Dec 23, 2013

8months+2weeks+2days

at 10:37 PM Comments
Assalamualaikum!

mari2 mari bersemangat kembali menulis di sini. lalalala...

kagum betullah bila tengok mereka2 yang tegar tulis blog.

aku? dah punah ranah dah hahahaha....

balik rumah dah penat terus terbongkang. esok pulak baru online haiihhhh...

8m+2w+2d. hmmmm Damia masih lagi seperti dahulu tidak bisa gerak lagi hehe. pusing2 360 darjah je dia power.

eat almost everything hihihi...

oh, rasa x pernah lagi share about this but damia already started on formula..since 6months old. nanti lah cerita kisah menyayat hati itu..

harini nak cerita, kisah damia dah ada gigi!!!!!

haaa jangan terkejut sebab mamanye pon terkejut. mengensot belum, merangkak belum tup2 dah tumbuh gigi hihihihi

tapi xperlu risau sebab setiap bayi lain2 perkembangannya.

Alhamdulillah damia x demam. setakat tumbuh gigi kan. ape lah sangat :P

for me, damia is a strong baby i can say. previously bila dia demam ke, batuk almost 2months non stop bila pergi clinic pon doctor cakap damia is very comfortable walaupun sakit2 mcm tu.

cuma yelah, kadang2 waktu malam je la susah sikit nak lena. tidur agak terganggu tapi kami berjaya mengharunginya!

ok idea dah kering kontang. entri yang xde kepala xde ekor. come on, give me a chance. baru nak panaskan enjin ni. esok2 berdesup 5 entri satu hari. ha ha ha ha ha ha ha berangan kannnnnn

ok bye.

Dec 8, 2013

8months

at 8:21 PM Comments
Assalamualaikum!
Huwahhh lama benor dah xmerapek meraban.

Ok asyik ayat sama je setiap kali up new entry after long hiatus.  Ahaks.

Banyak nak share tapi fikir ke masa, internt x berapa nak ada maka secoet je lah yang ada nye hehe

Damia sudah berumur 8 bulan!!



Kejap je rasa. Macam baru je rasa duk struggle sorang2 jaga damia lepas pantang aritu. Tup2 dah 8bulan anak dara mama sorang ni.

Rata2 soalan. Damia dah pandai ape dah?

Ok, since 4months aritu da start meniarap. Sekarang dah pandai pusing terlentang balik.

Pastu pusing2 macam kipas helikopter hihihi
Pastu kuak lentang pulak xgerak2 kuikuikui

Belum pandai bergerak ke depan. Makanye sudah tentulah belum pandai merangkak lagi. Bila tengok anak orang, terutakanya baby boy yang da start merangkak at 4months old, rasa jugak risau. Normal ke damia ni xgerak2 je lagi.

Tapi every baby is different.  Ada yang terus pandai jalan xpandai merangkak . Skip level gitu kan haha.

Sekarang kalau duduk macam da boleh tapi kena letak bantal keliling sebab kadang2 goyang2 lagi nak terbalik hehe.

Gigi pun belum tumbuh tapi asyik duk letak jari gigit2 dalam mulut. Gatal gusi agaknye. Tapi bila bagi teether tu xreti pulak masuk mulut nak gigit2. Jenis susah sket nak suap ke , ulut kalau ada apa2 kat tangan. Jari sendiri je sedap kot hehe

Bila dah masuk 8 bulan ni tetiba macam panik jap pasal makanan. Yela xkan la selamanya nak bagi puree ataupun bubur y kisar halus tu kan. Kena mempelbagaikan makanan. Dan dah banyak jenis makanan yang da boleh diperkenalkan. Pening jugak mama memikirkannya.

Xpe2, pelan2 kita usahakan ye sayang.


Nov 1, 2013

Brown rice with brokoli

at 8:14 PM Comments

*post basi br nk publish*

Currently eating happily!

Nasib baik makan. Bila damia reject apple n kurma, mamanye dah pening n takut xtau nak bagi makan ape.

Lepas study2 kat group solid food Facebook,  mamanye mahu mencuba brokoli. Mamanye sangat suka brokoli so apa salahnye mencuba kan!

Mula2 potong halus brokoli sebab mamanye guna hand blender sajo. Kang kasar sgt payah pulak nak hancur. Lepas potong rebus dalam air yang sikit sehingga lembut ye.

Kemudian blend bagi lumat2. Kalau agak kasar,  sila tapis sebelum bagi baby . Ikut petua hubby, "kalau mama boleh gigit maknanya xsesuai utk baby".

So mamanye makan la sesudu, kalau agak2 boleh gigit tu makanya tekstur masih lagi kasar.  So tapis ngan penapis besi pastu lenyek2 ngan sudu. So dia hancur lumat lah.

Untuk beras, blend kering beras terlebih dahulu. Tapi disebabkan nak basuh dulu beras, lepas basuh goreng dalam kuali sampai kering. Ni baca kat blog supermommy hehe. Amek petua expertise la hiho. Pastu blend bagi lumat. Kemudian masuk air buat mcm masak bubur tu.

Lepas tu kalau xlumat jugak boleh lenyek2 kat penapis. Kemudian simpan dalam bekas bertutup yang berasingan.

Tiap2 pagi, mamanye campurkan la brokoli ngan bubur nasi ni. Bawak pergi umah maksu. Alhamdulillah,  maksu cakap damia berselera sangat makan. Phewwww!

Dah cukup 4 hari, lepas ni campor carrot lah pulak jom!

Oct 31, 2013

So much win!!

at 8:09 PM Comments

Assalamualaikum!

Haaaa ape y "win" sgt tu?

Alkesahnye....damia dah laaaaaaaamaaaaaa dah pandai sebut2 ni. Xde la "aaaaaaaaaaa" je manjang kan.

Memula "te te te te "..... bila time potpet2 haaaa. Kua la "te te te" dia tu. Mula2 aku dga mmg rs excited sgt sbb damia dah pandai ckp tp dlm bhs dia la. Bukan bhs kita ni.

Then x lama lepas tu jadik "ta ta ta ta" pulak.....

Pastu advance sket, "ta te ta te"... ikut suka dia la kan. Kejap "ta" kejap "te"..

Kemudiannya "da da da da........"

Tp smalam lain sket. Dia da start sebut "pa pa pa pa pa".

Haaaaaa ms ni aku kt umah maksu la nk amek dia. Bila dga damia sebut tu da boleh agak siapa yang paling excited. PAPANYE LA!

aku diamkan aje la xgtau lagi damia da sebut "pa pa pa pa". Smpai parking umah damia da tdo. Tp bila nk naik umah, terjaga balik. So ak tinggalkan dia dlm bilik sorg, ak mkn dinner. Sebabnye puas duk menyusu duk dodoi2 xmo tidur ak bior je la dah kebuluran kan.

Tiba2 ms ngah basuh pinggan papanye jerit, lari2 datang dapur. Aku terkejut la ingatkan damia nape. Haaaa tau nape?

Sebab papanye da dengar snirik damia sebut "pa pa pa pa" tu. Haruslah gembira sebab bukan sebut "ma ma ma ma" dulu ke.

So much win katanye.  Yela, aku layankan aje. Sbb selalunya mamanye y menang.  Damia tgk mamanye je pon da senyum. Papanye slalu jelessssssssss haha

So kita kasik can lah kat apak2 ni kuikuikui

Oct 29, 2013

warna susu berubah?

at 10:20 PM Comments
Assalamualaikum!

Harini try tambah lagi supplement dr shaklee. Sebelum ni makan alfalfa ngan esp je. Tp esp ak kurangkan sket kuantiti nya.

pastu harini br dpt iron, vita-lae, ostometrix. Telan sebijik setiap satu sebelum lunch. Alfalfa cm biasa makan 5 bijik haha

petang tu bila pam terkejut tengok perubahan serta merta. Warna susu jadik agak kuning compare to warna sebelum ni.

aku google la, risau jugak kan. Tengok2 mmg ramai yang begitu tapi ada y berubah bila makan esp. Ak pulak makan y lain2 ni.

apa2 pun, semoga ia terbaik untuk damia sayang.

ak makan bukan semata2 untuk mengharapkan susu bertambah ngan mendadak ke apa. Tapi lebih kepada nutrisi. Sebab aku ni lately makan xjaga sgt. Rs mcm kurang sana sini so decided to add in some supplements. But of course ak x bergantung sepenuhnya. Pokok pangkalnya, pam dan mjnum byk air. And im still trying my very best to pump during office hour.

Oct 25, 2013

Cepat sihat sayang!

at 1:06 AM Comments

Assalamualaikum!

Semalam gigihkan jugak lepas dah lama duk fikir lupa, ingat lupa je selalu. Makanya bawak damia pergi klinik untuk bagi nebuliser.

Since damia batuk dengan teruk lama dulu, batuk n kahak on off. Not completely gone. Kadang2 kesian dia tidur xlena. Hingus meleleh2 kadang tu.

Sebelum ni pernah try cara traditional ke? Bagi dia sedut wap air bawang putih.  Yeah, I read in someone's blog. Tapi sedih tengok damia muka merah2 kepanasan, air mata meleleh2 kesayuan. Lepas 10min mamanye stop, sebelum mamanye yang menanges sama hak2.

Indeed, hingus start keluar tapi belum tahap keluar y hijau2 tu. Kua y jernih2 je. Xtau la nk kena buat berapa lama baru kua semua.

Ish panjang cerita pulak.

So semalam bagi la nebuliser.  Walaupun mula2 nurse kat situ cakap xbuat untuk baby below 1year. Tapi doctor cakap, no harm with the right dosage for baby.

Da la alat y nak letak kat hidung tu besar, tutup semua muka damia haha. Tapi si kecik behave je. Cuma kadang2 dia gerak la xselesa haha. Cian my baby ye..

Malam tadi, nyenyak betul dia tidur sampai ke pagi.  Sudahnye mamanye pulak bengkak susu sebab tak df haha. Aiyooooo...

Harini masih lagi ada kahak tu.belum hilang sangat lagi. Dah 2x muntah bila batuk2. Hopefully semua kahak pon keluarlah sekali.

Tapi damia ni, hidung kadang2 tersumbat pun dia x meragam. Elok je mainnya. Jerit sana sini x padan ngan baby girl hihihi. Thats why doctor cakap x teruk sgt sbb tgk damia pon very comfortable.

And it will take longer time for baby to completely sihat walafiat, katanye doctor. insyaAllah!

Amin.

Oct 21, 2013

Damia sudah pandai jeles!

at 9:02 PM Comments

Assalamualaikum!

Tetiba rasa mcm baaaaaaaanyak sgt cerita terkumpul.

Sementara ingat ni meh nak story mory sket. Eh pepandai je story mory sape ajar ntah.

Ok, harini nak cerita kisah damia dah pandai jeles. Haaaaa jgn xtau...kecik2 da jeles2 ek.

Haritu masa pergi amek, dia ngah main2 elok je duk ngan maksu.  Kebetulan ada lagi sorg baby umur 2tahun ++ xbalik lagi. Budak ni (shahril)pulak jenis ok je ngan semua orang.

Bila aku pegi duduk kat sebelah maksu, shahril ni dengan selamba dan muka x malunye duduk atas riba aku. Hahaha.

Bila damia pusing, mula la meronta2 libas2 tangan hentak2 kaki nak menangis tengok ada orang duk atas riba mamanye.  Ye la selama ni xpernah nampak pun mamanya riba sesape tup2 arini dah ada orang. Teruk hokhekhokhek nak datang.

Haha anak mama dah pandai jelessssssssss.

Saje je buat2 xnak amek. Lagi la kuat dia duk jerit2 nak datang kat aku. Then aku amek tapi shahril masih duk atas riba xnak bergerak. Marah2 la dia haha. Sampai la maksu amek shahril tu dari riba. Baru la keadaan kembali tenang kekeke.

Eeeeeeee comey je  da pandai jeles2 ye. Nanti kalau damia dah ada adik jangan jeles2 tau!

Belum pape dah ckp psl adik haha. Lmbt lagi laaaaaa

Oct 19, 2013

Damia dah makan solid food!

at 10:41 AM Comments

Assalamualaikum!

Cerita dah basi tapi nak jugak update supaya di kemudian hari mamanye x lupa hehe.

Sekarang umur damia dah 6bulan stengah.

Sebelum umur masuk 6 bulan, mama dah semangat google cari info sana sini perihal makanan untuk damia.

Dah tengok siap2 , 7hb 10 hari isnin so mama nak try bagi la weekend tu. Kena try dulu tengok damia dah ready ke belum nak makan nih kan. Xnak lah terus bagi kat maksu tanpa apa2 persediaan.

Mula2 mama bagi carrot, failed! Haha nanti lah cter cmne boleh fail hihihi.

Lepas tu bagi pisang. Alhamdulillah damia makan dengan jayanya! Lepastu avocado berjaya jugak! Tapi bila bagi epal nggak mau pulak. Masam kot hehehe.

Kena cari banyak resepi lagi nih. Excited nak suap damia kuikuikui...

Oct 12, 2013

damia jatuh longkang

at 8:27 PM Comments
Assalamualaikum!

haritu tengah syok2 buat kerja kat ofis, dapat call dr hubby..

"papa jatuh longkang dengan damia!"

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?????

maunye tak sentap kan. dah la jatuh kepala dulu. nasib longkang ada air, dan damia pakai topi pagi tu.

pagi2 terus bawak pergi klinik. check up sikit, doctor ckap xde ape2 yang serius.

tapi kena monitor dulu 2, 3 hari tengok kalau muntah, xde selera makan etc.

calar la sikit kat kepala damia.

nasib baik xde pape. risau jugak haritu. mood nak buat kerja terus kelaut. hak2.

2,3 hari ni so far xde ape2 yang merisaukan. 

masih lagi menjerit2 mcm biasa.

masih lagi minum susu dan makan dengan lahapnya.

masih lagi ceria seperti biasa.

Alhamdulillah.

Semoga damia sentiasa di bawah lindunganNya.

Oct 5, 2013

Saat yang bahagia.

at 6:10 PM Comments
Assalamualaikum!

Malam itu tidurku terganggu....
Semacam ada benda duk merayap2, duk main kat muka terutamanya bhg mulut.
Bila buka mata, tengok ada seorang budak kecik bermata bulat memandang aku.
Tangan masih lagi lincah di muka dan mulutku.
Bila tengok jam di dinding, its 430 am!

Entah bila damia terjaga, duk main2 muka mamanye.
Rindu mama letew....
Lepas cium2 sebab geram tengok anak comel sangat.. pusingkan dia mengadap mamanye pastu tepuk2 bontot.
Terus tertidur.
Oh indahnya dunia!

Sep 18, 2013

Cerita damia tidak sehat

at 3:08 PM Comments

Assalamualaikum!

Lagi dugaan bila dah ada anak.

Minggu lepas,  to be exact ...hari khamis. Masa ni damia da start batuk2 dgn agak kerap. Started 4days earlier actually, but just mild cough. Not serious pun.

Then damia terjangkit pulak selsema plus demam dari baby y m.su jaga jugak. Hari khamis tu badan da panas sket2. Tapi xlebih 38 lagi. Menghampiri 37 cmtu. Masa on the way balik, jem lebih drpd biasa sebab kebetulan mamanya kena balik lambat, CFO JAPAN dtg visit sini so mewakili teammates y lain jumpa ramai2. Lam kol 530 br kua ofis. 630 la br smpai umah maksu. So jalan jem la menghala ke shah alam dr pj.

Nak balik pon jem, lama sikit dalam kereta damia dah meragam. Hokhekhokhek je sepanjang2 jalan tp belum nanges. Agaknya dah xtahan, plus xsedap badan, plus mengantuk lagi...tinggal beberapa meter je nak smpai parking damia menanges semahunya.  Bia lama2 pun xsmpai hati. Duk jerit2 mcm kena dera tu, mamanya stop tepi angkat kejap. Dia memang lepas geram abes2 la kat mamanya.

Mamanya letak jugak lepas tu sebab dekat sgt dah ngan parking. Sian dia duk nanges2, bila angkat terus senyap lepas dah parking sumer. Ingatkan abes cter kat situ la.

Naik je kt umah,  sebab dah ngntok sangat minum susu kejap terus tidur. Atas riba la. Lepas 10min nak letak bawah dia nanges gila2 balik. Agaknye dia ingat mamanye nak letak bawah mcm lam kereta xmau kena tinggal kot. So tidurkan balik. Agak dah lama sket, bila nak letak bawah terus nanges gila2. Nak pergi ambil papanya pun muri dah.

Badan macam makin panas. Check suhu 37.7 then 37.9. Tunggu papa balik, dah pukul 9 malam. Nak pergi hospital umra tapi doktor kanak2 smpai kol 9 je so ktorang xpegi la.

And damia langsung xboleh letak, mesti nanges. Nak tidur atas mama je. Menyusu pun xnak. Last menyusu kol 8 pm. bila terjaga sket pon terus menanges kena amek dukung. Bila bagi papa, terus hulur tangan nak datang dkt mama. Papa xleyh usik langsung. Nak letak kain nak tuam bdn pon menjerit marah.

Masa ni Allah saja yang tahu betapa runtun dan luluhnya jiwa raga mama. Menitik jugak la air mata tengok anak macam tu.

Sampai kol 12 pon xleyh tdo lagi. Bagi ubat, sambil nanges2. Bagi susu pun guna picagari sebab langsung xnak menyusu. Direct or botol sumer xnak. Paksa jugak bagi guna picagari wpun dia duk nanges2. Sbb xmenyusu langsung. Perut mesti kosong.

Sampai lah kol 2, mama baring sambil peluk damia. Tidur sambil peluk kemas2. Barulah damia lena.... tapi terjaga balik kol4 nanges2. Kena bangun dukung bagi dia ok, da start nak minum susu. Lepas minum damia tidur balik smpai la ke pagi.

Lepas tu baru dia menyusu seperti biasa. Tapi badan masih panas. 37.9. So decided utk pergi klinik jugak. Sebelum pergi bagi ubat demam. So turun la sikit suhunya. Tapi Kat klinik umra tu dia lah yang paling bising membebel2. Alhamdulillah maksudnya dia ok. Xde la lembik ke apa.

Jumpa doktor,  check sumer2.. xde problem. Cuma masalah biasa mungkin sebab terjangkit ngan baby aritu. Kena tunggu lepas 3-4hari kalau x elok kena datang balik.

Sekarang dah masuk hari ke 6. Demam dah hilang. Cuma batuk je lah ada sikit2. 2,3 harini asyik muntah2 je bila pagi.  Hopefully semua kahak keluar. Macam dah makin ok. Tapi malam tadi asyik nanges je bila erjaga nak menyusu . Xselesa sebab hidung tersumbat kot. Tapi ada part y kelakar. Nanti lah cerita hehe

hmmm....Macam2 dugaan bila dah ada anak. Sekarang baru paham perasaan seorang ibu mcm mana. Mesti arwah ma jaga ktorg mcm ni jugak. Bila anak happy,  mamanye paling happy.  Bila anak sakit, mamanye tumpang sedih.

Semoga kami tabah menempuh hari2 mendatang.

Mama sayang kamu ketat2!

Sep 7, 2013

5bulan sudah ♥♡

at 8:46 PM Comments
Assalamualaikum! 

Dengan ini diumumkan genap sudah 5 bulan umur damia. Kejap nya masa berlalu. Rs mcm baru sahaja mengandungkan dia. Cewah ayat xmau kalah.  Tp serius rasa kejap sangat. 

Teringat saat2 duk berperang bergaduh bila dia xselesa kembung perut xtidur malam. 

Teringat saat2 dia demam diusia sebulan. Buat mama xsenang duduk.

teringat saat dia menangis siang malam tidur 15min minggu pertama balik sini after pantang.

teringat saat2 dia senyum bila amek dr umah babysitter. 

Huish kalau nak tulis semua mmg jenuh la nak khatam kekeke. 

5bulan?

hmmmm... sekarang tengah berusaha nak meniarap belah kiri pulak. Belah kanan dah power hak2. Malam2 asal terjaga terus meniarap.

dah pandai sikit2 nak pegang barang tp masih lemah. Kaki je kuat. Kalau excited kaki yang angkat dulu. Dah tahu erti "yeay nak dapat susu" bila tengok botol susu atau tengok mama.

dah pandai memilih. Kalau susu mama sikit, no no no! Nak botol jugak...

dah pandai borak2, potpet2, gelak ketawa bila kena geletek.

eh dah banyak y baby mama dah pandai ni. Pelan2 ek.


Sep 6, 2013

Xde rezeki

at 3:50 PM Comments

Assalamualaikum!

Harini I cuti, jaga si cilik sbb maksu a.k.a babysitter damia ngah bercuti.

Alkesahnye.....

Kalau direct mmg sejam je damia mampu bertahan tidur, takpun 30min je.

Production susu mamanye xde la semeriah mcm minum botol.

Makanya si cilik ini Meronta2,  nk tidur tapi susu mamanye seciput.

Amek la stok susu 3oz. Yang pam 15-20min tp dihabiskan dlm ms 5min. Dah cane? Tp x cukup lagik.

Bila bg direct, bertambahlah meronta2 gitu.

Terpaksa amek lagi stok 4oz. Tapi dah mmg bukan rezeki damia, ntah cmne terlepas botol susu ms nk kuarkan dr peti ais, pecah tudung tumpahlah segala isi.

Terkedu melihatnya.

Bila angkat tinggal lg 1oz je dlm botol. *sigh*

Sambung bg damia minum. Now dah tidur.

Pasni kena topup blk 7oz y hilang. Phew...

Semoga rezeki damia berterusan hendaknya.

Sep 4, 2013

atas permintaan

at 8:24 AM Comments
Assalamualaikum! 

Ats permintaan xberapa nak ramai ponnn,  tp ada yang mintak maka ditempekkan 1001 wajah puteri sulung kami.

OMG, kejap je dah nak masuk 5 bulan!


Look! She's a big girl already. 
But you will always a baby to me.
Ahaks ♥ ♡

Sep 3, 2013

not over yet.

at 1:01 PM Comments
Assalamualaikum!

Lama kan x conteng2 kat sini. Sebabnye saya baru je melepasi fasa yang agak memenatkan jiwa raga lah.

disebabkan damia sudah tukar babysitter,  yang mana sangat lah jauh dr umah mahupun ofis. Hantar kat umah mak sedara yang mmg keje babysitter. 

Bayangkan....

ktorang duk sunway, kerja kat pj and kl, babysitter duk shah alam.

so setiap pagi, bergegas2 hantar damia ke shah alam. Sbb mamanye masuk awal 730 so kena pg awal. 6lebih2 cmtu da kua. Kdg2 terbabas jugak smpai lam 745-800.

bila petang, mamanya pergi amek damia, pastu pergi amek papanye pulak.

tu kira agak memenatkan jugak tapi ada lagi part paling penat.

sebab agak jauh so kena standby susu lebih sket, takot mamanye sangkut jem.

pastu minngu lepas susu agak kurang produktif. Puas dah makan mcm2, x jugak naik. Mmg x sempat nak kejar damia minum 15oz-17oz smpai 530pm. Pagi2 sempat hantar 12oz je. So boleh tahan smpai kol 2-3pm je.

makanya, haruslah mamanye ulang alik hantar susu lunch hour. Susu yang diperah sesi pagi. Sebab mamanya xde stok. So everyday susu mmg kurang sbb dah curik siap2 sesi pagi.

berterusan 2,3 hari jugak lah smpai mamanye collapsed!

 Tapi demi anak tersayang, sanggup ku berkorban. Cewahhhh!

now back on track tp masih belum smpai tahap boleh buat stok. Chaiyok2! Semoga rezeki damia mencurah2 dgn susu bdnku ini. Amin.


Aug 30, 2013

Cerita babysitter damia part 3

at 4:54 AM Comments

Assalamualaikum!

**entri dah basi simpan lama sgt**

Wah xsangka boleh jadik 3 post pulak hahaha. Smangat bercerita kan kekeke

Ni last dah ni.....huihuihuihui

Ok nak cter pasal susu damia pulak. Yang ni paling ketara lah.

2minggu sebelum dihantar ke umah babysitter,  damia dijaga oleh mil. So memang bagi ngan botol la, and tahu how much she drink milk daily from 7am to 7pm.  14oz mmg abes. 2oz x 7botol. Tp 2oz per session mcm xcukup utk damia. So kadang2, isi 3-4oz per botol.

Bila hantar ke umah babysitter,  sama je la tapi isi 2oz per botol. Mula2 ok. Bila amek kol 5pm/530pm ada balance 2oz. So kira sama je la kan.  Tapi makin lama makin ketara pengurangannya. Since babysitter gtau kena bagi 4oz per session. Katanya xcukup 2oz. So sejak dr haritu aku isi 4ozx3+2oz. Mula2 balance 2oz, tapi makin lama balance 4oz. Eh dah berkurang pulak damia minum. Ak ok lagi.

Bila masuk bulan puasa, aku boleh balik ofis awal sejam. 330 dah boleh balik. So amek damia lam kol 4-430pm. Disebabkan selama ni balance 2oz, so aku kurangkan lagi 2oz.

Mula2 puasa, setiap kali amek damia susu ada balance 1botol 20z which is mmg normal la. Maksudnya damia minum 10oz smpai kol 4pm. Tapi kalau aku isi 4ozx3botol, satu botol jugak y tinggal wpun 4oz. Eh byk pulak. Babysitter ckp damia lmbt lapar kalau minum 4oz sekaligus. So aku isi pulak 3ozx4botol. Kadang2 ada jugak balance 1 botol y xusik langsung, so damia minum 9oz je. Tapi banyak kali bila pg amek, susu lebih 2botol! Satu y dah minum tp ada lagi balance 2oz + 1botol 3oz y x usik lagi. Damia cuma minum 7oz je! Smpai kol 4/430pm.

Aku xpuas hati. Betul ke damia ni dah minum sket. Setiap kali amek, damia mmg muka kepenatan dan mengantuk. Masuk je kereta terus hokhekhokhek mintak susu. Dan kalau bagi mmg

Bila weekend, df damia byk menyusu. Aku pelik la, betul ke damia minum sket .

Lepas raya, babysitter cuti lama. So mil datang sini jaga damia. Masa ni tgl susu lam 17oz. Kat ofis, pam sehari dpt 12oz! Wah berbunga2 la kan, selama ni pam dpt la 8oz cmtu je. Yeay boleh buat stok!

Nan hado!

Balik je umah, kol 7pm smpai umah sumer stok susu 17oz habes! Wallaweyhhh nasib baik tgl byk susu kt umah kan. Patutla aku pam dpt byk, mmg damia minum byk dah. Bila blk vm bese kol 5, 14oz wajiblah abes dgn jayanya menunggu nk mengempeng dah pulak.

So, dapatlah diputuskan bhw babysitter dulu mmg x bg damia susu! Kesian my daughter setiap kali amek je, ngan mata merah, hodung merah kemengantukam, baru lepas nanges, kelaparan some more! Bila amek, masuk je kete, gelojoh minum susu 3oz abes sekaligus !

Now, damia is back to normal. Minum 14-16oz 7am-530pm.

Mama pulak y semput!

Aug 27, 2013

Kegagalan!

at 9:12 AM Comments

Asal hujung minggu je jadual pam kelaut.

Tabik spring kat mereka yang tegar.

Bukan mcm aku ni, stok xde pun ada hati nk skip pumping.

Bila x cukup stok mulalah semput!

Semoga dgn kedatangan benda baru ni buat ak lebih bersemangat!

Jeng jeng jeng.....

Aug 23, 2013

Lagi sejengkal nak jatuh katil!

at 7:38 PM Comments

Assalamualaikum!

Sekarang damia sudah pandai meniarap dgn jayanya! Kalau haritu beberapa kali percubaan br boleh meniarap kan, tapi lepas berjaya aritu damia dah semakin maju!

Sekarang ni, asal letak je bawah terus mengiring ke kanan dan terus meniarap.  Kalau tengah tidur pun, kalau terjaga lapa susu terus mengiring ke kanan nganga2 mulut mintak disuap!

Alkesahnye semalam, aku dan damia tidur dulu. Seperti biasa lah, damia mmg akan tidur kat tgh2 katil. Tapi malam tadi hubby tidur lambat, di sebelah kanan damia kosong la. Aku letak bantal golek baby je utk back up belakang dia time menyusu.

Pukul 2 aku terjaga, sbb dengar damia hokhekhokhek nanges manja2 gitu. Bila bukak mata je.....macam nak gugur jantung. Damia tengah meniarap sambil gosok2 mata ngan tangan, sejengkal je dr hujung katil. Kalau dia pusing je lagi sekali mmg terus jatuh dari katil setinggi lutut tu.

Nasib baik dia xpandai pusing terus lagi sejak da pandai meniarap ni.

Nampak gayanya kena buat pembaharuan. Antara 2.

1. Tidur bawah
2. Beli baby cot

Aug 21, 2013

Cerita babysitter damia part 2

at 11:46 AM Comments

Assalamualaikum!

Okeh sambung cerita.

Nak cerita pasal diapers pulak.

Kalau sebelum abes pantang dulu, 1pek 64pcs diapers finished in 2 weeks. Baby mmg byk berak. 4,5x sehari.  Tapi bila da besar sket, berak sekali sehari cmtu je. So penggunaan xkencang la.

Awal2 hantar ktorg bg 1pek y kecik ada 32 je. So roughly by 2-3weeks da abes. Tapi da masuk mgu ke3, bila tanya ada lg ke x, dia ckp byk lg. Aik x tukar ke? Ktorg y tukar mlm2 pun abes la jugak mgu ke3. Ak da pesan suh tukar selalu. Luckyly damia susah nk nsik ruam lampin bagai. 

One day,  lepas amek damia ak pergi amek hubby pulak. Bila tukar driver, ak angkat damia riba sbb nk bg susu.  Guess what? Kebocoran melimpah ruah kencing abes basah smpai bj aku. Maknanya, lampin damia mmg dah full, overloaded!

Esoknya gtau babysitter.  Siap pesan kalau damia x berak, tetap tukar lampin 2-3 jam sekali. Tapi mcm masih sama je, tiap kali amek damia lampin dah full. Sigh.

Pastu ak tgk babysitter ni agak kasar sedikit. Damia ni jenis lemah smangat, cepat terkejut, angkat kuat2 gayat le budaknye!

Haritu time ak smpai, damia br sudah mandi. So dia pakaikan lampin n baju. The way she handle my baby was not that good. Dia pusingkan damia letak meniarap selamba je mcm budak besar.  Pada pandangan mata aku agak kasar utk baby y berusia 3bulan ketika itu. Tp aku diam je la, observe apa dia buat. Then ak tgk cmne dia layan budak2 lain y umur 2,3 tahun.

And I dun think I wanna let my baby stay there.

Cerita babysitter damia part 1

at 9:07 AM Comments

Assalamualaikum!

Dengan ini diumumkan damia sudah bertukar babysitter.

Yes!

Setelah sebulan setengah, we decided to stop the service.

So apa yang berlaku sebenarnya? Cerewet sangat ke aku ni? Damia kena dera ke? Jeng jeng jeng....

1st few weeks, semua kelihatan ok sahaja. Biasalah bila pergi ambil damia, kadang2 dengar je dr lua dia tengah menanges. Bila tanya, jawapan standard.

"Alah, biasala dia nak tidur"
"Baru bangun tidur"
"Bosan xde budak2 main dengan dia"

Well, at first aku pun ok la. Yela, damia mmg xsuka kalo xde org entertain dia, duk sorang2 mg akan bising2 sket then kalo lama sgt dibiarkan sorg2 mmg akn nanges. So aku paham la. Kt umah pon damia nanges jugak, xde la aku nak expect damia x nanges langsung bila duk ngan babysitter kan.

Then, makin lama makin terserlah. Setiap kali pg amek , mata damia merah2, dan keletihan. Xcukup tidur.  Bila tanya,  damia mmg xtidur langsung lepas bgn t.ari. selalunya, damia mmg akan tidur blk sesi petang. Xde la tidur je manjang. Tapi selang 2 jam ke lepas bgn t.ari dia akn tidur blk. Bila tak ditidurkan, mengamuk la dia. Sebab tu bila pg amek damia kepenatan.  Kadang2 baru lepas nanges teresak2.

Patern baby nanges mmg lain2. Baby lain ak xtau tapi kalau damia aku tau la. Kalau nanges smpai teresak2 tu selalunya ada 2 keadaan.

1. Orang kacau tidur. Memang dia akan nanges smpai teresak2 kalau tak ditidurkan balik.
2. Dibiarkan terlalu lama tanpa pengawasan. Selalunya kalau xde org sekeliling y entertain, dia akan hokhekhokhek dulu. Bising2 dulu. Tapi kalau laaaaaaama sangat mmg dia akan menanges gila2 smpai teresak2 lepas tu.

Aku masih bersabar.

Nak tahu berapa orang budak dia jaga? 9 termasuk 2 org anaknya. Phewww. Bayangkan, jaga sorg baby pun da semput x nyempat2 nak buat kerja rumah. Inikan pula 9!

Mulanya dia jaga sorang umur 1year++ , planning nak berhenti dah katanya. So sepatutnya damia sorg la. Tp xjadi, so ak pun ok la. 2org je pun. Then the next day datang .. eh dah tambah lagi sorang umur 11 bulan. Esoknya dtg, eh da tambah umur 2tahun tp shift petang smpai mlm. Dah 4 org. Tambah anak dia umur 3th n 5 thn. 6 org.

Ak masih lg ok.

Selang beberapa minggu, tetiba bertambah lgi 3 beradik. Umur 3 bulan, 3 thn n sekolah rendah. Ak terkedu kejap. Tp diam lagi...

Sehinggalah......

Aku sambung part 2 pulak. Panjang sgt dah ni bosan menulis.

K,bai!

damia's new talent #1

at 12:11 AM Comments
Assalamualaikum! 

Damia sudah pandai meniarap! Yeay!

sebenarnya dah beberapa minggu kebelakangan ni damia dah start pandai mengiring,  percubaan untuk meniarap. Tapi asyik tersangkut tangan je xlepas2!

Tadi lepas berbuka, tinggalkan damia kat atas tilam duk main2 ngan mainan yang tergantung2 tu. Aku nak pergi mandi. Hubby n mak mertua ngah solat. Bajet2 dorang da nak abes solat, ak pun pergi mandi.

time mandi tu dengar la damia duk bising2 aje. Biasa la kalau xde orang entertain,  memang mulut dia potpet2 mintsk simpati hihihi. 

Bila siap mandi, tengok2 dia dah duk meniarap.  Mulut masih lagi potpet2. Terus rs pelik. Eh hubby ke y letak dia meniarap sebelum pergi solat? Tapi takkan la kan. Bila hubby siap solat terud tanya,  n hubby ckp tak pun. Maknanya damia meniarap sendiri dengan berjayanya!

Alaaaaaaa......xsempat nak tengok! 1st time kot, detik2 y berharga ni.

aku pun apa lagi,  terus baringkan damia and nak tengok dia meniarap lagi sekalik sambil merakam.

setelah 4x rakam guna keek barulah yang last berjaya! Kira la sendiri. 36s x 4 . Seronokkkkkkkkkkk tak terkira! 



Aug 16, 2013

4 months old Damia

at 8:05 AM Comments
Assalamualaikum!

Raya aritu damia dah pun genap 4bulan. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menikmati anugerah yang tak ternilai ini bersama2. Erk menikmati mcm apa je kan. Maksudnya menikmati masa2 bersama yang x ternilai gitu.

Dah banyak perkembangan damia yang selalu buat kami ketawa dan bahagia.

Yang terbaru, damia dah pandai gigit2 bibir bwh. Kejap2 gigit, comel gila mcm nk gigit2 jugak pipi tu.

Sekarang dalam percubaan nak meniarap tapi br mengiring dan masih tersangkut. Pastu dia akan bising2 marah sbb tersangkut haha. Ada sekali tu tgh tidur, dia tertiarap sbb dah tepi tilam so senang tergolek kan. Tapi boleh je dia sambung tidur, tapi kejap2 angkat kepala. Haiihh buat mamanya melting sajo.

Dah pandai gelak kalau diagah. Actually dah pandai tersenyum sejak 2bulan lagi tapi sekarang lagi lebar dan siap bunyi2 la. papanya selalu jeles tgk mamanya bonding ngan damia bergelak ketawa kekeke

Daaannn sangat bising mulutnya potpet2.  Banyak betul bercakap. Mungkin sebab mamanya dan papanya memang banyak bercakap kot hehehe.

Dah pandai mengamuk2, menjerit2 memprotes kalau lambat bagi susu, x angkat bila dia dah bosan. Jerit aaaaaaaaaaa macam orang besar , bila angkat terus senyap buat mula x bersalah! Haha comey! 

I wish our house have cctv so that in future boleh tgk blk. Nak rakam mmg xjadik sbb bila tayang je note ni dia terus diam mcm xde apa yang berlaku.


I am so in love with her! ♥♡♥♡


Aug 13, 2013

cuteness overload ♥♡

at 12:42 AM Comments
Saja mengada2 pakaikan damia anak tudung. Susah sgt nak amek gambar mek kecik nih. Kejap toleh kiri, toleh kanan. Mata membulat. Tapi anak mama sangatlah comey. gerraammmmm!


Aug 11, 2013

raya bertiga!

at 9:28 PM Comments
Assalamualaikum!

Amacam raya?

raya kami? Ermmmm panjang cerita tu...

untuk mukaddimah ni bagi gambar je la dulu ek

Sila abaikan kegemukan terlampau diriku.

sekarang jugak rs nk pakai bengkung segala bagai, berpantang balik kuikuikui

aarrrgghhhhhh!! Stress!



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN!

Aug 2, 2013

Struggling day and night....

at 12:51 PM Comments

Assalamualaikum!

Bersambung lagi kisah drpd entry sedih sebelum ni....

Start dr hari x puasa, susu mula menampakkan hasilnya.  Pagi2 minum anmum for lactating terus rs susu keluar. Drpd dpt less than 1oz, I managed to pump 2oz pada sesi pagi.

Macam dah kembali normal kan.

Tapi belum!

Lain pula di malam hari. Susu mcm x kua sgt jugak. Kesian damia la struggling to get her milk. Normally, on the way home akn susukan damia dlm kereta smpai tertidur tapi sebelum berbuka dia akan bgn blk.

Lain pulak haritu, damia xtdo dlm kereta so blk umah smbung lg menyusu n stop jap time buka puasa. Pastu damia tdo. Ingatkan dia akn terus tdo as usual so daku pam la sbb stok xde kan utk esoknya.  Bila da abes pam, xlama lepas tu damia bgn! Susu da xde la. Nanges2 la dia. Xde cara lain, terpaksa amek stok susu, baru dia ok.

Belajar dr pengalaman lepas, semalam xpam la after susukan damia dlm kereta sbb tahu dia mesti akn bgn balik lepas berbuka nnti.  Ms ni dah start rs bengkak susu, dlm hati mcm seronok. Eh susu dah byk je smpai bengkak kan. Tapi makin lama makin rs. Tapi bila pam setitik je keluar!

Orang cakap paling mujarab bia baby je kuarkan susu, which means df. Tapi susu keluar setitik 2, then damia refused. Sedih cmpor stress sumer ada tp masih kuatkan jugak smangat.

Susukan belah kanan, wpun sikit2 paksa jugak damia melekap smpai tertidur pukul 10pm.

Bengkak bhg kiri x hilang2 jugak.

Urut2, letak towel panas etc. Bila marmet kua sikit2 then stop. Teruskan jugak pam. Xjadi jugak. Last2 paksa suami. Im not going to say this but you know what I mean.  Sampai rs susu keluar. Sakit nya Allah shj y tahu! Seksa jiwa raga.

Then bila dah ok, bgn pam pulak, pukul 130am. Belum smpai 1oz damia bgn. Terus pg df. Susu tinggal kat atas sofa. Damia menyusu agak lama, ngan aku skalik tertidur!

Sedar2 je dah pukul 5! Ya Allah, susu pam td x simpan! Rs nk nanges tang tu jugak. Terus bgn, rs mcm ok lagi so simpan blk. Sayang kot nk buang, lagi2 dlm keadaan gawat cmni.

Dah berapa hari xpuasa. Sedih. Tp demi damia daku bersabar.

Chaiyok2!

P/s : entri lambat publish sehari hehe

Jul 31, 2013

Susah hati

at 11:42 AM Comments

Assalamualaikum!

Lagi entri sedih...
Hari isnin aritu dah rs mcm darui, ngntok2 bagai kat ofis.
Hari selasa pagi datang pulak sakit kepala berdenyut2, xboleh nak bangun. So amek emergency leave. Wpun rs mcm rugi je cuti, tp sbb mls nk siap2 bagai pg klinik so berkorban la cuti.

Puasa seperti biasa. Sbb fikir duk umah je pun xde la penat sgt kot

Berangan dah nk kumpul stok byk2...

Pagi bg botol 3oz je kt damia, nk bg dia tdo lama sket kononnya. Bila pam dpt la 3oz jugak. Ceh sama je in n out. Simpan siap2 nih kat dlm freezer,nk buat stok kan.

Tapi kusangka cerah smpai ke petang rupanya hujan di tengahari. Cewah...

Dr damia tidur smpai la damia bangun lepas tu, xrs pun penghasilan susu yang produktif. Kan boleh rs bila susu dihasilkan. Ni xde langsung. Ringan je. Susukan damia. Pun xrs sangat.

Jadiknye damia tidur kejap2 je la sbb x kenyang. Nan hado la nk pam buat stok sebab kejap2 damia bangun. Tapi still berfikiran positif lagi. Xpe bg df pon sebab selalunya weekend bg df, susu lg byk kua compare to pam. Tapi kali ini lain.

Dah smpai ke petang, masih sama. Terpaksa la bagi botol 2oz, kesian damia xkenyang cmne nak tidurnya. Lepas dia tidur pam kejap, dpt x sampai 1oz pon!

Pheewwww~

Malam tu makan kurma banyak2 smpai genkai. Kurma kan milk booster jugak.

Harini (rabu) xpuasa la jadiknya. Sebab takut la damia xde stok utk esoknya. Lepas hantar damia umah ibu, pam lagi dlm kereta..30min jugak la kiri kanan, dapat xsmpai 1oz jugak!

Susahnye hati Allah shj y tahu!

Smpai ofis minum lagi susu anmum for lactating woman.

Mengadu kat senior kat ofis. Berkaca2 dah mata.

Lepas tu ok blk, xde la byk but enough for the next day .

Tapi mlmnya susu drop balik, terpaksa keluarkan bekal 2oz nk bg damia.

Pastu pg td bgn pam kejap topup susu. Harini bg ibu cukup2 je smpai 430 nye bekalan....

Ya Allah, murahkanlah rezeki damia dengan susu badanku.

Jul 30, 2013

xde rezeki nak buat mcm mana

at 8:52 PM Comments
Assalamualaikum!

Arini entri sedih....

semalam.... susu damia lebih 5oz! Bagi 12 oz je pun, maksudnya damia hanya minum 7oz...haiihh pening mamanya.  Aritu bagi 10 oz, abes pulak.. ok2 xmo cter psl tu, nk cter benda lain ni...

susu lebih 5oz. Lam kereta on the way ke rumah bg minum satu botol.

lagi 1 botol 3oz....

dalam pukul 8 cmtu nak bagi susu kat damia. Suruh papanya tukar botol sebab puting lama laju sgt kua air susu nya. Byk keluar kat mulut.

Papanye pulak bijak, pergi tukar kat atas sofa. Lepas tuang dalam botol lain, duk belek2 botol n puting lama, skalik papa terlanggar botol susu baru y berisi 3oz tu, maka tumpah la semua atas sofa.

S.E.M.U.A!
3OZ KOTTTTT

Mama terdiam terkelu.

3oz tu pam 30min gilir2 kiri kanan.

terus merajuk masuk bilik susukan damia.

pasrah betul....

dah bukan rezeki damia nak buat cmne kan....

Jul 25, 2013

dugaan bila training

at 1:21 AM Comments
Assalamualaikum! 

2 hari aku ada training.... bila tau kena pergi training,  mula la kusut fikir cmne nak susun jadual pam. Tambah pulak trainer dr luarxleyh sesuka hati mintak excuse. 

So ini yang berlaku.

disebabkan sekarang ni damia asyik je bgn sahur sama2, pagi2 mmg xsempat nak pam sebab semua damia dah sedut hehe. Sampai ofis 730, So aku akan pam dalam kol 815-820 am. Sebelum tu setelkan kerja sebelum ke training. 

Pukul 10 ada rehat 10min , aku curik gak masa pam wpun rehat 10min je! Dapatlah 1oz.

pukul 12 lunch hour, ak pam lama sket tu pun br dpt 4 oz. Rehat 10min kol 2 mmg xsempat pam sebab time ni utk solat zohor.  Sesi pagi dpt la 8oz je :(



Ptg kol 430 berkejar2 blk ambil damia dr rumah babysitter,  ambil papanya sampai la umah kol 6++. Xsempat nak pam la nk msk bagai kan.  Lepas bukak puasa, malamnye aku pam lagi, dapatla 3oz. Total 11oz je. Curik stok 2 oz dpt la 13oz utk damia esoknya.

hari ke2 pulak, sgt2 mendukacitakan.

mcm biasa pagi2 pam before g training y start at 9am.dpt 2oz je! Sbb rs penat sgt ngan training so susu down sket..kali ini rehat dilambatkan. Kol 11am br rehat 10 min. Pam lagi, dptla 2oz je jugak.

Pungpang2,  rehat lunch hour kol 12. Gap ms kejap sgt ngan previously,  so pam 30min selang seli kiri kanan dpt 2oz je jugak! Huwaaaaaaa....

petang kol 430 berkejaran smbil damia, kol 530 ambil papanya tapi on the way home tukar driver. Ak pam kat belakang kete but only managed to get 2oz! 

Balik umah siap2 untuk berbuka,  pastu lam kol 8-830pm tidurkan damia,  of course df la kan.

and here I am, tgh pam susu kol 1am sebab stok nehi he. Xde langsung! Tp xpe, kalau mlm ni dpt 2oz, pg2 esok 2 oz then should be enough for damia. 12oz cukup lah.

Mcm 2 hari training bg 13-14oz, ambil kol 430-500 pm tu mesti lebih 3-4oz jugak.

esok blk awl kol 330 InsyaAllah,  so bg 12oz should be fine. Before this kalau bg 12oz pun kdg2 lebih 2oz, bekal damia lam kete.

gitulah cternye! Dugaan bila ada training.  Limited time!

semoga rezeki damia bertambah2 di bulan puasa ini.  Esok mcm x puasa je sebab 2 hati ni rs lembik semacam je, then sudu phn totally drop!

till then~

Mari berusaha para ibu!

Jul 22, 2013

cooler bag damia

at 11:00 PM Comments
Assalamualaikum!

Saja nak tayang cooler bag baru hak2

ok, awal2 dulu pakai cooler bag kecik je, yang satu set ngan pam. Boleh muat 4 botol autumnz 5oz dan 3 ice pack. 



So hari2 isi botol susu damia + ice pack pg rumah pengasuh. Botol kosong ngan pam lam bekas lain. Sampai umah pengasuh, bagi susu je then cooler bag bawak pergi ofis.

agak leceh sebab jadi byk barang nak kena punggah2.
Tetiba suatu hari tu duk terfikir, what if kat rumah pengasuh tu tiba xde letrik. Abes la bekal susu damia kan.

so terfikir nak beli cooler bag baru. Kebetulan aritu nak beli valve yang hilang tu, so alang2 kan beli la sekali. Kui3



Inilah rupa bag baru damia. Piloh punya pilih, pink jugak yang jadi pilihan. Haiihh sejak bila la sy dah melekat bagai digam2 dengan pink ni hak2. Bukan salah damia okay..

bag ni senang. Ada 2 bahagian. Bahagian bwh isi botol kosong 4 botol, corong pam dan ice pack 3. Bahagian atas pulak isi motor pam. Maklmlah pakai autumz y besar gabak gitu. Tp xpe lah, asal boleh aje.

skang trn umah bawak 2 cooler bag la jadiknye. Y kecik dulu isi bekal susu damia, tinggal kat umah babysitter terus. Lagi 1 aku bawak pg ofis la. Senang dan x leceh.


Jul 20, 2013

Jenuhnya nak pam...

at 5:49 AM Comments
Assalamualaikum!

Hmm..xtau cmne nak mulakan.. dulu ingat ok2 je..tp dugaannye Allah saja yang tahu.

Haa cerita ape ni kan? Hahaha

Cerita apa lagi kalau dah ada anak bagai kan..cerita pam susu la hehehe. Awal2 dulu walaupun susu macam x banyak sangat, masih jugak Cuba untuk pam on time.

Tapi makn lama, dugaan makin berat. Pernah sekali tengah pam2, tetiba lampu merah dah menyala! Apa tandanya tu? Tu maksudnya pam dah xde bateri. Sebab saya pam kat surau opis yang tak ada plug nak cucuk so terpaksa la guna bateri.

Dah kalau xde bateri cemana nak pam? Surau kat bawah pula x strategik plugnye. Adake patut letak depan sekali. Cmne nak guna bila org ngah solat? Adehhhhh. So xleh nak pam, nak pakai tangan x prektis lagi kalau perah setitik je kua. Sakit je lebih hak2.

Tu kes no1.

Kes no 2 pulak.

Pam aku ada satu valve kecik sgt. Besar jari kelingking baby je. Alkesahnye sumer hilang. Masa beli dapat 4, tapi asyik hilang je sumer. Yang last stok hilang lam kereta. Terlanggar tangan sendiri, jatuh celah lubang kusyen. Ampes xdpt ambil langsung!

So sementara tu aku tutup pakai jari sendiri. Berbekas jugak lah bulat2 kat semua jari.n agak sakit la. 2,3 hari gak la duk buat mcm tu sementara nak tgu yang baru.

Tapi sebab stok xde, maka kena usaha jugak pam nak bagi susu kat damia. Ni baru dua kisah, macam2 lagi kisah yang dihadapi tapi kuatkan semangat jugak nak bagi susu tulen dan original untuk anak mama.

Chaiyok2!

Jul 18, 2013

Cuba untuk tidak stress

at 9:47 PM Comments

Bila stress sket, susu memang slow pengeluarannya

Stok dah memang xde langsung

Bila tengok susu sikit, stress bertambah2

Tambah pulak dengan keadaan sekeliling yang bisa menambah tahap stress

Makin la susu merundum

Kadang2 macam nak give up

Tapi bila tengok si kecil

Kena kuatkan semangat

Untuk lakukan yang terbaik

UNTUK TERUSKAN BREASTFEED SEHINGGA 2 TAHUN!

Ya Allah,  murahkanlah rezeki damia dengan susu badan ku...

T_T

Jul 17, 2013

Bila si kecil meragam

at 10:46 PM Comments

Assalamualaikum!

Arini nak cerita kisah si kecil yang tiba2 meragam.

Kan sebelum ni letak je damia lam car seat kalau ambil dia dari babysitter.  All this times,  no problem at all. Yang penting, bekalan susu botol kena sedia lah. And kena si kecil dalam keadaan kenyang dan bukan masa untuk tidur.

Alkesahnye.....

Hari isnin, kebetulan dengan japan public holiday maka aku pergi lah klinik utk check up 3 bulan. Pergi berdua aje lah dengan si kecil. Bajet xde problem lah kalau letak je dia dalam car seat nanti.

Appointment pukul 3petang.

Pagi tu dia tidur aje lah, sama ngan mamanye ikut terbongkang skalik hak2. Kemudian tengahari bangun pastu start la rutin pyh nak tidurnya. Bila duk atas riba mama, dah tidur pun tapi asal letak je atas katil jaga balik. Duk gitu je la sampai pukul 2 lebih.  Mama nak lipat kain pun xsempat abes, asyik terjaga aje.

Then, pukul 230 siap2kan damia, tukar pampers bagai geraklah ke klinik berdua. Sepanjang jalan tu kejap2 dia hokhekhokhek.  Mata mengantuk gitulah jadiknya. Sampai je klinik,  lepas daftar aku pun pergi terjah bilik menyusu susukan dia. Tertidur la dia , dah memang mengantuk kan.

Pastu kena panggil. Terpaksa stop menyusu jap. Kalau nak tunggu abes menyusu memang lama lah. Then pergi jumpa nurse, ukur tinggi berat segala pastu pergi cucuk. Time ni mcm biasa la, bila rebahkan dia mcm nak menyusu tu terus nanges, kena cucuk lak nanges lagi. Tapi damia good girl, lepas cucuk terus diam.

Aku happy la. Xtau apa yang bakal menyusul.

Pergi kat kereta, sambung susukan damia then dia tidur. Oh ya, masa check up tadi, nurse pesan suh bukak sarung tangan sebab skang dia dlm proses nak explores with her hand.  Damia pulak kalau bukak sarung tangan, cepat sangat rasa terkejut n ketakutan sebab tangan dia terkapai2 bila xde sarung tangan. Dunno why...

Ok sambung. Bila dia tidur aku angkat la nak letak lam car seat, terus tangan dia terkapai2 pastu terjaga pastu nanges macam sakit yang amat sangat. Dia mcm gayat bila tangan terkapai2 tu. Aku angkat balik  pujuk2 sket, susukan pastu tidur pastu letak balik, tapi dia nanges balik. Setengah jam duk mcm tu, ulang alik dari tpt driver ke sebelah nak angkat dia.

Masa dia ok sket, hisap2 tangan aku ingat ok la. Gerak la nakk g ambil hubby lak. Xsampai 5 minutes dia nanges balik sebab dia dah x hisap jari pastu terkapai2 balik. Nanges memang gila2 la. Masa tu on the road xde tempat nak berhenti. Aku pun nak nanges skalik. Last2 berhenti kat simpang xde orang.

Pujuk2, susukan dia sampai tertidur tapi bila cuba nak letak automatically mata terbukak, sebab tiba2 terkejut tangan terus terkapai2 then nanges gila2.

Muri2. Impossible!

Sudahnye aku duk je kat situ dari kol 5 sampai la kol 630 petang tgu hubby datang amek. Terpaksa la hubby naik teksi dari stesen lrt. So, damia ketiduran ajelah sudahnye.

Hmmm Xtaula kenapa.

Esoknya pergi ambil dr umah babysitter ok pulak duk dalam car seat. Maybe xselesa kena cucuk kot. Nak kena peluk aje sokmo. Manja sungguh anak mama ni.

Jul 4, 2013

Tambah susu formula lah!

at 11:21 PM Comments

Assalamualaikum!

Suatu hari semasa ke rumah ibu untuk ambil damia.

* ibu : babysitter damia
*ayah : suami ibu

Si ayah tgh pegang damia masa aku sampai.

AYAH : DAMIA NI BERAPA BULAN?
AKU : DAH NAK MASUK 3 BULAN.
AYAH : OOO. KECIKNYA. NAK PEGANG PUN X SEDAP SEBAB RASA TULANG JE. BABY LAIN SELALU RASA GAK ISI2. KELUAR HARITU BERAPA?
AKU : HEHE. DIA MEMANG KELUAR KECIK ARITU.  SO KECIK LA NAK COMPARE NGAN Y LAIN.
IBU : TAMBAH SUSU FORMULA LA, BAGI DIA GEMUK SIKIT.
AKU : EH TAKNAK LAH. NAK BAGI SUSU BADAN JE
IBU : NAPE?
AKU : SUSU FORMULA X ELOK SANGAT KAN COMPARE NGAN SUSU IBU. SAYA NAK BAGI SUSU IBU JE.
IBU : ALAH BUDAK TU MAKAN JE. * REFER TO ANAK2 ASUHAN YANG LAIN. UMUR SETAHUN, 2 TAHUN, 11 BULAN.
AKU : HEHEHEHEHE....

Aku memang masib baru lagi dalam dunia ibu.
TAPI aku sedaya upaya nak menyusu kan damia selagi aku mampu.
Bagi aku, susu ibu adalah yang terbaik.
Semoga dipermudahkan segalanya.

Jun 30, 2013

real challenge begins

at 3:26 PM Comments
Assalamualaikum!

Tak habis2 lagi kan real life segala bagai kan hak2.

tapi ni memang real challenge lah bagi kami.

Mak mertua dah pun balik kampung,  cukup 2 minggu jaga damia. So 3minggu lepas memang heaven la hidup ak walaupun ada anak kan. Lek2 je pergi keje balik kerja makanan terhidang.

sekarang? Jangan mimpi la hak2

isnin da start hantar damia pergi rumah babysitter.  Alahai nak kerja pun xsenang. Ok ke, kena dera ke apa kan.

Isnin papa amek half day sebab mamanya x hafal lagi jalan hak2. So hari isnin balik mcm biasa, papa jadik co-pilot mamanya drive.

Bila amek damia, damia la pulak co- pilot ganti papanya.  Sepanjang perjalanan balik rumah damia baik2 sangat. Dia tengok 2 je mamanya bawak kete, bila cakap2 ngan dia tersenyum lah. Melting jap mamanye sambil bwk kete.

Skang kan jerebu, sekolah tutup banyak kot so jalan xjem. Ingatkan esoknya pon sama la.


kol 5 kua ofis sebab nak bajet2 amek papa pulak. Sekalik sangkaanku meleset. Federal highway x bergerak kot! Yela, jalan mana nak bergerak. Duk situ je. Maksud aku kereta la. Campur pulak ngan hujan kan, memang siput la jadiknye.

sudahnya 630 baru sampai umah babysitter.  Sian damia sayang. Baru bgn tdo, mata merah2 lagi. Ngntok lagi. Cuak jugak takot nanges sbb damia ni kalo nk tdo mmg nanges.

tapi syukur Alhamdulillah,  30 min drive nk pergi amek papanya damia behave je.

Dan begitulah seterusnya lepas ni...semoga damia behave aje selalu ye.

Jun 29, 2013

ruam peluh bayi

at 10:50 PM Comments
Assalamualaikum!


2 minggu lepas damia kena ruam peluh yang sangat teruk kat leher. Rumah agak panas, damia cepat berpeluh, tambah pulak dengan bedak maka berduyun2 lah ruam datang.

mula2 letak nappy nash cream pureen. Tapi xde kesan apa2. Sama sahaja. Kesian tengok damia. Walaupun damia x , enangis xselesa ke, tapi rs mcm sakit je. Sebab bijik2 mcm ada air bisa tu.



bila post kat fb, ramai yang memberi cadangan. Antaranya seperti di bawah la. 



Bila tengok dekat link blog disyorkan baby bottom balm. My sil pun ada sarankan pakai y ni, mmg berkesan sbb aku pon penah guna ms tgn jadik teruk bengkak sbb gigitan nyamuk? Manja kan kulit hak2


ok2, lepas guna pureen xde kesan, aku try pulak guna sudocream yang ppum bg. Makin kurang sket tp still ada. Petang ahad aku pergi umah brother in law, dia bg bedak agnesa tu. Aku letak je la kan. Mana tahu berhasil.

on the way balik, singgah farmasi nak beli baby botyom balm tu tapi xde pulak so beli seba med instead. Hubby beli seba med diaper rash cream, padahal banyak je lg brand dia utk cream, lotion and etc. Tapi sbb dah beli so try je la pakai.



dan hasilnya memang memuaskan! Lepas 2 hari, all the rashes completely gone! Bersih je kulit damia. Thank you Allah! And thank you all...

Jun 27, 2013

happiest mom in da world~

at 9:25 PM Comments
I am!

Seeing this cute face whenever I fetch her.

all my stress from work disappear just like that

Melting~♥♡






Jun 22, 2013

Oh stok susu da abes

at 2:07 AM Comments

Assalamualaikum!

Bila mood nak buat post baru membuak2, pukul 2 pagi pon boleh..haha.. sebabnya baru siap pam susu ni. Kalo x, tak de keje aku nak bangun semata2 nak update kannn.

Hmmm...sekarang tengah risau sangat2.

Stok susu damia langsung dah abes. Sekarang kira pam untuk esoknya je.

Lagi beberapa hari dah nak puasa, kalau susu merundum nak buat mcm mana?

Maka saya harus disiplinkan diri untuk kerap pam susu, bangun malam2 untuk pam supaya boleh kumpul stok balik.

Dan tidak boleh stress!

I can do it!

Jun 21, 2013

hangatnye isu vaksin

at 11:00 PM Comments
Assalamualaikum!

Masa tengah pregnant dulu, orang duk sibuk2 cakap pasal vaksin nih. Tapi aku macam endah x endah je, malas nak amek part sangat.

sampailah satu ketika, ada la seorang hamba Allah ni publish post pasal vaksin ni. So aku baca lah. Barulah isu ni masuk lam kepala otak kejap.

pastu, macam tiap2 hari pulak ternampak orang post pasal keburukan vaksin ni. Tak kurang jugak yang bantah balik.

aku? No komen lagi buat masa ini sebab ilmu x cukup, xde lagi fakta2 yang lekat dalam kepala otak yang boleh meyakinkan aku bahawasanya vaksin ni x elok atau elok.

tapi!

suatu hari masa tengah berpantang, aku tengok satu episod dalam Law and Order . Mmg favourite aku la cter2 mcm ni.

alkesahnye, mereka membicarakan seorang ibu yang tidak memberi vaksin kepada anaknya yang menyebabkan kematian kepada seorang kanak2 lain yang bermain di taman permainan, kerana terjangkit demam campak.

memang la di akhir cerita ibu yang tidak mengvaksinkan anaknya tidak bersalah kerana itu pilihan masing2 nak vaksin ke x.

tapi, pointnya di sini....

walau apa jua keputusanku nanti terhadap vaksin, aku x mahu berada di dalam mana2 situasi kes tersebut.

1.ibu yang menyebabkan jangkitan kepada anak orang lain, disebabkan anak tidak divaksin dan berjangkit kt anak orang lain.


2. Ibu yang kehilangan anak kerana berjangkit dgn kanak2 lain yang tidak divaksin.


ibu2 sekalian, apa2 pun keputusan, buatlah tindakan yang sewajarnya yang sepatutnya diambil sekiranya anda vaksin/ tak anak anda, supaya tidak akan memudaratkan sesiapa kelak.


Jun 19, 2013

Baru kukenal apa itu rindu....

at 7:28 PM Comments

Assalamualaikum!

Haaaa tajuk xnak jiwang lagi sket ke? Haha

Sekarang kan aku dah keje. Awl2 dl xrasa sgt rindu damia kt umah. Ye la, slama ni duk dga org ckp nk nanges la apa la kan bila tgl, tp ak mcm lek jeeee. Cm xde perasaan.

Tapi lain pulak satu hari ni iaitu hari isnin, kelmarin dulu bak kata org ganu.

Rasa rindu sangatttttt time kat opis. Xsabar2 nk blk umah. Dga suara dia. Since da pandai bunyik2 ni kan.

Kenapa rindu sgt?

Sebabnya, ahad tu kua g jln2 kat sunway pyramid. Lepas nanges2 tu dia tdo aje. Blk umah kol 7 pon tdooooooo je smpai mlm, bgn menyusu jap tgh mlm pastu tdooooooo lagik. Pagi2 pegi keje pon tdo lagi.

Rs kosong la sbb xdga suara dia, xdpt tgk dia gelak2 ke nanges ke.

Dulu kemain lagi xrs pape kononnya kan. Sekarang dah berlumba2 ngan suami, sape smpai kat umah dl nak gomol damia dulu hahaha. Masing2 berebut xnak bukak pintu besi huahuahua.

Cepat la smpai umah! Otw blk dr opis ni hewhewhew

Jun 16, 2013

rezeki damia

at 1:00 PM Comments
Assalamualaikum!

Alhamdulillah,  sejak lahir rezeki damia mencurah2. Dari segi duit, pakaian dll mmg orang selalu bagi. Semoga rezeki anak mama berterusan.

seminggu duk jaga damia awal2 dulu, dah terfikir untuk dptkan bouncer sebabnya damia xde mainan, xde tpt duduk y dia boleh main2. Harapkan tilam tu je lah.

so petang2 cmtu dia susah nak tdo, pastu nak dibiarkan sorang2 bosan la jadiknye. Kesian lak kat dia. Bosan2 menangis le jwbnye kan.

dah bincang2 ngan suami nak beli. Asyik duk buka tutup je page kat facebook tu. Tp duk fikir2, tgu next gaji lah kan.



Pastu hari isnin masuk kerja.

dorang datang la bersembang2 tanya pengalaman sambil hulurkan hadiah dari semua orang. Rasa mcm nak menanges bila tengok kotak. Sebab dorang x balut letak ribbon cmtu je kan. Doa dlm hati harap2 bukan kotak je, tp isi lain kan haha.

excited xsabar nak balik bukak tunjuk kat damia kan.

 Now, damia da ada "katil" sendiri hak2. Tiap2 petang memang tdo lam tu je. Ayun2 kejap dah lena. Mainan tu dia reti tengok je la, nak ambil xreti lagi kan.

Alhamdulillah, selamat duit poket mama n papa hak2.


Kehidupan baru

at 7:22 AM Comments

Assalamualaikum!

Sudah seminggu aku masuk kerja setelah 64 hari cuti bersalin. Sudah masuk fasa kehidupan baru, seorang ibu dan surirumah yang berkerja. Uwah panjangnye status kan.

Rutin harian xberapa nak berubah mana sebab sekarang ni mak mertua yang menjaga damia chan. Setiap hari memang tinggal cmtu je damia kat dalam bilik kalo dia x bgn lagi masa kami nak keluar pagi2 lam kol 7. Umah dekat ngan office,  by 730 da boleh sampai.

Lepas tu kol 430 dah boleh balik, kadang2 balik lambat tgu suami.

Balik rumah, mak mertua dah siap masak dinner. Aku balik mandi, solat, n kalau damia dah bangun nak menyusu aku akan susukan smpai dia tidur.  Lepas tu prepare bekal susu siap2 dalam bekas untuk damia minum esok hari. Siapkan baju untuk kerja keesokan harinya.

Selalunya dalam pukul 12 baru boleh tidur. Sebab damia byk tdo siang. Di malamnya kol 9 dia bgn , berjaga la smpai kol 11 hokhekhokhek nak tidur balik.so masuk bilik dodoikan kat katil.

Kalau damia lena, lena la aku tidur. Kalau damia hokhekhokhek je malamnye, aku pun ikut sama la hokhekhokhek haha. Sehinggalah keesokan hari juga dikejutkan oleh damia.

Macam ni pun da rs penat sangatttttt, erm lebih kepada mengantuk la. Mlm tu rs penat mcm ape je. Nanti da nak kena hantar kat babysitter. Sure lagi penat. Ngan nk siapkan makan malam lagi. Haruslah order je kan haha

Sekarang kalo damia nanges, bila gelabah ke apa ada ramai orang nak hulur2. Nanti aku berdua je la hehe. Oh skang kat office da start rs mengantuk. Mata merah. Semua org tegur. Jawapan aku senang. Org dah ada anak mmg cmni hak2.

Semoga aku terus kuat dan tabah! Menjadi ibu yang baik untuk anak-anak. Eh anak2? Haha

Jun 13, 2013

cucuk 2 bulan.

at 7:39 PM Comments
Assalamualaikum!

Arini pergi klinik untuk check up damia 2 bulan. Sebab kami pepandai sendiri je pilih tarikh tepat2 2bulan jumaat lepas, end up klinik xbuat utk kanak2 that day. Hua hua hua

So pergi lah harini. Dengan mak mertua je. I drive. Suami keje xleyh ikut. Debaran drive bersama mak mertua lagi hebat daripada gemuruh nak g interview kerja, sampai aku kena hon skalik haha. Ok da lari tajuk.

kerja half day, balik umah damia ngah tdo. Lepas siap segala kol 230 petang kua umah. Damia tdo je. Bila masuk kete lagi suka la dia tdo. Ekon kan. Nyenyak kemain.

tgu punya tgu, sampai la turn nak timbang berat. Damia baru bangun tdo,  so mood x baik sgt. Berat dah 3.8kg. Org lain kua2 dah 3.8kg kan hahaha.xpo la nak, kita membesar kt lua je hehe.

lepas timbang ukur bagai, nak dga nurse membebel pulak. Tang ni dia mai hokhekhokhek. Nak susu. Sebab tdo lama. Budak kecik ni kalau lambat sikit memang merajuk sakan la. Aku pergi amek botol susu kejap je pun. Tapi terlambat sikit. Menangis la dia. Sedih je muka. Org ganu ckp jebekk je.

lepas tu tunggu nak cucuk. Jebek x hilang lagi, kejap2 jebek nk nanges, pastu nanges, pastu senyap gitula smpai masuk bilik nak cucuk. Bila dah kena cucuk,meraung la dia. Tapi bila kua senyap pulok. Tgu nk jumpa doktor pulak. Kejap2 jebekk lagi.

cuak dah nk jumpa doktor. Kot meraung dalam bilik malu la I haha. Masuk jumpa doktor, check sumer2. Bila baringkan damia senyum2 ajo. Mood dah ok. Sampai la balik umah. Happy saja. Org ckp lepas cucuk ni akan demam, gambare damia chan!

Budak bushuk kena cucuk!

Jun 8, 2013

cerita stok susu damia

at 1:44 AM Comments
Assalamualaikum! 

Meh harini nak bercerita pasal stok susu si damia ni pulak.

frankly speaking, aku memang xbuat stok susu langsung masa berpantang. Walaupun tahu kena buat stok.

aku da start pam susu masa minggu pertama lagi sebab mengalami bengkak susu. Memang nak menangis je tapi belum sampai tahap demam lagi lah. Susu memcurah2 tapi demand rendah.  Biasalah, baby bukan minum banyak pun lagi. Setakat 2 sudu cmtu je kan.

bila berpantang kat kampung mertua, aku pam juga tapi bukan niat untuk buat stok . Cuma taknak berlaku pembaziran susu mencurah2 dan juga nak melatih damia hisap pakai botol. Masa ni, aku pam dapatlah 1oz je sehari untuk 2 sesi. X pam kerap pun. Sebab memang taknak buat stok bila fikir susah nak travel sana-sini bawak stok. Nanti nak balik rumah abah kat kampung lagi, so aku malas pening2 kepala. Duk fikir balik umah sendiri baru nak buat stok.

so kehidupan bpantang aku memang pam hanya untuk bagi dami minum atau travel dekat2 je lah.

balik sini 2 minggu sebelum start kerja. So aku plan nak buat stok time ni lah. Alkesahnye, masa minggu pertama damia meragam disebabkan kecuaian dan kekurangan pengalaman sebagai ibu muda, damia menangis dan langsung xboleh letak bawah. Tidur pun kejap2. So sesi pengumpulan stok terbantut. Sehari 1oz je kot. Susu pun macam merundum sebab mamanya stress sekali kot. Kadang2 susu x keluar, perasaan damia x cukup susu asyik menangis,  terpaksa guna stok untuk bagi kat damia minum. Xberganjak la stok susunya.

masuk minggu kedua, damia dah ok. Aku beransur pulih dari segi mental. Baca post sana sini dekat forum, macam mana nak banyakkan susu, tips pemakanan, dan juga cara pam. Alhamdulillah,  mula2 sikit, lama2 makin banyak. Orang lain kumpul sampai beratus2 oz susu sebelum kerja. Cuti pun 3 bulan kan. Tapi aku buat setakat mampu je lah. Sekarang dah ada 40oz dalam masa seminggu! Satu pencapaian untuk ibu muda macam aku kan?

dari segi pemakanan, aku usahakan minum banyak air sebab aku ni jenis liat nak minum air. Sehari 3gelas je kot selalunya. So aku dah tambah air banyak2. Lepas tu minum susu. Cari punya cari, aku cuba minum horlicks, minum air halba dan makan lobak putih. Alhamdulillah memang berkesan. Kalau awal2 dulu 4 kali pam baru dpt 3oz, sekarang 2 kali pam dapat 5oz dah. Satu sesi dalam 15-20min.

teknik pam pulak, setelah diselidik2 aku cuba teknik power pumping.memang berkesan. Buat sebelah2 setiap 5-10minit tukar2. Dan mungkin aku rasa pam y aku guna x kuat sangat suction, so sambil pam aku marmet sekali. Banyak keluar. Syukur2. Sempat jugak kumpul stok sebelum kerja lagi 2 hari. 

Semoga kat ofis nanti boleh terus kumpul stok banyak2. Xbanyak macam orang lain smpai penuh 1 peti ais pun xpe asalkan cukup untuk bekalan damia.

cuma sekarang kena banyak cari maklumat untuk bulan puasa. Yosh!


Jun 7, 2013

Permata hati mama ♥ papa

at 2:51 PM Comments
Damia sekarang dah byk ragam.

Suka merajuk. Ikut mamanya barangkali.

Kalau time menyusu,  kena fokus kat dia sorg je. Kalau x, byk la oek2 nya.

Kalau lambat, bila dia da start menanges, sumbat la mcm mana pun mmg x layan. Kena pujuk2 sikit bila da reda sket merajuknya barulah dia nak menyusu.

Kalau dah ngantok sangat,  memang kena angkat kat dukung atau riba. Dodoi2 sambil goyang2, nanti tertidur dengan sendirinya. Jangan mimpi la nak tepuk2 atas tilam dia. 

Letak terus meraung, angkat terus senyap.

Aduhai sayang. Cemano mama nk tgl nanti ni?

Jun 2, 2013

Alahai si ibu muda

at 12:39 AM Comments

Assalamualaikum!

Pengalaman sebagai ibu muda cukup menyeksa jiwa raga okeh.

Mmg aku akui, aku xde pengalaman pon bab jaga2 anak kecik ni. Seumur hidup xpernah pun besarkan baby, basuh berak baby, tukar lampin baby, mandikan baby dan semua yang berkaitan ngan baby. Anak sedara baru 4 orang. Masa dorg lahir aku duk di perantauan lg. Balik2 dah boleh tgk dorg senyum berjalan2 dah. Kalo nanges ak bg la kt mak2 dorg haha

So bila dpt ank sendiri ni, semua ok je kalo baby x menanges kan. Tapi kalo nanges xmo senyap? Haaaaa cemane?

Pengalaman pertama y mencemaskan.

Mgu lepas da gerak blk umah snirik dgn hubby. Ikot gua musang. Otw, baby nanges meraung2 serba xkena. Asalnya tdo, tp kol 9 mlm tu aku kejutkan sbb nk bg susu. Dah 3jam tdo kot2 la lapar. Damia kalo tdo lam kete mmg xsedar lah. Ngan ekonnya. Bila da bangun, baby meragam lepas menyusu. Tambah2 ngan jem, baby pon jem, mama pon ikot jem skalik. Smpai kol 12 cmtu berhenti kat rnr gombak. Nak check n tukar pampers. Xpulak berak. Kencing je. Lepas tu baby tdo smpai la umah kol 3am.

Baby tdo smpai la ke pg esoknya, lam kol 10 cmtu. Start dari saat itu, baby nanges je sokmo. Pujuk2 bila da ngantok br tdo, time tu br senyap.  Tdo 15min, nanges blk bila terjaga.

Sehingga hari ke 3. Bayangkanlah aku duk jaga sorg2 kat umah. Pening dibuatnya. Nak kata kembung, perut elok je x keras pon. Tapi baby x berak langsung since balik. Duk pk xselesa perut la kot. Tambah lak ngan hidung tersumbat. Sbb kt umah ada construction. Tensen je. Aku y tua ni pun smpai kering tekak terbatuk2, budak kecik apatah lagi.

Bila call neneknya, dibacakan ayat kursi kat telinga sebab takut baby nampak apa2 ke, baby takut ke siapa tahu kan. Kena pk dr semua aspek lah kan.

Sehingga lah hari seterusnya, masa nak pakaikan lampin baru perasan bontot baby merah ada ruam. Ambik ubat terus sapu, baby terus diam. Lepas tu tdo terus nyenyak.

Ya Allah, butanya mata kami . Langsung x terfikir nak check. Sumpah x engat. Sebab baby x berak so aku tukar lampin gitu la. Xde la nak selongkar smpai ke lubang bontot kan. Pastu tukar lampin setiap kali mandi je. Sebab kecik2 dulu wat cmtu, kalo x berak xtukar. Xde lak ruam2 ke.

Terus insaf ok. Skang ni setiap 2,3 jam je check lampin kalau2 dah penuh terus tukar. Biarlah byk kali tukar pon asalkan baby x meragam. Pening dibuatnya. Nasib baik mamanya x meragam skalik.

Phew, inilah namanya pengalaman. Kalau x kena , xtau kan. Huhuhu

Lepas ni mcm2 lagi y akan menyusul kan,  semoga kami tabah dan tahu apa yang patut dilakukan.

Sifu2, mohon ajarin hehehe

May 30, 2013

Kalau ada yang rindu...

at 7:18 PM Comments

Nah!!!!

Hari ke 53 berpantang,  eh rs da x pantang hahahaha

Lagi 5kg sebelum kembali ke berat asal sebelum pregnant. Chaiyok2!

May 29, 2013

Mari lah mari....

at 3:47 PM Comments

Pergi mengundi..eh bukan2 hehehe

Assalamualaikum!

Blogging la jap sementara damia tdo tuh.
Baru lepas jemur kain, yang dah siap dibasuh sejam y lepas.

Yeah, everything is changing around us. No more time to lepak2, bermalas2an, tangguh menangguh. Yang ada cuma curi2 ms utk buat kerja rumah. I really need to learn how to do multitasking.  Phew~

Rutin harian da berubah, sejak2 dah balik umah snirik. No more tokma, che ngoh nak tolong tengokkan damia sementara aku nak mandi atau nak makan, malah nak ke tandas sekalipun.

Sumer kena pandai curi masa.

Pagi2 damia akan bangun, lam kol 6-7am cmtu. Time ni selalu mata dah segar-bugar selepas menyusu. Damia selalu menyusu lama, 15-30mins. Sometimes up to 45mins. Smpai la dia tertdo.

So dalam kol 8lebih cmtu kena siapkan lah air panas segala utk mandikan. Sebelum dia terlelap balik. Damia selalu mengamuk kalau lepas mandi , time baringkan dia nak pakaikan barut n pampers baju segala. Meraung2 macam kena gigit semut je. Lepas tu damia akan tdo smpai la kol 1030@1100 cmtu.

*kena stop jap damia da terjaga dr tdo.

4jam kemudian.....

Br boleh smbung.*sigh

Eh nk ckp psl benda lain tp dah jauh menyimpang ni. Sebenarnya nk cter psl stok susu. Lagi seminggu lebih je nak start keje blk tp susu x buat stok langsung lagi. Br nk start ni hak2

Tp saikin susu mcm x meriah sgt. Kalau time pantang dulu kdg2 smpai bsh baju susu keluar. Skang bukan stakat basah, pam bagai nk rak pon br kua setitik. Haihhhhh susah hati pulak.

Setiap kali pam dpt la 2oz/sesi. Masalahnye sekali sehari je pam. Awl pg lepas damia tdo lepas mandi tu.selalunya time ni dia tdo lama sket. Tp bila da start terjaga da susah nk tdo lama2 sbb skang dia selsema. Mula la menangis2.

Jangan kata nak pam susu, nak mandi makan bagai pon termengah2. Pastu asal baby bangun je sua susu. Bila nak pam? Harapkan bangun awl2 pg je la. Tu y liat hak2. Start mlm ni je lah. Agak2 sempat x 100oz ni? Xyakin pulak haha

Bila sebut susu kurang, ramai y tawarkan supplement mcm2 nak banyakkan susu. Buat ms skang, ak mcm mls nk bergantung kat supplement. Makan gitu je. Org ckp kena mkn sawi, lobak putih, air horlicks , minum byk air msk utk bykkan susu. Kena try nih. Harap2la berjaya susukan damia smpai 2tahun.kalau x keje xpe, tp sbb keje y kena buat stok nih. Huhu

Ada idea lain x selain mkn supplement?

Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea