Apr 23, 2013

detik-detik cemas...#3

at 3:53 PM
Assalamualaikum!

Sabar2, jangan marah saya ok. saya tahu ada hutang tertunggak hak2. nak sambung la ni....hewhewhew~

masih ingat lagi jeritan 8cm? :P kalau x ingat, pergi previous entry sekarang jugak! berbaur ugutan nih haha

okayyyyyyyyyyyyyy...

lepas dengar nurse jerit 8cm tu aku terdiam + lega. lega ok sebab sekurang2nya aku xde la lembik sgt dah panggil nurse HAHAHAHAHAHAHA. betapa aku takut kena marah ngan nurse kt hospital :P

2 orang nurse datang.

nurse 1 : kita akn turun bawah sekarang. banyak nye barang kamu ni, bersepah2..nape byk sgt ni? 
aku : ............. *diam je hak2 
nurse 2 : call suami awak sekarang, suruh dia naik atas kemas barang2 turun bawah. 
aku : *terus amek phone gtau hubby suh kemas brg sumer, gtau dia aku nk masuk labour room dah. 
nurse 2 : ok, skang tutup phone awak, tinggal kat sini. nanti husband awak dtg amek

7 april 2013- 1130 PM

dorang kemudian angkat pengadang katil kat tepi tu, terus tolak katil pergi depan lift...sambil pesan kat aku suh tahan, jangan teran lagi..aku terus2 pegang cadar, genggam2 tahan sakit + tahan diri snirik supaya x teran sebab rs mcm nk terkeluar dah. aku bernafas ikut apa y aku ingat teknik pernafasan y aku baca. sedut ikut hidung lepas ikut mulut...smpai la kat labour room, kebetulan time smpai bwh sakit hilang kejap so aku boleh bangun sendiri untuk pindah katil.

"dalam 2 jam lagi awak bersalin la..kalau x tahan sedut gas ni smpai bunyi, sedut ikut hidung, lepas ikut mulut" 
* kalau lagi 2 jam, maksudnya lam kol1 la br bersalin? lagi 2 jam nk tahan sakit??? OMG~ <-- aku="" hati="" i="" suara="">

nurse kemudian terus bg aku gas untuk disedut, lepas tu blah dr bilik tu tinggal aku terkontang-kanting hak2. then tang2 tu jugak contraction datang. apa lagi aku terus sedut la sekuat hati. dah orang bagi kan :P . gas tu bila disedut mmg boleh buat org khayal. agaknye mcm ni la org hisap dadah ek hak2. y aku ingat tinggal jemari kaki aku je gerak2 tahan sakit sebab aku da xsedar kejap, so xrs sgt sakit. bila dga bunyi tu, nurse datang jenguk kejap pastu blah balik. cukup sekadar selak tirai tengok baby da kua ke belum kot hahaha

pastu lagi skalik datang sakit, skali lagi aku sedut. bukan gian ok tp mmg xtahan sakit contraction di saat akhir ni. kali ke3 datang, aku sedut tp mcm separa sedar, sbb sakit sgt, sambil tahan xnk bagi kua, xnk teran tetiba aku rs air ketuban pecah. dabush! abes lencun rs kain. kebetulan nurse dtg masuk. aku x smpat nk gtau air ketuban pecah sbb dah separa sedar kn plus cmpor rs bersalah sbb terpecahkan air ketuban dgn sniriknya :P

nurse terus bukak kain aku smbil tnya 
" nak teran dah ke?"
... aku diam ajo haha
dia angkatkan kaki aku dlm posisi nak beranak tu, pastu suh aku pegang besi katil kat tepi..pastu 
" ok, teran kuat2"

aku pun apalagi, mmg tunggu saat2 tu, terus tarik nafas panjang2 ikut hidung, teran sekuat hati. penat duk tahan. korang bayangkan la mcm dah nk terberak sangat2 pastu mcm susah nak keluar sebab tersekat so kena la teran sekuat hati kan. tu la yang aku buat.rs time ni mcm ada air mata y keluar. air mata pertama y kua setelah masuk PPUM. hebat kn aku hahaha :P

"okay, bagus awak ni.. teran lagi kuat2"

sampai nafas abes, aku kumpul kekuatan then teran lagi sekalik...ms ni doktor pon dah masuk...semangat tul dorang duk puji2 ckp aku bagus ms aku duk meneran, xtau la nk amek ati ataupun mmg aku bagus hak2.

tapi y kelakarnya, ms ngah teran tu, aku mcm dpt rs la ada benda y tersekat di situ utk dikeluarkan. pastu duk terbayang kebesaran kepala baby y bakal menembusi laluannya..yang mana membuatkan aku rs cuak kejap hahaha. tetiba duk terfikir, eh muat ke? boleh kua ke? kang koyak cmne?

HAHAHAHAHAHAHAHAHA

boleh x time genting mcm tu boleh fikir, and aku mcm terstop teran kejap. bukan stop tp memperlahankan tahap teran kejap. gila kan? 

pastu doc ada ckp2 something y aku x berapa nk phm so ak tnye blk.

"saya kena teran ke tahan ni?" 

hahaha xtau nape rs mcm kelakar pulak bila ingat2 blk...

"kalau x rs sakit jgn teran, bila rs sakit br teran"kata doctor

dan2 pulak tangtu jugak rs sakit, apa lagi, aku pun teran la sekuat hati. rs la mcm kepala da keluar, pastu doctor ckp, teran lagi skalik. aku pun teran lagi skalik, doc tarik keluar baby. aku nampak baby keluar dan berada betul2 depan aku. boleh nampak la sbb dah terkangkang cmtuu kan. fuhhhhh lega betul rs.

doktor angkat baby then tunjuk kt aku, tnya laki ke pompuan. sambil senyum + gelak sket aku ckp pompuan. rs mcm baby x nanges lagi time ni. 

"11.53 PM"kata nurse yang pegang baby* dalam 20minit la ak duk lam labour room sehingga baby keluar

then nurse cakap, nak bersihkan baby dulu br dtg balik bg kt aku. ms kt dlm bekas time nurse masukkan wayar nk kuarkan air kot dlm mulut baby, lepas tu baby mcm terbatuk2 kot, pastu nanges. 

alololo~ ms ni rs mcm bahagia sgt. dga suara anak sendiri. 

to be continued...
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea