Showing posts with label preparation. Show all posts
Showing posts with label preparation. Show all posts

Apr 30, 2013

pentingnya persiapan mental sebelum bersalin

at 2:42 PM Comments
Assalamualaikum!

Kencang betul kan aku blogging sejak2 dah beranak ni. time pregnant dulu pun x mcm ni hak2..nak buat cmno, hidupku skang ni cuma makan, tidur, susukan baby, makan tidur dan susukan baby je haha. mmg la byk ms kan. yang lain2 sumer mak mertua take over.. tunggu la nanti bila dah abes pantang, jangankan nak blogging, nak tengok laptop pun xde masa.

skang boleh la, lepas susukan baby..aku akn cuba sendawakan baby..walaupun dah sendawa, mak mertua akan amek baby untuk sendawakan lagi skalik sebab dia tau menantu dia ni xpandai hak2. pastu didodoikan smpai damia betul2 lena then letak atas tilam. aku? tengok je dr jauh haha. indahnya duk dalam pantang ni :P

okay bukan nak cerita psl tu , tapi nak cerita pasal persiapan mental sebelum bersalin. persiapan lain2 tu kena g tengok post lain lah sebab dah ada kot. cuma yang ni je mcm belum lagi....

bagi aku la, persiapan mental ni sama jugak kepentingannya dengan persiapan lain. org jepun kata "kokoro junbi" ... supaya kita tak terkejut, supaya kita boleh expect what will happen next, supaya kita boleh bertahan, dan mengharungi segalanya dengan ok...

lagi2 untuk 1st timer @ beginner macam aku. 1st time nak bersalin, 1st time nak dapat baby, 1st time nk masuk labour room, 1st time nak pergi hospital dan segala mcm lagi lah. so apa aku buat? ramai yang ckp cerita pengalaman aku bersalin pada minggu ke 37 ( detik-detik cemas... #1 , #2 , #3 dan #4 ) ni nampak mcm mudah je kan. Syukur Alhamdulillah dipermudahkan segalanya.

Perkara pertama yang aku risau ialah tanda2 nak bersalin. bermacam2 persoalan yang muncul lam kepala.  macam mana contraction tu? 
bila nak pergi klinik? 
sakit tu mmg sakit sgt ke?
1st time kan. mana nak tau~ 

perkara kedua pula yang aku bimbang ialah keadaan di hospital. 
ramai yang tanya, nak bersalin di hospital mana? 
private ke GH? 
dah booking ke? 

semua tu buat aku buntu gila. dan aku memang x booking pun. mmg bajet nak redah aje.
layanan di hospital macam mana? 
nurse garang ke? 
doktor garang ke? 
mcm mana kalau time pergi nanti hospital penuh? 
kena tunggu atas kerusi je time sakit2?

kemudian aku fikir lagi...situasi ketika nak bersalin..
what if baby's condition teruk?
what if berlaku tumpah darah yang teruk nanti.?
what if...mcm tu? mcm ni?
nak tunggu bukaan 10 cm tu laratkah aku? mampukah aku? pernah dengar ayat2 ni tak...

Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

aku ni x pernah patah tulang, terseliuh pn xpernah..setakat luka kena pisau tu ada la..tu pun mcm nak meraung dah. inikan pula tulang patah? cmne aku x fikir banyak kan.. kadang2 tu terfikir, ish boleh ke tanggung nak bersalin ni. rs mcm nak stopkan ms je. rs mcm xnk bersalin lah. rs cuak gila ok. org gila pun x cuak cmni hak2. tapi lama2 aku datang la jugak kesedaran dlm diri. gila apa nk tangguhkan bersalin sbb tu mmg nmpak sgt penakut tahap gaban kan. nak tak nak mmg kena hadapi semua tu. xleyh nak lari dah..

so apa aku buat?

pertama2nya mmg kena berdoa dan bertawakal kepada Allah je. tiap2 hari selepas solat, banyakkan berdoa. mintak semoga dipermudahkan. fitrah manusia, bila dalam ketakutan memang akan bergantung harap kepada yang lebih berkuasa. dan sebagai orang Islam, memang Allah sahaja tempat kita bergantung. so banyakkan berdoa, doa dan jangan putus harap kat Allah.

selain berdoa, perkara yang aku buat ialah...banyakkan membaca! yes! aku taknak cerita pasal baca Al-quran sebab nanti ramai pulak yang cakap jawapan kliche kan. so aku nak bercakap pasal membaca pengalaman-pengalaman orang lain bermula dari rasa contraction sehinggalah selamat bersalin balik rumah.

bila kandungan aku dah masuk minggu ke 30++, tiap2 hari aku akan google cam ni "kandungan minggu ke ##" lepas tu baca semua yang keluar. so that i know what to expect in that particular week. banyak info yang penting. antaranya kebanyakan kelahiran berlaku antara minggu ke 37 dan ke 42. so aku dah set kan awal2, bila2 masa je aku boleh bersalin kalau dah masuk minggu ke 37.

bila baca bermacam2 pengalaman orang bersalin, memang akan buat aku rasa takut dan cuak gila. ada yang cakap serik nak beranak, ada yang pasrah doktor nak bedah pun xpe sebab xtahan sakit contraction. ada yang cakap sambil menahan sakit tu memang menangis je, kejap baring kejap tidur tapi xleyh lelap sebab dah sakit sangat.

bila baca mcm mana hospitality yang diterima pun tetap buat aku risau. pergi la mana2 hospital pun, baik private mahupun hospital kerajaan, sakitnya tetap sama..kalau bernasib baik layanan kat hospital kerajaan kadang kala lagi bagus dari kat private dan kalau bernasib malang, layanan kat hospital private lagi buruk dari hospital kerajaan. kau tempah doktor pun x semestinya kau dapat doktor tu bila nak bersalin. aku bukan nak kecam orang2 yang booking ke apa, cuma ia memberikan aku sedikit kekuatan untuk menghadapi segala kecaman x kira di mana aku bersalin nanti. so kalau ditakdirkan aku kena maki hamun ke xde la aku meraung sebab kecik hati kan hahaha. sebab aku pernah rasa mcm mana pergi hospital masa keguguran dulu dan terima layanan yang x sepatutnya. dan disebabkan aku x bersedia, mmg aku rs kecik hati dan geram dan rasa nak lempang2, rasa nak buat report rasa nak bakar hospital segala lah. haaa see? bila kita x expect benda2 mcm ni, mmg outcome dia akan teruk la.

Dan Alhamdulillah! everything went very well!

aku berjaya menahan contraction sehingga bukaan 8cm, sebelum panggil nurse sebab da xtahan. tp aku x keluarkan suara mengerang ke, mengaduh ke depan nurse, depan orang lain. sampaikan kakak aku tanya banyak kali kot. xrs sakit ke? mungkin aku ni jenis y boleh tahan.

saat2 nak bersalin, aku pun xbuat onar.. x menjerit, x angkat punggung ketika meneran, nurse pun xde la nk marah2 ke apa.

sebab apa ek? sebab aku banyak baca la! hahaha. sebab aku dah tahu, ramai orang di luar sana yang menjerit lah ape lah semua kena tegur kan, mungkin la cara tu berhemah dan ada y x, so untuk mengelakkannya kita xyah la buat. mmg la kata orang, bila dah sakit nak bersalin tu semua boleh lupa tapi aku percaya, disebabkan ketakutan yang amat sangat dulu, masukkan input banyak2 sementara nak tunggu hari kelahiran, insyaAllah mental kita dah betul2 bersedia untuk menghadapinya.

Sebab Allah xkan menguji seseorang hambaNya melainkan bersesuaian dengan kemampuannya.

Dan aku bersyukur sangat2 sebab aku rs pengalaman aku bersalin ni dipermudahkan sangat2. SANGAT-SANGAT dipermudahkan. banyak lagi pengalaman orang lain yang lagi hebat berbanding aku. apa-apa pun ini pengalaman pertamaku. mungkin pengalaman yang ke2, 3 nanti lain pulak ceritanya. mungkin time tu lebih hebat dugaan yang aku akan lalui.

ok aku dah merapek meraban....

to all mommy-2-be out there, silalah masukkan banyak2 info pasal kehamilan, kelahiran dan segala2nya ke dalam otak tu sementara nak menunggu hari mencemaskan tu. aku yakin dan percaya, sedikit sebanyak ianya akan membantu di kemudian hari.

till then~


Oct 27, 2011

♥ 10harilagi ♥

at 9:45 PM Comments
Assalamualaikum semua :)

Dupdapdupdap jantung ni haaa. lagi 10hari. semoga dipermudahkan segalanya. minggu lepas balik kampung. amek leave satu hari sebab nak tengok apa yang patut. urusan cat mengecat bilik bagi kat adik haha. barang dalam bilik pon dah beli. beli almari je. satu set ngan meja solek haha. tapi xde kerusi kecik. curik mak punya la sat hehehehehe

balik beli cat sendiri. ngan adik. jenuh nak carik. maklumla kawasan kampung. last beli cat, tunjuk kat abah, cepat2 geleng kepala. tak berkenan.hahaha. mana taknye, pink kotttttt. sian abah. xsanggup kot tengok rumah warna pink hahaha. act bukan pink betol,warna pink purple y pekat. dapat warna cerah n berkilat lebih dari dalam buku.haihhhh. so urusan seterusnya serah kat abah la hehe

borang nikah dah selesai. jurunikah dah kompem. tapi buat after zohor. nak tukar tapi dah x sempat. fully booked. xpelah, zohor skang awalkan, sempat lagi nak pungpangpungpang pon hahaha. tapi cara abah hantar borang sangat kelakar. sebabnya, abah hantar terus kat jurunikah masa orang kampung aku kawen aritu. direct je bagi time orang nak akad nikah hehehe, xpelah,janji sumer dah setel. 

so far semua macam ok. cuma satu pintaku, dont expect too high hehehe. majlis kawen aku sangat simple. baju pon x gah. xde 2,3 pasang macam korang. kenduri ni pun sekali ngan tahlil arwah atuk so ma n abah nk buat simple yang mungkin. mengikut kesesuaian majlis. korang jgn demand mcm2 tau hahaha.

fuhhhhhhhh! xlama dah ni weyyyyyyy. cuaks!

Oct 3, 2011

alkesah kadkahwin saya!

at 10:59 PM Comments
tersebutlah kesah, apabila tiba-tiba majlis perkahwinan saya dipercepatkan. sangat2 lah dipercepatkan. 2bulan awal dari tarikh yang dijangka. so agak2 korang bila ek? hahah ada hati lagi nak berahsia. :P

lepas balik kampung haritu, dapatlah satu tarikh. maka kelam kabutlah nak buat tempahan bagai. macam kad kahwin, selagi xde tarikh memang xleyh nak proceed la kan?

tapi bila dah dapat tu, terus tengok balik kad yang survey dulu2, terus isi borang tempahan. kena isi semua maklumat lah yang dikehendaki. then dalam masa 24jam dihubungi oleh pihak kad tu. sebab ada salah isi sikit. pastu bayar deposit rm50. pastu terus proceed untuk draft.   dalam masa seminggu dah siap draft. check 2, 3 kali rasa macam dah x silap. proceed pulak ke step seterusnya . bayar 50% daripada balance. so, skang tunggu dorang printing. dan amek bila siap dalam masa yang ditetapkan.

nanti dah siap i bagi kad okeh. hihihi

bila aku renung2 balik, rasa macam simple n sekejapnya urusan kadkahwin aku ni.xde la masalah macam sesetengah B2B yang lain. ada yang salah type lah, x ikot apa yang kita nak. kena pulak ngan b2b yang cerewet, bunga letak senget pon nak betulkan balik. Alhamdulillah, Allah permudahkan salah satu step kami. aku pun dah x larat nak banyak2 cerita, banyak songeh. hopefully xde salah kat mana2 nanti.

tapi, kad aku simple2 aje. buat mahal2 kang orang buang lam tong sampah lak. aku rasa mcm sayang duit pulak haha. kedekut bertempat ke x ni? :P

Aug 21, 2011

dah boleh mewarna kat muka sendiri oyeahhh haha

at 8:15 AM Comments
hai hai hai peeps! ehem2, better with Assalamualaikum kan. 

So, Assalamualaikum dan morning ladies n gentlemen! hehehehe

Berbalik kepada tajuk di atas. haaa semalam gigih tau aku pergi belajar make-up sebabnya taknak buang duit bagi kat make-up artist muahahaha. kedekut kan. yelaaaaa, orang sekarang ni sumer dah pandai carik duit. make-up lam sejam, tapi after 3-4 jam dah kena basuh balik. tak ke membazir duit 300 aku! kan,kan,kan......

so aku ambil inisiatif untuk belajar sendiri sempena majlis tunang nanti. lagipun taknak la over2 sangat. just a simple make-up. bukan majlis grand2pon. cukup untuk tambah seri.

maka bermulalah sesi menjerut jiwa. tak sangka siap kena jawab soalan dulu. kena tulis kenapa nak belajar make-up. aku ingatkan dorang nak buat survey ke apa tapi tulis lam buku sendiri. xpe lah yang tu aku wat derk jela walaupun mula2 hati panas. dah la pasal buku apa aku guna nak tulis2 pun boleh lak dorang persoalkan. haiyaaaa

so mula ngan belajar asas2 dulu. start daripada bahan2 yang perlu ada. step by step cara nak make-up. jenis make-up. pastu cmne nak aplly semua2 kat muka. banyak jugak la aku belajar. daripada xtau apa2,nak dah ada sedikit ilmu tentang persolekan.ececece~

lepas tu mula praktikal lak. kesian kawan aku jadik mangsa. sebelah muka cikgu yang make up dan sebelah lagi aku kena lukis2 warna2 sampai nampak sama. hahaha memang kesian kat kawan aku. lepas tu aku pulak kena buat kat diri sendiri. walaupun dah sampai sekerat jalan macam nak giveup!

tapi aku abeskan jugak. overall macam ok cuma ada part kening fail lagi hak2. mari berusaha!

sosiapa2yang berminat boleh la pergi keprecious beauty centre kat tingkat 2 kompleks bukit jambul. belajar makeup RM150. 4jam. bawak buku n pen pencil siap2. bawak lah wet tissue ngan cotton bud skalik. yang lain2 pakai kat kedai. nak bwk y sendiri punya pun bagus gak hihihi i dunno ni harga mahalatau murah sebab xpernah belajar sebelum ni haha walaupun dulu dia cakap boleh belajar 2x tapi mcm sekalije. xpelah. banyak dah dapat ilmuni. bodek sket hahaha

lepas ni i kongsi cara2 y dorang ajar ek hihi.sharing is caring ryte.ok,now sapa nak suh aku make-up untuk dia sila angkat kaki dan cabut lari hahahahaha

Jul 21, 2011

Mari tambah seri lagi!

at 1:45 AM Comments
orait~
mari kita sambung macam mana nak kelihatan berseri2 di hari bahagia. sambungan dari entri lepas

5. Ubah rutin
jangan bazirkan tenaga untuk aktiviti yang tak penting sangat dalam sehari-hari. hmmm ape ek aktiviti yang tak penting? gelak tak hengat dunia? haha. uishhh membazir tenaga jugak tu kan hehe. aku la tu suka benau gelak kuat2. haa apa lagi? ce tengok balik apa yang kita buat dari pagi sampai ke malam. ada tak aktiviti kurang penting tu bolehlah dikurangkan. then kena jaga kesihatan. perlu buat pemeriksaan doktor sebelum berlangsungnya majlis. senang nak tahu badan kita ni betul2 sihat ke cmne kan.

6 cukup tidur.
ini yang sangat2 la penting. untuk orang dewasa, tidur yang cukup adalah antara 6-8 jam sehari. jap nak kira2. aku tidur kol 12 gurai bangun 6 lebih2. haaa cukup la tu 6jam kekeke. tidur yang cukup penting untuk menyeimbangkan hormon, kata buku ni la. :p so nanti xde la duk atas pelamin pun menguap. tapi aku ni bese tidur banyak, sekarang kalau tidur 6jam kat tempat keje tu ngantuk x hengat hak2. bajet diri snirik macam baby la pulak kan wakakaka.

7 Rehat sebentar.
bagi mereka yang dah dekat sangat nak berlangsungnya majlis tu bawak2 la berehat. semestinya tengah sibuk ngan segala persiapan kan. nak jumpa orang tu orang ni, p kedai sana sini, ulang alik. memang sangat banyak yang nak kena buat. sedar tak sedar kita dah abaikan diri sendiri. so, relax jap untuk kumpul balik tenaga. hmmm aku ni boleh ke relax, sebab apa pun tak start so nak relax jugak ke? ahahaha

Jun 7, 2011

Dilema kahwin sekali seumur hidup

at 9:06 PM Comments
Alhamdulillah. Baru terasa ktorang nye preparation ni berganjak sedikit demi sedikit setelah selesainya percutian 4hari ke kampung halaman. kalau x, rasa macam xgerak langsung. wedding check list tu x tanda2 langsung pon haha. Tapi after balik haritu boleh dah la nak potong satu dua perkara. kekeke. suka!

4hari rasa macam cuti lama tapi kejap je berlalu. kelam kabut. khamis malam gerak pergi shah alam sebab jakel buat sale!alkisahnya nak survey2 baju untuk tunang, sebab baju yang aku beli macam akan jadi baju raya. duk pusing2, try sana sini terberkenan(?) kat satu kain ni. cantik la bagi aku. my partner pon suka. padahal bajet macam dah lari kot hak2. tuptaptuptap pejam celik dah terbeli. duk fikir2 baiklah buat akad nikah. 

jumaat petang gerak balik terengganu. sabtu dan ahad duk ulang alik pergi survey butik pengantin. dari hujung dunia ke hujung dunia. masa abes atas jalan je. tapi x mengapa, sebabnya dah jumpa 2 butik yang berkenan tapi belum decide lagi. sekarang kan musim cuti sekolah, orang kawen pun berduyun2 la. susah betul nak jumpa ngan dorang ni. kesana ke mari sibuk. kalau jumpa tu memang bertuah lah. 

hmmmm......dilema betul la bila buat preparation ni. kadang2 tu duk fikir2 nak buat biasa2 je la kan. grand2 pon membazir je. aku ni bukan le kaya benau nak buat grand2. nak pelik2 ke apa kan. tapi duk selalu dengar orang cakap kawin ni sekali seumur hidup, insyaAllah. alang2 biar la all out sket. dari mulut kawan aku ke, mak andam ke, butik pengantin ke, sumer lah nak cakap macam tu. biasa la dorang nak lariskan perniagaan. suruh la amek yang complete set bagai. kawen sekali seumur hidup kan. kena la mantap. abes, aku yang memang nak kawen sekali seumur hidup ni, tak ke terpedaya? hak2. parah tau tak. duk fikir macam tu macam ni. 

apa-apa pun, setiap keputusan mestilah dipersetujui oleh dua2 pihak. x elok kalau sorang xsuka tapi go-on jugak. yang penting tuan badan puas hati hehe

May 8, 2011

mari mula berfikir!

at 2:15 PM Comments
di petang yang sunyi sepi ini
tanganku mula menari-nari
cuba merungkai kehendak diri
yang semakin aku tak pasti
nak sewa, beli atau buat sendiri??

hahaha amek kau. siap dah pantun 5kerat. terer gak aku ni ek berpantun2. spontan kot. piwwiitttt

okay. semalam duk survey macam2 lah untuk wedding. padahal tunang pun belum. sepatutnya preparation untuk tunang la didahulukan. tapi xpe, sebab nak buat simple2 je, taknak la kebabom abes dwet. memang la orang kata sekali ketika muda, insyaAllah. tapi xkan la nak membazir..ye dak. so kita buat ikut kemampuan. kalau orang tengok macam buat ala kadar ke apa, xpe jangan hiraukan. janji kita puas hati. bukan orang lain puas hati. hehehe

so, lepas ni akan bermulalah pencarian DIY untuk my pertunangan. kamdar pon sebelah rumah je. senang aku nak taram kain nanti hak2. baju maybe beli. y simple2 sedap mata memandang yang boleh pakai lagi lain kali hehe. 

May 7, 2011

serius saya xtahu apa-apa!

at 1:28 PM Comments
Alhamdulillah sekarang dah ada rumah baru, keje baru, hidup baru, suasana baru. tapi aku tetap aku. cewah! ok, after balik dari jepun haritu, agak busy sebab hari-hari duk belajar kereta. buat lesen. and alhamdulillah dah lepas. dah boleh bawak kete ni haha

after selesai pasal lesen, aku datang penang. dapat keje kat sini kan. maka kerja kat sini la. dah duduk rumah baru ni. dah masuk keja 4 hari. so far mcm ok tapi xtau la future cmne haha.

utk masa ni rasa macam blur2 gitu. bayangkanla, dah stop lama sangat. preparation untuk bertunang is zero. tunggu stabil sket lah hikhik. alah bukan nak buat grand2 pon. simple2 je. so xde la kelam kabut sgt kot. aku lebih focus kat persiapan kahwen nanti la. y tu lagi penting kot hehe.

so, sekarang ni ngah tgk2 balik y mana dah ok yang mana belum.. apa yang perlu dibuat buat masa sekarang ni bla bla bla. serius blank gila hak2. xpe2, kita kayuh pelan2. haha jangan tak sampai dah la.

Apr 12, 2011

kalo DIY pon lebih bajet cmno?

at 12:50 PM Comments
ok. sekarang dah mula focus on my engagement day yang akan diadakan pada... tetttttttt!haha kasik saspen jap.

nak sewa ke nak buat snirik? kang kalo buat snirik, dah la xkreatif, kang maunye lebih2 bajet drpd sewa lak. jgn main2 tangan keras ni haha. kang diri snirik yang merana.

ichiou dah contact orang y berkenaan tapi smpai laaaaa ni xdak henji. nak duit ke xnk pon xtau la kan. xpe2. kita pon bukan nak pakai esok ke apa. maka kita tgu lai. kalo xdak henji jugak kita p la kedai lain apa susah kan? hehe.

ok nk gtau tu je. tata

Aug 8, 2010

can' t think of anything right now

at 8:45 PM Comments
yup. as stated above. blur.
kadang2 pengalaman lepas terbawa2 je nih.
apa lagi? pengalaman nak jumpa bakal mertua la. cuaks okeh.
counting times. Ya Allah permudahkan segala urusanku.
uhuk2. kompem tangan sejuk macam batu. nanti mak (ecewah dah panggil mak) jangan gelak okeh.

ngan si dia duk cakap bahasa lua je.berperasaan. padahal dua2 anak jati ganu.
nanti balik kena cakap bahasa ganu ler. cmno nih? hahaha tak dapek nak dibayangkan. kekeke

beli sendiri aje~

at 1:07 AM Comments
ewah2. kalau aku nak, aku la yang beli. haaa ni konsep barang hantaran ktorg untuk setakat ni lah. mana-mana barang yang aku nak masukkan dalam list hantaran daripada dia, aku dah beli siap2.yela aku yang nak pakai nanti. lagila kalau barang tu aku boleh dapatkan kat sini. zaaaaaaaaaaaas aku sapu je terus hehehe dia pun sama. dah usha siap2. kalau boleh beli kat sini aku sapu la lagi sekalik hehehe kalau kat malaysia lagi  best, sapu kat malaysia je haha nanti saya balik malaysia kita sapu sama-sama oke? hihi

kiranya tak ada la istilah macam barang hantaran untuk perempuan lelaki yang belikan everything. kira macam hadiah. nak buat macam tu pun ok what. tapi kami lain sikit la. cari sendiri nak barang macam mana. kalau hati besar sket nak bagi hadiah walaupun partner taknak pun tak apa, kan2? =P


Aug 3, 2010

ada tips rahsia yang super extra ordinary x?

at 2:06 PM Comments
nak balik jumpa bakal keluarga mertua secara personally.
1st time jumpa
what should or shouldn`t?



Aug 2, 2010

best woman win

at 6:00 AM Comments
selalunya best man win.
tapi dia cakap kat aku,kali ni best woman win.
  haha boleh pulak mcm tu.
just wait and see~ <-- ayat nak sedapkan hati sendiri haha



Aug 1, 2010

keputusan dah keluar

at 12:35 PM Comments
kasik korang berdebar2 sikit
rasa apa yang aku rasa haha
aku busy. esk exam.
pas exam aku gtau aci je kan?
kekeke

Jul 30, 2010

rancangan dan penentuan

at 10:54 AM Comments
kita merancang dan Tuhan yang menentukan.
kerana Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya
semoga semuanya berjalan mengikut apa yang dirancang, amin.

Jul 23, 2010

tup tap tup tap

at 5:30 PM Comments
assalamualaikum =)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

sebelum ni beli wedges ni. kaler hitam.
tertarik sangat. mulanya nak belajar pakai heels. ye lah asik y flat je. nanti nk kahwen pakai kasut chantek2  jalan 2 3 tapak dah jatuh tersungkur. tak pasal-pasal si suami tarik balik duit hantaran kekekeke
 sebelum tu pakai wedges ni.


mak aih. sakit gila kaki. org xpernah pakai high heels. mcm ni ler. tapi skang petik jari je haha menipu xleyh blah!
and harini kaki melecet sbb test pakai kasut baru. kecik sgt kot ngan kaki. biasa la, slalu test kasut baru bila g uni je. sebabnye 10 min jalan then goyang2 kaki lam lab. kalau in 10 mins pon xleyh tahan maksudnye, kasut itu sgt xleyh dipakai!
perlu berusaha lagi! haha

Jul 19, 2010

(o^_^o)~ ♥

at 1:33 AM Comments
assalamualaikum =)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

tadi g jalan2 window shopping singgah kedai jewelry. malu-malu je tanya salesgirl tu boleh ke x nak ukur size jari. hihi pastu tengok2 skalik yang mana berkenan.rambang tak rambang mata gak la. nasib baik g ukur kat kedai. sebelum ni ukur sendiri memang dapat size dengan nilai yang sangat berbeza!!! fuuhhhh~

nak beli kat sini ke kat malaysia ek? nak beli sama-sama ngan dia lah senang sikit. ke nak beli snirik2 je .ayoyo












Jul 15, 2010

agak-agak la sikit

at 9:11 PM Comments
assalamualaikum semua =)
salam sejahtera

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

amboih tajuk bukanmain lagi kan? nak cari gaduh ke apa? kekekeke gaya macam nak marah orang je kan. hihi meh sini nak cerita sikit perkembangan sekarang.

tadi baru je siap update my-luvly-pinky notebook.hihi dah lama biar berhabuk je kan. tadi baru senaraikan betul-betul anggaran  perbelanjaan sempena my big day nanti (yang tak pasti lagi tarikh sebenar =P). kalau sebelum ni duk main cakap-cakap macam tu je.

"ktorang bajet semua kos dalam RM**ribu"

.mak aih ribu-riban.memang le kak.nak kawen macam apa je sekarang ni kan. haiihhh fikir je pun dah pening. ni yang dijangka kawen setahun lagi, insyaAllah. bayangkan orang yang nak kawen bulan depan? kalau aku xselera dah nak makan kekeke
so harini, aku dah siap survey semua dah. hampir 80% camtu la. siap dengan harga lagi. setiap kategori aku cek dan cek harga.banding2 dan letak anggaran harga. dan Alhamdulillah after kira-kira masih lagi dalam anggaran sebenar sebelum list betul2. tapi yang ni maybe berubah kot sebab nanti balik malaysia lain pulak cerita nya.

adeh pening2.bagi backgroud picture sket kekeke

wish me luck ok rakan2.hopefully semua berjalan dengan lancarnya.amin.

till then~

Jun 23, 2010

terlalu awal?

at 10:35 PM Comments
assalamualaikum fellow readers..
salam sejahtera =)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

tetiba pula aku terfikir. awal sangat ke aku nak fikir pasal preparation ke apa-apa yang berkaitan walaupun aku insyaAllah merancang untuk bernikah pada 2011 iaitu setahun++ dari sekarang.

hmm...kang orang cakap aku gatal sangat nak kawen. macam adik aku cakap. hahaha

sekarang dah siap survey harga sewaan pelamin , mekap dan yang seangkatan dengannya. bukan apa. bajet ciput. senang nak saving kan hehe dan barang-barang hantaran pun dah mula aku melilau sana-sini =P bercadang nak beli beransur-ansur.mana nak cekau duit beli selonggok? haha

YES! we are serious in this matter. 

kahwen bukan perkara main-main kak oiiii.. ingat macam main pondok-pondok ke haha.sebelum aku beranikan diri buat blog ni, aku dah tengok-tengok dah blog yang orangl ain buat.kebanyakannya sama je masa ngan aku ni start fikir.cuma yang berbeza nya ada segelintir dari mereka dah tahu tarikh nak nikah. ada yang dah start buat preparation and start thinking 2years before getting married. kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. boleh jadi perancangan kita akan makin cepat dan tak mustahil tertanguh-tangguh kan. mengikut keadaan. aral yang melintang tiada siapa yang tahu melainkan Allah 
hehe

haiihhh, penangan kahwen ni dahsyat jugak ek =P

till then~

Jun 19, 2010

first step

at 12:46 PM Comments
assalamualaikum and hello world~

ok first i have to take a deep breath before start a new brand story haha kidding...

ini adalah blog yang aku ciptakan khas as a 2nd step sebelum menuju fasa hidup y seterusnya hehe. so guys, really hope to have your opinion, feedback, or anything. please, please and please leave any comment here. It will give me BIG help for my future big day!

before that i will tell you a simple story because i can see your wide eyes while reading this! haha

someone proposed me last 5 months and of cos it was sweet and romantic(ehem2) hehe i `ll talk about it later ok~
last night i just told my father about this serious matter and alhamdulilllah, lucky me to have such a wonderful and sporting daddy (aauuww daddy x menahan~) because he was like " i am ok with anything. just let him bring the family over and we will talk about this seriously" (ok my abah didnt speak in english act hehe) but the main point is still there hehe.

so, from now on i can think and think and plan everything. for me, it is the best way to tell your family first.so guys out there, what are you waiting for? just tell your family about you n your partner so that you can proceed to the next step =P As simple as that!
NO NO NO! it was not that simple okay my dear readers...curious enough to know? stay tuned~

Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea