Oct 19, 2013

Damia dah makan solid food!

at 10:41 AM Comments

Assalamualaikum!

Cerita dah basi tapi nak jugak update supaya di kemudian hari mamanye x lupa hehe.

Sekarang umur damia dah 6bulan stengah.

Sebelum umur masuk 6 bulan, mama dah semangat google cari info sana sini perihal makanan untuk damia.

Dah tengok siap2 , 7hb 10 hari isnin so mama nak try bagi la weekend tu. Kena try dulu tengok damia dah ready ke belum nak makan nih kan. Xnak lah terus bagi kat maksu tanpa apa2 persediaan.

Mula2 mama bagi carrot, failed! Haha nanti lah cter cmne boleh fail hihihi.

Lepas tu bagi pisang. Alhamdulillah damia makan dengan jayanya! Lepastu avocado berjaya jugak! Tapi bila bagi epal nggak mau pulak. Masam kot hehehe.

Kena cari banyak resepi lagi nih. Excited nak suap damia kuikuikui...

Oct 12, 2013

damia jatuh longkang

at 8:27 PM Comments
Assalamualaikum!

haritu tengah syok2 buat kerja kat ofis, dapat call dr hubby..

"papa jatuh longkang dengan damia!"

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?????

maunye tak sentap kan. dah la jatuh kepala dulu. nasib longkang ada air, dan damia pakai topi pagi tu.

pagi2 terus bawak pergi klinik. check up sikit, doctor ckap xde ape2 yang serius.

tapi kena monitor dulu 2, 3 hari tengok kalau muntah, xde selera makan etc.

calar la sikit kat kepala damia.

nasib baik xde pape. risau jugak haritu. mood nak buat kerja terus kelaut. hak2.

2,3 hari ni so far xde ape2 yang merisaukan. 

masih lagi menjerit2 mcm biasa.

masih lagi minum susu dan makan dengan lahapnya.

masih lagi ceria seperti biasa.

Alhamdulillah.

Semoga damia sentiasa di bawah lindunganNya.

Oct 5, 2013

Saat yang bahagia.

at 6:10 PM Comments
Assalamualaikum!

Malam itu tidurku terganggu....
Semacam ada benda duk merayap2, duk main kat muka terutamanya bhg mulut.
Bila buka mata, tengok ada seorang budak kecik bermata bulat memandang aku.
Tangan masih lagi lincah di muka dan mulutku.
Bila tengok jam di dinding, its 430 am!

Entah bila damia terjaga, duk main2 muka mamanye.
Rindu mama letew....
Lepas cium2 sebab geram tengok anak comel sangat.. pusingkan dia mengadap mamanye pastu tepuk2 bontot.
Terus tertidur.
Oh indahnya dunia!
Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea