Feb 24, 2013

Choosing a baby's name is not easy-part 1

at 12:13 PM Comments
Assalamualaikum!

Everyone around me keeps asking me these 2 questions lately.
1. baby boy or girl
2. Baby’s name 

Answering question number 1, we don’t know the baby’s gender yet as he/she is busy covering that part (if you know what I mean) with his/her hand nearly 45mins during our last scan session previously.

 And for question number 2, since we don’t know yet whether my baby is boy or girl, definitely we don’t finalize any name for our precious!

 When pregnant, one of the most important thing that you need to give extra attention is choosing baby’s name and trust me: it is not an easy job to do :D

I believe all m2b out there will be very excited when it comes to this. And it’s nothing strange if some of us already have the suitable name to call our baby when he/she is born later even we are just 2-3 months pregnant and already know our baby’s gender.

 Jadi sama lah dengan aku, apatah lagi kandungan telah mencecah 31 minggu. Lagi seminggu masuk 32 minggu bersamaan dengan 8 bulan! Dah 8 bulan dah. woot2~ 

 maka makin terasalah bahangnya sebab nama anak pun xdop lagi. kuangkuangkuang 

I’ve go through several websites, books to find the most suitable name for my baby. I already figured out up to 10names for baby girl and 3-4 names for baby boy.

But when I showed the list to my hubby, instead of just pick a name he said this to me

“I don’t like any of the names” 

Can you believe me? After all days struggle pick here and there, combine this with that name, choose the name that nobody I know have the name I picked and blablabla…

Fine! Cari sendiri~

Sincerely~
Ibu emo hak2

Feb 23, 2013

TAK MAU MINUM..UHUK~

at 11:41 AM Comments
Assalamualaikum~

Alkesah, hari selasa pergi Klinik kesihatan . macam biasalah untuk pemeriksaan perut. Disebabkan dah masuk minggu ke 31, maka dah start 2minggu sekali la appointment.

Tapi pemeriksaan kali ni sangat2 lah puas hati dari segi masa menunggu. Mungkin sebab aku bergaduh dan bertekak ngan doctor last appointment, atau memang hari tu x de orang sangat agaknya.

Sampai klinik kul 745, dapat nombor 42. Pukul 9 panggil untuk timbang berat. Punya la risau kan takut berat x naik, maka pulun la aku bfast kuih 3 ketul, air mineral 700ml abes aku telan. Yela sejak kandungan 5 bulan lagi berat aku naik sikit sangat2. sepatutnya naik 2kg sebulan aku naik 0.3 ngan 0.9kg je. Maunye aku x pulun kan.

Tapi masa timbang kena pandang belakang pulak. Xsempat nak tengok berapa berat. Saspen betul menunggu. Then bila tiba time nak check BP tu, mau x terbeliak mata aku tengok berat snirik. Selepas 2minggu 5hari, berat aku bertambah 2.5kg. sepatutnya 2kg sebulan, aku ni taram terus 2minggu hahahaha.

Terus teringat pasal air gula! Yabakunai?? Tu la selama ni duk x puas hati sangat, bila baca blog orang lain, semua kena minum air gula. Aku pulak duk tertanya2, kenapa la semua orang kena minum.aku xkena2 pun lagi. Sekali haaaaaaaaa SUDAH ADA SEBAB UNTUK AKU MINUM AIR GULA.

Lepas dah amek darah utk check hemoglobin dlm darah, check urine maka seterusnya pemeriksaan perut le pulok.dalam kol 930 cmtu dah masuk jumpa nurse. Sesi mendebarkan. Dupdapdupdap.

“Berat awak banyak naik ni. Kena minum air gula ek”
“tu la, naik mendadak sangat”
“average kenaikan berat ketika mengandung ialah 12-14kg, risiko baby obesity”
“hmmm..ok. sebab last 2 months berat saya x naik sangat. Naik o.3 n 0.9kg je per month”

 Nurse berfikiran sebentar lalu bertanya kepada nurse y kat depan

“Akak, macam mana ni ek. nak minum air gula ke nak observe je dulu”
“sebab last month xnaik sangat kan, overall kenaikan berat awak x byk sgt.so observe la dulu”

YEAY!!!! ß dalam hati je la tapinya haha

So sekarang ni kena jaga sikit makan tapi xtau kat mana nak tolak makanan yang x diingini. Aku skang pun makan memang 3kali sehari tu je. Xde coffee berak pagi ngan petang ke. Aku bfast, lunch n dinner sahaja. Xkan la nak skip makan kan. Cuma try kurangkan portion nasik, pastu mkn buah2 xnak bg kebuluran haha

Tau pun takut nak kena minum air gula kan. nanti arini nak pegri beli penimbang siap2. kena mengawal pertambahan berat ni supaya aku xperlu minum air gula hahahahaha. Bila baca kt blog pengalaman org minum air gula seram la jugak.

Tapi kalau berat banyak jugak naik, memang kena minum jugak la kan untuk kebaikan baby hewhewhew.

Oh baby, jangan gemok2 tau hihi

You may notice your baby isn't moving around as much. Don't worry; she's just running out of space in your uterus. As long as you can feel her squirming, you'll know she's just fine. Believe it or not, she still has plenty of growing to do. You can expect her to gain at least two more pounds / 900 grams before birth. 


Feb 16, 2013

persiapan menyambut Baby D

at 11:31 PM Comments
Assalamualaikum...

tetiba je kan Baby D bagai. angin xde ribut xde muncul baby D. why D, not A, B or C? hahaha
ceritanya xtau lagi baby girl ke boy, awal2 dulu encik suami sibuk je panggil Daniel, pastu sbb xtau jantina lagi tetiba Duratun pulak dipanggilnya. so saya panggil Baby D lah. tp nak bagi baby D nama apa pun xtau lagik haha.

Ok2, bukan nak cter pasal nama baby D tapi nk cter pasal persiapan utk menyambut kedatangan baby D ke dunia baru kami, in sha Allah jika dipanjangkan umur oleh-Nya.

sebenarnya list ni mungkin xlengkap, sebab aku pun duk google2 je pastu buat satu list. mungkin ada yang xperlu, ada yang xde dalam list so pandai2 lah korang ye.

Dah lama berhenti dari mencari barang2 ni, setelah 3kali pergi wharehouse , expo sale sana sini.. meh kita tgk apa y ada n apa y belum ada.

*updated*

A.KEPERLUAN IBU

  • Set berpantang-DONE
  • Barut perut / bengkung
  • Pump & tempat penyimpanan susu-DONE
  • Maternidy pad-DONE
  • Nursing bra-DONE
  • stoking
  • termos-DONE
  • baju menyusu
  • kain batik-DONE
  • tuala-DONE
  • baju sejuk
  • Selipar-DONE
  • Toiletries-DONE
  • Minyak / losyen ibu bersalin-DONE
B.KEPERLUAN BABY
  • kain lampin / pakai buang-DONE
  • baju baby *butang depan-DONE
  • hanger baby-DONE
  • sarung tangan / kaki-DONE
  • baby wipes-DONE
  • tuala kecik / sapu tangan-DONE
  • minyak baby
  • towel-DONE
  • barut-DONE
  • kelambu-DONE
  • kain bedung-DONE
  • bag baby-DONE
  • nappy nash cream-DONE
  • tab mandi baby-DONE
  • botol baby-DONE
  • tilam, bantal-DONE
  • tunku
  • bakul *utk pg hospital
  • bedak etc.-DONE
  • baby court-yang ni si papanye yang smangat nak sangat
  • car seat-DONE
  • stroller-DONE

Haaa nampak tak mana yang macam segala benda pun aku nak masukkan dalam list hak2. ape2 lah belalang. banyak lagi yang x complete nampaknya so kena mula mencari kembali. kandungan pun dah masuk minggu ke 30. xlama dah ni kot. fuh3. baby D, sila bertahan ya.

Kepala bayi anda semakin besar, dan pertumbuhan otaknya adalah amat pantas pada masa ini. Hampir kesemua bayi menunjukkan reaksi kepada bunyi menjelang 30 minggu. Keperluan pemakanan bayi anda akan berkemuncak semasa trimester ketiga
.

Feb 2, 2013

baby, jom kira sama2!

at 5:56 PM Comments
Assalamualaikum!

dah lama x menjengah kat blog snirik. xde apa yang menarik nak diceritakan. memandangkan 2hari lepas pergi klinik kesihatan untuk monthly check up, maka cerita pasal tu aje lah.

so, seperti biasalah saya amek appointment pukul 8 pagi walaupun saya tahu saya xkan dapat buat pemeriksaan perut jam 8 pagi. well, belajar dari pengalaman last check up. so saya bermalas-malasan untuk check up kali ni. dah bawak bekal novel siap2 untuk membunuh masa.

sampai klinik pukul 830. dapat nombor 2114. nombor sekarang 2000. maksudnya belum ada sesiapa yang dipanggil untuk buat pemeriksaan perut lah sebab starting nombor adalah 2000, sama seperti check up kali pertama dan kedua.

so saya menjangkakan untuk dipanggil timbang berat tidak awal dari pukul 930. well, berdasarkan pengalaman lepas. maka saya bukak novel lah siap2. agak2 kol 9 lebih baru alert nama yang dipanggil and as expected, 930 lah baru nama saya dipanggil.

lepas timbang berat tunggu lagi dalam 15-30 minit untuk dipanggil , ambil BP dan sedikit nasihat lah. kemudian kena pergi ke kaunter 18 untuk amek darah kat hujung jari macam biasa, untuk check kepekatan hemoglobin dalam darah, dan juga urine test.

dah siap2 semua ni pulangkan buku ke dalam bakul di kaunter daaaaaaaaaaaaaaaan semuanya baru bermula. tunggulah sampai nombor giliran anda tertera di papan nombor dan kena sentiasa alert ye kengkawan. sebabnya nombor yang dipanggil tak ikut turutan. so berserah sahajalah.

pungpang2, kol 12 lebih baru jumpa nurse, check perut. nurse cakap kepala baby dah kat bawah. pastu jantung baby sangat cepat berdegup. terus nurse tanya aku, lapar ke? alahai duk menunggu aje dr pagi smpai tengahari, makan karipap je bfast tadi maunye x kebulur kan.

kemudian nurse tanya mcm biasa lah "sihat ke harini'? berdasarkan pengalaman lalu, jawab ajelah keadaan untuk hari tersebut sahaja, jangan nak pandai2 cakap seperti "xberapa sehat sangat sejak dua hari lepas" sebab dikhuatiri nurse akan jawab balik " saya tanya untuk hari ni aje, bukan 2 ari lepas". so jawab soalan nurse terus ok.

kemudian nurse dah suruh start kira pergerakan baby sebab dah masuk 7 bulan. katanya, ramai dah orang kat klinik ni yang xsedar anak mati dalam kandungan waktu cmni. so aku kena alert lah pergerakan baby. start dari 9 pagi sehingga 9 malam, minimum 10x pergerakan. kalau x cukup, kena terus pergi klinik bahagian kecemasan untuk pemeriksaan lanjut.

kemudian kena suntikan vaksin dos ke2. sampai sekarang rasa sengal, lenguh2 lagu kat bahagian bahu ni.

kesimpulan dari lawatan kali ni :
berat naik 1 kg sahaja, sepatutnya kena naik 2kg. kalau x, baby x membesar. dinasihatkan minum susu 2x sehari dan makan dengan banyak untuk pertambahan berat yang seimbang.
BP ok, normal
dorang x komen apa2 pasal urine so maksudnya xde masalah la tu
kepekatan hemoglobin 11.7, normal jugak

lepas ni kena jumpa setiap 2 minggu puloks. xpercaya je rasa dah masuk 7 bulan. walaupun perut nampak kecil seperti yang diberitahu oleh semua orang setiap kali tanya saya berapa bulan, hasil dari ukuran nurse, kebesaran perut saya adalah normal dan memang sesuai untuk usia 7bulan. pendek kata, xterlalu besar dan xterlalu kecil. samalah macam size baby masa buat scan dulu. size normal baby untuk usia kandungan ketika itu. Alhamdulillah. suma kena struggle sket nak tambah berat. dannn juga alert kira pergerakan baby. kol 1pm baru keluar klinik. phew~nearly 5jam bertapa kat klinik.  wuwuwuwuwu

ayuh baby! mari kita mengira sama2 ok~
Menjelang minggu ini, berat bayi anda ialah sebanyak 2.3 paun / lebih sedikit dari 1 kilogram dan mungkin berukuran 14.8 inci / 38 sentimeter panjang dari atas ke jari kaki. Sekitar masa ini, bayi anda yang di dalam rahim itu sudah boleh membuka matanya dan memalingkan kepalanya jika dia ternampak cahaya terang yang memancar terus menerus dari luar. Lapisan lemaknya sedang terbentuk dan kuku jari mula timbul. 

Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea