ecewah. segan pulak nak menulis2 pasal hari bahagia ni hak2. walaupun hari tu nak kata dekat macam jauh lagi, nak kata jauh rasa macam semput2 dah ni fikir pasal preparation yang entah ke mana ngeh3.
so, hari ni nak la bercerita mengingatkan diri sendiri. macam mana nak bagi muka berseri2 di hari yang bahagia. xnak la muka penat je kan. ni bukan aku pepandai, baca sana sini so saja nak ingatkan balik.
sebenarnya tak payah tunggu nak kawin baru nak amalkan cara hidup sihat ni. kan ke bagus kalau memang dah sentiasa berseri2, xpayah la nak susah2 bila nak kawen kan hak2. ok moh kita jenguk.
1. perbanyakkan minum air.
aku rasa semua orang tahu air ni sangat penting untuk badan. kalau x makan lagi lama boleh tahan dari tak minum kan. kena minum banyak2 air untuk bagi oksigen yang cukup untuk badan. xde la lesu sangat. hmmm, aku kena take note yang nih, sebab susah sangat nak minum air. kadang2 tu lepas makan tahan jap minum air . konon2 nya nak bagi makanan hadam sket baru minum air. tapi sampai ke sudah x minum sebab leka dan terlupa. haihh. patut la muka asik lesu je.
2. makan sedikit tapi kerap.
xleyh makan banyak2 terus. macam aku la suka benau makan banyak2. last2 mengantuk jadiknya haha. sebabnya kalau byk amek makanan yang banyak karbohidrat boleh tambah kandungan gula dalam darah. bila banyak gula, banyak insulin dikeluarkan. pastu banyak la gula lam darah dihantar ke otot untuk disimpan yang menjadi punca utama kepada mengantuk dan keletihan. haaaaa terer x aku. xcaya tanya doktor. kalau doktor cakap tipu, buku ni pun tipu sebab aku baca dr buku haha
3. bersenam.
hhhhh, dah keje2 ni bila entah boleh bersenam. kalau setakat nak mengharapkan ulang alik lam line tu boleh ke kira bersenam? haha. berangan~ nak kena buat senaman yang dasyat2 sket macam lari2 ke, jogging ke. nanti lagi banyak serapan oksigen ke seluruh badan. baru la segar bugar kan.
4. amalan tradisional
aku kalau bab2 tradisional ni lembik sket. haha. mau nye aku minum campuran air serai, halia, kulit kayu manis dan lada hitam? yucckkksss! tapi tu la hakikatnya. minum setiap pagi dua bulan sebelum hari bahagia nescaya badan akan ringan dan bertenaga. fullamaaakkkkk. kalau badan ringan, terbang lak orang duk kipas2 :p
ok lah tu dulu, kalau banyak2 bukan korang nak baca sampai abes kan. aku pun malas nak menulis haha. semoga tips2 ni berguna untuk aku kelihatan segar bugar di hari bahagia. amin :)