Oct 12, 2016

EP mom-to-be?

at 9:46 AM Comments
Assalamualaikum.

In next 3 days, our little baby will turn to 4 months old.

3 days ago, she refused to direct feeding. Fully refused including night time. 😧😧😧😧

Only Allah knows how i feel now. The feeling during feeding session is gone. The struggle is real you know!

This week, we are like a zombi. Trying to direct feeding her but when she refused...all screaming and crying all night. Both me and my husband are struggling to put her to bed afterwards. 😂😂😂

After some consultation with lactating consultant last night, i have to change my routine now.

👇to get baby recognize me more. She misses me!!!
✔Get more skin-to-skin with baby
✔Babywearing while having dinner so that baby have more time with me before bed time.
✔Have more privacy with baby only in the room

👇to maintain milk supply. Since baby reject me, i have to put more in demand.
✔pump before sleep
✔pump after wake up
✔never skip pump session at office

I already made an appointment wirh the consultant. Next sunday. Will share in details later after the session.

Aug 19, 2016

Dugaan ibu menyusu

at 5:33 AM Comments
Assalamualaikum

Rasanya semua ibu menyusu dah maklum dugaan2 yang bakal tiba jika menyusukan anak. Aku pun x terkecuali. Cumanya kali ini memang betul2 cabaran bagi aku sebab delisha menyusu lebih banyak berbanding abang dan kakaknya.

7am-7pm : 18oz

Macam baby boy dah.

So apa dugaan untuk aku? Yang paling ketara ialah :

Dahaga.
MashaAllah. Aku tak pernah rasa dahaga macam ni. Dari dulu aku jenis yang susah sangat nak minum air. Kalau 1 liter tu macam dipaksa2 nak habis. Tu pun minum sebab xnak susu drop. Kalau x..jauh panggang dari api la jawabnya.

Tapi kali ini, kejap2 aku minum air. Sedar2 baru pukul 2 petang dah habis 2 liter air. Memang luar biasa sungguh.

Lapar.
Yang ni agak ketara. Aku memang makan banyak dari dulu. Tanya lah orang lain cmne. Tapi sekarang lagi lapar haha.

Pagi2 dah makan biskut 10keping cicah air milo.
Lunch pukul 12 makan nasi macam biasa
Pukul 130 dah kebulur balik. Makan roti sosej pukul 2.
Pukul 3 makan kek span y beli kt seven eleven.
Air berkali2 minum. In between makan cookies non stop.
Petang balik xsempat masak sbb dah kelaparan. Tapau je makan utk dinner.


Seriously?? Like an eating machine!!

Patutlah orang cakap kalau bulan puasa sampai menggigil2 tahan lapar satu hari. Aku xtahu apa keadaannya kalau aku tahan lapar 1 hari xmakan.

Bagi aku ni memang betul2 pengalaman kali pertama walaupun anak 3.

Tabahnya ibu2 yang anak lelaki semua minum susu lagi banyak. Patut lah boleh kurus...cepat sangat kalori terbakar bila pam susu.

Tapi ak belum kurus lagi la 😂😂

Aug 17, 2016

Bermulanya rutin baru

at 12:00 PM Comments
Assalamualaikum...

Delisha dah 2bulan..maksudnya aku pun dah kembali ke pekerjaan lama la. Huwaaarghhhh kejapnya rasa cuti berpantang 2 bulan. Pantang apa pun xtau haha.

Still need to catch up with new routines with 3 kids around. Its not easy!! Daily routine will take up to almost an hour, from wake up to get them out of the house. A lot of bags for sure.

✔Beg susu mama
✔3 beg baju anak2
✔Handbag mama
✔2 lunch box for mama n papa
✔3 kids

Emosi abang dan kakak ada pasang surutnya. Kakak as always, cranky bila bangun tidur..full of unrealistic reasons bila xnak bangun tidur. Then dua2 nak pegang tangan mama kiri kanan all the way to the parking.

Terpaksa tukar task. Papa kena dukung baby. Kalau tak, harulah mamanya nak pegang tiga2 sekali.

Tambah lagi sekarang tengah bersemangat nak masak bekal for lunch and balik rumah pun masak dinner. So far still can manage. Baru 3 hari kerja kot hahaha

Harap2 berterusan lah.

Jul 19, 2016

Selamat datang zuriatku #4- detik cemas 3

at 6:13 PM Comments
Assalamualaikum.

Lama betul rehat sementara nak sambung detik cemas nih.

Bersambung daripada cerita lepas, bila aku dah xtahan sangat rasa macam baby betul2 nak keluar dah sangat2,I couldnt think more other than let go of my husband's hand and just lay down on the floor.

*saat kejadian ingat2 lupa dah sebab too panic at the moment

Rasanya husband pun dah xsempat nak tekan butang(?) lift ms aku baring je kat situ. Bila rasa baby makin nak keluar tu mulanya macam nak tahan so punggung terangkat. Bila ingat balik tips xnak koyak ak rapatkan punggung ke lantai. Kaki dah angkat.

Kebetulan sorg doktor pakar bhg neuro (i found out later) yang nak masuk kerja lalu terus tengok keadaan ak y dah x bermaya. Lalu disuruhnya husband stay dia nak pergi panggil doktor. Tapi husband yang dah tentunya panik sangat tu suruh doktor tunggu tepi aku biar dia yang naik atas. Boleh pulak dorg duk confuse2 tingkat 2 ke tingkat 3. Ak xlarat dah nak dengar haha.

Masa dorang tengah kelam kabut ak pn xdapat tahan lagi dah. Then i just breath out the baby. Memang x teran pun. Dan yang pastinya dengan seluar yang masih bersarung. Dan rasanya kepala baby dah keluar kemudian rasa sekali lagi macam baby keluar full. Pertama kepala dan kemudiannya seluruh badan. I dont know sebab semua berlaku di dalam seluar.

Doktor kat sebelah macam tengah bertafakur bila aku gtau baby dah keluar. Maybe dia xdengar sebab suara aku perlahan sangat. Bila beritahu lagi sekali dia minta izin nak buka seluar dan tengok baby. Ak angguk je lah. Kemudian dia angkat baby letak atas perut suruh ak peluk. Doc usap2 rasanya baru baby nangis dan jelas doktor kelegaan. Xde masa dah nak fikir skin to skin. Xkan ak nak selak baju kat situ pulak haha.

Kemudiannya datang lah beberapa nurses shift pagi nak masuk ofis jugak...doktor begitahu ak dah selamat melahirkan. Yang ak kagum nya dorang ni cool sangat. Xde kelam kabut macam panik sangat ke apa. Kalau ak lah nurse agaknya riuh rendah dah haha.

Sorang nurse tanya ak pakai anak tudung ke x sebab dia nak amek tudung nak balut baby yang kesejukan. Kemudian bagi aku peluk baby. Masa ni baby dah hisap2 jari sendiri dah. X dapek la nak direct feeding dlm keadaan mcm tu lol

Lepas tu huband turun bwk wheelchair. Dorg ramai2 angkat aku duk atas wheelchair pastu naik lift bawak ke wad bersalin. Labor room dah penuh pulak. Terpaksa la menumpang kat dalam wad depan kaunter. Segala proses potong tali pusat,keluarkan uri,jahit koyak semua dalam bilik tu. Mungkin ak buat new post pasal ni.

2jam30min lepas kelahiran baru masuk wad betul2. Tengah hari baru dapat baby. Alhamdulillah semua baik2 saja. Petang tu doktor neuro tu datang melawat. Nak pastikan both mom and baby are save..katanya. rupanya hari tu merupakan hari kelahiran doktor tu jugak. Share the same birthday! Eh mama pun lahir 15hb jugak tapi bulan lain la haha

Jun 22, 2016

Selamat datang zuriatku #4 - detik cemas 2

at 12:53 AM Comments
Assalamualaikum.

Disebabkan mata xnak lelap mungkin sebab petang tadi dah tidur,dah minum nescafe.. ehemm makanya aku bercadang nak sambung cerita detik cemas lah sementara segar di ingatan..

Sambungan dari nak hantar anak ke sekolah. Dah wassap teachers on the way tapi xde balasan. Duk berharap x ambik masa banyak sangat bila sampai sebab takut xsempat. Sakit makin kerap. Husband pulak sibuk jugak sakit perut nak membuang 😂😂😂

Haa eloklah tu. Cuba bayangkan mama nak bersalin tp yang nak keluar lagi besar. Tahan dulu mama beranak papa b***k. 😃😃😃

Sampai sekolah kena tunggu sekejap. Papa terus pergi bukak pintu pastu angkat daniel. Sambil2 mama pujuk damia sebab terpaksa hantar awal. Gelap lagi masa tu mesti dia pelik. Sakit makin kerap. X berdaya nak turun hantar dorg so salam damia kat kereta je. Daniel dah tidur balik masa ni.

Lepas tu sambung perjalanan ke ppum. Bila lalu bonggol suruh husband slow sikit sebab makin rasa nak terberanak kalau laju2.
Masa masuk kawasan ppum dah rasa something nak keluar. The urge. Kuatkan semangat bertahan. Papa nak hantar kat bhg kecemasan tapi aku taknak.

Doc y ms appt semalam cakap.. sometimes pergi ward bersalin terus lagi cepat.ak takut n rs cuak gila kalau kena drop sorg2 husband xde. I just want my husband to be beside me sampai lah aku selamat dihantar ke labor room.hantar separuh2 ni xgemar.xsuka.xnak.xtau nak describe cmne tp nak husband teman smpai betul2 boleh dibawa ke labor room.xdpt teman bersalin pun xpe.Paham ke idok ni?

Husband duk membebel2 cakap pg emergency lg cepat..ada org..ada guard etc.. aku y dah makin sakit ni terus suruh dia diam sbb nak concentrate on contraction.ampunkan daku encik suami 😢😢. Kena bertenang...kena bernafas dengan betul. Xleh panik. Bla bla bla

Eh lama pulak husband duk pusing2 nak cari parking betul2 depan lift lobby. Masa ni aku dah pukul2 lengan dia,tarik2 baju sebab rasa macam baby nak keluar sangat2. Ingat lagi kot perasaan tu..rasa sesuatu nak keluar sebelum air ketuban pecah masa melahirkan daniel dulu.
Terus suruh husband parking je mana2. Kalau tengok luaran nampak ak macam masih berupaya menahan sebab aku xde la histeria terjerit terpekik segala..waima menangis mengalir2 airmata pun tak. Bila sampai je parking husband boleh pulak melangkah longlai sambil2 tengok phone jalan ke sebelah aku. Masa ni aku dah x berdaya nak bergerak..tak berdaya nak bukak kaki untuk turun sebab takut baby keluar. Nak meroyan kat husband pun dah x berdaya sebab nak focus on contraction. Aku bukak pintu sendiri n grab my hospital bag on my own sebab xlarat nak tunggu husband. That is the least i expect from huband at that time but maybe i was too calm in the car so he didnt feel the urgency 😂😂

Lepas bukak pintu ak gtau husband dah sakit sangat2 x tahan. Jalan pun terkepit2 you all. Tarik2 baju husband. Sambil terkumat-kamit baca doa nabi yunus. Tu je y aku duk terfikir dan teringat.pastu air ketuban pecah masa tengah jalan tu. Bila gtau husband,dia nak tinggal aku kat parking kosong tu sorang2 sebab nak pergi panggil orang. No way man! It was 630am. Empty parking lot? Lepas air ketuban pecah? Not gonna happen!! Last time, bila air ketuban pecah aku ditinggalkan keseorangan sementara doktor dipanggil sehinggakan aku terpaksa jerit panggil dorang bila rasa baby nak keluar. Dan dorang x sempat buat pape2. Semestinya aku xnak kejadian tu berulang makanya aku pegang tangan baju husband xnak lepas jalan sampai lift.

Jalan seriusly terkepit2 sebab dah rasa sangat2 baby xsabar nak keluar. Sampai kat pintu lift aku dah xboleh fikir apa2 selain rasa baby memang betul2 nak keluar2. Seolah2 semua rasa/fikiran blocked sebab bercampur rasa panik mungkin. Pastu nak kawal perasaan dan pernafasan lagi memang xboleh berfikir secara logik. Maka aku pun menjatuhkan diri perlahan2 baring atas lantai depan pintu lift. Tanpa alas apa2 atas lantai. Aku hanya mampu baring di situ.

What do you think happened after that?

Stay tuned for more detik cemas 😉😉😉😉

Jun 17, 2016

Selamat datang zuriatku #4 - detik cemas 1

at 10:00 AM Comments
assalamualaikum

Sambil2 tgu doc selesaikan urusan nak keluar ni, eloklah aku mengarang sepatah dua di sini.. sebelum lupa segala memori cewahhh

14/06/2016
Bersambung dari appointment buat membrane sweep, aku jalan2 cari baju raya untuk family walaupun xtau bila ak boleh pakai sbb dalam pantang lagi. 😣😣😣

Da start mild contraction tp mcm tu je lah💁💁. Balik rumah pengsan sebab 2jam jalan memang le kakiku xboleh tahan.

15/06/2016
Malam tu tidur mcm biasa je. Nothing unusual happened. Pukul 415am cmtu ak terjaga dek kerana nk kencing y amat. Pundi kencing mcm nk pecah dah. 😆😆😆
Bangunlah daku, sambil nak solat isyak sekali. 😖

Masa nk buang air tu ada satu mucus y tebal berserta sedikit darah kat panty. Terus rs blur.😯😯 Eh ni mcm tanda2 y duk selalu baca. Sbb sblom ni xpernah ada mcm ni. Tp xde rs sakit lagi. Cepat2 buat pengiraan. Kalau ms daniel dl lepas 2jam turun tanda br sakit y hardcore. So mcm sempat lg lah nk siap2. So tenangkan diri berwudhu dan solat.

Masa solat da start sakit2 tp tahan lagi la. dulu ms damia bila contraction time solat mmg azab lah rasa. lepas solat tu xstart contraction timer lagi. Duk fikir2 nak mandi ke x. Ras a mcm awal lagi. Tapi takut jugak. So mandi je lah terus alang2. kang xde la kelam kabut sgt. Masa mandi tu 2 kali sakit. Kalau nk compare ngan dl mcm y sakit 4cm tu. eh cepat le pulak. Mandi bukan lama tp boleh sakit 2x maksudnya dah mcm selang 10 min je. Masa ni x berani nak mencangkung mcm selalu buat sbb nk cepatkan bukaan byt nit this time. Takut baby terkeluar haha.

lepas mandi Masuk bilik terus on timer. Setiap 5min sakit seminit. Eh mcm laju sgt nih. Terus bangun kemas2 baju damia ngan daniel. Bajet2 nak hantar dorg dulu la senang sikit. lepas tu baring kejap tahan sakit. Tapi sakit makin kuat x hilang2.

Kejut husband dlm pukul 5am. Cakap dah sakit. Dia pejam celik mata sambung tdo sikit lagi. Pastu makin lama makin sakit. Suruh jugak husband bgn sbb nak tgu dia mandi lagi,kemaskan brg2 anak lagi. Cakap dah keluar darah. Baru la bergegas bangun mandi. 😒😒😒

Aku kejutkan damia nak suruh dia kencing. Elok je dia bangun x nangis pergi toilet. Allah mudahkan urusan mama haritu. Beritahu dia mama nak pergi hospital.

Siap2 tunggu subuh pastu terus turun. Mesej teacher kat sekolah cakap nak hantar anak awal. Mula2 ingat nak hantar aku dulu tp fikir2 susah pulak ak sorg2 nanti haha punyalah takut. Ak tau mcm susah nak suruh husband teman so sekurang2 nya teman sampai sebelum masuk labour room pn jadi lah ye hehe.

Sambung next post lah pulak. Anak menangis kuikuikui...

Jun 14, 2016

Overdue day 2 - membrane sweep?

at 6:48 PM Comments
assalamualaikum

Despite having only 2hours sleep, aku bangun dengan semangatnya untuk check up. Dengan harapan akan ada apa-apa yang menarik akan berlaku harini.

Le hubby ikut sama sebab dia pun berharap ada sinar harapan harini haha. Nampak sangat ktorg dua2 dah exhausted. Xlarat dah nak tunggu baby 😫😫😫

Sampai ppum agak lewat dari biasa;9am. Ada 15 orang before my number but it turned out OK. Sebelum ni maunya sejam nak menunggu no saja.

Kemudian seperti biasa pergi buat urine test, hb pressure and ambil berat. Ohh I love ppum sebab penimbang menunjukkan penurunan 0.5kg berbanding penimbang kk. I trust this one more 😜😜😜

Lepas siap semua tu nurse suruh naik tingkat 4 siap2 buat ctg dulu baru jumpa doktor. Naiklah daku bersama hubby. Kena baring atas katil dibalut alat nak kesan jantung baby Dan contraction. Baring lah setengah jam terkulat2 😪😪😪

Daripada ctg tu nurse cakap ada la contraction setiap 10 min. Mungkin baru 1cm / 2cm. Bawa turun result then wait for the doctor.

Dalam pukul 11 mcm tu jumpa doktor. Dia terang2 sikit pasal Overdue... how many days normally kena paksa bersalin etc.

Then dia offer untuk buat membrane sweep; sapukan something with finger to stimulate the hormones kind of thing. Haha. This is my first time. You can read what i found about it later hehe.

Doktor cakap ada patient yang within 24hours dah bersalin after buat tu. Ada yang after 1 or 2 days. So disebabkan ak dah malas nak menunggu makanya buat la jugak.

Kemudian doktor bagi 10days extra after due date sebelum dipaksa bersalin; which means 7days from now. By 21/06/2016, kalau xde pape aku kena serah diri kat hospital jam 730 pagi huhu.

Memandangkan doktor nasihatkan aku jalan banyak2, lepas tu terus pergi borong baju raya untuk kami empat beranak 😄😄😄

Balik rumah terus pengsan.

Ok baby, mama give you 7 days more. Please come out soon ya 😚😚😚

membrane sweep

A membrane sweep is a way of trying to bring on labour to avoid going too overdue. It'll be the first step your midwife or doctor offers, before other methods of induction, to get your labour going. Your midwife or doctor will carry out the procedure.

Babycentre

Overdue

at 4:50 AM Comments
Assalamualaikum.

I cant sleep well tonight,hence the post at 4:45am. 😄😄

It is 40weeks2days already but there is no signal of labor yet.

I am quite worried actually since this is my 1st time Overdue.

Is the baby ok inside there?
I am having #falsecontraction #brixtonhicks #mildcontraction since past few weeks but thats it! After 1-2 hours everything went back to normal.

Haiihhhh....menguji kesabaran sungguh di bulan ramadhan ini.

Tomorrow will be my final check up hopefully. I am ready to turn myself in 😋😋😋😋

Too tired to count the day 🙈🙈🙈

May 8, 2016

Penangan anak perempuan ke?

at 6:12 PM Comments
Assalamualaikum

35 days left.
35 weeks passing.

Penangan anak ketiga, baru datang semangat nak DIY segala2 yang nampak mahal bila beli. Konon2 lagi berbaloi buat sendiri.

Masa anak pertama xde ilmu sangat so semua memang beli. Setakat tali barut je tu pun jahit tangan sbb mesin jahit xde lagi.

Bila anak kedua pun sama sebab gap dekat sangat dan pakai barang anak pertama je.

Rezeki Allah datang tanpa disangka2. Masa ni memang hajat di hati nak jarakkan utk next baby. Segala kelengkapan bayi dah bagi sana sini. Memang tinggal yang xboleh pakai dah la.

Tup2 perut ada isi lagi. Kebetulan dah ada mesin jahit mini maka hormon kerajinan pun merembes dengan pesatnya 😂😂😂

Maka terhasil lah projek untuk baby.

barut bayi
nursing cover
sarung bantal dan tilam

Ni je lah yang mampu. Belum sampai tahap nak buat baju sendiri lagi haha

Nanti ada masa upload gambar. Step by step kalau ingatlah haha. Xpe..nanti kita lerak link sumber asal hihi..

May 2, 2016

Selamat datang zuriatku #4

at 12:17 PM Comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Rezeki dari Allah, diberikan nikmat mengandung buat kali ke4..untuk anak yang ke3.

Since i left this blog for a quite a long time...let me tell from the beginning!

Kandungan kali ini sebenarnya agak sama dengan yang lepas. Kedatangan yang tidak diduga. Sebab kami mmg planning tapi planning sendiri2 je tanpa sebarang ubat perncang. We tried as much as we can but Allah's planning is the best.

Kenapa sama?

Period late for a month but pregnancy test was -ve after several test.
No morning sickness..sihat sepanjang masa Alhamdulillah!
Rasa sakit bhg tulang pelvis bila jalan banyak and i started to doubt if there is something in my tummy hihi
After did ultra sound scan, confirm pregnant dan baby pun dah lengkap anggota badan segala.
After few days scan, end my 1st trimester successfully.

Tapi setiap kandungan itu lain2. Setiap dugaan pun lain. Walaupun xde morning sickness.. pening2 pun kurang.. sakit bhg tulang dr paras pinggang ke bawah makin teruk compare to previous pregnancy.

Jalan sikit rasa urat tegang. Baby pun mengeras. Malam nanti tak boleh baring. Semoga Allah beri pahala yang berpanjangan buat suami yang banyak bersabar kna urut almost every night.

Kalau keluar jalan2 pun paling lama boleh tahan 2 hours. Tu pun nanti badan xboleh bongkok langsung..nak masuk kereta pun kena angkat kaki guna tangan. Pastu xboleh jalan xboleh gerak mmg kena papah je. Kalau x urut memang xboleh baring langsung.

Eh lupa pulak.

Sekarang ni dah 34 minggu 1 hari. Lagi 41 hari je. Kita tengok baby ni nak ikut kakak keluar 37minggu atau abang 39minggu.

InsyaAllah baby girl. Tapi xtau la yang lebih tepat. Kita tunggu masanya nanti.

Pray for me and baby ye.

Apr 8, 2015

Every.single.day

at 10:53 AM Comments
Masuk nursing room dengan perasaan "nak give up".

Exhausted.

Pam 10-15min. 2x sehari.

Balik rumah simpan susu. Ada jugak hari2 yang lupa simpan. Esoknya buang.

Bangun pagi basuh botol. Kalau rajin basuh siap2 malam2 which is very rare.

Sampai office pam 2x sehari.

Dengan perasaan yang sama.

EVERY SINGLE DAY.

But,somehow i managed to continue.. up to 7months already.

Apr 6, 2015

2 years ago today

at 2:32 PM Comments
Assalamualaikum...

I am happy with fb new feature. 😊😊

Because it can remind me day by day how i feel before Damia come to our life.

And she is turning to 2 tomorrow!!! 😲😲😲😲

It means.. i have become a mother for 2years,with ups and downs. 😧😧

It will never end.

Jan 21, 2015

new year, new hope

at 10:17 AM Comments

Assalamualaikum

its been a while since i last updated my blog.

seems hard to find some time to drop by here tapi nak seribu daya taknak seribu dalih kan haha

sedikit cerita perihal anak.

dua-dua dah masuk taska sekarang. no more babysitter. so far okau and i like it this way. bergantung sepenuhnya dengan Allah dengan harapan tiada kejadian buruk yang akan berlaku.

for the 1st three days, kakak menangis la juga bila hantar. biasa la tu. nangis sebab tak bagi tinggal teady bear. tapi sebab kat taska pun ada teddy bear kira ok la boleh tukar hehe

sekarang?

huh, nampak kawan siap lambai2 terus x nampak dah mama kat depan mata.

harini lepas babai2 salam2 terus lari masuk dalam nak tengok lagu. cikgu dia cakap bila time nyanyi2 tu dia la yang paling seronok paling excited.

minggu lepas ada aktiviti warna2. dapat la satu bintang hehe.

adik? cool as usual haha.behave je dia.org tegur je terus senyum. baru 4.5 bulan. belum boleh meniarap. berat bontot kot hihi

Nov 17, 2014

3 years & counting...

at 10:56 AM Comments
Assalamualaikum.

last 7th Nov was our 3rd anniversary!!

and our daughter turns 1year & 7months already. while our boy was 2months ++.

no romantic candle light dinner whatsoever but we managed to spent our quality time together with hero & heroin.

urmmm i also got myself a massage, for 3minutes on the massage chair? for rm1 hahaha
ok la kan hehe

and as usual, annual purikura session.4 of us.

and.....we are happy!!

Nov 5, 2014

cukup apa yang ada

at 9:57 AM Comments
Assalamualaikum!

semalam tengok jiran sebelah dapat double dari jumlah hasil diri sendiri.

agak down. sbb kurang sihat sikit smalam so produktiviti menurun compare with last week.

tapi anaknye 8bulan. anak sendiri baru 2.5 bulan ko nak sensitip kenapaaaa????

cukup la tuuuuuuu.

ni lah manusia. merasa x cukup padahal bukan keperluan pon.

Astaghfirullah..

Nov 4, 2014

cerita stok susu daniel

at 10:28 AM Comments
Assalamualaikum!

Bila da ada anak n exclusive bf ni mmg tak akan lari dari cerita pasal susu.sharing is caring kan.

dulu masa damia, exclusive bf smpai 6 bulan Alhamdulillah. stok susu mmg xde. kais pagi makan pagi je bak kata peribahasa melayu. tapi masa daniel kita dah improvise sket strategy n technic haha.

bila nak buat stok susu ni, mula2 sekali kita kena paham matlamat, kena tahu keadaan. jangan sampai terlampau sgt n terikut2 ngan trend.

bila tengok orang lain ada stok susu sampai 1000oz, smpai kena beli deep freezer bagai kita pn teruja sama. excited kan! mmg bagus tp kena tgk keadaan jugak.biar berpada2 jgn smpai membazir sudah.

as for me, ak start kumpul stok minggu kedua pantang. tapi xla beria sangat. xde la sampai setiap kali lepas menyusu ak pam. bila rasa penuh sangat ak pam. sbb pantang kat kampung. mana nak sumbat susu banyk2 kan.

pastu berpatutan dengan jumlah daniel minum.

bila nak start keje, stok tu ada la dalam 100oz je. xbyk pon. tapi cukup la untuk daniel insyaAllah. pastu pelan2 tambah lepas pam daily. skang ni separuh penuh je la dlm freezer dua pintu tu.

so far, jumlah y ak pam kt tpt keje mmg cukup untuk daniel minum seharian tinggal ngan pengasuh. kalau ada rezeki mlm tu pam sket dpt lah tambah 3-5oz lagi.

so ak x nmpak point utk ak bli deep freezer bagai. pernah baca blog mommies yang tiap bulan kemas freezer ada susu y kena buang sbb dah expired. maksudnye mungkin terlepas pandang sbb byk sgt atau susu melebihi keperluan baby smpai x terguna. so ak xnk jd mcm tu. pembaziran.

bila baby kita baru 3 bulan, jgn kita excited nk dpt jumlah susu y sama dgn baby org y lagi jauh umurnya.ape2 pn berpada2.

tapi kalau anak anda mmg minum byk.. teruskanlah. go go go!!!

Oct 29, 2014

All are good!

at 9:18 AM Comments
and mommy is happy!!! :)

hari ke3 hantar anak2 ke rumah ibu. kakak xnanges langsung. mungkin sbb mengantuk sgt kot. smalam tdo lambat. kt umah ibu pn xtdo sibuk nk main jeee katanya.

tapi papa la y bwk masuk ltak ats tilam. wpun mata kembali meluas ms baringkan tu tp kakak hantar kami keluar dgn pandangan y cukup manis hehe and with her baby in hand of course!

baby is not daniel but it is winny the pooh that we call as baby. erm not us but she named it herself hehe

lega hati mama.. satu kerisauan sudah hilang :)

posted from Bloggeroid

Oct 28, 2014

good girl damia

at 9:17 AM Comments
Assalamuakaikum

masih ingat senario tragis smalam? well, kita kena belajar dari pengalaman.

so, harini kita tukar strategi.

mula2 skali bila smpai umah ibu, bagi bag dulu. kemudian bagi baby. sbb kakak y paling mencabar. masa mula2 smpai umah ibu muka dia dah berubah. bila dia tgk mamanye bagi baby n bag segala, dia da peluk2 papa.

nasib baik masa ni anak ibu y comel keluar.boleh pujuk2 sikit kan hehe

tapi ttp jugak nanges bila letak xnak lepas baju papa.

kami cepat2 tutup pintu dan blah. ibu cepat2 dukubg n cakap baby ada kt dalam.

guess what??

terus xdengar raungan dramatic itu. damia is a good girl. i knew it hehe

smalam ms pg ambil pun serobok je dia main2. ibu cakap sekejap je nanges.

eh, danial is a good boy too. xnangis xbuat perangai pun. Alhamdulillah. senang hati mama nak keje arini.

i am a happy mom!!

Oct 27, 2014

bermulanya hari bekerja

at 9:12 AM Comments

Assalamualaikum!

Alhamdulillah.

setelah sekian lama bercuti akhirnya harini da mula kerja balik.

perasaan bercampor baur.

paling tragis time hantar anak babysitter. tgk baby xrisau lg sbb br nk lelap. tp kakaknye meraung2 dah. lama sgt tgl ibu. xkenal kot.pastu kalu kua umah dia ingat nk g jln. tup2 kna hantar umah org.

papanye pulak duk babai2 lagi. mmg tmbh meraung la dia.

harap2 semua tenang je.

Sep 16, 2014

Detik-detik cemas #3 v2.0 "baby is coming!!!"

at 5:47 PM Comments

Assalamualaikum!

haaaa post lepas kena tolak ngan nurse masuk wad bersalin kan. lets continue!

papa teman menuju wad bersalin sambil ak ditolak oleh nurse. sampai pintu depan, kiss2 sket peluk2 sket, "gambare!" kata papa sambil hantar ngan mata je la pastu diarah tunggu kat luar je haha. sadis sket ppum xbg hubby teman smpai labor room. tp bg ak no big deal pn hubby x msk hehe. ak kan bajet bagus sket haha. padahal takot makin lemah n lembik kalo ada hubby. kang xpsl2 meraung2 dlm blk.

ak dapat bilik no 11.hujung sket. sambil intai2 beberapa pesakit dlm bilik lain. cuak pulak rasa. haha

bila masuk bilik tu sekali lagi diingatkan untuk ke tandas kalau2 terasa nak membuang ke. sebab xnak ambil risiko, ak masuk tandas lagi sekali hehehe lepas tu nurse pasangkan lagi skali benda alah kat perut utk monitor jantung baby, jantung mak, etc. kejap je pasang pastu da buang. kemudian dtg HO untuk buat clocking. sekali lagi bermula sesi soal jawab y sama mcm kat wad atas. bezanya kat ats isi kertas tp kt bwh terus key in lam komputer.

masa ngah disoal jawab tu tetiba je rasa makin cepat je contraction. bila nak pastikan memang sah setiap seminit dengan sakit yang panjangnya seminit. pastu HO pulak sibuk duk tnye2 soalan sambil ak duk menahan sakit. dalam hati ak ni duk kata "doc ni xnmpak ke ak tgh sakit duk tnye2 soalan, cmne ak nk jawab" hahaha tp ak xbunyi pn. cuba control pernafasan y ingat2 lupa sbb xprepare!!!! dush2

akhirnya doc perasan ak tgh tahan sakit. cepat2 dia datang sebelah kanan tanya nak pakai gas x. thank god! ak ckp nak sbb sakit sangat. dia bagi je kt ak xckp ape2, tgh2 sakit tu ak sedut tp xjalan. i was like " ehhhhh nape xrs perubahan pon.masih rs je sakit.rosak keeeeeeee"

pastu tetiba rs mcm ada satu tolakan y kuat dr dalam. ms ni ak terus tringat pengalaman damia dl. eh mcm sama je. mcm nk pecah ketuban je. thennnnnn, debushh!! air ketuban pecah, bersepah2 abis basah lantai bilik. HO tergamam,pandang ak mata x berkelip2. sorry doc, i wasnt expecting that as well. pastu dia kua nak panggil MO on duty yang ak pun xsempat lagi nak jumpa.

tinggal ak sorang2 dalam bilik tu apabila ak mcm rs kepala baby dah nak keluar. i was alone!!

"aaaaaaaaaaaaaa!!"

yes. i screamed as loud as i can. gila kau. sorg2 dlm bilik tu ngan rs baby nak keluar. cuak kot kalau jadik pape. xmo la ambil risiko.kang jd pape ke. ngan sakitnye.haaaa cmne2?

then masuklah 4orang dlm bilik ak. ha ha ha sape suruh tgl ak sorg2 kan. sorg HO dtg tgk ak muka kelip2.

"help me"

ak cakap kat dia sambil tahan sakit.sbb tang tu jugak rs contraction kuat lagi skalik. yang lain pulak bergegas baru nk bukak almari nak ambil sumer barang2 lain. nurse y pakai bj hijau tu pulak mcm tgh tahan kepala baby dr keluar sambil suruh ak tahan.

bukan ak taknak tahan tapi xleyh tahan. sampai terangkat2 punggung sbb nk tahan punya pasal. ms ni lupa da segala benda. makin nak tahan makin rasa baby nak keluar. da rs kepala kot!!!

kain y ak pakai mcm menutupi ket kt dpn.kaki pn ak dah naikkan siap2 ke posisi y sepatutnya. tangan kiri pegang palang katil. tgn kanan xleyh guna sbb ada jarum kt tgn..y sepatutnya kena msk antibiotik sblom bersalin.

nurse selak kain...

"baby is coming!!!"

jerit nurse tu. HO terus cakap "tarik2!"

"abes dah koyak haaaa"

maka keluarlah segala isi perutku. phew~

dengar tangisan bayi y kuat sebaik saja keluar.

lalu diangkat bayi dan ditanya bayi apa.

its a boy!!

bayi yang baru je aku lihat sehari sebelumnya melalui mesin..kini di hadapanku.

Subhanallah. Alhamdulillah.

Lega rasanya. selesai sudah fasa satu.

Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea