Jun 25, 2012

postwedding photoshoot!

at 8:55 PM Comments Links to this post
dah lama berhajat di hati nak buat satu postwedding photoshoot. almaklumlaa, sebab kempunan nak pakai baju putih. ni semua gara2 baju tunang xjadik lah. hahaha alasan kan. kalo dah nak, macam2 la kuar kat otak kekeke

tapi memang berhajat pon. kahwin dah 7 bulan, asyik bertangguh2 aje nk photoshoot. ngan photographer pun dah 2x tnye, mesti dia ingat aku x serius kan haha. tp...i mmg serius ni! kalau photog tu baca la hahahaha

mmg teringin sangat2 nak buat photoshoot pakai baju putih gitew kekeke. jenuh la nk simpan duit kan. sayang memang sayang duit sebab byk lagi keperluan tapi naaaaaaaaaaaaaaakkkkk jugak photoshoot tu hak2. 

so skang ni melilau duk mencari kedai y boleh sewa baju murah2 tp sweet. baju simple2 aje hajatnye. xmo la baju gaun pengantin bagai tu. nk y simple je kalo boleh. 

tapi tu lah, dah lepas kahwin ni malas nak search sana sini. kalau ms wt preparation dulu xpo la. skang ni nan hado!

sapa tau mana2 butik best area shah alam??? kongsi pleaseeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!

Jun 24, 2012

sabarlah wahai hati

at 6:27 PM Comments Links to this post
Assalamualaikum...

skang ni menghitung hari sudah. menahan sabar dan menunggu simpanan menggunung nak pindah rumah pulak.

kat rumah sekarang ni macam2 dah jadi. kereta orang kena pecah, orang2 muda gaduh2, orang buang sinki dari tkt13, terputus bekalan air tanpa notis, orang tutup meter air luar rumah dan macam2 lagi yang mungkin berlaku lepas ni. siapa tahu?

sekarang xde anak lagi, so masih boleh bersabar lagi. tak sanggup nak membesarkan anak kat kejiranan ni. memang x sanggup lah nak amek risiko.

cepat la 5bulan. nak kuar cepat2. duk umah baru cepat2. lepas tu angan2 nak intai2 kete pulak hahaha. si mini cooper dah nazak bebenor. xlarat nak mantain.

lepas dah masuk umah baru, macam-macaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaam lagi nak beli. peti ais besar. almari baju besar gedabak. katil. sofa. meja makan. banyak kan? hahahahahaha sebabnya kat umah skang apa pun xde. bersabar dan bersabar. tunggu duit simpanan menimbun ekekeke

esok gaji masuk yeay!

Jun 16, 2012

am i the only one?

at 11:41 PM Comments Links to this post
Assalamualaikum!

lama x menyemak kat sini.

skang ni bila kua jumpa kawan2 lama, ada yang tegur. "dah bape bulan?"

xtau la kalau memang dorang xtau yang aku ni dah keguguran masa kandungan pertama dulu... atau sebab prut aku ni dah nampak buncit mcm orang mengandung..hahaha. so which one guys? :P

ok nk cter benda lain sebenarnya...

lepas keguguran dulu, baru terperasan. setiap kali datang bulan rasa sangat pening. kadang-kadang seminggu sebelum datang pun pening2 mual2. mula2 tu angan2 tinggi melangit ingatkan dah pregnant balik. cukup2 je kitaran, datang la pulak...

xtau tu ada kaitan ngan keguguran dulu atau aku ni dah ada penyakit lain :P

mana taknye, pernah sekali tu ... 2,3 hari da start rasa pening2, mual2.. pastu masa g klcc siap nak termuntah lari2 pergi toilet. tp xde apa la y kua. mcm mula2 rs time pregnant dulu hahahahaha

teringin ke? :P

pastu kan, kalau dulu masa belum betul2 kompem pregnant dulu..bila rs pening mual tu mcm dah boleh agak dah pregnant. badan rs mcm lain macam. suhu badan meningkat. ye la, 1st time kan pregnant so mmg boleh rasa. 

tapi skang ni? dah xtau dah beza hahahahaha. asal pening sket je ingat pregnant. mual sket ingat pregnant. badan panas sket ingat pregnant. belum cukup kitaran lagi aku dah pergi bli test kit siap2 hahaha. tp last2 kecewa gak la hahahaha

xtau la nk ckp cmne...memang dah teringin nak menimang cahaya mata kot :P wpun another part of me not ready yet kekekek
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea