Sep 29, 2012

pengalamanku : 2nd pregnancy...

at 6:04 PM Comments
Assalamualaikum... alhamdulillah...sekarang ni dah masuk 10 minggu...dah nak masuk trimester kedua. macam x percaya, trimester pertama dah nak berlalu... 


The fetus is only about 1.2 inches / 3 centimetres long from crown to rump, and weighs less than a sixth of an ounce / 4 grams. Even so, it's busily swallowing and kicking. Each day more minute details start to appear, such as fingernails and peach-fuzzy hair. 


Read more: http://www.babycenter.com.my/pregnancy/fetaldevelopment/10weeks/#ixzz27qpvPDdh

Kalau nak buat perbandingan dengan kandungan pertama dulu, memang sampai sini aje lah boleh bandingkan sebab kandungan dulu selamat membesar sehingga 7 minggu sahaja sebelum keguguran.. tapi tetap memberi banyak perbezaan.. 

1. alahan. 
mengandung kali ni agak teruk berbanding yang dulu. tapi mungkin tak seteruk orang lain hehe. kali ni memang kerap rasa pening, mual, nak muntah segala. tapi sampai ke harini baru 2x muntah hehe. rasa nak muntah tu selalu je ada tapi aku akan control dan tak ikut sangat perasaan. selalunya setiap kali lepas makan la akan datang rasa pening tu. terasa di awang-awangan je. lagi2 kalau makan banyak..lepas je suapan terakhir, basuh2 tangan xsempat duduk dah rasa nak muntah balik. so aku skang ni memang kurangkan sket la portion yang aku makan..xbanyak macam dulu. aku kan makan macam gergasi dulu haha

2. pemakanan 
dari segi makanan pulak, setakat ni aku masih boleh makan normal, seperti macam mana aku makan sebelum mengandung dulu. tak ada makanan yang aku tak boleh makan alhamdulillah...sesetengah orang tak boleh makan langsung, lepas makan terus muntah balik. aku so far masih berjaya menyimpan sehingga dikeluarkan sebagai sisa hadam je la hehehe. awal2 dulu aku akan sediakan asam atau jeruk la..lepas makan je aku akan makan sikit untuk hilangkan rasa payau/tawar dalam mulut. rasa mcm ni la yang buatkan nak muntah.. 

3.mengidam 
hmmmm setakat ni aku belum mengidam nak makan benda2 pelik atau yang menakutkan atau yang sukar untuk diperolehi. cuma kadang2 tu perasaan teringin nak makan sesuatu makanan yang aku nampak depan mata. contoh nampak iklan pizza, terasa nak makan ..bila dah dapat sekeping je la aku makan sebab aku mmg bukan jenis makan pizza sangat. pastu pernah mimpi makan nasi ayam. esoknya aku buat la nasi ayam. pastu pula, contoh kalau teringin nak makan sesuatu, tapi on the way tu aku dah makan benda lain tapi macam dah kenyang..x dapat makan apa yang aku rasa nak tadi tu xde la rasa kempunan ke apa.. 

4.angin 
haaa yang ni memang banyak sangat dalam badan aku...dulu macam xde sangat. tapi skang asyik nak sendawa je. memang rasa lah angin dalam badan. pastu masalahnye kadang2 xreti nak sendawa keluarkan angin. last2 jadi x selesa la perut. kadang2 minum air suam2 cepat gak angin kuar.

hmm apa lagi ek...nanti kita sambung lain lah pula okay...

doaku semoga bayi ini membesar dengan sihat dan selamat dilahirkan ke dunia andai ditakdirkan ianya rezeki kepada kami dari Allah...cant wait to see you!!

Sep 23, 2012

Selamat datang zuriatku#2

at 8:41 PM Comments
Assalamualaikum...

dah lama aku pendam, lama aku simpan dan lama aku fikir..harini baru dapat kekuatan nak buat entri ni...maklumlah dengan pengalaman keguguran 1st pregnant dulu, pastu pulak dengan berita sedih pemergian arwah abah (full story here : 1 , 2 , 3 & 4 ) membuatkan aku xde mood nak bercerita pasal new family..

bape kali duk tanya2 encik suami nak buat press conference ni haha. tapi dia cakap tunggu la abes 1st trimester dulu. tapi biasa la..keterujaan si ibu melebihi segalanya hak2. lagipun aku dah lama xbuat post, dah jemu tgk blog snirik yang basi ni. so i come out with this happy news!!!

Alhamdulillah aku kini berbadan dua....sekarang sudah mencecah 9minggu dah. to be exact.

Lilypie Pregnancy tickers
Fetal development - 9 weeks pregnant




aku dapat tahu pregnant pun serentak dengan masa arwah abah masuk hospital dulu.

semoga kehadiran ciptaan Allah dalam perut ni sedikit sebanyak mengurangkan kedukaan kami. Al-fatihah untuk arwah abah... and welcome new family :)

will update more after this...byk nk kongsi pengalaman baru kali ni. totally different from previous pregnant. stay tuned~
Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea