May 29, 2011

hand bouquet for engagement?

at 6:05 PM Comments
bridal bouquet tutorial
simple. cantik. sebab putih berseri.



Image:Free creative commons Fun Colorful Sweet Rainbow Candy Flower Bouquet.jpg

untuk engagement, rasa macam xperlu je hand bouquet. i mean kalau nak buatfresh flower tu mcm xberbaloi la pulak. membazir tau. i ni miskin je hak2. tapi kalau nak jugak pakai, rasa macam nak guna sweets hand bouquet. tak de la membazir sgt. lepas tu boleh bagi adik2 aku makan hak2. lagi satu, xnampak comel ke? selamba badak je aku tibai kan. kita tengok nanti cmne. kadang2 last minit pon boleh tukar segala2. haiiihhhh

May 28, 2011

mari terjah butik pengantin

at 6:01 PM Comments
tapi bukan butik inangsari la for sure. ehemmmmm.

okay. sekarang rasa macam cuak sebab satu apa pun tak buat. tengok kawan aku dah kelam kabut tapi aku masih boleh lepak2 hak2.
Daisypath Wedding tickers
haaaa cantik je kan nombor tu. tapi satu hapa pun belum prepare. aritu dah survey2 kat sini. dah beli pon baju untuk bertunang tapi rasa macam jadik baju raya je haha. why? i really need him or my sisters time nak beli baju. "anything will do". yes. thats me. susah kalau ada benda ni lam kepala. nampak ok je terus mcm xkesah. sebab malas nak pening2 kepala kan. last2 nampak macam baju raya sudah. entah2 baju mak aku kang lagi lawo. tertukar tunang x ke naya? hak2.

so for now, aku taknak survey dah kat sini. trauma inangsari xhilang lagi maaaaa. so nak balik ganu je survey, kalau cantik baru beli. x cantik kita x beli tau. ingat ye korang, lain kali sebelum try apa2 tanya terus kena beli terus ke kalau try kan. kang trauma macam aku hak2

erm,haritu dah list out butik2 yang akan kuterjah awal bulan jun nanti. aku cuti 4hari. so inilah masa nak balik kampung siapkan apa yang patut kan. 

che ku manisah-k.tganu
De Idaman-k.tganu
kasihdrias -jerteh
harumkasih-jerteh

ni adalah senarai kedai yang aku jumpa kat internet la. nanti pergi je jugak kat kedai2 berhampiran dengan rumah kang. jumpa tepi jalan je aku terus terjah. susah tau kalau sorang duk shah alam, sorang duk penang tapi dua2 kenduri kat terengganu, how meh? xkan aku nak g butik pengantik penang. nak sewa segala. x ke naya. itu je lah for now.

ok, nak pergi google hand bouquet y comel2 lak. mata ne~

May 22, 2011

trauma butik inangsari

at 7:39 PM Comments
hari paling malang sedunia! today, i went to kompleks bukit jambul. survey baju for my engagement. actually, teman housemate nak beli baju yang nak dipakai for her fren`s wedding. so alang2 aku pon join skalik. try sana sini. nama pun survey kan. kalo berkenan kita hangkut terus. 

nak dijadikan cerita, masuk satu kedai ni. BUTIK INANGSARI. haaa besar2 sket. mula2 masuk ada sorang akak ni. muka manis je sambut kami. dia mula la introduce dorg nye baju. ada macam2 la. baju kurung sumer, not bad la. then aku amek satu baju ni. nampak macam ok. pastu bila cakap nak try, sorang pakcik yang duk kat kaunter ni cakap macam ni.

"nak try ke ni? kalau cantik kena beli"

what do you expect bila dia ckp cmtu? of cos la kan, sumer tukang kedai akan cakap benda mcm tu. at first, i thought he was joking. KALAU CANTIK, KENA BELI. then i try. nampak ok but colour dia mcam terang sgt so i xnak la. bila bukak, i ckp xnk lah.

pastu makcik yang tolong bukakkan zip tu da start buat muka. maybe his wife kot. dia cakap kena beli. i balas balik cakap i xnak beli. then mula la dia ulang2 balik apa yang pakcik tadi cakap. dia siap tanya lagi, mmg saja nak try or nak beli. then i ckp la, i memang tgh nak cr baju for my engagement but baju dia i xnak. dia mula la marah2. pastu i cakap kedai lain ok je. pastu dia cakap lantak p la ngan kedai lain. boleh x dia cakap macam tu kat customer?? then i cakap, ok lepas ni taknak datang dah sini. 

"pergi mampus la"

yes. that was what she said to us. erm maybe me to be specific, i dunno. so ktorg blah la dr kedai y bajet bagus tu. xde customer pon. both my hands terketar2 je. memang panas hati. sebab tak puas hati ktorg patah balik kat tepi kedai tu. tapi tuan kedai tak nampak muka kot. sebab nak amek gambar nama kedai. bila dah amek, ktorang pusing balik then tetibe terperasan tuan kedai tadi ngan anak dia datang masing2 pegang handset n ipad maybe. sebab mcm gabak sgt haha.dorang amek gambar or video, i dunno.and i heard he said like this.

" budak kurang ajar"

gila tak??? i balas balik  no wonder u xde customer. i siap buat "peace" lagi. tapi skang tetiba cuak kalau dia p upload kat youtube or facebook mati la i glemer haha.

tapi i xkesah pun, sebab lepas tu bila pergi  kedai lain dorang cakap kedai tu memang reputasi teruk. so its not my fault la kan. lepas tu terus trauma masuk kedai lain. tanya siap2 kalau try kena beli ke x. nak ramah2 mesra ngan tuan kedai pon dah naik seriau tau. 

May 14, 2011

seronoknya buat preparation!

at 11:14 AM Comments
hi guys, ladies n gentlemen, tuan-tuan dan puan, bla bla bla....ok enough.

ni haaa meh sini nak habaq mai sket. skang ni aku dalam proses survey sana sini la. dah sorang penang sorang shah alam tu je la yang mampu setakat ni. so nak cte nye, bila dah survey banyak2 makin lama makin pening. makin lama makin stress haha. bak kata kawan aku, tu la yang membuatkan preparation ni menyeronokkan. tang mana seronok aku xtau la kekeke.

ok. yang aku nak citernye cmni. ktorg carik2 sumer tu kat kahwinmall kalo x silap. pastu banyak la kan mereka yang sediakan perkhidmatan perkahwinan. tapi yang xbestnya, orang letak website dia pun nak jugak. tapi bila bukak, hapa pun tarak!  kosong! no post! apa motif buat blog kan. tak paham betul la. pastu yang xde tu pun banyak jugak. aku paham la bukan semua orang rajin, ada masa nak buat website bagai. tak cukup masa nak handle sumer. yes, i know. tapi kalau dah buat tu at least isi la apa2 yang patut. pastu pulak ada yang buat blog letak sumer cukup lengkap. tapi xde apa-apa yang boleh dihubungi. phone number, email sumer xde! pastu bila aku tengok orang yang duk tanya2 kat every post xde pulak dia reply. cmno tuh?

agak mengecewakan la. yela, kita ni bukan terus nak p terjah. at least tgk2 dulu cmne. perkhidmatan dia menarik ke x. ok ke x. lagi pulak alamat jauh2. kang pergi xde pulak. x ke haru?

tu bab website. kita p pulak bahagian sms or email. ada yang website under construction. kita p email dia nak tanya harga bla3. dah 2,3 minggu asik under construction jexkn nk tgu saje kan. bila p email tanya dia nye pakej, harga sumer boleh pulak dia suh datang kedai terus. memang la lagi bagus. tapi apa salahnya bagi je la dulu harga tu. kalau ok, kami pergi la kedai tu. kalau x ok, buat apa nak pegi lagi kan?tak cukup ngan pihak yang org sms 2 mgu xjawab2. call xnk angkat. komen kat facebook xnk balas. msg kat facebook taknak balas. tengok kat fb aktif pulak ngan benda lain. cmne tu?

haaaaaa itulah antara perkara2 yang membuatkan preparation adalah suatu perkara yang menyeronokkan! haha. memang seronok.

May 8, 2011

mari mula berfikir!

at 2:15 PM Comments
di petang yang sunyi sepi ini
tanganku mula menari-nari
cuba merungkai kehendak diri
yang semakin aku tak pasti
nak sewa, beli atau buat sendiri??

hahaha amek kau. siap dah pantun 5kerat. terer gak aku ni ek berpantun2. spontan kot. piwwiitttt

okay. semalam duk survey macam2 lah untuk wedding. padahal tunang pun belum. sepatutnya preparation untuk tunang la didahulukan. tapi xpe, sebab nak buat simple2 je, taknak la kebabom abes dwet. memang la orang kata sekali ketika muda, insyaAllah. tapi xkan la nak membazir..ye dak. so kita buat ikut kemampuan. kalau orang tengok macam buat ala kadar ke apa, xpe jangan hiraukan. janji kita puas hati. bukan orang lain puas hati. hehehe

so, lepas ni akan bermulalah pencarian DIY untuk my pertunangan. kamdar pon sebelah rumah je. senang aku nak taram kain nanti hak2. baju maybe beli. y simple2 sedap mata memandang yang boleh pakai lagi lain kali hehe. 

May 7, 2011

serius saya xtahu apa-apa!

at 1:28 PM Comments
Alhamdulillah sekarang dah ada rumah baru, keje baru, hidup baru, suasana baru. tapi aku tetap aku. cewah! ok, after balik dari jepun haritu, agak busy sebab hari-hari duk belajar kereta. buat lesen. and alhamdulillah dah lepas. dah boleh bawak kete ni haha

after selesai pasal lesen, aku datang penang. dapat keje kat sini kan. maka kerja kat sini la. dah duduk rumah baru ni. dah masuk keja 4 hari. so far mcm ok tapi xtau la future cmne haha.

utk masa ni rasa macam blur2 gitu. bayangkanla, dah stop lama sangat. preparation untuk bertunang is zero. tunggu stabil sket lah hikhik. alah bukan nak buat grand2 pon. simple2 je. so xde la kelam kabut sgt kot. aku lebih focus kat persiapan kahwen nanti la. y tu lagi penting kot hehe.

so, sekarang ni ngah tgk2 balik y mana dah ok yang mana belum.. apa yang perlu dibuat buat masa sekarang ni bla bla bla. serius blank gila hak2. xpe2, kita kayuh pelan2. haha jangan tak sampai dah la.
Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea