk selongkar2 sana-sini, baca sana-sini, blog persiapan kahwin semuanya ditulis, dikarang oleh perempuan. setuju? dan kadang kala tanpa usul periksa kita terus buat kesimpulan bahawa penulis adalah seorang perempuan. setuju?

haaaaaaaaa, agak2 kenapa lah ye lelaki xde yang buat? semua pompuan je yang bersemangat. nampaklah keterujaan nak buat preparation tu. kenapa ek? lelaki tak teruja ke?

haaaaa. tak baik buat kesimpulan macam tu.bagi aku, bukan lelaki tak teruja. tapi cara dorang express tu lain sikit. pompuan lak lain sikit. betul x?

tokorode, 

dulu macam pernah dengar pepatah. lebih kurang macam ni. di sebalik kejayaan seorang lelaki , ada seorang perempuan. x ingat dah cmne. tp cmtu la. tapi pompuan pon sama je. di sebalik kejayaan dia tu pun ada gak lelaki. tak kesah la, ayah ke, adik, abang, suami, bla3.

sama gak la ngan blog kahwin. walaupun kita tahu yang menulis ialah perempuan, keterujaan tu nampak si perempuan, tapi di belakang yang menyokong ada si lelaki. ada ke orang buat blog cmni sendiri2 macam syok sendiri terlebih. mesti la ada si lelaki di belakang.

tapi ada segelintir masyarakat kita ni silap. aku tahu, ada yang janggal .lagi2 kalau blog kahwin ni dibuat oleh orang yang baru je in a relationship kan. pastu terus la berprasangka. ish penulis blog tu dah buang tebiat ke? gatal sangat dah ke?angin takde ribut takde tetiba ada blog kan. 

aku tak cakap orang lain. aku sendiri pun pernah ditanya. segala perancangan yang tertulis dalam ni semua aku plan sorang2 ke? eh, ada pulak macam tu. kalau plan sorang2, kena kahwin sorang2 la kan? hahaha. of course la aku plan sama-sama ngan si lelaki. cuma mungkin aku tak gtau kamu semua hasrat hati kami dari awal tetiba buat blog. tu yang terkejut eh.

hmmm, entah lah....sesetengah orang x suka tulis setiap perancangan secara public. tup2 eh dah bagi kad jemputan. ok je.no hal la kan. tapi ada yang nak tulis kat sini every single step. supaya xde yang tertinggal. bukan niat untuk canang ke seluruh pelusuk dunia, cukup sekadar peringatan diri kami sendiri. step by step yang kami tempuhi dan bakal tempuhi. tu je. x salah kan?

Dec 3, 2010

lain dari yang lain?

at 6:41 PM Comments
okeh. kalau cakap pasal blog b2b ni kan, yang ada dalam kepala mestilah persiapan nak kahwen kan.yang paling menarik ialah entri2 mengenai idea2 masing2 nak untuk hasilkan barang DIY, dan senang nak kongsi idea ngan org lain terutamanya b2b yang lain2 lah.

kat tepi2 blog aku ni lagi lah. semua mantap2. masing2 ada hasil kreatif DIY tersendiri. tapi berbeza ngan blog aku ni. xdenye DIY tu. mungkin belum ada. i bet ada yang hampa kot masuk blog b2b ni. hampeh! tak membantu langsung! hahahah

sorry lah kalau itu yang kamu harapkan kalau tetiba termasuk lam blog aku ni time google nak carik blog persiapan kawen. aku mungkin belum sampai masanya lagi nak DIY bagai ni kan. haha

cuma ni mungkin satu lagi blog ala2 personal tapi menyentuh bab2 perkahwinan sahaja! apa yang aku fikir, apa yang aku berangan dan macam2 lagi lahkan. lagipun perjalanan kami jauh lagi.bukan macam sesetengah blog yang dah ada saki baki je lagi ke tarikh big day kan. hehe

apa-apa pun thanks lah kalau tetibe TERjejak ke sini tapi hampa bila tengok isi. =P
Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea