Apr 14, 2013

detik-detik cemas...#1

at 8:46 PM Comments
Assalamualaikum...

sebelum luput dari ingatan, wpun ak rs xde ibu y akn lupa detik2 mendebarkan itu, marilah aku berkongsi cerita... bagaimana ia bermula...

masuk je bulan april.....aku dah berdebar2 menghitung hari...dah prepare mental n fizikal, kemungkinan bby kua awl 2 mgu..

kebetulan akak aku dr johor dtg duk sini. contact akak 2nd y duk umh akak 1st. kot la da blk johor. skalik xjd blk johor upanya...stay lg sminggu. tetiba2 je berkobar2 nk beranak hahaha. boleh la akak ak jaga seminggu b4 blk pantang kt umah mak mertua kt ganu..dan2 gtau supervisor kt ofis, rs mcm nk beranak mgu tu jugak, tp nak baby kua weekend haha. dorg saje gelak2 smbil pesan, kena ckp kt bby la suh kua awl. gtau hari bagai.

start hari khamis kot.. aku mula berckp2, pujuk2 bby kua hujung mgu tu haha. hari sabtu (6 Apr) tu seharian aku tgu, mana la contraction ni x dtg2, tdo pn xlena tau..agak kecewa di situ..:P sabtu tu lepak umah akak sulung smpai tgh mlm. blk umh smbung pujuk bby suh kua mgu tu jugak haahahah.. gila kan?

hari ahad (7 Apr) tu ak bgn super duper lmbt, bgn dr katil la maksudnya.. tdo2 ayam smbil pujuk2 bby. time ni ada la 2,3x rs sakit sket time nk luruskn kaki kanan. rs tegang je kt bhg perut belah kanan. tp buat bodoh je sbb dulu pernah gak rs.

agak2 da bosan guling2, ak bgn dr katil nk mandi. tengok2 ada kesan darah ngan lendir kt panty liner. adakah ini petanda? jeng3....terus gtau hubby da kua darah. duk pening2, fikir2 terus call akak tnye nk kena g hospital terus ke? sbb xsakit pape pon...

akak ak punya la haa, suh g terus hospital. katanya xlama dah tu. ak ckp nk mandi pn dia xbg..tp sebab ak degil, so ak mandi la dulu. kemas2 apa y patut... y belum masuk kete lg...

pastu akak sulung call. tnye itu ini, nk g hospital mn. kami mmg x boking mana2 hospital. bajet nak terjah hospial sungai buloh je. tp akak ak ckp better pg PPUM je. dekat pon dekat ngan umah. ak risau gak, takot penuh, dorg xnk terima...tp gamble je lah. 

ms ni da start rs sakit tp selang 30 minit. ms ni keberatan nk g hospital. sbb slalunya org ckp selang 5-10 minit cmtu br pergi...tp fikir positif.. sbb da kua darah kan..

y klakarnya, ms sakit lam kete hubby x bg bercakap sbb takut x jumpa jln. hubby da start panik tu bahaya. kang sudahnye terberanak dlm kereta haha

smpai kt PPUM, xtau nk gtau cmne bila org kt kaunter tnye mcm2 haha

ye, boleh kami bantu?
> erm... sy nk check, arini ada kua darah..

awk booking x?
> tak

plan nk beranak kt hospital mana?
> xtau..plan sini ngan sg. buloh.

eh awk ni, nk bersalin pn xtau ke.. ? 
> .........

dah brape mgu? bila due date?
> 37 mgu, due 24 apr

lps check2, nasib baik boleh diterima masuk sbb lg 2 mgu due date..

tapi once dah msk wad, xboleh keluar sehinggalah bersalin..maybe hospital lain ok tp polisi kami cmtu
> ok...

lepas tu aku diberi bj hospital utk ditukar, then masuk labor room utk checking ..

masuk la nurse, student, houseman(?) dan doktor silih berganti amek keterangan dan details... lama jugak lah....

pastu bila smpai part nak check bukaan tu aku dah seriau.. org duk cter2, sakit katanya. tapi tetibe je dah siap hahaha.. tapi agak mengecewakan . nak tau kenapa? sebab doktor cakap  bukaan baru 1cm!!!! hahaha

lepas tu aku dipindahkan ke wad sebelum bersalin..dalam hati duk mengira2 dah. bape hari la agaknya kena duk sini sebelum bersalin. orang lain dtg at least bukaan 2cm pon ada yang smpai seminggu. aku y 1cm ni cemano?

to be continued.....

Apr 10, 2013

push..push..push! tarraaaaaaa!

at 12:54 AM Comments

Alhamdulillah dah selamat melahirkan bayi perempuan pada usia kandungan 37 minggu 2hari.
7 April 2013
11.53 pm
2.375 kg

Nanti saya cerita detik2 cemas itu kekeke

p/s : saya berjaya pujuk baby keluar awl. hehehehe

Apr 2, 2013

Baby, cepat2 keluar plis!

at 10:58 PM Comments
Assalamualaikum!

macam dah xsabar2 kan nak beranak. bajet dah cukup bersedia la tu mental dan fizikal..

kalau dulu xtau nak prepare ape, skang semua barang dah masuk bonet kereta..

kalau dulu xtau contraction tu mcm mana, skang mcm dah boleh agak...cuma kena gandakan sket kesakitan tu ketahap yang xboleh dibayangkan..

mana tak nye, haritu masa ngah elok duk lam toilet nak lepaskan hajat, tetiba rasa sakit yang luar biasa kat situ. tergenggam jugak la tangan ni menahan sakit. dalam hati terus terfikir, macam ni la kot rasa nak bersalin..tapi yang aku rasa ni mungkin la baru mcm bukaan 0.1 cm kot.hak2. cuba bayangkan bukaan 10 cm nanti sakit mcm mana. fuhh! x terjangkau dek akalku..

pastu malam tadi tetiba rasa x selesa sangat2 time tidur. mula2 rasa macam kebas/bengkak kat jari2.  selalu orang rs kat kaki kan, bengkak..darah x mengalir ke kaki.. tapi aku pulak rs kat tangan. mmg xselesa betul. kaki x pulak sebab tiap2 malam urut sebelum tidur.

lepas tu menggagau celup lam besen ada air. asalnya air tu utk basahkan tuala papa demam. last2 aku rendam tangan, hilang la sket rs sakit tu. tp last2 abes sebesen tumpah atas lantai sebab aku tertidur sambil letak tangan lam besen hak2..

tambah pulak ngan baby meragam dalam perut x bagi can langsung aku nak tidur mengiring, kiri ke kanan ke langsung x boleh.. selalu kalau lapik bantal kat perut boleh la mengiring sket. tapi malam tadi memang x bagi can. kena tidur terlentang la.. maunye x sesak nafas. rasa tersekat. so x berapa nak lena la mlm tadi.

bangun pagi2 tadi terus cakap ngan baby.. suh baby kua cepat2 hahaha. br xselesa tidur sket da xtahan nak suh baby kua.. belum tau lagi azab nak bersalin mcm mana kan. wuwuwuwu

apa2 pun semoga semua dipermudahkan.kwn sy dah selamat bersalin. dia mmg due 2mgu awl dr sy. maksudnye sy pn 2 mgu lagi ke? ataupun bila2 ms je dr skang?

fuhhhh. mari berusaha!
Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea