Showing posts with label BM ♥ CP. Show all posts
Showing posts with label BM ♥ CP. Show all posts

Sep 6, 2011

task untuk future husband x setel lagik!

at 10:29 PM Comments
hye guys ahaks2...

tadi kan.. duk mengelamun sendiri, imbau balik zaman2 bercinta dulu, zaman putus cinta, zaman bercinta balik sampai la ke zaman mula2 serius fikir pasal nak kawen. dan Alhamdulillah dah selesai lagi satu step. skang dah jadik tunangan orang. semoga berkekalan jodoh ini sehingga ke akhirnya. amin

duk belek2 entri tadi terperasan this entry. task utk future husband. aku pon dah lupa pasal task ni. baru teringat balik.

encik tunang, lagi 5 bulan nak salam tuk kadi. bila nak setelkan? hahaha

Nov 20, 2010

save the date plis!

at 9:01 PM Comments
nak buat jugak lah macam ni. aci x?


tapi keras kejung la depan video camera kang haha

p/s: oh sorry, terbagi harapan palsu kekeke

Oct 1, 2010

atur sana-sini

at 12:08 AM Comments
kita hidup kat dunia ni kena ada perancangan yang jelas. kalau tak terumbang ambing la jawabnye. contoh macam kau nak bagi hadiah kat someone special. nak2 pulak high maintenance. nak bagi yang mahal2 tapi gaji ciput. so kau kena ada ada perancangan rapi untuk buat impian kau berjaya. kalau xde plan, tup2 hari jadi br nak bagi hadiah memang xdapek la.

eh.eh.ape  hadiah mahal2 ni? besday sape? bukan pasal PIERRE ANDRE ok hehehe ni contoh aje. bergantunglah apa yang ada lam kepala kamu2 semua kan. ape2 pun perancangan itu penting. kalau tak nanti kusut masai masuk la tanjung rambutan sorang2. ok?

we have been discussing a lot lately. pasal masa depan la ofcos. buat masa sekarang, aku xde lagi plan nak blk nanti carik kerja kat area dekat2 ngan dia. walaupun aritu ade org dah cakap sket2. yela, jauh katakan. aku kat penang and dia kat shah alam kan. entah, sekarang pun jauh jugak. kita dekat2 nanti lepas kawen ok?

tapi untuk sekarang ni aku still lagi nak try dulu kerja kat penang tu.timba pengalaman.1st time kerja ni beb! hehehe so, xde ape yang perlu dipeningkan pasal kerja.

pasal hidup dan masa depan bersama? esok2 lah aku gtau hehehe

Aug 19, 2010

yeay!

at 3:32 PM Comments
detik-detik yang tinggal sebelum aku menjejakkan kaki ke malaysia tercinta! ehem








Aug 10, 2010

doushiouu?

at 9:12 PM Comments
.its a looonggggg way to go. yet im stressed !
cuak.
macam2 pk.







haiihhhh, nih incik BM tau kompem kena bebel kang.

detik2 aku jatuh chenta ngan BM (o^_^o) *blushing

at 3:53 PM Comments
eceh.tajuk taknak kalah. tapi aku taknak cte y tu pun. just xtau nk letak tajuk ape hahahaha
sementara masa banyak berangan ni aku nak tulis la. kecoh la lu minah! haihh blog aku suka aku la

dah jadik belog cintan-cintun la pulak. mana preparation kawen nya? ngah bersiap sedia la ni haha perisai sana-sini. so bagi tensen berkurang so kita santai2 dengar cerita jiwang2 okeh? x okeh? p main jauh.shuh3

ok. lagu ni yang buat aku sedar sebenarnya aku dah start suka si BM ni. memula duk pakat nk deny. mati-matian lah. orang duk lempar gosip ke apa ke. lantak lah. aku tetap dengan pendirian ku. ha ha ha ha

kami janya kawan biasa. tak lebih dari itu <--- cilok jawapan artis sket kekeke 

sampai lah one day. aku terdengar lagu ni. time tuh ngan homesik ke ngah sedih ke ngah apa aku xtau la tapi aku dengar je lagu ni. aku amati lirik. tetiba aku nanges. nanges gila2 lah. macam budak kecik. nasib bek duk sorang. takde la housemate mengamuk dengar aku nanges. eceh.

pastu aku msg die. 辛いです。知らないの?
xtau makna? p tanya pakcik google haha.

xnk lah cte banyak2 kenapa bagaimana dan di mana. p la dengar sendiri. walaupun tak nampak kaitan hahaha oh, hint : kau dan nya dalam cter ni bukan tertakluk pada satu watak je hahaha sesuka hati aku je kan. aku tu sah2 lah aku, xkan jadik kau pulak



hakikat sebuah cinta by saleem.
Aku adalah insan yang tak punya
Cuma rasa cinta membara
Lalu tercipta rinduku padanya
Kerana cinta bahagia

Pujangga menyatakan oh cinta berharga
Dari emas dan permata
Lalu ku bawa cinta di persada jiwa
Sinar menyuluh gelita

Sewaktu debar cintamu terasa melanda
Bangkit rinduku padamu di ketika itu
Lalu tersentak diriku sedari lamunan
Kini sebenarnya aku telah kau tinggalkan

Aku adalah insan yang tak punya
Kilauan emas permata
Lalu kucuba menaburi cinta
Bagimu tiada nilainya
Tiada harta dan cinta


perbuhungan jarak jauh BM ♥ CP

at 11:06 AM Comments
assalamualaikum =)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

haaa ape la pulak BM & CP nih. nama singkatan bagi dia n aku hahahaha. nama penuh? xleyh gtau. private & confidential kekekeke

arini nak citer sikit pasal PJJ ni. atau omputih cakap long distance relationship.ecewah. honestly, PJJ ni sangat besarlah dugaan dia kan. my previous relationship pun PJJ gak. walaupun we stay in the same country but still jarak jauh gak. sebab bukan boleh jumpa tiap2 minggu pun, tiap2 bulan pun belum tentu. unless ada cuti semester. so same goes with current PJJ. sebab dah ada pengalaman, aku dah makin matang kot nak handle PJJ nih.ecewah, ye ke BM(bukan bahasa melayu ok)? haha ntah2 sama je kekeke

apa yang penting dalam sebuah relationship yang jauh beribu batu ni?

kepercayaan
bagi aku, kepercayaan sangat penting. kau kena bagi 90% kot kepercayaan kat partner. takleh nak cakap 100% sebab belum kawen kekeke dan kau kena tunjuk la kat partner yang kau trust dia. kalau duk sibuk2 tanye banyak sangat arini kua ngan siapa. ada perempuan ke tak, harini kakak tu tegur lagi ke tak blablabla kadang2 boleh menimbulkan rasa tak selesa kat sebelah lagi satu. "tak percaya ke?" tapi jangan la tak tanya langsung. kang ada pulak yang terasa kita ni x concern.
yup.its too complicated.

kejujuran
ni lagi satu elemen penting. kau kena jujur dalam hubungan. tak kisah lah jujur dari segi apa atau dalam keadaan macam mana.yang penting JUJUR. sesetengah orang berpendapat tak apa nak buat salah, nak curang kejap selagi partner tak tahu. tapi bagi aku, benda tu lama2 akan makan hati sendiri. benda ni sebenarnye menunjukkan kau tak hargai partner kau. tak kesian ke partner kau bukan main baik tapi kau kat belakang macam alim2 kucing je kan.

ok. harini nak kongsi 2 elemen penting ni je. kang bg panjang2 sape nak baca? haha dan kedua2 ni perlu diiringi ngan kepercayaan penuh bahawa Jodoh di tangan Tuhan. kau kena letak sepenuh kepercayaan kat Allah. if he/she is the one then no need to worry. yang penting kena usaha sikit2 and the rest tu kita serahkan kat Allah.

peace~
selamat berpuasa! jom terawih malam ni hehe

Aug 7, 2010

bila hormon tak stabil

at 8:37 PM Comments
semua orang sedia maklum, perempuan ni ada satu masa yang hormon dia tak stabil, emosi terganggu salah sikit je zaaaaap! kena cantas la jawabnya. dua keaadaan bila emosi tak stabil ni. bila period dan waktu mengandung. kan2? aku tak pernah mengandung so xtahu nak cakap macam mane tapi secara teori nya macam tu la kan. practically xleyh nak cakap lagi. tunggu 3 4 tahun lagi lah, insyaAllah. amin haha

so, bila dah emosi tak stabil. siapa yang kesian? future husband la. adehhh. kesian la. kadang2 pasal benda kecik pun aku nak mengamuk. xde la mengamuk mana, merajuk tarik muncung panjang sedepa la. pastu menangis hahaha

wahai lelaki2 di luar sana. kami bukan sengaja pun. dah hati cepat je tergores kan. maafkan kami. hihihi
tapi bukan lah mengambil kesempatan nak jadikan alasan "pms" sebagai tiket nak merajuk hari-hari. 

Aug 5, 2010

task untuk future husband ha ha ha ha ha

at 4:17 PM Comments
assalamualaikum =)
*************************

hai hai bai bai hehehe

aku baru je bagi 1 tugasan baru untuk future husband, insyaAllah. tak susah pun hehe

dulu masa aku form 2@3 aku pergi kat satu pasaraya ni, bahagian cenderamata/hati(?).sampai kat satu part ni, aku tertarik gila ngan satu benda alah ni. memang menarik hati dan jiwa aku la. haha
masa tu nak beli dah, tapi aku matikan hajat di situ. masa tuh pulak bahana membaca novel punya impak menampakkan kesan-kesannya haha. masa tu aku duk cakap kat diri sendiri camni

"aku taknak beli sendiri. kalau ada orang bagi hadiah ni aku nak kawin ngan dia"

hahahahahahaha. POYO kan? tapi kalau dapat daripada perempuan xkn la nak kawin ngan pompuan ye tak? dulu time form 4 ada la aktiviti SA kat dalam dorm. setiap orang dalam dorm diberi SA masing-masing .xleyh men pilih2. so masa hari last2 kena bagi hadiah kat SA masing2. aku tulis kat whiteboard dorm 

nak barang2 yang gerak2 ada bunyi2. 

kalau dapat benda alah ni memang aku suka gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. impian dari umur 14 tahun nih. tapi sampai sekarang tak pernah dapat agi hehe.

so aku bagi new task kt future husband sebab aku nak kahwin ngan dia je. so dia kena cari jugak hadiah tu haha.


hint : ada hukum fizik. bergerak2 dan ada bunyi. 




hahahaha memang sangat tak membantu kan? semua benda pon ada hukum fizik kot. semua benda gerak2 dan ada bunyi2 kot. hahaha

tapi aku taknak tambah hint lain sbb dari dulu smpai sekarang aku just akan guna hint ini shj. so, to my future husband sila berusaha sampai dapat hihihi

just follow your heart. eceh..

p/s: kalau awak tahu personaliti sy cmne, suka brg cmne mesti awk tahu apa brg tu kekekeke 

Aug 2, 2010

best woman win

at 6:00 AM Comments
selalunya best man win.
tapi dia cakap kat aku,kali ni best woman win.
  haha boleh pulak mcm tu.
just wait and see~ <-- ayat nak sedapkan hati sendiri haha



Jul 31, 2010

itterasshai~

at 9:05 AM Comments
si dia jadi pulak balik kampung hari ini. asalnya tak jadik. tapi dia degil nak  balik jugak hehe.

awak, takecare ok. jangan main panas nanti hitam, wahaha <-- macam gaya seorang mak bagi nasehat kat anak. ceh.

uwaaaaaa.xsabar pulak nak balik jumpa mereka. siapakah mereka? dia and ckyNua hahahaha
ckyNua adalah nama yang dihasilkan inspirasi daripada cerita adamaya. dalam citer tu kan adam pakai mini kaler merah.

adam + maya = adamaya

so citer kami pun ade gak mini.tapi kaler kuning. so nama terbalik sikit kekeke

ckyn + nua = ckyNua

hahahahahah nak jugaaaaaaaaak. =P

ckyNua =P

Jul 28, 2010

who wanna be the 3rd one??

at 5:01 PM Comments
katanya dapat congratulation wishes today. and he is waiting for the 3rd one, then terus nak pergi beli 指輪 @ ring @ cincin untuk majlis pertunangan yang xkompem lagi bila nak buat. hahahahaha
dah la siap cakap tahniah sebab dah bertunang kekekeke
*oh mengikut hukum kotrg memang dah bertunang. adat melayu nye majlis je tak buat lagi hihi

kelakar pulak kan. ada orang wishes utk something yang hanya akan diketahui keputusannya next week, insyaAllah. hihi
inikah yang dikatakan dunia di hujung jari?*erk xde kena mengena haha

awak, berapa ramai pun org wish sila tunggu saya balik ok? hihi

Jul 25, 2010

semoga selamat pergi dan pulang membawa berita gembira kekeke

at 3:30 PM Comments
assalamualaikum =)
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

baru aku perasan, aku akan update blogs aku nih serentak. maknanya kalau aku tulis entri baru kat blog lagi satu, so aku akan dengan pantasnya akan update kat sini dan sebaliknya.kalau satu terbiar lama makan lagi satu akan menerima nasib yang sama.adil kan? hihihi

ok, berkenaan tajuk yang paling panjang ni. setelah tunggu dan tunggu maka akhirnya sudah tiba masa yang sangat genting!

minggu depan, insyaAllah si dia akan pulang ke Terengganu. nak slow talk ngan family dia berkenaan perancangan untuk bertunang tu. sebabnya sampai sekarang kami belum ada kata putus lagi. dan si dia adalah anak yang baik sebab benda2 penting macam ni haruslah dibincang secara empat mata. tak macam aku ni, gelojoh. on the phone sudah. kami terpisah oleh lautan kak, macam mana saya nak balik berjumpa empat mata kekekeke

so rasa lega lah sikit. cuma berharap dan berdoa yang baik-baik saja. bagi pihak family aku, mana-mana pun ok sebenarnya. maklumlah, abah paling sporting. semua ok aje. so, sekarang ni kita kena tunggu keputusan pihak dia la pulak hihi

ya, saya tahu semua ternanti2. kena buat keputusan segera. kena dapatkan kata putus secepat mungkin. jadi ke tak. sebabnya orang2 yang berkerjaya macam adik-beradik haruslah memohon cuti dengan lebih awal.

fuuhh! berdebar2 la jugak nih.

Jul 17, 2010

jangan macam ni!

at 3:57 PM Comments
salam semua! =)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

habit aku bila tengok cerita. kalau ada part2 yang tak best.part yang aku rasa orang tu jahat. aku akan pesan kat dia.

"awak jangan macam ni tau"

walaupun benda tu kadang2 rasa macam impossible untuk dia buat, maksud aku ialah aku tak rasa yang dia akan buat macam tu. tapi aku tetap nak jugak cakap kat dia macam tu kekeke

tak kesah lah pasal apa. kalau aku tengok cerita jiwang2, cerita chenta ke.pastu ade part curang ke atau apa-apa sahaja aku pun terus gtau kekeke. kadang-kadang kita risau tenta masa depan. bila tengok cerita pasal relationship ke, hubungan bila dah bertunang(darah manis kata orang), kehidupan lepas kawen ke buat aku risau jugak. sebab tu suka pesan2, saling menasihati di samping sebagai ingatan untuk aku jugak.

orang cakap bila dah bertunang ni lain sikit. aku cakap sama je kot. tapi ada lagi orang tegaskan.

LAINNN~
baiklah.wakarimashita. 

aku tak tau apa yang lain sebab belum bertunang keke. eh.eh.dah2.dah bertunang tapi belum buat majlis mengikut adat tu.so xtau macam mana. entahlah.nak jugak cakap sama je. cuma mungkin akan berbeza mengikut apa yang ko rasa bile berada dalam setiap stage relationship.

yela, kalau masa ngah bercinta mungkin komitmen xberapa padu sangat lagi.so banyak perkara dipandang remeh.sesetengah orang la.jangan la buat muka angkat kening berkerut dahi macam tu.tak kata kat kamu pun.

 lain pula bila dah bertunang. masa ni dah betul2 serius dan dah nampak bayang2 masa depan. ada ke orang bertunang tapi tak rancang bila nak kahwin? xde kot.sebab selalunya orang yang dah ada perancangan nak kahwin je yang akan bertunang. angin tak ada ribut tak ada tetiba nak bertunang. bila nak kahwin? entah. 

ada ke orangmacam tu? pelik benor. so bila kau dah nampak hala tuju, baru la serius sikit. perkara sebelum ni yang dipandang remeh pun dah jadi tak remeh. dah ada perasaan nak 'menjaga'. abes yang playboy kat luar sana dah bertunang,dah kahwen mengaku single tu pe cerita? aaa yang tu dikecualikan sebab memang kekurangan ajar!

bila dah kahwin tu lagi la kena bagi full komitmen. so berbalik kepada apa yang aku cakapkan tadi la.depends on how serious you take it in every stage. betul ke aku speaking ni? kekeke apa-apa pun dalam setiap stage yang ko lalui tu, sama je. hati yang sama yang kau nak jaga. 

ٱلۡخَبِيثَـٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَـٰتِ‌ۖ وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ‌ۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَرِزۡقٌ۬ ڪَرِيمٌ۬ 
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (26)

kita ni, manusia di dunia ni kalau nak carik partner tuh nak jugak yang SEMPURNA. lelaki ke, perempuan ke sama je. bila nak kahwin nak yang boleh bimbing kita ke jalan yang benar, beriman dan banyak lagi la ciri-ciri nya. aku tertarik dengan satu ayat yang aku baca dalam blog mana ntah tak lama dulu.

jangan sibuk mencari tapi perlu menjadi. duk sibuk nak cari yang sempurna tapi kita tak sempurnakan diri sendiri lagi. so, why not kita sempurnakan diri kita dulu. bila semua orang dah berusaha menjadi , maka yang ada depan mata pun insyaAllah yang sempurna. tak perlu risau nak cari =)

what say you?

Jul 2, 2010

since when?

at 4:16 PM Comments

"sejak bila mula terfikir secara serious nak kahwen ?" 
orang jepun cakap honki mo-do

aku paham. ye paham. memang la sumer orang yang da start in a relationship tu memang la terus akan fikir utk kahwen terus kan wpun bukan dalam masa terdekat.


dikecualikan kepada mereka yang memang playgirl atau playboy dan untuk suka-suka memainkan hati dan perasaan orang lain.

ada orang yang nampak macam serious sayang gila kat partner sendiri tapi bila sebut pasal kahwen, " lambat lagi la kot" , " tak terfikir pun lagi sekarang" dan sebagainya.even aku sendiri pun, suatu ketika dahulu aku pernah tanya dia
 " macam mana nak tahu dah sampai seru nak kahwen?"
 "macam mana nak tahu kita dah ready nak jadi isteri orang?"

dia pernah cakap macam ni, kalau dah bersedia nak kahwin tu macam dah bersedia  nak keluar rumah as wife orang @ mak orang. masa dia cakap tu aku pandang balik diri aku pastu rasa macam. ish, belum2. sangat tak ready. rasa nak enjoy je kan hidup ni. nak buat something malas nak kaitkan ngan orang len.bukan maksudnya dah kahwen takleh nak enjoy tapi lain la cara dia kan.

tapi at one point tu rasa la perubahan dalam diri aku.orang lain maybe tak nampak sangat tapi diri aku sendiri  rasa that thing. banyak benda sekeliling kalau sebelum ni aku buat x kesah je tapi sekarang aku banyak la ambil kesah. orang cakap persediaan dalaman dan luaran kot. haha suka hati main bantai je.kekeke

konon2 dah habes bersedia la nak kahwen. T_T biarbetul aku ni? ntah2 abah aku pun terkejut ngan aku ni even akak aku pun dah tegur2 pasal aku ni dah terer masak ke? haaaaa jangan main2 tu jugak satu persediaan oyoyo.
what say you?

till then~

Jun 24, 2010

kami orang kl celup haha

at 10:07 PM Comments
assalamualaikum semua! =)
salam sejahtera~

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

kamu semua tahu tak saya asal dari mana? setiu terengganu. ya saya tahu kampung sikit. eh banyak la jugak. bahasa pun dah campur ngan kelantan sikit2.


kamu tahu dia berasal dari mana? ajil, terengganu. maju sikit kot dari kampung aku hahaha =P bahasa tempat dia  ni memang pekat kot. yabai!


kamu tahu kami bercakap guna bahasa mana?  setiu ke ajil? haaaaa dua-dua salah! kami cakap bahasa melayu tempatan. nak kata bahasa kl, kang kecik hati lak orang selangor ke kan. hahaha


tapi yang penting kami tak guna dialek terengganu. haaa mula la tu nak cakap kami gedik! tak sedardiri! bukan laaaa, dari awal mula-mula kenal dia as my senior dulu dah terbiasa cakap bahasa melayu tempatan ni. so xtahu macam mana nak tukar ke dialek ganu. kompem kena gelak ngan adik beradik nanti. dua2 org ganu ada hati nak cakap lua. haha

bak kata adik aku, "agah la, tahu la belajar jauh2" hahahahaha

till then~

Jun 21, 2010

sepak sana sini

at 10:52 PM Comments
assalamualaikum..
hello guys~

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

pada suatu hari

"awak, malam ni saya nk keluar tengok bola ngan member"
"oh ok.nanti dah balik msg me"

keesokan harinya

"awak, lepas balik keje ni saya balik rumah kejap then pergi tengok bola ngan kawan"
"oooo.ok. kalau balik lewat jangan lupa msg"

hari esok

"awak, saya dah nak balik ni. mungkin pergi tengok bola terus."
"ooooo.baiklah"

"awak, world cup ni sampai bila sebenarnya?"
"sampai pertengahan july"
"haaaaaaaaaaaaaaaa?lamanyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~T_T"
"4 tahun sekali je ni"
".................."

nasib baik belum jadi suami aku lagi kan haha. so biar lah lepak2 dulu.nanti dah kawen duk umah je tengok bola..tak pun hangkut aku skalik ha ha ha

Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea