Nov 1, 2013

Brown rice with brokoli

at 8:14 PM Comments

*post basi br nk publish*

Currently eating happily!

Nasib baik makan. Bila damia reject apple n kurma, mamanye dah pening n takut xtau nak bagi makan ape.

Lepas study2 kat group solid food Facebook,  mamanye mahu mencuba brokoli. Mamanye sangat suka brokoli so apa salahnye mencuba kan!

Mula2 potong halus brokoli sebab mamanye guna hand blender sajo. Kang kasar sgt payah pulak nak hancur. Lepas potong rebus dalam air yang sikit sehingga lembut ye.

Kemudian blend bagi lumat2. Kalau agak kasar,  sila tapis sebelum bagi baby . Ikut petua hubby, "kalau mama boleh gigit maknanya xsesuai utk baby".

So mamanye makan la sesudu, kalau agak2 boleh gigit tu makanya tekstur masih lagi kasar.  So tapis ngan penapis besi pastu lenyek2 ngan sudu. So dia hancur lumat lah.

Untuk beras, blend kering beras terlebih dahulu. Tapi disebabkan nak basuh dulu beras, lepas basuh goreng dalam kuali sampai kering. Ni baca kat blog supermommy hehe. Amek petua expertise la hiho. Pastu blend bagi lumat. Kemudian masuk air buat mcm masak bubur tu.

Lepas tu kalau xlumat jugak boleh lenyek2 kat penapis. Kemudian simpan dalam bekas bertutup yang berasingan.

Tiap2 pagi, mamanye campurkan la brokoli ngan bubur nasi ni. Bawak pergi umah maksu. Alhamdulillah,  maksu cakap damia berselera sangat makan. Phewwww!

Dah cukup 4 hari, lepas ni campor carrot lah pulak jom!

Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea