Showing posts with label random thought. Show all posts
Showing posts with label random thought. Show all posts

Apr 3, 2012

penangan apakah ini

at 9:28 AM Comments
Harini super duper mengantuk kat ofis. Adakah penangan ubat batuk yang aku minum malam tadi? Dah 3 hari duk batuk, tapi xde la teruk sangat just batuk sikit-sikit sahaja. Cuma air hidung ni je yang selalu merembes keluar tanpa segan silu.

So semalam pergi farmasi beli ubat batuk n ubat selsema. Makcik tu cakap dia bagi ubat selsema yang akan menyebabkan aku mengantuk la sikit. So disarankan aku amek di sebelah malam.

Maka malam tadi aku minum la ubat batuk mengikut sukatan yang diberikan.

Tapi, kenapa harini aku super duper mengantuk mata xleyh nak bukak, kepala rasa berat je. Kalau sorong bantal memang aku krohhhh,krohhhh tak hengat donia la jawabnya.

Takkan la ubat batuk semalam baru bagi kesan? aiyooooooooo

p/s ; kalo ada anak aku xtau la cmne hak2

Mar 31, 2012

cliquecard

at 9:10 AM Comments
Assalamualaikum

Have you guys ever heard about cliquecard? Is it safe, can be trusted or just a scam company?

I’ve heard about it few months ago, when my hubby received a call from cliquecard company and then bla..bla..bla for about 20mins. He explained and explained everything about the card, the benefits etc.

He said cliquecard is very new and still looking for new 300 luckiest member and luckily my hubby was one of them. That was what he claimed.

But then of course we have to pay. Nothing is free right? So the fee is about 499, once for a life time.

At first hubby was about to pay after heard all the interesting benefits. 30%-70% discount here and there.. but then I told him to think first. We did some research, looking for cliquecard website. Oh you can view the benefits like they stated here ; www.cliquecard.com.my

But I smell something fishy because there was no agreement or whatsoever, all we need to do is just give them our visa number then on the spot they will deduct from our a/c, a week later we will get a so called cliquecard.

I mean, come on la! Right now, if we want to apply for jcard, Watson member card, at least we have to fill in some form, sign here and there or else we ourselves go to the website, register some more before get any card. If something that have to do with our bank account, card credit there will be more strict,, right?. We have to do some confirmation at least!

But not for this cliquecard.

And last week I got a call from someone called shima if i'm not mistaken. Claimed that she from cliquecard then explained bla..bla..bla for 10mins because I told her to give me at least her details, n company details. But she refused. Because I might not be able to receive the sms due to some coverage whatsoever. All she told me to do was give her my visa number. As simple as that.

Of course I didn’t do that. Plus, I just got my visa debit card from maybank last week! And she told me that she got my name because I have active visa card. Can you believe that?

So, I told her that I need to discuss it with my hubby first. N she will call me the day after. N there was no single call from her the day after!!!! Liar! I’m not telling that cliquecard is a scam company but I think the girl is not from cliquecard ..

And it make me more in doubt because they called us direct from celcom number. Not from office number like other company did.

So, what do you think? Share with us! Do you have cliquecard?

p/s : eh I menulis lam English la puloks hahahaha.

Oct 16, 2011

saat-saat akhir berstatus bujang

at 5:08 PM Comments

less than a month until i become someone`s wife,insyaAllah. 

A WIFE! 

speechless!

rasa macam tak percaya hari ini akan datang jua. sebelum ni duk sibuk pening2 fikir pasal wedding day. ada tak yang kurang,ada tak yang over,apa lagi yang x etel. kalau nak diikutkan, memang la akan kurang. bergantung kepada perspektif masing2 la. tapi bagi aku, cukup andai semuanya selamat. semua yang penting ada. tetamu dapat makanan cukup.
kalau nak ikut trend sekarang untuk sebuah majlisper kahwinan,aku memang jauh ketinggalan la haha.

semenjang 2menjak ni dah mula otak sesak memikirkan kehidupan lepas kahwin. rasa macam cuak betol. xtau lah. ilmu di dada belum cukup sempurna untuk bergelar isteri, memikul tanggungjawab bersama si suami menerajui sebuah rumahtangga. semoga jalan2 yang bakal kami lalui dipermudahkan olehNya.

da start rasa cuak ni cmnooooooooooooooooooooooo???


Jul 14, 2011

Kompem berseri2 di hari bahagia!

at 11:31 PM Comments
ecewah. segan pulak nak menulis2 pasal hari bahagia ni hak2. walaupun hari tu nak kata dekat macam jauh lagi, nak kata jauh rasa macam semput2 dah ni fikir pasal preparation yang entah ke mana ngeh3.

so, hari ni nak la bercerita mengingatkan diri sendiri. macam mana nak bagi muka berseri2 di hari yang bahagia. xnak la muka penat je kan. ni bukan aku pepandai, baca sana sini so saja nak ingatkan balik.

sebenarnya tak payah tunggu nak kawin baru nak amalkan cara hidup sihat ni. kan ke bagus kalau memang dah sentiasa berseri2, xpayah la nak susah2 bila nak kawen kan hak2. ok moh kita jenguk.

1. perbanyakkan minum air.
aku rasa semua orang tahu air ni sangat penting untuk badan. kalau x makan lagi lama boleh tahan dari tak minum kan. kena minum banyak2 air untuk bagi oksigen yang cukup untuk badan. xde la lesu sangat. hmmm, aku kena take note yang nih, sebab susah sangat nak minum air. kadang2 tu lepas makan tahan jap minum air . konon2 nya nak bagi makanan hadam sket baru minum air. tapi sampai ke sudah x minum sebab leka dan terlupa. haihh. patut la muka asik lesu je.

2. makan sedikit tapi kerap.
xleyh makan banyak2 terus. macam aku la suka benau makan banyak2. last2 mengantuk jadiknya haha. sebabnya kalau byk amek makanan yang banyak karbohidrat boleh tambah kandungan gula dalam darah. bila banyak gula, banyak insulin dikeluarkan. pastu banyak la gula lam darah dihantar ke otot untuk disimpan yang menjadi punca utama kepada mengantuk dan keletihan. haaaaa terer x aku. xcaya tanya doktor. kalau doktor cakap tipu, buku ni pun tipu sebab aku baca dr buku haha

3. bersenam.
hhhhh, dah keje2 ni bila entah boleh bersenam. kalau setakat nak mengharapkan ulang alik lam line tu boleh ke kira bersenam? haha. berangan~ nak kena buat senaman yang dasyat2 sket macam lari2 ke, jogging ke. nanti lagi banyak serapan oksigen ke seluruh badan. baru la segar bugar kan.

4. amalan tradisional
aku kalau bab2 tradisional ni lembik sket. haha. mau nye aku minum campuran air serai, halia, kulit kayu manis dan lada hitam? yucckkksss! tapi tu la hakikatnya. minum setiap pagi dua bulan sebelum hari bahagia nescaya badan akan ringan dan bertenaga. fullamaaakkkkk. kalau badan ringan, terbang lak orang duk kipas2 :p

ok lah tu dulu, kalau banyak2 bukan korang nak baca sampai abes kan. aku pun malas nak menulis haha. semoga tips2 ni berguna untuk aku kelihatan segar bugar di hari bahagia. amin  :)

May 22, 2011

trauma butik inangsari

at 7:39 PM Comments
hari paling malang sedunia! today, i went to kompleks bukit jambul. survey baju for my engagement. actually, teman housemate nak beli baju yang nak dipakai for her fren`s wedding. so alang2 aku pon join skalik. try sana sini. nama pun survey kan. kalo berkenan kita hangkut terus. 

nak dijadikan cerita, masuk satu kedai ni. BUTIK INANGSARI. haaa besar2 sket. mula2 masuk ada sorang akak ni. muka manis je sambut kami. dia mula la introduce dorg nye baju. ada macam2 la. baju kurung sumer, not bad la. then aku amek satu baju ni. nampak macam ok. pastu bila cakap nak try, sorang pakcik yang duk kat kaunter ni cakap macam ni.

"nak try ke ni? kalau cantik kena beli"

what do you expect bila dia ckp cmtu? of cos la kan, sumer tukang kedai akan cakap benda mcm tu. at first, i thought he was joking. KALAU CANTIK, KENA BELI. then i try. nampak ok but colour dia mcam terang sgt so i xnak la. bila bukak, i ckp xnk lah.

pastu makcik yang tolong bukakkan zip tu da start buat muka. maybe his wife kot. dia cakap kena beli. i balas balik cakap i xnak beli. then mula la dia ulang2 balik apa yang pakcik tadi cakap. dia siap tanya lagi, mmg saja nak try or nak beli. then i ckp la, i memang tgh nak cr baju for my engagement but baju dia i xnak. dia mula la marah2. pastu i cakap kedai lain ok je. pastu dia cakap lantak p la ngan kedai lain. boleh x dia cakap macam tu kat customer?? then i cakap, ok lepas ni taknak datang dah sini. 

"pergi mampus la"

yes. that was what she said to us. erm maybe me to be specific, i dunno. so ktorg blah la dr kedai y bajet bagus tu. xde customer pon. both my hands terketar2 je. memang panas hati. sebab tak puas hati ktorg patah balik kat tepi kedai tu. tapi tuan kedai tak nampak muka kot. sebab nak amek gambar nama kedai. bila dah amek, ktorang pusing balik then tetibe terperasan tuan kedai tadi ngan anak dia datang masing2 pegang handset n ipad maybe. sebab mcm gabak sgt haha.dorang amek gambar or video, i dunno.and i heard he said like this.

" budak kurang ajar"

gila tak??? i balas balik  no wonder u xde customer. i siap buat "peace" lagi. tapi skang tetiba cuak kalau dia p upload kat youtube or facebook mati la i glemer haha.

tapi i xkesah pun, sebab lepas tu bila pergi  kedai lain dorang cakap kedai tu memang reputasi teruk. so its not my fault la kan. lepas tu terus trauma masuk kedai lain. tanya siap2 kalau try kena beli ke x. nak ramah2 mesra ngan tuan kedai pon dah naik seriau tau. 

May 14, 2011

seronoknya buat preparation!

at 11:14 AM Comments
hi guys, ladies n gentlemen, tuan-tuan dan puan, bla bla bla....ok enough.

ni haaa meh sini nak habaq mai sket. skang ni aku dalam proses survey sana sini la. dah sorang penang sorang shah alam tu je la yang mampu setakat ni. so nak cte nye, bila dah survey banyak2 makin lama makin pening. makin lama makin stress haha. bak kata kawan aku, tu la yang membuatkan preparation ni menyeronokkan. tang mana seronok aku xtau la kekeke.

ok. yang aku nak citernye cmni. ktorg carik2 sumer tu kat kahwinmall kalo x silap. pastu banyak la kan mereka yang sediakan perkhidmatan perkahwinan. tapi yang xbestnya, orang letak website dia pun nak jugak. tapi bila bukak, hapa pun tarak!  kosong! no post! apa motif buat blog kan. tak paham betul la. pastu yang xde tu pun banyak jugak. aku paham la bukan semua orang rajin, ada masa nak buat website bagai. tak cukup masa nak handle sumer. yes, i know. tapi kalau dah buat tu at least isi la apa2 yang patut. pastu pulak ada yang buat blog letak sumer cukup lengkap. tapi xde apa-apa yang boleh dihubungi. phone number, email sumer xde! pastu bila aku tengok orang yang duk tanya2 kat every post xde pulak dia reply. cmno tuh?

agak mengecewakan la. yela, kita ni bukan terus nak p terjah. at least tgk2 dulu cmne. perkhidmatan dia menarik ke x. ok ke x. lagi pulak alamat jauh2. kang pergi xde pulak. x ke haru?

tu bab website. kita p pulak bahagian sms or email. ada yang website under construction. kita p email dia nak tanya harga bla3. dah 2,3 minggu asik under construction jexkn nk tgu saje kan. bila p email tanya dia nye pakej, harga sumer boleh pulak dia suh datang kedai terus. memang la lagi bagus. tapi apa salahnya bagi je la dulu harga tu. kalau ok, kami pergi la kedai tu. kalau x ok, buat apa nak pegi lagi kan?tak cukup ngan pihak yang org sms 2 mgu xjawab2. call xnk angkat. komen kat facebook xnk balas. msg kat facebook taknak balas. tengok kat fb aktif pulak ngan benda lain. cmne tu?

haaaaaa itulah antara perkara2 yang membuatkan preparation adalah suatu perkara yang menyeronokkan! haha. memang seronok.

Apr 2, 2011

i'm back!

at 2:16 PM Comments
hello. hello.hello.

ok lama sangat dah cuti stepbystep ni. sekarang saya dah di malaysia. Alhamdulillah selamat sampai. kalau dah sampai ke malaysia ni maknanye masa untuk fikir pasal our next step la kan. haiihhh pening2

skang ni masih duk bincang2 lagi. sebab segala2 masih kalut haha. aku skang kat kampung. terengganu. dia kat shah alam. so bincang jarak jauh sudah.

will update later. chow cincau

Mar 6, 2011

kembali mengatur langkah, stepbystep

at 1:52 AM Comments
assalamualaikum :)

uwah2 lama sungguh duk tinggalkan step by step  ni. sebab sangat2 sibuk start dgn fyp n exam. and alhamdulillah semua dah berakhir dengan jayanya insyaAllah. kalau xde aral melintang dan diizinkan Allah, dapatlah aku balik ke malaysia akhir bulan 3 ni dan menyambung kembali step yang dah lama terhenti nih.

aku tahu ramai yang tertanya2(ada ke? hahaha), apa lah kesah step aku yang macam dah berhenti ni kan. maklumkah aku kan beriya2 sket dulu hak2. tapi skang ni beriya2 jugak =P

cuma buat masa sekarang xde apa yang nak update kat sini. insyaAllah bila dah balik malaysia nanti banyak lagi berita yang bakal menyusul. :)

stay tuned~

Dec 31, 2010

kena buat plan baru!

at 11:15 PM Comments
sebelum ni duk cakap2 pasal plan A lah, plan B lah tup2 smalam baru tersedar yang plan A memang kompem2 takleyh jalan. hahaha boleh pulak lupa kan. so kami mencari2 lagi plan baru hehehe.

Plan B macam ada kemungkinan okay tapi masih samar-samar. maka jadik lah plan B.1 hahaha sesuka hati aku je plan B.1

tapi ada jugak lagi plan C. haaaaa masih ada plan C. sebab plan A dah buang kena la tambah plan baru. so skang ni plan B.1 dan plan C. kekekeke

ceit, alih2 kawan2 aku jugak y on dulu. xpe2, nanti dua2 orang kena datang kenduri aku bawak laki masing2 ye . dan jugak hadiah besar2 sebab dah kahwin

tokorode~

sapa rasa baju ni cantik angkat tangan! cantiknyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~



Dec 30, 2010

xmo guna bunga tangan aci x?

at 9:19 PM Comments
hmmm dah lama dah xmerapik meraban my angan-angan perkahwinan kat sini. lately busy sangat dengan fyp. yes, saya masih lagi belajar kak. tapi dah gedik2 nak buat persiapan kahwin ye. hahaha. ok, nak kata persiapan tu takde la persiapan yang macam b2b yang lain. yang dah nak kawen lagi bape bulan. nope, mine is more to step awal nye preparation. paling awaaaaaaaaaaaaaaaal sekalik. hihihi apekah itu? orang y dah start serious pasal perkahwinan tau la kot step y mcm mane haha. 

memang tak dinafikan la, dah survey macam-macam. dah kira2 bajet sumer kan. tapi apa-apa pon belum boleh buat lagi. apa-apa pun kena tunggu i balik malaysia dulu! lagi bape bulaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan je lagi.

ok, cakap pasal preparation ni...lately kami banyak focus kat photographer. mencari2 yang paling best, paling jimat cost, paling segala-gala lah. and my partner ni bukan jenis yang sumer nak ikut hati dan perasaan serta keinginan daku sorang je. kiranya x serah bulat-bulat kepada ku lah. every litle things, semua dia take part. bincang elok2. dan tak sangka lah kan duk carik2 photographer pun laaaaaaaaaaaaaama gilos. haha

tapi takpe, long way to go. so pelan2 lah bincang dan rancang. tapi haritu ada terberangan kejap pasal bunga yang pegang kat tangan. selalukan orang pegang bunga. xkisah lah bunga betul ataupun bunga plastik. tapi aku tetibe terfikir satu benda ni. nampak macam kanak2 tapi tengok lah cane. kekekeke sebab ngah carik2 benda2 yang boleh melaksanakan impian daku iniiiiiiiiiiii. tungguuuuuuuu~

Dec 17, 2010

plan A ke plan B? mari buat plan C

at 10:47 PM Comments
sekarang ni kalau boleh hari-hari nak update ngan 2 my bestfrens. kenapa?sebab kedua-duanya pon sekarang sebokkkkk jugak ngan wedding preparation. semua pun dah start kira2 bajet.survey segala termasuklah hari. tapi yang kelakarnya, kami ni kemungkinan akan buat pada waktu yang mungkin sama. 

xde la sebijik sama tarikh seketul2. tapi jangka tu tak lari banyak la. aku pun xde lagi tarikh seketul-seketul. cuma plan kasar tu ada la sket2 kan. tapi dua2 waktu yang kami(aku n dia) duk fikir2 tu pulak tarikh salah satu daripada mereka la. 

contoh mudah. aku ada la plan tarikh A dan B. tapi bestfren 1 nye tarikh ni masuk lam plan A dan bestfren 2 masuk lam tarikh B. hahahahahaha cemano tu?

xpe2, harap2 aku tak miss la dua2 majlis penting  ni. siapa? rahsia haha. bila? rahsia jugak keke.

Dec 14, 2010

walaupun mcm xde peluang, still mengharap dpt menang salah satu!

at 12:55 AM Comments
ok. aku dah join dua contest. and kalau menang salah satu memang berbaloi2 lah. pakej photography worth RM2000++ kot. 

  1. contest by ministry of moment yang dah tamat haritu.tunggu keputusan je ni.*dubdabdubdab
  2. foto by razali : wedding photography giveaway contest yang akan tamat 31 dec ni *sape2 nk join silalah ye. hehe mana tau dapat tuah ke kan.

walaupun jauh di sudut hati ni macam xde gaya nak menang aje. entah lah, xde luck kot haha. mungkin bukan rezeki aku dalam bab join2 contest bagai ni. entry org len sumer gempak2. naaaaaaaaaaaaak sangat menang kan tapi......... 

plis.plis.plis.plis.

kalau betul memang rezeki, insyaAllah dapat. kalau xde rezeki nak buat cmno kan. 

*pray hard*

Dec 11, 2010

pray for me plis?plisssssssssssssssss~

at 12:50 AM Comments
ni contest baru y aku br discover lately, and aku dah pun masuk. entry ade di sini. yes another blog. semata2 kerana contest ni tau! bukan la nk kata semangat, tapi alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal bahu. kalau boleh masuk kepala pun nak diusahakan.

oh, act blog tu dah lama ada. aku guna kalo time nk ubah2 layout blog. aku testing kat situ dulu. sebab tu nama blog testing. ok abaikan. aku post entry kat situ ade sebab2 die. sebab gambar y aku nak letak tu besar. n aku nk letak original size. mls nk shrink. xbest.so letak je la situ hehehe 


sape yang berminat nak join, boleh g jenguk blog ni. nak tengok gambar banyak2 pon boleh jenguk facebook ni.

sape2 nak tengok entry aku boleh ke sini. walaupun x seberapa, boleh lah kamu tolong doakan aku ok? hehehe. kalau ada rezeki aku, boleh menang skalik.. bestnye!pray for me!

Dec 5, 2010

xde ke lelaki yang nak buat blog persiapan kahwin?

at 3:24 PM Comments
setakat aku duk selongkar2 sana-sini, baca sana-sini, blog persiapan kahwin semuanya ditulis, dikarang oleh perempuan. setuju? dan kadang kala tanpa usul periksa kita terus buat kesimpulan bahawa penulis adalah seorang perempuan. setuju?

haaaaaaaaa, agak2 kenapa lah ye lelaki xde yang buat? semua pompuan je yang bersemangat. nampaklah keterujaan nak buat preparation tu. kenapa ek? lelaki tak teruja ke?

haaaaa. tak baik buat kesimpulan macam tu.bagi aku, bukan lelaki tak teruja. tapi cara dorang express tu lain sikit. pompuan lak lain sikit. betul x?

tokorode, 

dulu macam pernah dengar pepatah. lebih kurang macam ni. di sebalik kejayaan seorang lelaki , ada seorang perempuan. x ingat dah cmne. tp cmtu la. tapi pompuan pon sama je. di sebalik kejayaan dia tu pun ada gak lelaki. tak kesah la, ayah ke, adik, abang, suami, bla3.

sama gak la ngan blog kahwin. walaupun kita tahu yang menulis ialah perempuan, keterujaan tu nampak si perempuan, tapi di belakang yang menyokong ada si lelaki. ada ke orang buat blog cmni sendiri2 macam syok sendiri terlebih. mesti la ada si lelaki di belakang.

tapi ada segelintir masyarakat kita ni silap. aku tahu, ada yang janggal .lagi2 kalau blog kahwin ni dibuat oleh orang yang baru je in a relationship kan. pastu terus la berprasangka. ish penulis blog tu dah buang tebiat ke? gatal sangat dah ke?angin takde ribut takde tetiba ada blog kan. 

aku tak cakap orang lain. aku sendiri pun pernah ditanya. segala perancangan yang tertulis dalam ni semua aku plan sorang2 ke? eh, ada pulak macam tu. kalau plan sorang2, kena kahwin sorang2 la kan? hahaha. of course la aku plan sama-sama ngan si lelaki. cuma mungkin aku tak gtau kamu semua hasrat hati kami dari awal tetiba buat blog. tu yang terkejut eh.

hmmm, entah lah....sesetengah orang x suka tulis setiap perancangan secara public. tup2 eh dah bagi kad jemputan. ok je.no hal la kan. tapi ada yang nak tulis kat sini every single step. supaya xde yang tertinggal. bukan niat untuk canang ke seluruh pelusuk dunia, cukup sekadar peringatan diri kami sendiri. step by step yang kami tempuhi dan bakal tempuhi. tu je. x salah kan?

Dec 3, 2010

lain dari yang lain?

at 6:41 PM Comments
okeh. kalau cakap pasal blog b2b ni kan, yang ada dalam kepala mestilah persiapan nak kahwen kan.yang paling menarik ialah entri2 mengenai idea2 masing2 nak untuk hasilkan barang DIY, dan senang nak kongsi idea ngan org lain terutamanya b2b yang lain2 lah.

kat tepi2 blog aku ni lagi lah. semua mantap2. masing2 ada hasil kreatif DIY tersendiri. tapi berbeza ngan blog aku ni. xdenye DIY tu. mungkin belum ada. i bet ada yang hampa kot masuk blog b2b ni. hampeh! tak membantu langsung! hahahah

sorry lah kalau itu yang kamu harapkan kalau tetiba termasuk lam blog aku ni time google nak carik blog persiapan kawen. aku mungkin belum sampai masanya lagi nak DIY bagai ni kan. haha

cuma ni mungkin satu lagi blog ala2 personal tapi menyentuh bab2 perkahwinan sahaja! apa yang aku fikir, apa yang aku berangan dan macam2 lagi lahkan. lagipun perjalanan kami jauh lagi.bukan macam sesetengah blog yang dah ada saki baki je lagi ke tarikh big day kan. hehe

apa-apa pun thanks lah kalau tetibe TERjejak ke sini tapi hampa bila tengok isi. =P

Nov 30, 2010

Ministry of Moment : just click contest

at 7:28 PM Comments

source: Ministry of Moment
pembetulan : girl`s expression
facebook ministry of moment




macam ni kira ok x? hehehe

jom tengok apa yang perlu dibuat? adakah daku sudah mematuhi syarat2 itu?
syarat di ambil dari blog ini
my facebook profile : Ckyn Wan

***************************************************
All you have to do is:

1. Search for MINISTRY OF MOMENT page in Facebook and click “Like”.[DONE]

2. Go to ‘Photos’ and find a folder named ‘Contest’.{DONE}

3. Pick one picture that you like from the folder and write a creative entry in your blog with the title; Ministry of Moment : Just Like contest and tell us why do you like that picture.[DONE]

4. Under the picture, type; source: Ministry of Moment with link [DONE]
http://www.ministryofmoment.com/

**************************************************

p/s : sorry di atas kesalahan ejaan atau tatabahasa. rushing je buat ni sebab takut x sempat hehe
p/p/s: wish me luck! best nye kalau boleh menang!
p/p/p/s : penganjur, andai ada mana2 syarat yang xlengkap plis tell me hehe



Nov 22, 2010

sesi kaunseling sebelum kahwin

at 9:08 PM Comments
sesuai dengan perkembangan teknologi dan zaman yang dah bertambah maju ni, majlis2 seperti merisik bertunang, akad nikah dan bersanding pun maju lah jugak, selari dengan peredaran zaman. sekarang ni orang bertunang dah macam orang kahwin aje majlisnya. kadang-kadang kos nak bertunang pun menelan belanja puluh2 ribu. jangan buat2 terkejut sebab memang lah ada. memang nilai tu affordable untuk orang yang berada, tapi still its a big amount la bagi aku.

lepas tu sekarang masing-masing tak nak kalah. semua dah nak jadik ikutan. bermula dengan video wedding fairytale, photoshoot pre-wedding syed mudzaffar , video wedding pengantin terjun kolam, video save the date elyana dan macam2 lagi lah yang aku tengok. memang terus mencetus pengaliran adrenalin dan neuron2 untuk merasa jeles. rasa macam nak buat. rasa nak jugak.nak jugakkkkkkkkkkkkkkkkk. T_T

tapi dalam masa yang sama, aku banyak kali beritahu diri sendiri. mereka tu mampu nak buat macam tu. biarlah. kau pun mampu tapi kena la ikat perut lama sikit, kawen pun lambat banyak lah jadiknya.hahaha aku taknak lah nanti aku kumpul duit 30-40 ribu RM semata2 nak macam mereka, orang datang majlis aku puji melambung2 bagai nak rak tapi hari esoknya nak menghadapi hidup baru tu orang dah x amek kisah dah.

so, kau jangan terpengaruh ye cik adik. just plan apa yang ada dalam kepala kau, sesuai dengan keadaan diri kau dan keluarga kau. kalau orang datang nanti nak cakap wedding tak gah pun xpe, janji kamu puas hati dengan apa yang kamu mampu lakukan. masing2 ada pendirian dan pandangan sendiri.

ini termasuklah dari semua aspek. baik barang hantaran, duit hantaran, kenduri kahwin, pelamin, baju pengantin dan semua sekali. bila kau tengok orang bagi barang hantaran mahal-mahal, kau pun terketar lutut nak cari jugak. bila kau dengar ada orang letak duit hantaran 20k , jangan nak demand lebih2 nak jugak walaupun kau tu belajar oversea.kalau orang lain kenduri jemput 1000 orang sewa dewan, kau kena paham macam mana konsep kenduri kahwin kat kampung. masing2 ada pro & contra. 

orang nak mengata nanti biarkan lah, sebab lama nanti mereka senyap. yang penting kamu bersederhana.

ok, tamat sudah sesi kaunseling terhadap diri sendiri! haha

p/s : bagi aku bukan kos paling mahal patut dibanggakan, tapi kos paling murah yang kamu boleh kejar untuk dapatkan kepuasan majlis yang maksimum. betul x?

p/p/s : yang lebih penting, hidup selepas berumah tangga

Nov 20, 2010

save the date plis!

at 9:01 PM Comments
nak buat jugak lah macam ni. aci x?


tapi keras kejung la depan video camera kang haha

p/s: oh sorry, terbagi harapan palsu kekeke

Nov 7, 2010

bestnye kalau boleh buat jugakkkkk

at 4:25 PM Comments
saikin(lately) ni selalu jugak la terjengah blog b2b di luar sana dan terjumpa mereka2 yang buat pre-wedding ataupun nak buat banner guna gambar ala-ala kenangan zaman sekolah gitu. ada yang buat video. biasanya kalau couple tu dari sekolah yang sama lah. kalau sekolah yang lain2 macam mano nk buat kan.

somehow rasa macam sweet gitu. menggamit kenangan silam. 

eh, rupanya satu sekolah.
eh, satu kelas tak pernah bercakap pun dulu.

xrasa comel ke? dan menarik.

tapi kalau kami ni cmno? belajar jauh2  ni xkn nk datang buat video kat sini. 
banyak lah cantik muka tu kan! hahaha

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dah tau nak buat kat mane!

depan kedai makcik silarasa!
ha ha ha ha ha ha ha ha

Nov 6, 2010

keazaman

at 9:03 PM Comments
sebelum cuti deepavali hari tu, aku ngan dia macam nak shopping jap. shopping cmne lagi kalau sorang duk malaysia sorang duk jepun ni. shopping kat internet la. sebab aku risaaaaaaaaaaaauuuuuuuuuuuu sangat takut terguna duit yang ada ni. memang susah la nak simpan!

aku lagi suka tukar duit kepada bentuk barang terus! hahaha a.k.a shopping lah! insyaAllah lagi selamat haha sebab tu aku nak ajak dia shopping. cari sama-sama barang yang nak buat hantaran nanti. walaupun jauhhhh lagi kan. haha xpe2.

yelah, rancangan ktorang ni flexible la konon-konon. ade tarikh yang ktorang bajet tapi kemungkinan berubah mengikut kesesuaian keadaan lah. berubah mengikut apa sahaja kebarangkalian di tengah-tengah nanti.

ok berbalik pada hantaran. actually aku dah bookmark banyak2 page masuk lam satu folder pasal barang hantaran ni. senang nanti nak window shopping sama-sama. tapi aku tak tahu di mana silapnya, terdelete satu folder. hilang abes sumer bookmark page tu. wuwuwuwuwu

so kena berusaha lagi la ni. walaupun puas ku pujuk2, dia masih tetap kepada most wanted thing si oren-putih. nanti kalau dah ada kita grab terus tanpa berkelip mata ok? hahaha

bila duk selalu tgk blog kawen org len ni, macam2 y dorg buat sendiri. terus jatuh hati. masalahnye aku ni xcreative dan xrajin mcm dorang! hahaha xpe2, utk masa sekarang ni carik idea dulu sementara internet connection pantas kilat ni. kumpul2 banyak2. decide nk mcm mana. kang blk msia boleh la try buat slow2.eceh. berangan!
Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea