Dec 23, 2013

8months+2weeks+2days

at 10:37 PM Comments
Assalamualaikum!

mari2 mari bersemangat kembali menulis di sini. lalalala...

kagum betullah bila tengok mereka2 yang tegar tulis blog.

aku? dah punah ranah dah hahahaha....

balik rumah dah penat terus terbongkang. esok pulak baru online haiihhhh...

8m+2w+2d. hmmmm Damia masih lagi seperti dahulu tidak bisa gerak lagi hehe. pusing2 360 darjah je dia power.

eat almost everything hihihi...

oh, rasa x pernah lagi share about this but damia already started on formula..since 6months old. nanti lah cerita kisah menyayat hati itu..

harini nak cerita, kisah damia dah ada gigi!!!!!

haaa jangan terkejut sebab mamanye pon terkejut. mengensot belum, merangkak belum tup2 dah tumbuh gigi hihihihi

tapi xperlu risau sebab setiap bayi lain2 perkembangannya.

Alhamdulillah damia x demam. setakat tumbuh gigi kan. ape lah sangat :P

for me, damia is a strong baby i can say. previously bila dia demam ke, batuk almost 2months non stop bila pergi clinic pon doctor cakap damia is very comfortable walaupun sakit2 mcm tu.

cuma yelah, kadang2 waktu malam je la susah sikit nak lena. tidur agak terganggu tapi kami berjaya mengharunginya!

ok idea dah kering kontang. entri yang xde kepala xde ekor. come on, give me a chance. baru nak panaskan enjin ni. esok2 berdesup 5 entri satu hari. ha ha ha ha ha ha ha berangan kannnnnn

ok bye.

Dec 8, 2013

8months

at 8:21 PM Comments
Assalamualaikum!
Huwahhh lama benor dah xmerapek meraban.

Ok asyik ayat sama je setiap kali up new entry after long hiatus.  Ahaks.

Banyak nak share tapi fikir ke masa, internt x berapa nak ada maka secoet je lah yang ada nye hehe

Damia sudah berumur 8 bulan!!



Kejap je rasa. Macam baru je rasa duk struggle sorang2 jaga damia lepas pantang aritu. Tup2 dah 8bulan anak dara mama sorang ni.

Rata2 soalan. Damia dah pandai ape dah?

Ok, since 4months aritu da start meniarap. Sekarang dah pandai pusing terlentang balik.

Pastu pusing2 macam kipas helikopter hihihi
Pastu kuak lentang pulak xgerak2 kuikuikui

Belum pandai bergerak ke depan. Makanye sudah tentulah belum pandai merangkak lagi. Bila tengok anak orang, terutakanya baby boy yang da start merangkak at 4months old, rasa jugak risau. Normal ke damia ni xgerak2 je lagi.

Tapi every baby is different.  Ada yang terus pandai jalan xpandai merangkak . Skip level gitu kan haha.

Sekarang kalau duduk macam da boleh tapi kena letak bantal keliling sebab kadang2 goyang2 lagi nak terbalik hehe.

Gigi pun belum tumbuh tapi asyik duk letak jari gigit2 dalam mulut. Gatal gusi agaknye. Tapi bila bagi teether tu xreti pulak masuk mulut nak gigit2. Jenis susah sket nak suap ke , ulut kalau ada apa2 kat tangan. Jari sendiri je sedap kot hehe

Bila dah masuk 8 bulan ni tetiba macam panik jap pasal makanan. Yela xkan la selamanya nak bagi puree ataupun bubur y kisar halus tu kan. Kena mempelbagaikan makanan. Dan dah banyak jenis makanan yang da boleh diperkenalkan. Pening jugak mama memikirkannya.

Xpe2, pelan2 kita usahakan ye sayang.


Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea