haihhhh xabes2 lagi detik-detik cemas ni? kalau dh byk2 mcm ni mmg x rs cemas dah kot ek haha.
ok2,tanpa membuang masa.....
lepas baby dah kua, dah dengar suara. kenal pasti jantina...maka diteruskan pulak ke sesi seterusnya. jangan ingat lepas dah kuarkan baby segala2nya sudah tamat di situ? NO, NO, NO... you're wrong my dear~
lepas da setel bersalin...doctor gtau aku, bagus betul sebab koyak sikit aje, maka kena la jahit sikit. pandai kan dorg ni guna pendekatan psikologi agaknya. xsudah2 puji aku bagus haha. tapi sebelum tu dia gtau la nak keluarkan uri dulu. terus mengimbau balik post2 y aku bc kat internet, kat blog org. katanya part ni yang lagi sakit. so aku dah prepare mental dan fizikal awal2. eh fizikal x berapa sgt sebab kaki aku time ni menggeletar ngan hebat...sebelum ok sket pastu..
doctor urut2 perut, xde la korek2 mcm sesetengah yang aku bc pengalaman orang lain. xsakit langsung. urut dan urut perut pastu uri tu keluar dengan sendirinya. kemudian datang sorang lagi doctor, cakap nak amek alih dari situ pulak.
doc kemudian suntik something sebelum jahit bahagian dalam. aku xberdaya nak tanya suntik apa. sempat tanya dalam kepala je, x terkeluar. penat bersalin okayyy hahaha. tp aku rs ubat bius la kot sebab ms doctor jahit bhg dalam tu aku x rs pape. tapi yang paling seriau mencengkam jiwa bila tengok jarum yang digunakan. cuba bayangkan mata kail tu. haaa mcm tu la kebesarannya, tapi bentuk dia hemisfera. benang pulak bukan benang mcm jahit baju tu tapi mcm benang nak jahit jala tu. besar okayyy. GULP~
tapi sebab x rs pape, aku pun tenang aja. lama jugak la doctor ni duk menjahit. sangat la berhemah dan slow motion gitew...sehinggalah bila selesai....
"ok, saya nak jahit bahagian luar pulak. yang ni sakit tau, sebab direct ngan kulit.so, kalau x tahan boleh la sedut gas tu"
GULP~ lagi skalik!
"saya amek terus la kali cmtu hehe" kataku sambil tangan terus capai gas. bila doc buat sentuhan jarum pertama..perghhhhhh aku rasa sakit nak bersalin td pon x mcm ni. apa lagi, aku terus sedut gas sampai la xsedarkan diri terus. sakit kottttttttttttttt. bayangkan la jahit direct kat kulit korang tanpa bius pape. fuhhhh xtahan weyh...
sampai la siap semua. kena la 3 jahitan je. nasib baik 3 je, cuba bayangkan org yang kena berpuluh2 jahitan. memang pengsan le.. bila tengok jam, dah pukul 1230. setengah jam kot~ lagi lama jahit dari proses meneran haha..
eh aku lupa, nurse ada datang bawak baby tapi aku lupa sebelum ke selepas jahit. nurse suh bagi susu jap. dgn terketar2 aku cuba bg susu. Alhamdulillah susu keluar tp aku x reti + baby pun xreti lagi, nurse tlg sket2. then bwk lari baby ke mana ntah...
lepas semua selesai, aku dibawa keluar dr labour room untuk jumpa hubby kat luar...seronok dapat tengok muka hubby yang jelas ngah dilambung2 ombak itu hehehe. muka bahagia suami membahagiakan aku. cewahhhh gitew!
aku borak2 sikit ngan hubby. kat kaunter tu ramai nurse. dorang duk usik2 kami, nurse cakap kat aku hubby nak tambah lagi tahun depan. time tu aku xtau apa yang kelakar tapi aku gelak super duper kuat.
HAHAHAHAHAHAHA cmtu tau. mmg xleh nk tahan gelak. sape y kenal aku tau la aku gelak cmne. nurse terkejut dga aku gelak..
"amboih, ngah sakit2 lepas bersalin pon boleh lagi gelak mcm tu?" hehehehehehehe
lepas dah ok urusan kat kaunter, aku dihantar ke wad selepas bersalin. dah pukul 2am time ni. nurse dtg bg taklimat sikit psl rules n keperluan sumer. pesan kat suami suh belikan makanan sebab next makanan y hospital bagi ialah pukul 730 pg. hubby xleh teman, kena balik n boleh dtg waktu melawat mcm biasa je.
lepas hubby bwk dtg roti, aku mkn dgn lahapnya hak2. br terasa lapar :P lepas tu tunggu baby pulak.
tunggu punya tunggu, baby x smpai2. setiap kali dga bunyi org tolak troli aku terjaga. kot2 nurse dtg bwk troli baby. smpai la aku tertidur kepenatan...
kol 4 am, dpt baby... Syukur alhamdulillah, selepas sesi pengesahan y baby tu mmg baby aku, akhirnya baby di pangkuanku. perasaan bercmpur baur. try bg susu tapi budak kecik ni tutup mulut x terbukak langsung, so aku pon join la tdo skalik.
Syukur segalanya selesai~
p/s : dah abes detik-detik cemas aku, lepas ni aku cuba berkongsi pulak berpantang yang banyak fasa..hewhewhew
p/s : dah abes detik-detik cemas aku, lepas ni aku cuba berkongsi pulak berpantang yang banyak fasa..hewhewhew