Dec 31, 2010

kena buat plan baru!

at 11:15 PM Comments
sebelum ni duk cakap2 pasal plan A lah, plan B lah tup2 smalam baru tersedar yang plan A memang kompem2 takleyh jalan. hahaha boleh pulak lupa kan. so kami mencari2 lagi plan baru hehehe.

Plan B macam ada kemungkinan okay tapi masih samar-samar. maka jadik lah plan B.1 hahaha sesuka hati aku je plan B.1

tapi ada jugak lagi plan C. haaaaa masih ada plan C. sebab plan A dah buang kena la tambah plan baru. so skang ni plan B.1 dan plan C. kekekeke

ceit, alih2 kawan2 aku jugak y on dulu. xpe2, nanti dua2 orang kena datang kenduri aku bawak laki masing2 ye . dan jugak hadiah besar2 sebab dah kahwin

tokorode~

sapa rasa baju ni cantik angkat tangan! cantiknyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~



Dec 30, 2010

xmo guna bunga tangan aci x?

at 9:19 PM Comments
hmmm dah lama dah xmerapik meraban my angan-angan perkahwinan kat sini. lately busy sangat dengan fyp. yes, saya masih lagi belajar kak. tapi dah gedik2 nak buat persiapan kahwin ye. hahaha. ok, nak kata persiapan tu takde la persiapan yang macam b2b yang lain. yang dah nak kawen lagi bape bulan. nope, mine is more to step awal nye preparation. paling awaaaaaaaaaaaaaaaal sekalik. hihihi apekah itu? orang y dah start serious pasal perkahwinan tau la kot step y mcm mane haha. 

memang tak dinafikan la, dah survey macam-macam. dah kira2 bajet sumer kan. tapi apa-apa pon belum boleh buat lagi. apa-apa pun kena tunggu i balik malaysia dulu! lagi bape bulaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan je lagi.

ok, cakap pasal preparation ni...lately kami banyak focus kat photographer. mencari2 yang paling best, paling jimat cost, paling segala-gala lah. and my partner ni bukan jenis yang sumer nak ikut hati dan perasaan serta keinginan daku sorang je. kiranya x serah bulat-bulat kepada ku lah. every litle things, semua dia take part. bincang elok2. dan tak sangka lah kan duk carik2 photographer pun laaaaaaaaaaaaaama gilos. haha

tapi takpe, long way to go. so pelan2 lah bincang dan rancang. tapi haritu ada terberangan kejap pasal bunga yang pegang kat tangan. selalukan orang pegang bunga. xkisah lah bunga betul ataupun bunga plastik. tapi aku tetibe terfikir satu benda ni. nampak macam kanak2 tapi tengok lah cane. kekekeke sebab ngah carik2 benda2 yang boleh melaksanakan impian daku iniiiiiiiiiiii. tungguuuuuuuu~

Dec 17, 2010

plan A ke plan B? mari buat plan C

at 10:47 PM Comments
sekarang ni kalau boleh hari-hari nak update ngan 2 my bestfrens. kenapa?sebab kedua-duanya pon sekarang sebokkkkk jugak ngan wedding preparation. semua pun dah start kira2 bajet.survey segala termasuklah hari. tapi yang kelakarnya, kami ni kemungkinan akan buat pada waktu yang mungkin sama. 

xde la sebijik sama tarikh seketul2. tapi jangka tu tak lari banyak la. aku pun xde lagi tarikh seketul-seketul. cuma plan kasar tu ada la sket2 kan. tapi dua2 waktu yang kami(aku n dia) duk fikir2 tu pulak tarikh salah satu daripada mereka la. 

contoh mudah. aku ada la plan tarikh A dan B. tapi bestfren 1 nye tarikh ni masuk lam plan A dan bestfren 2 masuk lam tarikh B. hahahahahaha cemano tu?

xpe2, harap2 aku tak miss la dua2 majlis penting  ni. siapa? rahsia haha. bila? rahsia jugak keke.

Dec 14, 2010

walaupun mcm xde peluang, still mengharap dpt menang salah satu!

at 12:55 AM Comments
ok. aku dah join dua contest. and kalau menang salah satu memang berbaloi2 lah. pakej photography worth RM2000++ kot. 

  1. contest by ministry of moment yang dah tamat haritu.tunggu keputusan je ni.*dubdabdubdab
  2. foto by razali : wedding photography giveaway contest yang akan tamat 31 dec ni *sape2 nk join silalah ye. hehe mana tau dapat tuah ke kan.

walaupun jauh di sudut hati ni macam xde gaya nak menang aje. entah lah, xde luck kot haha. mungkin bukan rezeki aku dalam bab join2 contest bagai ni. entry org len sumer gempak2. naaaaaaaaaaaaak sangat menang kan tapi......... 

plis.plis.plis.plis.

kalau betul memang rezeki, insyaAllah dapat. kalau xde rezeki nak buat cmno kan. 

*pray hard*

Dec 11, 2010

pray for me plis?plisssssssssssssssss~

at 12:50 AM Comments
ni contest baru y aku br discover lately, and aku dah pun masuk. entry ade di sini. yes another blog. semata2 kerana contest ni tau! bukan la nk kata semangat, tapi alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal bahu. kalau boleh masuk kepala pun nak diusahakan.

oh, act blog tu dah lama ada. aku guna kalo time nk ubah2 layout blog. aku testing kat situ dulu. sebab tu nama blog testing. ok abaikan. aku post entry kat situ ade sebab2 die. sebab gambar y aku nak letak tu besar. n aku nk letak original size. mls nk shrink. xbest.so letak je la situ hehehe 


sape yang berminat nak join, boleh g jenguk blog ni. nak tengok gambar banyak2 pon boleh jenguk facebook ni.

sape2 nak tengok entry aku boleh ke sini. walaupun x seberapa, boleh lah kamu tolong doakan aku ok? hehehe. kalau ada rezeki aku, boleh menang skalik.. bestnye!pray for me!

Dec 5, 2010

xde ke lelaki yang nak buat blog persiapan kahwin?

at 3:24 PM Comments
setakat aku duk selongkar2 sana-sini, baca sana-sini, blog persiapan kahwin semuanya ditulis, dikarang oleh perempuan. setuju? dan kadang kala tanpa usul periksa kita terus buat kesimpulan bahawa penulis adalah seorang perempuan. setuju?

haaaaaaaaa, agak2 kenapa lah ye lelaki xde yang buat? semua pompuan je yang bersemangat. nampaklah keterujaan nak buat preparation tu. kenapa ek? lelaki tak teruja ke?

haaaaa. tak baik buat kesimpulan macam tu.bagi aku, bukan lelaki tak teruja. tapi cara dorang express tu lain sikit. pompuan lak lain sikit. betul x?

tokorode, 

dulu macam pernah dengar pepatah. lebih kurang macam ni. di sebalik kejayaan seorang lelaki , ada seorang perempuan. x ingat dah cmne. tp cmtu la. tapi pompuan pon sama je. di sebalik kejayaan dia tu pun ada gak lelaki. tak kesah la, ayah ke, adik, abang, suami, bla3.

sama gak la ngan blog kahwin. walaupun kita tahu yang menulis ialah perempuan, keterujaan tu nampak si perempuan, tapi di belakang yang menyokong ada si lelaki. ada ke orang buat blog cmni sendiri2 macam syok sendiri terlebih. mesti la ada si lelaki di belakang.

tapi ada segelintir masyarakat kita ni silap. aku tahu, ada yang janggal .lagi2 kalau blog kahwin ni dibuat oleh orang yang baru je in a relationship kan. pastu terus la berprasangka. ish penulis blog tu dah buang tebiat ke? gatal sangat dah ke?angin takde ribut takde tetiba ada blog kan. 

aku tak cakap orang lain. aku sendiri pun pernah ditanya. segala perancangan yang tertulis dalam ni semua aku plan sorang2 ke? eh, ada pulak macam tu. kalau plan sorang2, kena kahwin sorang2 la kan? hahaha. of course la aku plan sama-sama ngan si lelaki. cuma mungkin aku tak gtau kamu semua hasrat hati kami dari awal tetiba buat blog. tu yang terkejut eh.

hmmm, entah lah....sesetengah orang x suka tulis setiap perancangan secara public. tup2 eh dah bagi kad jemputan. ok je.no hal la kan. tapi ada yang nak tulis kat sini every single step. supaya xde yang tertinggal. bukan niat untuk canang ke seluruh pelusuk dunia, cukup sekadar peringatan diri kami sendiri. step by step yang kami tempuhi dan bakal tempuhi. tu je. x salah kan?

Dec 3, 2010

lain dari yang lain?

at 6:41 PM Comments
okeh. kalau cakap pasal blog b2b ni kan, yang ada dalam kepala mestilah persiapan nak kahwen kan.yang paling menarik ialah entri2 mengenai idea2 masing2 nak untuk hasilkan barang DIY, dan senang nak kongsi idea ngan org lain terutamanya b2b yang lain2 lah.

kat tepi2 blog aku ni lagi lah. semua mantap2. masing2 ada hasil kreatif DIY tersendiri. tapi berbeza ngan blog aku ni. xdenye DIY tu. mungkin belum ada. i bet ada yang hampa kot masuk blog b2b ni. hampeh! tak membantu langsung! hahahah

sorry lah kalau itu yang kamu harapkan kalau tetiba termasuk lam blog aku ni time google nak carik blog persiapan kawen. aku mungkin belum sampai masanya lagi nak DIY bagai ni kan. haha

cuma ni mungkin satu lagi blog ala2 personal tapi menyentuh bab2 perkahwinan sahaja! apa yang aku fikir, apa yang aku berangan dan macam2 lagi lahkan. lagipun perjalanan kami jauh lagi.bukan macam sesetengah blog yang dah ada saki baki je lagi ke tarikh big day kan. hehe

apa-apa pun thanks lah kalau tetibe TERjejak ke sini tapi hampa bila tengok isi. =P

Nov 30, 2010

Ministry of Moment : just click contest

at 7:28 PM Comments

source: Ministry of Moment
pembetulan : girl`s expression
facebook ministry of moment




macam ni kira ok x? hehehe

jom tengok apa yang perlu dibuat? adakah daku sudah mematuhi syarat2 itu?
syarat di ambil dari blog ini
my facebook profile : Ckyn Wan

***************************************************
All you have to do is:

1. Search for MINISTRY OF MOMENT page in Facebook and click “Like”.[DONE]

2. Go to ‘Photos’ and find a folder named ‘Contest’.{DONE}

3. Pick one picture that you like from the folder and write a creative entry in your blog with the title; Ministry of Moment : Just Like contest and tell us why do you like that picture.[DONE]

4. Under the picture, type; source: Ministry of Moment with link [DONE]
http://www.ministryofmoment.com/

**************************************************

p/s : sorry di atas kesalahan ejaan atau tatabahasa. rushing je buat ni sebab takut x sempat hehe
p/p/s: wish me luck! best nye kalau boleh menang!
p/p/p/s : penganjur, andai ada mana2 syarat yang xlengkap plis tell me hehe



Nov 22, 2010

sesi kaunseling sebelum kahwin

at 9:08 PM Comments
sesuai dengan perkembangan teknologi dan zaman yang dah bertambah maju ni, majlis2 seperti merisik bertunang, akad nikah dan bersanding pun maju lah jugak, selari dengan peredaran zaman. sekarang ni orang bertunang dah macam orang kahwin aje majlisnya. kadang-kadang kos nak bertunang pun menelan belanja puluh2 ribu. jangan buat2 terkejut sebab memang lah ada. memang nilai tu affordable untuk orang yang berada, tapi still its a big amount la bagi aku.

lepas tu sekarang masing-masing tak nak kalah. semua dah nak jadik ikutan. bermula dengan video wedding fairytale, photoshoot pre-wedding syed mudzaffar , video wedding pengantin terjun kolam, video save the date elyana dan macam2 lagi lah yang aku tengok. memang terus mencetus pengaliran adrenalin dan neuron2 untuk merasa jeles. rasa macam nak buat. rasa nak jugak.nak jugakkkkkkkkkkkkkkkkk. T_T

tapi dalam masa yang sama, aku banyak kali beritahu diri sendiri. mereka tu mampu nak buat macam tu. biarlah. kau pun mampu tapi kena la ikat perut lama sikit, kawen pun lambat banyak lah jadiknya.hahaha aku taknak lah nanti aku kumpul duit 30-40 ribu RM semata2 nak macam mereka, orang datang majlis aku puji melambung2 bagai nak rak tapi hari esoknya nak menghadapi hidup baru tu orang dah x amek kisah dah.

so, kau jangan terpengaruh ye cik adik. just plan apa yang ada dalam kepala kau, sesuai dengan keadaan diri kau dan keluarga kau. kalau orang datang nanti nak cakap wedding tak gah pun xpe, janji kamu puas hati dengan apa yang kamu mampu lakukan. masing2 ada pendirian dan pandangan sendiri.

ini termasuklah dari semua aspek. baik barang hantaran, duit hantaran, kenduri kahwin, pelamin, baju pengantin dan semua sekali. bila kau tengok orang bagi barang hantaran mahal-mahal, kau pun terketar lutut nak cari jugak. bila kau dengar ada orang letak duit hantaran 20k , jangan nak demand lebih2 nak jugak walaupun kau tu belajar oversea.kalau orang lain kenduri jemput 1000 orang sewa dewan, kau kena paham macam mana konsep kenduri kahwin kat kampung. masing2 ada pro & contra. 

orang nak mengata nanti biarkan lah, sebab lama nanti mereka senyap. yang penting kamu bersederhana.

ok, tamat sudah sesi kaunseling terhadap diri sendiri! haha

p/s : bagi aku bukan kos paling mahal patut dibanggakan, tapi kos paling murah yang kamu boleh kejar untuk dapatkan kepuasan majlis yang maksimum. betul x?

p/p/s : yang lebih penting, hidup selepas berumah tangga

Nov 20, 2010

save the date plis!

at 9:01 PM Comments
nak buat jugak lah macam ni. aci x?


tapi keras kejung la depan video camera kang haha

p/s: oh sorry, terbagi harapan palsu kekeke

Nov 18, 2010

expect the unexpected

at 11:57 AM Comments
tajuk macam pelik. lantak lah. janji aku sorang je yang paham! hahahahaha pagi tadi tidur kurang nyenyak. kejap2 terjaga. biasala tu sindrom barang nak sampai harini kekeke gedik gelenya buat pagi hari, konon2 jadik pendorong bangun awal pagi tapi hanya tinggal mimpi. sejuk pagi yang membeku sampaikan aku tidur pun selubung penuh dari kaki sampai kepala. dengan futon(toto)+mofu,beralaskan hot blanket lagi. bukan dengan selimut aje.

ok berbalik pada topik asal. 3 hari lepas aku order barang tapi masih lagi  bukan most-wanted si oren-putih. pagi tadi barang dah sampai. dan tang tu jugak aku bukak. walaupun dalam kepala ada dah bayangannya macam mana, tapi nak jugak bukak kan. walaupun dah dapat amaran dari dia, kalau bukak kena beli baru haha

tapi degil. aku bukak kotak dari pakcik sagawa. speechless. cantik!!!! i like! and ada lagi benda yang lagi cantik yang aku tak expect! sorry tak pernah beli barang macam tu so xtau akan dapat benda camtu! jakun. hahaha

terus terfikir dan terbayang dalam kepala nak letak mcm mane as a hantaran nanti! huaaaaaaaaaaaaaaah i like!

sorry xde gambar lagi. sebab teruja bukak2. kemudia sambung tidur. haha eh kalau gambar pun sipi2 aje la aku tunjuk ye. buat yang dah tahu, sila zipkan mulut anda onegaishimasu. hehehe

kesimpulan : ada dua lagi yang perlu diburu sebelum balik ke malaysia! yosh!

Nov 14, 2010

si dia dipaksa renshu(berlatih) jadi ketua keluarga ha ha

at 11:26 PM Comments
fuh!
dari pukul berapa lagi kami duk window shopping.
bertukar2 link sana sini.
saling bertukar pendapat yang mana berkenan, yang mana okay dan yang mana tak okay.

sehingga lah jumpa barang yang berkenan.
ya, kami berkenan. sangat  berkenan.

calculate sana sini.
compare sana sini.

fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

setelah pasti dengan kandungan, sila tekan butang [order]

tak tahu kenapa rasa  macam hati dupdapdupdap je nak tekan. hahahaha bukan aku sorang je! dia pun sama. dua-dua pening. dua-dua bercelaru nak buat keputusan. 

aku : cepat buat keputusan
dia : awak la!
aku : saya ke?? awak la, renshu nak jadi ketua keluarga ni hahaha
dia : hahaha baiklah. dengan ini silalah order 

sampai macam tu sekali ko! walaweyhhhhhhhhh. teruk gak penangannya. maka..................

Thank you for your order

Your order has been sent to the shop

kompem malam ni aku tak lena tdo! hahaha

p/s : tapi ni bukan most wanted oren-putih tau! haha

Nov 7, 2010

bestnye kalau boleh buat jugakkkkk

at 4:25 PM Comments
saikin(lately) ni selalu jugak la terjengah blog b2b di luar sana dan terjumpa mereka2 yang buat pre-wedding ataupun nak buat banner guna gambar ala-ala kenangan zaman sekolah gitu. ada yang buat video. biasanya kalau couple tu dari sekolah yang sama lah. kalau sekolah yang lain2 macam mano nk buat kan.

somehow rasa macam sweet gitu. menggamit kenangan silam. 

eh, rupanya satu sekolah.
eh, satu kelas tak pernah bercakap pun dulu.

xrasa comel ke? dan menarik.

tapi kalau kami ni cmno? belajar jauh2  ni xkn nk datang buat video kat sini. 
banyak lah cantik muka tu kan! hahaha

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dah tau nak buat kat mane!

depan kedai makcik silarasa!
ha ha ha ha ha ha ha ha

Nov 6, 2010

keazaman

at 9:03 PM Comments
sebelum cuti deepavali hari tu, aku ngan dia macam nak shopping jap. shopping cmne lagi kalau sorang duk malaysia sorang duk jepun ni. shopping kat internet la. sebab aku risaaaaaaaaaaaauuuuuuuuuuuu sangat takut terguna duit yang ada ni. memang susah la nak simpan!

aku lagi suka tukar duit kepada bentuk barang terus! hahaha a.k.a shopping lah! insyaAllah lagi selamat haha sebab tu aku nak ajak dia shopping. cari sama-sama barang yang nak buat hantaran nanti. walaupun jauhhhh lagi kan. haha xpe2.

yelah, rancangan ktorang ni flexible la konon-konon. ade tarikh yang ktorang bajet tapi kemungkinan berubah mengikut kesesuaian keadaan lah. berubah mengikut apa sahaja kebarangkalian di tengah-tengah nanti.

ok berbalik pada hantaran. actually aku dah bookmark banyak2 page masuk lam satu folder pasal barang hantaran ni. senang nanti nak window shopping sama-sama. tapi aku tak tahu di mana silapnya, terdelete satu folder. hilang abes sumer bookmark page tu. wuwuwuwuwu

so kena berusaha lagi la ni. walaupun puas ku pujuk2, dia masih tetap kepada most wanted thing si oren-putih. nanti kalau dah ada kita grab terus tanpa berkelip mata ok? hahaha

bila duk selalu tgk blog kawen org len ni, macam2 y dorg buat sendiri. terus jatuh hati. masalahnye aku ni xcreative dan xrajin mcm dorang! hahaha xpe2, utk masa sekarang ni carik idea dulu sementara internet connection pantas kilat ni. kumpul2 banyak2. decide nk mcm mana. kang blk msia boleh la try buat slow2.eceh. berangan!

couple t-shirt?

at 3:22 AM Comments
haritu terbaca dalam blog mana ntah. dia ada beli baju dan hantar tempahan untuk tulis bride & groom atau pun raja & ratu kat baju tu. somehow macam suwit pulak. tak ke? hahahaha

aku pun macam tertarik la jugak gedik2 nak buat bila dah jumpa macam2 ni. hahaha xpe fikir dari sekarang. kang tak sempat.ceh gaya macam nak kawen esok je aku nih. sotsugyou belum la kak! hihihi

pastu tadi ada terjumpa couple t-shirt dari blog ni. tapi xleyh nk copy gambar pulak sebab dia wt right click disable. walaupun boleh je nak printscreen tapi aku  hormat lah dia punya hak kan.

tapi rasa macam t-shirt tu terlalu simple la pulak. what do you think? kalau nak pakai biasa2 jalan2 tu ok je kot. tapi kalau nak wat hantaran macam xbest je. sebab colour hitam putih. kalau ade colour putih pink kan comel! kan2 awak kan? hahahaha

eh bila google banyak la pulak couple t-shirt yang  comellllllllllllllllllllllll!


COUPLE T-SHIRT - indonesia
link 2
link 3

Oct 30, 2010

lagi pasal photobook

at 3:42 PM Comments
sebelum ni aku ada la jugak letak entri pasal photobook ni[click sini]. yelah, photobook ni dah merupakan satu eleman penting yang dah jadik macam wajib ada kalau nak kahwin kan? so aku juga manusia biasa hehehe. semua nanti nak diabadikan dalam photobook.

Exclusive Storybook/Custom Album
Crystal Cover
Hard Box
Most Popular Album

Standard Exclusive Album
Large Size
Leather CasingBox
Banyak Helaian

Special Edition Exclusive Album
Large Album
Leather Cover
Leather Box
Banyak Helaian


pilih jangan tak pilih. rambang mata sudah .
source : facebook shamsul fazrien 
laman web rasmi : fazrien.com

Oct 28, 2010

invitation card,doorgift mcm ni boleh? ha ha ha ha

at 8:57 PM Comments
comeynyeeeeeeeee~

doorgift cmni ok x? tapi buang la papa tu haha

cantikkkkkkkkkkkkkkkkkk

tukar2 sket haha

source : http://simplerhyme.blogspot.com/

Oct 27, 2010

oh.no! aku terus jatuh cinta!

at 4:56 PM Comments
mula-mula aku tengok/pandang/lihat terus jatuh cinta!! maji2. sikit pon aku tak tipu. tapi xde la hati / jantung berdegup kencang ke apa. cuma jauh di sudut hati tu rasa macam nak memiliki. rasa nak sangat-sangat. tapi kekangan masa tak berapa nak mengizinkan. jauh  beb. jauh dan jauh sangat. kecewa gak la di sudut hati ni.

pastu aku mencipta angan-angan lagi skalik. terfikir nak guna hasil kreativity ni kat my wedding day. i tak kesah lah katmana tapi rasa macam nak letak jugaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak! hahaha gila tak gila aku suka kat hasil kerja dorang ni.

aku yang berjiwa seni memang lah senang jatuh cinta. lagipun sekarang ramai orang guna konsep DIY. aku pun nak jugak tapi orang len yang buat hahaha. hasil DIY org lain. eh boleh pulak kan.








dan banyakkkkkkkkkkkkk lagi! semua ni dari kertas. rajin betul dia gulung2.siyes aku suka!!!!

nak tengok lagi sila jenguk sini

nak memerah keringat cmno nk aplikasikan lam my big day nih. terujaaaaaaaaaaaa!

Oct 26, 2010

beli sekarang kana?

at 1:01 PM Comments
oh semalam duit dah masuk. after tolak tambah darab dan bahagi segala keperluan yang ada, masih ada lagi baki. Alhamdulillah.

tapi kalau dah nampak duit banyak ni nafsu mana yang tahan kan?

untuk keselamatan perlukah aku membeli terus most wanted thing ni? ke nak tunggu lagi ek?

mintak2 la nafsu terhadap benda2 lain tak menggunung! sabar duhai hati! kata dah pasang angan-angan kan? 

sekarang dapat notification mail dari kedai online pun terus je delete. tak kira lah diskaun sampai 90% pon.

sabar-sabar.

Oct 21, 2010

photoshoot kat sini jom!

at 9:37 PM Comments
tadi pergi jalan2 di taman bunga cosmos. cantikkkkkkkkkk! lalu aku mencipta angan-angan

saya boleh lari-lari sambil veil saya berterbangan

amek gambar mcm ni pon cantikkkk

nanti awk buat camni ok? haha

sarangaeyo!


khas untuk awak je
haaaaaaaaaaa. tak payah upah photog yang mahal. pakai tripod pon boleh. x ke sweet? hahaha

p/s : de, sape nak bayar tambang nak datang sini?




Oct 20, 2010

nak 9 orang je!

at 2:45 PM Comments

[sticky post]
[new entri di bawah ini ye]

just got 9 free kupon from kugeeku.
nice one. sesuai sangat bagi kamu2 yang nak melangsungkan perkahwinan, atau majlis apa-apa sebab kugeeku ni menawarkan barangan yang best2 lah.

Oct 19, 2010

OMG, cantiknyeeeeeeee cinderella wedding ni!

at 6:09 PM Comments


cantik gilos! alahai, ade duit sumer pon boleh jalan.

awak, nak cmni jugak boleh ke? hahaha

sumber : FotoWeddingku

Oct 17, 2010

nak jugak oren-putih

at 1:57 PM Comments
dah dekat setengah tahun kot aku duk selongkar2 sana sini. nak buat cmne, most wanted barang tu nak kaler oren-putih. kaler lain macam tak cantik sangat.

tadi duk jenguk2 pon xde jugak. display nye ade la tapi bile tekan2 tak ade pulak.

hmmmm mana nak selongkar ni.

bukan setakat dia, aku pun tertarik ngan oren-putih ni. yang lain tak berkenan. limited agaknye. tapi bila nak ado balik nih???

nak tawu ape yang most wanted tu? nah aku bagi hint sket..


hahahah jahat tak?

erm sape yang dah boleh agak tu...sssshhhhhh!
rahsia kerajaan ni kekeke


p/s : mintak2 la ade terjumpa before balik malaysia kang. amin

Oct 15, 2010

ticktock

at 10:48 PM Comments
masa terus berlalu
dengan pantasnya.

tak ada masa nak selongkar
ataupun .....
saja taknak carik masa nak selongkar?

hahaha

ntah!

Oct 12, 2010

photobook, wajib ada dalam list

at 11:55 PM Comments
saya ditag di facebook. photobook. ni wajib ada la. kan awak kan? hehehe sebabnye dia ni suka bergambar. kompem2 lah nak kena ada banyak gambar. siap plan nak buat photoshoot pada hari yang berbeza lagi tu. bukan aku yang cadangkan, dia sendiri yang gtau. sebab taknak nanti on wedding day sibuk nak  bergambar aje. katanya hari baik macam tu eloklah layan tetamu aje

nanti nak buat banyak2 boleh x? hahaha 





Oct 10, 2010

mencari-cari

at 10:24 PM Comments
haritu masa balik malaysia sempat la jugak mata menjengah2 satu barang ni.
barang yang ada dalam list. most wanted tu. nak mintak tukar pon dia taknak. nak y tu jugak =P
bila compare2 harga ngan sini macam sini lagi murah.
murah sikit je la tapi murah la jugak hehehe

so, rasa macam nak beli sebelum balik malaysia kelak.
step by step katakan hehe

Oct 7, 2010

awak taknak terbang ke? hehe

at 12:02 PM Comments


alahai cantiknye. duit ado sumer jadik la nanti. nak terbang ke, melayang ke ape sumer nye boleh. nak buat macam video fairytale tu pon bolehhhhhh.

tapi buat ape membazir kan? bek aku beli rumah besar2 gitu ha ha ha

Oct 3, 2010

kenapa ek?

at 4:57 PM Comments
kalau korang perasan kan, poll aku y kattepi niuntuk satu soalan yang berbunyi :

semasa family datang merisik perlukah si perempuan ada kat rumah?

vote so far :
yes : 85%
no : 14%

aku saje2 je buat poll ni kan. thanks la untuk mereka2 yang sudi vote. tapi aku macam mencari2 jawapan di sebalik vote tersebut. lagi2 untuk yang cakap xpayah ade sekali kalau ada family datang merisik. sebab i tot merisik ni ala-ala adat org dulu2 yang nak tengok gerangan bakal menantu kan. mungkin sekarang ni tak ramai yang buat tapi aku tak tahu la kan. ade yang buat sekalik, merisik + meminang.

tapi atas alasan apakah untuk si perempuan tak perlu ada kat sana jugak? hmmmm pelik laaa. tak ke?

Oct 2, 2010

aku suka baca mereka punya belog

at 6:22 AM Comments

Oct 1, 2010

atur sana-sini

at 12:08 AM Comments
kita hidup kat dunia ni kena ada perancangan yang jelas. kalau tak terumbang ambing la jawabnye. contoh macam kau nak bagi hadiah kat someone special. nak2 pulak high maintenance. nak bagi yang mahal2 tapi gaji ciput. so kau kena ada ada perancangan rapi untuk buat impian kau berjaya. kalau xde plan, tup2 hari jadi br nak bagi hadiah memang xdapek la.

eh.eh.ape  hadiah mahal2 ni? besday sape? bukan pasal PIERRE ANDRE ok hehehe ni contoh aje. bergantunglah apa yang ada lam kepala kamu2 semua kan. ape2 pun perancangan itu penting. kalau tak nanti kusut masai masuk la tanjung rambutan sorang2. ok?

we have been discussing a lot lately. pasal masa depan la ofcos. buat masa sekarang, aku xde lagi plan nak blk nanti carik kerja kat area dekat2 ngan dia. walaupun aritu ade org dah cakap sket2. yela, jauh katakan. aku kat penang and dia kat shah alam kan. entah, sekarang pun jauh jugak. kita dekat2 nanti lepas kawen ok?

tapi untuk sekarang ni aku still lagi nak try dulu kerja kat penang tu.timba pengalaman.1st time kerja ni beb! hehehe so, xde ape yang perlu dipeningkan pasal kerja.

pasal hidup dan masa depan bersama? esok2 lah aku gtau hehehe

Sep 29, 2010

pening ligat kepalaku

at 4:01 PM Comments
sekarang macam pening dan buntu dan keliru.
nak update susah tak update pun susah.

jiwa kacau la beb!

Sep 19, 2010

tak sempat nak kokoro junbi katanya

at 11:11 PM Comments
selesai sahaja berjumpa untuk pertama kali dengan kedua-dua family masing-masing, kami bincang-bincang. tanya pendapat cmne 1st experience ni kan. pastu hajat di hati memang nak eratkan lagi hubungan. tapi cuti aku terhad. lalu aku msg dia...

"bila lagi saya boleh jumpa family awak ni?"
then satu kata putus dicapai. hari raya kedua. kebetulan hari raya kedua tu ada kenduri katkampung aku. so aku ajakla dia sekali, cakap nak g kenduri member. so tanpa banyak soal dia bersetuju. 

pagi raya kedua tu dia datang dengan lenggang lenggoknya. datang beraya la konon-konon tapi abah tak ada kat rumah sebab pagi-pagi lagi dah ke rumah kenduri tolong-tolong apa yang patut. kebetulan mak aku pun nak pergi kenduri jugak. mulanya nak pergi ngan motor tapi sekali semua motor kena kebas daa. so ma, syafik n ira naik sekali ngan ktorg.

sampainya di sana, kami berjalan beriringan dalam satu kumpulan. sekali la ngan ma tadi. time turun ke canopy tu takyah cerita la, semua mata yang tengah makan tu tengok si dia. dari hujung meja sana sampai ke meja sini. belum campur lagi ngan golongan yang berehat bawah rumah, yang kacau gulai kawah, termasuk juga la mak sedara aku yang berada kat tepi pintu kat tangga dapur. mana taknya, ada wajah baru datang sekali. haha

lepas dia bersalaman ngan abah yang tengah kacau nasik kawah tu, aku tinggalkan dia jap dan aku pergi menyapa mak sedara ku yang asyik je berborak. lantas aku cakap kat mereka gerangan si dia. kemudian aku pergi ambil makanan dan duduk semeja dengan si dia.

"awak, kat sana tu semua mak sedara saya. yang kacau gulai ngan abah tu pakngah."

dan bila terlihat kelibat sesiapa sahaja yang ada kaitan denganku akan kukenalkan kepadanya

" awak, yang naik motor tu pak cik saya. aaa yang tu sepupu, yang sana sedara bla bla bla bla..........."

dan begitulah seterusnya setiap kali saudara aku melintas di meja makan kami. sebenarnya aku terlupa nak bagitahu dia bahawa kawan aku ni sebenarnye saudara jauh tak jauh aku. abah aku n ayah kwn aku tu sebenarnye sepupu. so aku ngan kwn aku tu dua pupu la kan namanya.?

"kenapa tak cakap awal-awal? tak sempat nak kokoro junbi ni"
"saya lupaaaa.....hehe"

so, secara tak langsung juga lah berlaku majlis suai kenal antara dia dan saudara-maraku yang lain. maklum sajalah kalau dekat kampung. satu kampung adalah bersaudara. bayangkanlah, abah dan 4 beradik yang lain tinggal satu kampung. di sekeliling pula sepupu dan dua pupu abah. pendek kata bersaudara. kalau kenduri tu maksudnya semua saudara la yang berkumpul hehe. im sorry tak beritahu awal-awal. tapi bagus sebabnya...

"kalau saya bagitahu semua saudara saya ada  mesti awak taknak datang kan?"

dan dia sengih je hehe taknak datang la tu kan~


[kokoro junbi : persediaan mental......... kot]

Sep 18, 2010

selesai satu step

at 1:19 PM Comments
Raya pun dah berlalu. Seperti yang aku duk cakap-cakap dalam entri lepas, balik kali ni besar maknanya. Apa yang besar sangat? 

Alhamdulillah, kami baru je lepas satu step besar,  iaitu berjumpa family masing-masing secara informal sebelum menuju ke step seterusnya. bukannya berjumpa like my fam datang rumah fam dia. tak. just aku pergi jumpa family dia dan dia pun datang jumpa family aku.

aku jumpa ngan  mak, kakak,abang n adik dia masa 1sttime jumpa tu. serius, memang aku blur dan tak tahu nak bercakap apa.  adik dia tanya satu aku jawab satu. tu kira nasib baik sebab tangan aku tak sejuk kalau nak compare ngan waktu biasa2 kalau aku cuak. time ni singgah kejap je sebelum dia hantar aku balik rumah. then, turn dia pulak jumpa my family. borak-borak ngan abah sebelum buka puasa sama-sama. Nasib baik la dia ni jenis senang la jugak nak bercakap banyak-banyak. kakak aku pun cakap macam tu. oh, sebelum balik ganu aku bawak dia jumpa akak aku kat p.klang sana. bukak puasa sama-sama juga. 

Aku taknak cakap apa-apa lagi kat sini. Cukup sekadar memberitahu yang kami dah lepas satu step. Tapi banyak lagi yang perlu dilakukan. Kena tunggu balik tahun depan la pulak untuk selalu berjumpa. Kena saling merapatkan hubungan antara satu sama lain. 

Tapi aku ada satu cerita menarik dan agak kelakar. haha kalau nak tahu kena tunggu dulu ye hehe

Aug 30, 2010

kontroversi sejagat

at 1:25 PM Comments
eh eh entah apa-apa je kan tajuk. memang kontroversi. 

after aku post entri semalam y memang keemoan tahap melampau tu, ramai pulak y pelik, tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.

Alhamdulillah, walaupun ada yang mulut busuk kat luar tu duk bising-bising masih ada lagi kawan-kawan aku yang bagi support. thanx korang! 

jangan risau lah kamu, aku oke2 aje di sini. cuma semalam tu agak kurang ok la kan. tapi xpe, aku tak perlu goyah tak perlu nak fikir banyak2 pun pasal apa yang dorg cakapkan tu.

yang penting aku fikir pasal hidup aku sebab jodoh bukan kat tangan dorang pun. at least, aku dah ada plan dan perancangan hidup aku. entah-entah orang yang bising2 tu xde pun kan. bising je lebih. 

haiiihhh sabar je laa.

Aug 20, 2010

masa silam

at 6:35 AM Comments
tak tahu kenapa tapi kalau bab jiwang-jiwang ni memang aku lagi selesa nak berceloteh di sini hehe

nak tanye satu soalan. kau kisah tak pasal masa silam partner kau? what if oneday kau dapat tahu partner kau blablabla. kau pernah nak ambil kisah tak? pernah cuba untuk mnegorek seboleh mungkin kisah silam mereka?hmmm bagi aku, apa-apa pun yang terjadi di masa lampau partner aku adalah hak dia untuk sembunyikan. dan aku memang takkan nak mencuba untuk mengorek ke apa. unless kalau dia willing nak gtau aku sendiri tanpa paksaan. bagi aku, apa yang lepas biar lah berlalu. tak mahu nak kaitkan dengan masa sekarang. bukan apa, sesetengah orang sangat mementingkan pasal ni.

aku pernah terdengar, even kau dah kahwin kau tak perlu nak ceritakan everything pasal masa lampau kau lagi-lagi kalau akibatnya memudaratkan perkahwinan. aku tak ada dalil yang nyata. anyone? kongsi please.

haaaaa mula la tu nak serkap jarang. tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun mati kekeke

ok. apa progress sekarang?? nothing much. just nak kumpul2 duit untuk beli next new things. eh things? macam banyak je. hehe biarlah rahsia.

Aug 19, 2010

yeay!

at 3:32 PM Comments
detik-detik yang tinggal sebelum aku menjejakkan kaki ke malaysia tercinta! ehem








Aug 17, 2010

a joke?

at 7:31 PM Comments
baca-baca blog orang terjumpa yang ni.hohoho


#CASE 1
Getting married is like going to a restaurant with friends. You order what you want, then when you see what the other fellow has, you wish you had ordered that.

#CASE 2
At the cocktail party, one woman said to another, "Aren't you wearing your wedding ring on the wrong finger??" The other replied, "Yes, I am. I married the wrong man."

#CASE 3
Before a man is married, he is incomplete. Then when he is married, he is finished.

#CASE 4
Marriage is an institution in which a man losses his bachelor's degree and the woman gets her master's status.

#CASE 5
A little boy asked his father, "Daddy, how much does it cost to get married??" And the father replied, "I don't know son, I'm
still paying for it."

#CASE 6
Young son : "Is it true, Dad, I heard that in some parts of Africa, a man doesn't know his wife until he marries her?"
Dad : "That happens in most countries son."

#CASE 7
Then there was a man who said, "I never knew what real happiness was until I got married, and then it was too late."

#CASE 8
A happy marriage is a matter of give and take; the husband gives and the wife takes

#CASE 9
When a newly married man looks happy, we know why. But when a ten-year married man looks happy, we wonder why. Affair ?

#CASE 10
In the first year of marriage, the man speaks and the woman listens. In the second year, the woman speaks and the man listens. In the third year, they both speak and the neighbors listen.

#CASE 11
After a quarrel, a wife said to her husband, "You know, I was a fool when I married you." And the Husband replied, "Yes, dear, but I was in love and didn't notice it."

#CASE 12
A man inserted an 'ad' in the classified : "Wife wanted". The next day, he received hundreds letters. They all said the same thing "You can have mine."

#CASE 13
When a man opens the door of his car for his wife, you can be sure of one thing : either the car is new or his wife is new.

#CASE 14
A woman was telling her friend : "It is I who made my husband a millionaire."
"And what was he before you married him?" the friend asked. The woman replied, "A Billionaire."

Aug 10, 2010

doushiouu?

at 9:12 PM Comments
.its a looonggggg way to go. yet im stressed !
cuak.
macam2 pk.







haiihhhh, nih incik BM tau kompem kena bebel kang.

detik2 aku jatuh chenta ngan BM (o^_^o) *blushing

at 3:53 PM Comments
eceh.tajuk taknak kalah. tapi aku taknak cte y tu pun. just xtau nk letak tajuk ape hahahaha
sementara masa banyak berangan ni aku nak tulis la. kecoh la lu minah! haihh blog aku suka aku la

dah jadik belog cintan-cintun la pulak. mana preparation kawen nya? ngah bersiap sedia la ni haha perisai sana-sini. so bagi tensen berkurang so kita santai2 dengar cerita jiwang2 okeh? x okeh? p main jauh.shuh3

ok. lagu ni yang buat aku sedar sebenarnya aku dah start suka si BM ni. memula duk pakat nk deny. mati-matian lah. orang duk lempar gosip ke apa ke. lantak lah. aku tetap dengan pendirian ku. ha ha ha ha

kami janya kawan biasa. tak lebih dari itu <--- cilok jawapan artis sket kekeke 

sampai lah one day. aku terdengar lagu ni. time tuh ngan homesik ke ngah sedih ke ngah apa aku xtau la tapi aku dengar je lagu ni. aku amati lirik. tetiba aku nanges. nanges gila2 lah. macam budak kecik. nasib bek duk sorang. takde la housemate mengamuk dengar aku nanges. eceh.

pastu aku msg die. 辛いです。知らないの?
xtau makna? p tanya pakcik google haha.

xnk lah cte banyak2 kenapa bagaimana dan di mana. p la dengar sendiri. walaupun tak nampak kaitan hahaha oh, hint : kau dan nya dalam cter ni bukan tertakluk pada satu watak je hahaha sesuka hati aku je kan. aku tu sah2 lah aku, xkan jadik kau pulak



hakikat sebuah cinta by saleem.
Aku adalah insan yang tak punya
Cuma rasa cinta membara
Lalu tercipta rinduku padanya
Kerana cinta bahagia

Pujangga menyatakan oh cinta berharga
Dari emas dan permata
Lalu ku bawa cinta di persada jiwa
Sinar menyuluh gelita

Sewaktu debar cintamu terasa melanda
Bangkit rinduku padamu di ketika itu
Lalu tersentak diriku sedari lamunan
Kini sebenarnya aku telah kau tinggalkan

Aku adalah insan yang tak punya
Kilauan emas permata
Lalu kucuba menaburi cinta
Bagimu tiada nilainya
Tiada harta dan cinta


perbuhungan jarak jauh BM ♥ CP

at 11:06 AM Comments
assalamualaikum =)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

haaa ape la pulak BM & CP nih. nama singkatan bagi dia n aku hahahaha. nama penuh? xleyh gtau. private & confidential kekekeke

arini nak citer sikit pasal PJJ ni. atau omputih cakap long distance relationship.ecewah. honestly, PJJ ni sangat besarlah dugaan dia kan. my previous relationship pun PJJ gak. walaupun we stay in the same country but still jarak jauh gak. sebab bukan boleh jumpa tiap2 minggu pun, tiap2 bulan pun belum tentu. unless ada cuti semester. so same goes with current PJJ. sebab dah ada pengalaman, aku dah makin matang kot nak handle PJJ nih.ecewah, ye ke BM(bukan bahasa melayu ok)? haha ntah2 sama je kekeke

apa yang penting dalam sebuah relationship yang jauh beribu batu ni?

kepercayaan
bagi aku, kepercayaan sangat penting. kau kena bagi 90% kot kepercayaan kat partner. takleh nak cakap 100% sebab belum kawen kekeke dan kau kena tunjuk la kat partner yang kau trust dia. kalau duk sibuk2 tanye banyak sangat arini kua ngan siapa. ada perempuan ke tak, harini kakak tu tegur lagi ke tak blablabla kadang2 boleh menimbulkan rasa tak selesa kat sebelah lagi satu. "tak percaya ke?" tapi jangan la tak tanya langsung. kang ada pulak yang terasa kita ni x concern.
yup.its too complicated.

kejujuran
ni lagi satu elemen penting. kau kena jujur dalam hubungan. tak kisah lah jujur dari segi apa atau dalam keadaan macam mana.yang penting JUJUR. sesetengah orang berpendapat tak apa nak buat salah, nak curang kejap selagi partner tak tahu. tapi bagi aku, benda tu lama2 akan makan hati sendiri. benda ni sebenarnye menunjukkan kau tak hargai partner kau. tak kesian ke partner kau bukan main baik tapi kau kat belakang macam alim2 kucing je kan.

ok. harini nak kongsi 2 elemen penting ni je. kang bg panjang2 sape nak baca? haha dan kedua2 ni perlu diiringi ngan kepercayaan penuh bahawa Jodoh di tangan Tuhan. kau kena letak sepenuh kepercayaan kat Allah. if he/she is the one then no need to worry. yang penting kena usaha sikit2 and the rest tu kita serahkan kat Allah.

peace~
selamat berpuasa! jom terawih malam ni hehe

Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea