Nov 1, 2013

Brown rice with brokoli

at 8:14 PM Comments

*post basi br nk publish*

Currently eating happily!

Nasib baik makan. Bila damia reject apple n kurma, mamanye dah pening n takut xtau nak bagi makan ape.

Lepas study2 kat group solid food Facebook,  mamanye mahu mencuba brokoli. Mamanye sangat suka brokoli so apa salahnye mencuba kan!

Mula2 potong halus brokoli sebab mamanye guna hand blender sajo. Kang kasar sgt payah pulak nak hancur. Lepas potong rebus dalam air yang sikit sehingga lembut ye.

Kemudian blend bagi lumat2. Kalau agak kasar,  sila tapis sebelum bagi baby . Ikut petua hubby, "kalau mama boleh gigit maknanya xsesuai utk baby".

So mamanye makan la sesudu, kalau agak2 boleh gigit tu makanya tekstur masih lagi kasar.  So tapis ngan penapis besi pastu lenyek2 ngan sudu. So dia hancur lumat lah.

Untuk beras, blend kering beras terlebih dahulu. Tapi disebabkan nak basuh dulu beras, lepas basuh goreng dalam kuali sampai kering. Ni baca kat blog supermommy hehe. Amek petua expertise la hiho. Pastu blend bagi lumat. Kemudian masuk air buat mcm masak bubur tu.

Lepas tu kalau xlumat jugak boleh lenyek2 kat penapis. Kemudian simpan dalam bekas bertutup yang berasingan.

Tiap2 pagi, mamanye campurkan la brokoli ngan bubur nasi ni. Bawak pergi umah maksu. Alhamdulillah,  maksu cakap damia berselera sangat makan. Phewwww!

Dah cukup 4 hari, lepas ni campor carrot lah pulak jom!

Oct 31, 2013

So much win!!

at 8:09 PM Comments

Assalamualaikum!

Haaaa ape y "win" sgt tu?

Alkesahnye....damia dah laaaaaaaamaaaaaa dah pandai sebut2 ni. Xde la "aaaaaaaaaaa" je manjang kan.

Memula "te te te te "..... bila time potpet2 haaaa. Kua la "te te te" dia tu. Mula2 aku dga mmg rs excited sgt sbb damia dah pandai ckp tp dlm bhs dia la. Bukan bhs kita ni.

Then x lama lepas tu jadik "ta ta ta ta" pulak.....

Pastu advance sket, "ta te ta te"... ikut suka dia la kan. Kejap "ta" kejap "te"..

Kemudiannya "da da da da........"

Tp smalam lain sket. Dia da start sebut "pa pa pa pa pa".

Haaaaaa ms ni aku kt umah maksu la nk amek dia. Bila dga damia sebut tu da boleh agak siapa yang paling excited. PAPANYE LA!

aku diamkan aje la xgtau lagi damia da sebut "pa pa pa pa". Smpai parking umah damia da tdo. Tp bila nk naik umah, terjaga balik. So ak tinggalkan dia dlm bilik sorg, ak mkn dinner. Sebabnye puas duk menyusu duk dodoi2 xmo tidur ak bior je la dah kebuluran kan.

Tiba2 ms ngah basuh pinggan papanye jerit, lari2 datang dapur. Aku terkejut la ingatkan damia nape. Haaaa tau nape?

Sebab papanye da dengar snirik damia sebut "pa pa pa pa" tu. Haruslah gembira sebab bukan sebut "ma ma ma ma" dulu ke.

So much win katanye.  Yela, aku layankan aje. Sbb selalunya mamanye y menang.  Damia tgk mamanye je pon da senyum. Papanye slalu jelessssssssss haha

So kita kasik can lah kat apak2 ni kuikuikui

Oct 29, 2013

warna susu berubah?

at 10:20 PM Comments
Assalamualaikum!

Harini try tambah lagi supplement dr shaklee. Sebelum ni makan alfalfa ngan esp je. Tp esp ak kurangkan sket kuantiti nya.

pastu harini br dpt iron, vita-lae, ostometrix. Telan sebijik setiap satu sebelum lunch. Alfalfa cm biasa makan 5 bijik haha

petang tu bila pam terkejut tengok perubahan serta merta. Warna susu jadik agak kuning compare to warna sebelum ni.

aku google la, risau jugak kan. Tengok2 mmg ramai yang begitu tapi ada y berubah bila makan esp. Ak pulak makan y lain2 ni.

apa2 pun, semoga ia terbaik untuk damia sayang.

ak makan bukan semata2 untuk mengharapkan susu bertambah ngan mendadak ke apa. Tapi lebih kepada nutrisi. Sebab aku ni lately makan xjaga sgt. Rs mcm kurang sana sini so decided to add in some supplements. But of course ak x bergantung sepenuhnya. Pokok pangkalnya, pam dan mjnum byk air. And im still trying my very best to pump during office hour.
Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea