Jan 28, 2012

Suratan takdir Ilahi

at 1:49 PM Comments
Assalamualaikum! :)

Sebenarnya harini nak buat post lain, tapi buat post lain dulu lah. Remember last post? aku ada bleeding + cramping. pergi HTAR kol 12 malam kan. dan pada hari khamis malam pukul 1130 malam, kua ketulan darah beku xbesar sgt, besar hujung jari kelingking aku. bukan jari korang tau, jari aku sebab aku slim hihi. maka bergegas lah ke HTAR again . sampai2 dah kol 1230.

seperti hari sebelum, ikut prosedur and after 2 hours baru boleh jumpa doc pakar. bila check balik kat perut, kantung masih ada. bersyukur sangat2 walaupun layanan dorang malam tu mmg buat aku menangis. sangat kecewa. nanti lah, that will be another story. entah betul ke x ayat aku  men hentam je. haha

tapi cte tu x abes kat situ je. balik rumah bleeding n cramping nonstop. sangat sakit. sebab aku kalau period, senggugut xteruk.xpernah sampai menanges2.tapi kali ni memang menanges2. malam tu kol 2, perut aku sangat sakit, nak bangun pon rs xleyh. sakit sgt. mungkin aku xpernah rasa mcm tu.so ianya baru.maka aku x biasa. and tetiba aku dpt rasakan darah kua ngan byk. bila pergi toilet, ada ketulan darah beku besar ibu jari aku, pastu dah cuak2, panggil hubby. tunjuk kat dia. pastu banyak lagi y turun ke dalam toilet bowl. nasib baik aku pakai toilet duduk, bukan toilet cangkung. so boleh nampak ngan jelas ketulan y besar kat dalam.

dalam hati berdebar2, cuak, menggeletar aku gagahkan diri amek ngan putik kapas darah yang dalam toilet. n hati aku kuat mengatakan tu my baby, sebab bila angkat xterurai and memang menyerupai daging. kaler daging ayam mentah. letak lam bekas tunjuk kat hubby. pastu darah kua. sakit memang Allah saja yang tahu. *tapi xla sesakit nk beranak kot, sbb aku kan xpernah beranak so ianya sgt sakit bg aku .LOL

aku dah nanges2 sebab sangat sakit. hubby ajak g hospital. tapi aku taknak sebab fobia ngan doctors semalam. mana taknye, kena marah smpai mcm tu sekali. aku ingat lagi kata2 doc "kalau tak turun darah sampai kena tukar pad 2,3x jangan datang. kalau darah byk basah pad mcm 2nd,3rd day period br datang wpun kua darah beku.

so aku ralat. sebab satu hari darah yang kua mmg sket. until kol 2 br start byk. so cakap kat hubby, tunggu lmbat sket bia darah byk.senang nk gtau doc.yes, bunyi macam apa je kan. tapi aku fobia.memang aku sayangkan anak aku, risau anak aku, tapi aku trauma ngan doc tu. hubby  cepat2 call hospital company tapi dia just cover hubby, xcover spouse.

bila dah taktahan sakit sangat, baru gagahkan diri pergi HTAR again.time tu dah kol 3.aku bajet2 kol 6 jumpa doc maybe dia xmarah sgt mcm smalam ha ha ha. so bila sampai terus gtau dah kua daging. nasib baik orang dah beransur. xramai sangat. masa jumpa 1st doc, terang2 sket mata aku berair kembali. apatah lagi mengingatkan insiden malam sebelumnya. even doc malam td sendiri cakap, kalau kuar ketul mmg dah kena datang, kalau ikut hospital y x busy sepatutnya aku dah kena tahan kat wad tapi sebab dorg busy, xcukup wad maka aku kena balik ulang alik. rasa lega sket, at least aku tau apa yang aku buat betul.

bila doc call doc pakar yang bertugas, aku lega sebab dia doc sama yang aku datang masa hari pertama. kerjanya sangat lemah lembut dan sangat baik.syukur Alhamdulillah. bila sampai kat EPAU, nurse yang rawat aku 2hari berturut2 malam sebelumnya terkejut tengok muka aku. sebab dah pernah datang. so, aku cakap dah kua daging. tunjuk kat dorang, memang betul dah tu daging kata mereka.

nasib baik doc on call tu dah ada kat sana. ada orang yang datang lagi awal. so kejap je dah boleh jumpa. dia terus periksa bawah. aku xtahu secara mendalam medic nye term, tapi dia cakap OS closed. so dia cuci2 bahagian luar je. masa mula2 aku nampak gunting yang macam nk korek2 tu rasa sangat seram hahaha. tapi nasib baik dia tak masuk sampai dalam kan sebab OS dah tutup. doc cakap dah bersih, xyah cuci. bila scan memang uterus aku dah empty. dah xde.kompem gugur.

pastu dah boleh balik. time ni rasa macam dah ok sebab sebelum pergi spital dah nanges banyak kan. otw balik, hubby banyak diam je lam kete. aku pon diam. tetiba teringat, malam tadi ktorg dah excited cari2 nama utk baby girl. sebab hubby nak baby girl. nak bagi nama durratun. so ktorang cari la nama2 yang boleh combine. aku lagi suka nama delisha makna dia happy n make people happy. aku jadik sebak balik. nanges balik lam kete.

bila sampai rumah, papa baring kat riba. mama tahu (eh tetiba mama pulak) papa pon sedih sebab ni zuriat pertama kami. mama suruh papa baring elok2. n mama xleyh tahan then menangis dalam pelukan papa. terbalik jadiknya. mama nak legakan papa tapi jadik terbalik hehehehe

ktorang sampai umah lam kol 5 cmtu. so lepas subuh baru betul2 boleh lelap. kami redha dengan takdir Allah yang lebih menyayangi. belum sampai masanya lagi untuk kami. insyaAllah lain kali ada rezeki kami. 

pastu pagi tadi, ada satu insiden. selalu kalau papa buat mama majuk, mama report kat baby sambil pegang2 perut. tapi pagi tadi mama nak buat benda yang sama, mama pegang perut sebut baby, tapi terhenti ayat mama. "baby da xde mama xleyh nak ngadu dah " terus sebak balik. 

"Ya Allah berilah kami kekuatan dalam menempuhi ujian dariMu ini."

dan sekarang, mama n papa sibuk mencari info untuk orang yang mengalami keguguran. kena pantang atau tak. google sana sini. tanya sana sini sebab mama n papa xde pengalamam so xtau hehe. kalau korang ada tips jangan lupa kongsi.

updated : bleeding dah stop. pantang mcm tak pantang je ahahaha

p/s : entry ni lama dah hold...

Jan 13, 2012

Bleeding..

at 9:42 PM Comments
Assalamualaikum! :)

Masih ingat lagi kan pasal perjumpaan ngan doc utk buat BUKU MERAH? haaaa bagus2 sebab time tu kan ada tanya doc pasal bleeding. doc cakap kalau just kuar spotting, kaler coklat cmtu xpe but if kuar darah kena segara pergi hospital jumpa doc. 

Nak dijadikan cerita keesokkan harinya, mama n papa kua pergi klinik utk amek papanye blood test result, p etiqa amek dwet claim n petang baru balik. sampai rumah check tengok darah merah kua hampir penuh satu panty liner. mama dah cuak tapi cuba relax. tengok dulu kalau darah akan berhenti. Tapi sampai malam darah still x berhenti tapi sket2 je. kalau pakai panty nampak la merah. tapi kalau pakai pad, dia jadik merah-kehitaman-coklat cmtu.

dua2 dah gelabah xtau nk wtpe, msg my sister, kak U.G  nak tanya pasal bleeding tu. sebab beberapa hari sebelum tu kak ug pon bleeding jugak, tp cuma spotting je. n x sakit perut mcm mama. end up kak ug cter yang doc dah mengesahkan kandungan dia xjadi. baby's not there anymore. Alfatihah. So, what do you expect me to do, to react? of cos la nerves kan sebab mine kua merah, ditambah ngan sakit perut y amat. maka ktorg bergegas mencari klinik yang boleh buat scan.

malangnya, hampir semua klinik yang ktorg pergi xbuat scan waktu malam.abes serata shah alam pergi klinik. sampai di satu klinik y bukak 24hours, bila cakap2 doc amek BP, tapi xleyh nk scan. melayang RM20 for consultation saje kan. xde ubat xde apa, ckp je. pastu pergi satu klinik, time tu dah kol 1030. pembantu cakap doc datang kol 1100. tapi dorg x buat scan malam. kalau nak buat jugak kena bayar double. phew. double pulakkkkkkkkk.

then tunggu jugak, smpai doc smpai...bila cakap2, doc amek BP, skalik doc cakap "memang ktorg bleh buat scan tp bayar double lah. n sebenarnye mesin ktorg ni rosak sket so bleh scan je xleyh check kat bawah,eloklah pergi klinik kerajaan atau swasta y len" pulakkkkkkkkkkkkkkkk dah!

so ktorg rush la pergi HTAR. smpai kol 12 malam. tunggu giliran smpai kol 130 jumpa doc.cte n cte apa y berlaku doc panggil doc pakar on call, tgu lagi then kol 2 smpai kad wad ibu bersalin. aku ditahan bhg EPAU. menunggu lagi sejam smpai kol 3 baru doc dtg. scan kat perut kantung masih ada lagi. Alhamdulillah. doc check ikut jalan bwh, check OS, uterus, bla3 jgn tanya sebab aku pon xpaham haha.

then kol 330 dah boleh balik. sebelum balik nurse ada cakap ni kemungkinan tanda2 awal nak gugur. so tunggu app lagi 2 mgu untk scan. br bleh tgk baby time tu. dia ckp kalo kua darah lg skalik terus dtg emergency. kalau kua darah ketul terus dtg. kalau dah gugur ngan snirik xperlu cuci. so aku balik je lah umah..

ingat dah berakhir di situ je . tetiba malam tadi kol 1130 malam ade ketulan darah kua. cuak. neves. tapi ada lagi perkara y mendukacitakan....

to be continued..

p/s: bukan nk wt seprais ke ape tp sebab mls dah nk menaip, n entry ni dah panjang so aku smbung esok je lah ahhaahaha

Jan 10, 2012

my 1st BUKU MERAH

at 7:04 PM Comments
Assalamualaikum.

Setelah sekian lama menahan sabar, akhirnya harini mama berjaya pergi buat BUKU MERAH y pertama mama. yelah, baru 1st pregnant kan hehe. tapi buku ni kaler pink, bukan merah ponnn. pelik lak panggil buku merah. maybe makcik2 dulu susah terus cakap je nama merah kan. hahaha sebok pulak aku ni psl buku merah. 

eh kejap aku kejap mama. ahakz..

so, harini pagi2 lagi mama kua tumpang papa on the way nak pergi keje. papa drop kat klinik desa kampung jawa sebelum pergi keje. papa xleyh nak teman sebab petang papa cuti nak hantar mama g interview.

ni kali pertama pergi so tak tahu sistem macam mana. sebab bukan macam klinik y canggih manggih kena amek nombor, tunggu kena panggil by machine, ada nomber tertera kat kaunter n setiap bilik doktor kan. kat klinik ni sangat kecik, doktor pon ade hari selasa je. memula pergi kat meja depan skali cakap kat nurse tu nak buat 1st check up, nak buat buku merah. so dia amek ic n alamat rumah. dia buatkan buku merah baru untuk mama.

time dah pukul 10, mama menunggu dan menunggu. nombor giliran 54(ada rupanya mnombor hehe), tengok2 orang check ada lam 20 org kot. penat duk tercongok, akhirnya pukul 1130 baru nama mama kena panggil. time tu tinggal lagi 3 org je. isi butir peribadi kat muka depan buku merah. nurse tanya bila last menstrual period untuk estimate due date ngan usia kandungan. rupanya nurse pun guna pregnancy calendar macam y mama dpt masa beli pregnansy tect DIP N TELL kat guardian aritu. terus dpt bila tarikh dua date, usia kandungan, berat bayi n panjang bayi y normal. so xde info baru untuk mama. tapi berbeza skit ngan apa yang mama kira ikut internet. tadi nurse bagi due date 28 august 2012. y mama buat 26 august. tapi due date ni selalunya +- 5 atau 7 hari. usi kandungan mama kat internet 7w2d tapi doc tadi dah tulis 8w. mana2 jelah. nanti dah scan baby baru bleh tahu usia sebenar n bleh tau tarikh betul due date. tapi papa dah sibuk suh mama tahan smpai 29august sebab nak sama ngan  harilahir papa. hahaha

lepas isi2 tanya background mama pasal penyakit, psl background fam mama terus siap then pergi amek darah check HIV. tapi bezanya dia amek darah bukan mcm cucuk time nk buat ujian HIV  untuk kawen dulu. ni memang betul2 amek darah ada lam dalam 1inci panjang jarum tu. xreti nk describe haha. tapi sgt sikit la. and xsaket sgt compare ngan masa nk amek wt ujian HIV dulu.

kemudian kena timbang berat. xberubah.masih 45kg. amek tekanan darah.lepas tu buat uritest. y ni mama xtahu untuk apa. dah la pagi sebelum kua umah dah masuk toilet, jenuh duk lam toilet sebab urine tanak kuar hahaha. ingatkan nk pakai byk sekalik nurse tu celup kertas mcm lam pregnancy test tu je. tapi mcm bukan sebab bila celup kuar warna biru kehijauan terus dia buang dalam tong sampah. mama xsempat nak tanya. nurse pon x gtau. 

lepas tu  jumpa doc. doc tanya soklan sama mcm nurse pasal penyakit. doc check jantung kejap. pastu suh wat scan. lepas tu terus tutup buku nak panggil next person. nasib baik mama sempat tanya cepat2 pasal bleeding petang smalam. doc cakap its normal kalau sket je. tapi kalau byk warna merah kena terus pergi klinik. lepas tu terus abes.

tak cakap pasal makan, pasal alahan, pasal pening n pasal segala2nya. mama expect doktor akan bagi nasihat sedikit sebanyak sebab ni 1st pregnant bagi mama. tapi entahlah, sebab doktor dah lapa kot sebab ulang2 tanya tinggal bape pesakit kat nurse before that, lepas check ktorg bertiga terus angkut handbabg kua klinik.

so next appointment 8 feb pulak. nurse suruh pergi wt scan 17feb masa kandungan mama 14weeks. sooooo.........macam tu jela cerita nak buat BUKU MERAH. mommytobe di luar sana dah buat buku merah keeee??????/ hihi

p/s : tadi mama yakin sangat ngan nombor kad pengenalan papa, skalik salah upanyaaaaaaaa hahahaha. nanti nak betulkan balik hihihi

oh my baby....

at 1:24 AM Comments
source : ratuhati.com

:)
tapi harini mama sangat letih. rasa mengah. ada sedikit darah pudar keluar. mama macam risau. tapi bila baca2 mcm normal. dan bila baca2 lagi kat internet mama seakan tahu sebabnya. esok mama nak jumpa doctor for the 1st time, nak buat buku merah.... nanti mama tanya doktor ok. baby jangan nakal2 tau kaki n tangan dah nak tumbuh ni.

Jan 7, 2012

babyku di usia 6minggu :)

at 3:15 PM Comments
Saiz embrio sebesar kacang dhal di minggu ini. Sekiranya anda boleh melihat ke dalam tubuh anda, anda akan mendapati bahawa kepala fetus lebih besar daripada badannya. Raut muka embrio sedang membentuk dan terdapat bintik hitam di mana matanya patut berada, juga terdapat pembukaan-pembukaan di tempat lubang hidung, dan lubang-lubang yang menandakan telinga. 
Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Kudup-kudup membonjol menjadi lebih kelihatan sekarang dan ini akan menjadi tangan dan kaki. Tangan dan kaki embrio seakan-akan dayung. Perkembangan lain termasuk pertumbuhan kelenjar pituitari dan gentian otot. Anda belum dapat mendengarnya, tetapi jantung (yang kini terbahagi kepada kamar kanan dan kiri) berdenyut sekitar 150 denyut per minit - dua kali ganda kadar denyutan anda. 

Pada pertengahan minggu ini, embrio mula membuat pergerakan-pergerakan pertamanya. Walau bagaimanapun, anda terpaksa menunggu sehingga satu masa dalam trimester kedua sebelum dapat menikmati sensasi dari sesi-sesi senaman bayi anda. 

p/s : pengiraan ikut yang kat internet. hari pertama last period  dikira sebagai mgu pertama pregnant :)

Jan 5, 2012

baby x sabar nak jumpa doctor

at 3:07 PM Comments
Assalamualaikum!

harini papa cuti, excited nak bawak mama pergi jumpa doctor. bukan baby y xsabar, tapi papa hahaha. ok, alkesahnye, dah beberapa kali duk google pasal nk buat 1st check up kat klinik. nak buat buku merah bagai. so pagi2 lagi ktorg dah kua umah (act, xde la pagi sgt haha). sampai2 je kat klinik kat seksyen 7, ramai gila orang sampai xleyh nak parking. patutla blogger mumtobe tu pegi pagi2 lagi haha.

papa cari parking merata2, rembat je lah mana tempat kosong. pastu pergi kaunter. rasa macam cuak haha. tapi malangnya, kami xleyh wt check up kat situ. sebab bila cakap duk kat padang jawa, nurse tu suruh pergi kat padang jawa. katanya kalau ada y dekat, kena buat kat kawasan sendiri, dorang xleyh kacau penduduk kawasan lain haha. agak kelakar. disebabkan ramai orang kat situ so xde la kecewa sangat. kalau tak, maunye menunggu satu hari pulak. paham2 je la kan.

pastu pergi cari klinik padang jawa. jenuh la mencari keliling turun naik flyover tu. skalik nampak la papan tanda bulan sabit merah tu. patut la tak nampak. skalik building macam rumah org pon ade hehehe. klinik desa,sendiri mau ingat la hehehe. 

tengok xde orang. walaupun mula2 mama macam tak yakin je nak pergi situ haha. so bila dah masuk bagi salam jumpa nurse cakap nak buat 1st check up, dia suh datang hari selasa je sebab doktor ada hari selasa je. aiyoyoyo ini macam pun ada ke. sangat2 la kecewa haha. nurse tanya dah buat snirik ke ujian kehamilan tu. rasanya kalau tak buat lagi entah2 dorang suh balik wt snirik dulu hahahaha

begitulah alkesahnye cerita nak pergi jumpa doctor. baby takut nk jumpa doctor kot hehehehe. xpe, next week jumpa doctor okayyyy

Jan 1, 2012

Selamat Datang Zuriatku

at 10:25 PM Comments
Assalamualaikum! Sape rindu aku angkat tangan! hahahaha. Sedar tak sedar dah masuk tahun baru. 2012. tahun yang mungkin akan banyak perkara yang tak dijangka berlaku. entah, firasat hati aku mengatakan begitu :p

apa korang buat tahun baru? hari terakhir 2011 dan hari pertama 2012..apa aktiviti korang? aku mengakhiri tahun 2011 dengan begitu bermakna, dam menyambut kedatangan 2012 dengan penuh rasa syukur. sebabnya? tengok tajuk pun dah tahu kan hehehe

Alhamdulillah, pregnancy test menunjukkan 2 line. tak lain dan tak bukan, aku kini berbadan dua hihi. perasaan bercampur baur. gembira, terharu, cuak, takut semua ada. 1st time kot.

Alkesahnye begini, seminggu sebelum tarikh aku sepatutnya datang bulan(18dec), rasa sangat2 lah letih tak bermaya. suami cakap suhu badan aku pun menaik. panas macam nak demam je. tapi x demam2 jugak. aku pun duk tunggu jugak la sakit kt bhg y selalu sakit bila nak datang period. tapi xjugak muncul2. dah start cuak haha. pastu hubby cakap, tengok la nanti period ke tak baru tahu hehehe

mulanya aku dah rasa lega sebab masa 16dec tu aku rasa sakit. mcm sakit biasa before period. time dah terfikir "nak period dah yeay". tapi bila aku menghitung hari...1,2,3 dan sampai lah seminggu aku still x dtg period. tapi lekluuuuuu. sebab masa kat jepun dulu selalu gak lewat seminggu time winter. tapi kat msia ni winter kat mananye?? hahahaha. so wt cm biasa. wpun hari makin hari rasa sangat penat.

pastu ada hari-hari yang aku rasa mual. asal lepas makan je mual. rasa nak muntah tapi tahan je la. pernah satu hari kua ngan hubby, tetibe lam kete aku nak termuntah. u know, ada kua bunyi kan bila memula nk muntah. aku cepat2 tutup mulut. hubby terdiam. aku pandang dia, dia pandang aku. pastu ktorg gelak sama2. 2,3 hari lepastu pulak kat rumah. memang gila2 nak muntah xleyh tahan. lari2 pergi sinki. tapi mmg xde apa yang kua pon.aku gtau hubby, nak tunggu sampai 14hari..kalau tak period lagi buat preg.test..

tapi ktorg terus bukak website check tanda2 awal kehamilan. hahahaha
Tidak Datang haid. <-- yang ni sah2 la
berasa loya dan muntah-muntah (morning sickness) <;-- xkerap sangat so xyakin lagi
mengalami perut kembung.<;--- macam tak
mungkin lebih kerap membuang air kecil. <--; belum
mungkin berasa letih dan selalu mengantuk. <--- almost everyday
mungkin sering mengalami perubahan emosi. <-- hmmmm, mcm emosi time period la
mungkin membenci makanan. <-- tidak sama sekali haha
cramp di bhg perut <--- masa baca artikel terus rasa cramp kat perut. agak sakit. 2,3 kali gak la haha
suhu badan meningkat <-- diakui oleh suami
pregnancy test positif <--- yang ni belum buat, kalau dah buat kompem2 la kan hahaha

tibalah hari yang dinantikan. aku dah x engat semalam hari yang keberapa tapi bila lalu tepi guardian terus tarik tgn hubby cepat2 pg carik preg.test haha beli y xmurah x mahal. kang negatif membazir je :P bila balik rumah simpan dulu. sebab aku ada baca paling bagus nak buat ialah waktu pagi, sebab kandungan HCG paling pekat time ni. so ingatkan nak tunggu esoknya la, bersamaan 1jan2012. tapi hubby pon xsabar2 nak tahu maka aku buat je la petang tu.

cuaknye Allah sahaja yang tahu. memula bila letak kat urine semua kaler merah mcm bergerak ke arah tanda. aku dah cuak. dah rosak ke? kenapa jadik mcm tu? terlenbih letak urine ke? hahahaha lepas tu aku tunggu jap kemudian keluarlah 2line yang sangat jelas xleyh nak pertikaikan lagi. terus kua gtau hubby. tunjuk kat hubby. terus dia senyum2 golek2, muka bahagia. hubby berharap anak perempuan. aku? xkesah mana2 pun hehehe. bersyukur tak terhingga Allah kurniakan rezeki seawal ini. lepas ni kena banyak baca artikel lagi.

kalau sebelum kawen dulu sibuk baca  majalah remaja, wanita.... sekarang ni dah start beli majalan Pa&Ma. banyak tips dan ilmu yang sangat2 baru dan sangat berguna. 

oh tak pergi wt check up lagi kat mana2 klinik. akak cakap kalu g klinik biasa tu dorg check mcm kita check gak. kira mcm  due date y aku kira gak. so mcm taknak pergi lagi. tgu dah besar sket boleh g check kt klinik kerajaan. time tu dah boleh dengar jantung baby :D kalau korang ada nasihat dan tips berguna jangan lupa kongsi ok. sangat memerlukannya! thanks in advance.

Ilmu baru mama hari ini :
apabila telus melalui tiub fallopio, sperma mempunyai reseptor yang membolehkannya menghidu telur yang dipercayai berbau manis
Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea