Apr 20, 2013

detik-detik cemas...#2

at 1:05 PM
Assalamualaikum...

meh2 nak sambung cerita...kat mana ek? 

oohh tang bukaan 1 cm... hahahaha...

ok. tetiba teringat pulak masa masuk labour room , ketika student amek blood pressure bagai.. terdengar satu jeritan yang super hebat.. macam orang histeria gitu.. whaddaya expect? dalam wad bersalin kottttttttttttttttt.. haruslah orang tgh nk bersalin kan.

so aku tanya la kt student yang tgh buat check up kt ak tu.

aku : kenapa tu ? dia dah nak bersalin ke? 
student : tak lah, bukaan dia baru 5cm. tapi menjerit mcm org nk bersalin dah
aku : oooooooooo

ape perasaan korang bila berada di tempat aku??? yang bukaan baru 1 cm ni?? hahahaha.. sumpah cuak weyh...memang aku pasrah je nak menunggu bukaan smpai 5 cm dan aku berjanji kat diri sendiri supaya x meroyan ke-histeria-an mcm yang aku dga td. *smbil membayangkan kesakitan yang super hebat yang bakal aku rasa nanti T_T . GULP!

lepas dah setel semua, nurse bawak aku naik wad sebelum bersalin. masa tu lam kol 1-2 petang dah la. lepas dapat katil, nurse datang check baby's heart. check BP aku.. pastu pesan mcm ni 

" kalau sakit sangat x tahan, sakit laaaaaaaaaaamaaaa panggil nurse ek. tekan butang ni" 

sambil tunjuk satu wayar panjang yang ada butang untuk tekan di kala emergency. aku angguk2 aje la.

maka bermulalah kehidupan aku kat wad di PPUM. duk bincang2 ngan hubby, cmne ni? kalau bukaan lambat, seminggu ke abes la kopak dwet nak berbayor hak2.. barang2 sumer da dibawa naik ke dalam wad. sebab takut kena berkampung lama kan.

setiap kali student datang check baby's heart dorang akan tanya kekerapan contraction aku. mula2 aku xcatat sgt, bila dorg tnye aku berapa lama setiap kali sakit aku jawab la sakit 5saat kot, untuk setiap 7-10 minit. pastu dorg tnya ada sakit belakang x?

lama aku duk berfikir... nak kata sakit belakang, xrs sangat compare to sakit kat perut. so aku ckp biasa2 je. tapi sakit kat bahagian bwh kat tulang punggung. dorg cakap tu dah tanda2 sket

pastu setiap kali sakit aku mmg akan catat betul2 masa. siap guna stopwatch ok. time ni la br rs ada gunanya application tu hahaha. sebab boleh split so boleh tgk selang masa ngan bape lama sakit. rupa2nya bukan 5saat aku sakit. bila tengok betul2 dah dekat 20saat jugak kot!!

waktu melawat kol 12-2 petang dan kol 5-8 malam. maka aku baring la sorang2 smbil kira2 ms. dari 10 minit, contraction selang setiap 5 minit, sakit tu dlm 50 saat cmtu la...masih boleh thn lg la...so aku xde la nk tekan2 butang panggil nurse. sbb nurse pesan kalo sakit sangat br panggil. xde la aku nk cr psl kan ,kang xpsl2 kena marah haha

petang waktu melawat kol 5-8 kakak aku dtg lepak2 ngan anak2 buah. sambil2 menahan sakit yang bg aku masih boleh tahan, aku borak2 je la. kakak aku x berhenti2 tnye sakit ke x. aku ckp la sakit tp ok lg la...da bosan duk situ xbuat ape2, akak2 balik. ms ni rs sakit makin lama makin kuat. kadang2 berselang 3-4 minit. sakit pulak 1 minit.  da start rs sakit dr punggung smpai ke perut...TAPI seperti yang aku duk ckp kt diri sendiri, masih boleh tahan lagi.. 

lam kol 6 lebih akak2 aku blah dr wad, sebab dorg pun bosan kot duk dlm x buat ape2 kan haha. pastu maksu aku pulak datang melawat. time ni dah sakit makin kuat terasa. aku x sempat nk tgk gap masa dan berapa lama sakit sebab ngah borak2 xkan aku sibuk2 ngak tengok timing kan.. borak ..borak..borak.. maksu bagi nasihat, banyakkan berzikir, istighfar, solat sunat supaya dipermudahkan segalanya. dah nak abes waktu melawat, maksu n family pon balik. tinggal aku terkontang-kanting menahan sakit.. 

paling xboleh tahan bila solat. Alhamdulillah sepanjang aku pregnant, aku masih boleh solat berdiri, dengan sempurna. cuma bila time sakit mcm ni, nak sujud tu rasa mcm sakittt lagi kuat. kadang2 bila datang sakit tu menahan la time solat.

Niat di hati nak buat solat sunat, solat hajat tapi takut terganggu di tengah jalan sebab takut x dpt tahan. so aku just perbanyakkan istighfar, baca doa, zikir banyak2...makin lama sakit makin kuat, makin lama..setiap kali contraction datang, aku tengok timer...terus cakap kat diri sendiri "tahan ckyn , tahan.. seminit je sakit ni..lepas 1minit hilang la" mcm tu la setiap kali sakit dtg.tapi xberani lagi nak panggil nurse sebab masih boleh tahan kan..belum lagi rs nak histeria.

Dalam kol 11 mcm tu, contraction yang datang terus kuat. bukan perlahan2 mcm sebelum ni. selalunya dia dtg rs sakit slow sebelum menyengat dgn kuat then hilang. tp yang ni terus kuat. aku beristighfar banyak2. rs mcm hopeless gila time ni melainkan hanya beristighfar byk2, mengharapkan dipermudahkan oleh Allah.Aku bangun,niat di hati nak berjalan2. mcm akak aku dia cter, dia dulu bila sakit je terus berjalan2.aku mmg tak langsung.tp bila dah sakit sgt tu aku try nak jalan2, mundar mandir kt tepi katil, try nak duduk ats kerusi tp x boleh, rs mcm nak terkeluar dah baby haha 

lepas tu aku terus baring balik, masih lagi degil taknak tekan butang panggil nurse. tapi aku terpaksa mengalah jugak. tekan jugak butang tu. tapi nurse punya la lama nak datang. aku mcm nak meraung2 dah tapi belum histeria.hiperbola sket hak2. aku pegang katil kuat2 sambil bernafas tahan sakit. pastu nurse datang..

nurse : sape yang pnggil tadi? * bilik aku ada 4 orang..
aku : saya.. da xtahan sakit
nurse : da keluar tanda2 ke?
aku : terdiam kejap.. saya masuk sini sebab kua darah tadi..ada ke patut dia tnye soklan mcm tu? haha mana la aku tau.
nurse : ok, kejap ek

laaaaaaaaaama la pulak aku rasa dorang ni tak datang2. sempat jugak aku pergi toilet. ada darah kat panty. lega kejap hahaha.sekurang2nya aku x menipu haha sebab petang tadi darah macam dah berhenti keluar.

pastu nurse datang. check baby's heart, check BP. pastu dia suh bukak panty, nanti nak check bukaan. aku da cuak2. risau takut bukaan br bape cm tapi da xtahan kan. then nurse y nak check bukaan datang, check2 pastu diam je. dia suh aku bengkokkan kaki dan mengiring ke kiri. muka nurse tu xde perasaan je tau. 

haaaa sudah!! mati la aku kena marah.

lepas tu dia jerit2 panggil geng dia y duk lua agaknya. mesti nak mengadu ni, bisik hati aku..aduhhh..tiba-tiba dia jerit..

8cm!! 8cm!!

to be continued....

p/s : korang tak rasa aku merapek panjang sangat ke? hahahaha nanti aku sambung pulak ye hihi
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea