Aug 19, 2016

Dugaan ibu menyusu

at 5:33 AM Comments
Assalamualaikum

Rasanya semua ibu menyusu dah maklum dugaan2 yang bakal tiba jika menyusukan anak. Aku pun x terkecuali. Cumanya kali ini memang betul2 cabaran bagi aku sebab delisha menyusu lebih banyak berbanding abang dan kakaknya.

7am-7pm : 18oz

Macam baby boy dah.

So apa dugaan untuk aku? Yang paling ketara ialah :

Dahaga.
MashaAllah. Aku tak pernah rasa dahaga macam ni. Dari dulu aku jenis yang susah sangat nak minum air. Kalau 1 liter tu macam dipaksa2 nak habis. Tu pun minum sebab xnak susu drop. Kalau x..jauh panggang dari api la jawabnya.

Tapi kali ini, kejap2 aku minum air. Sedar2 baru pukul 2 petang dah habis 2 liter air. Memang luar biasa sungguh.

Lapar.
Yang ni agak ketara. Aku memang makan banyak dari dulu. Tanya lah orang lain cmne. Tapi sekarang lagi lapar haha.

Pagi2 dah makan biskut 10keping cicah air milo.
Lunch pukul 12 makan nasi macam biasa
Pukul 130 dah kebulur balik. Makan roti sosej pukul 2.
Pukul 3 makan kek span y beli kt seven eleven.
Air berkali2 minum. In between makan cookies non stop.
Petang balik xsempat masak sbb dah kelaparan. Tapau je makan utk dinner.


Seriously?? Like an eating machine!!

Patutlah orang cakap kalau bulan puasa sampai menggigil2 tahan lapar satu hari. Aku xtahu apa keadaannya kalau aku tahan lapar 1 hari xmakan.

Bagi aku ni memang betul2 pengalaman kali pertama walaupun anak 3.

Tabahnya ibu2 yang anak lelaki semua minum susu lagi banyak. Patut lah boleh kurus...cepat sangat kalori terbakar bila pam susu.

Tapi ak belum kurus lagi la 😂😂

Aug 17, 2016

Bermulanya rutin baru

at 12:00 PM Comments
Assalamualaikum...

Delisha dah 2bulan..maksudnya aku pun dah kembali ke pekerjaan lama la. Huwaaarghhhh kejapnya rasa cuti berpantang 2 bulan. Pantang apa pun xtau haha.

Still need to catch up with new routines with 3 kids around. Its not easy!! Daily routine will take up to almost an hour, from wake up to get them out of the house. A lot of bags for sure.

✔Beg susu mama
✔3 beg baju anak2
✔Handbag mama
✔2 lunch box for mama n papa
✔3 kids

Emosi abang dan kakak ada pasang surutnya. Kakak as always, cranky bila bangun tidur..full of unrealistic reasons bila xnak bangun tidur. Then dua2 nak pegang tangan mama kiri kanan all the way to the parking.

Terpaksa tukar task. Papa kena dukung baby. Kalau tak, harulah mamanya nak pegang tiga2 sekali.

Tambah lagi sekarang tengah bersemangat nak masak bekal for lunch and balik rumah pun masak dinner. So far still can manage. Baru 3 hari kerja kot hahaha

Harap2 berterusan lah.
Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea