Showing posts with label babysitter. Show all posts
Showing posts with label babysitter. Show all posts

Aug 21, 2013

Cerita babysitter damia part 2

at 11:46 AM Comments

Assalamualaikum!

Okeh sambung cerita.

Nak cerita pasal diapers pulak.

Kalau sebelum abes pantang dulu, 1pek 64pcs diapers finished in 2 weeks. Baby mmg byk berak. 4,5x sehari.  Tapi bila da besar sket, berak sekali sehari cmtu je. So penggunaan xkencang la.

Awal2 hantar ktorg bg 1pek y kecik ada 32 je. So roughly by 2-3weeks da abes. Tapi da masuk mgu ke3, bila tanya ada lg ke x, dia ckp byk lg. Aik x tukar ke? Ktorg y tukar mlm2 pun abes la jugak mgu ke3. Ak da pesan suh tukar selalu. Luckyly damia susah nk nsik ruam lampin bagai. 

One day,  lepas amek damia ak pergi amek hubby pulak. Bila tukar driver, ak angkat damia riba sbb nk bg susu.  Guess what? Kebocoran melimpah ruah kencing abes basah smpai bj aku. Maknanya, lampin damia mmg dah full, overloaded!

Esoknya gtau babysitter.  Siap pesan kalau damia x berak, tetap tukar lampin 2-3 jam sekali. Tapi mcm masih sama je, tiap kali amek damia lampin dah full. Sigh.

Pastu ak tgk babysitter ni agak kasar sedikit. Damia ni jenis lemah smangat, cepat terkejut, angkat kuat2 gayat le budaknye!

Haritu time ak smpai, damia br sudah mandi. So dia pakaikan lampin n baju. The way she handle my baby was not that good. Dia pusingkan damia letak meniarap selamba je mcm budak besar.  Pada pandangan mata aku agak kasar utk baby y berusia 3bulan ketika itu. Tp aku diam je la, observe apa dia buat. Then ak tgk cmne dia layan budak2 lain y umur 2,3 tahun.

And I dun think I wanna let my baby stay there.

Cerita babysitter damia part 1

at 9:07 AM Comments

Assalamualaikum!

Dengan ini diumumkan damia sudah bertukar babysitter.

Yes!

Setelah sebulan setengah, we decided to stop the service.

So apa yang berlaku sebenarnya? Cerewet sangat ke aku ni? Damia kena dera ke? Jeng jeng jeng....

1st few weeks, semua kelihatan ok sahaja. Biasalah bila pergi ambil damia, kadang2 dengar je dr lua dia tengah menanges. Bila tanya, jawapan standard.

"Alah, biasala dia nak tidur"
"Baru bangun tidur"
"Bosan xde budak2 main dengan dia"

Well, at first aku pun ok la. Yela, damia mmg xsuka kalo xde org entertain dia, duk sorang2 mg akan bising2 sket then kalo lama sgt dibiarkan sorg2 mmg akn nanges. So aku paham la. Kt umah pon damia nanges jugak, xde la aku nak expect damia x nanges langsung bila duk ngan babysitter kan.

Then, makin lama makin terserlah. Setiap kali pg amek , mata damia merah2, dan keletihan. Xcukup tidur.  Bila tanya,  damia mmg xtidur langsung lepas bgn t.ari. selalunya, damia mmg akan tidur blk sesi petang. Xde la tidur je manjang. Tapi selang 2 jam ke lepas bgn t.ari dia akn tidur blk. Bila tak ditidurkan, mengamuk la dia. Sebab tu bila pg amek damia kepenatan.  Kadang2 baru lepas nanges teresak2.

Patern baby nanges mmg lain2. Baby lain ak xtau tapi kalau damia aku tau la. Kalau nanges smpai teresak2 tu selalunya ada 2 keadaan.

1. Orang kacau tidur. Memang dia akan nanges smpai teresak2 kalau tak ditidurkan balik.
2. Dibiarkan terlalu lama tanpa pengawasan. Selalunya kalau xde org sekeliling y entertain, dia akan hokhekhokhek dulu. Bising2 dulu. Tapi kalau laaaaaaama sangat mmg dia akan menanges gila2 smpai teresak2 lepas tu.

Aku masih bersabar.

Nak tahu berapa orang budak dia jaga? 9 termasuk 2 org anaknya. Phewww. Bayangkan, jaga sorg baby pun da semput x nyempat2 nak buat kerja rumah. Inikan pula 9!

Mulanya dia jaga sorang umur 1year++ , planning nak berhenti dah katanya. So sepatutnya damia sorg la. Tp xjadi, so ak pun ok la. 2org je pun. Then the next day datang .. eh dah tambah lagi sorang umur 11 bulan. Esoknya dtg, eh da tambah umur 2tahun tp shift petang smpai mlm. Dah 4 org. Tambah anak dia umur 3th n 5 thn. 6 org.

Ak masih lg ok.

Selang beberapa minggu, tetiba bertambah lgi 3 beradik. Umur 3 bulan, 3 thn n sekolah rendah. Ak terkedu kejap. Tp diam lagi...

Sehinggalah......

Aku sambung part 2 pulak. Panjang sgt dah ni bosan menulis.

K,bai!

Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea