Oct 31, 2013

So much win!!

at 8:09 PM Comments

Assalamualaikum!

Haaaa ape y "win" sgt tu?

Alkesahnye....damia dah laaaaaaaamaaaaaa dah pandai sebut2 ni. Xde la "aaaaaaaaaaa" je manjang kan.

Memula "te te te te "..... bila time potpet2 haaaa. Kua la "te te te" dia tu. Mula2 aku dga mmg rs excited sgt sbb damia dah pandai ckp tp dlm bhs dia la. Bukan bhs kita ni.

Then x lama lepas tu jadik "ta ta ta ta" pulak.....

Pastu advance sket, "ta te ta te"... ikut suka dia la kan. Kejap "ta" kejap "te"..

Kemudiannya "da da da da........"

Tp smalam lain sket. Dia da start sebut "pa pa pa pa pa".

Haaaaaa ms ni aku kt umah maksu la nk amek dia. Bila dga damia sebut tu da boleh agak siapa yang paling excited. PAPANYE LA!

aku diamkan aje la xgtau lagi damia da sebut "pa pa pa pa". Smpai parking umah damia da tdo. Tp bila nk naik umah, terjaga balik. So ak tinggalkan dia dlm bilik sorg, ak mkn dinner. Sebabnye puas duk menyusu duk dodoi2 xmo tidur ak bior je la dah kebuluran kan.

Tiba2 ms ngah basuh pinggan papanye jerit, lari2 datang dapur. Aku terkejut la ingatkan damia nape. Haaaa tau nape?

Sebab papanye da dengar snirik damia sebut "pa pa pa pa" tu. Haruslah gembira sebab bukan sebut "ma ma ma ma" dulu ke.

So much win katanye.  Yela, aku layankan aje. Sbb selalunya mamanye y menang.  Damia tgk mamanye je pon da senyum. Papanye slalu jelessssssssss haha

So kita kasik can lah kat apak2 ni kuikuikui

Oct 29, 2013

warna susu berubah?

at 10:20 PM Comments
Assalamualaikum!

Harini try tambah lagi supplement dr shaklee. Sebelum ni makan alfalfa ngan esp je. Tp esp ak kurangkan sket kuantiti nya.

pastu harini br dpt iron, vita-lae, ostometrix. Telan sebijik setiap satu sebelum lunch. Alfalfa cm biasa makan 5 bijik haha

petang tu bila pam terkejut tengok perubahan serta merta. Warna susu jadik agak kuning compare to warna sebelum ni.

aku google la, risau jugak kan. Tengok2 mmg ramai yang begitu tapi ada y berubah bila makan esp. Ak pulak makan y lain2 ni.

apa2 pun, semoga ia terbaik untuk damia sayang.

ak makan bukan semata2 untuk mengharapkan susu bertambah ngan mendadak ke apa. Tapi lebih kepada nutrisi. Sebab aku ni lately makan xjaga sgt. Rs mcm kurang sana sini so decided to add in some supplements. But of course ak x bergantung sepenuhnya. Pokok pangkalnya, pam dan mjnum byk air. And im still trying my very best to pump during office hour.

Oct 25, 2013

Cepat sihat sayang!

at 1:06 AM Comments

Assalamualaikum!

Semalam gigihkan jugak lepas dah lama duk fikir lupa, ingat lupa je selalu. Makanya bawak damia pergi klinik untuk bagi nebuliser.

Since damia batuk dengan teruk lama dulu, batuk n kahak on off. Not completely gone. Kadang2 kesian dia tidur xlena. Hingus meleleh2 kadang tu.

Sebelum ni pernah try cara traditional ke? Bagi dia sedut wap air bawang putih.  Yeah, I read in someone's blog. Tapi sedih tengok damia muka merah2 kepanasan, air mata meleleh2 kesayuan. Lepas 10min mamanye stop, sebelum mamanye yang menanges sama hak2.

Indeed, hingus start keluar tapi belum tahap keluar y hijau2 tu. Kua y jernih2 je. Xtau la nk kena buat berapa lama baru kua semua.

Ish panjang cerita pulak.

So semalam bagi la nebuliser.  Walaupun mula2 nurse kat situ cakap xbuat untuk baby below 1year. Tapi doctor cakap, no harm with the right dosage for baby.

Da la alat y nak letak kat hidung tu besar, tutup semua muka damia haha. Tapi si kecik behave je. Cuma kadang2 dia gerak la xselesa haha. Cian my baby ye..

Malam tadi, nyenyak betul dia tidur sampai ke pagi.  Sudahnye mamanye pulak bengkak susu sebab tak df haha. Aiyooooo...

Harini masih lagi ada kahak tu.belum hilang sangat lagi. Dah 2x muntah bila batuk2. Hopefully semua kahak pon keluarlah sekali.

Tapi damia ni, hidung kadang2 tersumbat pun dia x meragam. Elok je mainnya. Jerit sana sini x padan ngan baby girl hihihi. Thats why doctor cakap x teruk sgt sbb tgk damia pon very comfortable.

And it will take longer time for baby to completely sihat walafiat, katanye doctor. insyaAllah!

Amin.

Oct 21, 2013

Damia sudah pandai jeles!

at 9:02 PM Comments

Assalamualaikum!

Tetiba rasa mcm baaaaaaaanyak sgt cerita terkumpul.

Sementara ingat ni meh nak story mory sket. Eh pepandai je story mory sape ajar ntah.

Ok, harini nak cerita kisah damia dah pandai jeles. Haaaaa jgn xtau...kecik2 da jeles2 ek.

Haritu masa pergi amek, dia ngah main2 elok je duk ngan maksu.  Kebetulan ada lagi sorg baby umur 2tahun ++ xbalik lagi. Budak ni (shahril)pulak jenis ok je ngan semua orang.

Bila aku pegi duduk kat sebelah maksu, shahril ni dengan selamba dan muka x malunye duduk atas riba aku. Hahaha.

Bila damia pusing, mula la meronta2 libas2 tangan hentak2 kaki nak menangis tengok ada orang duk atas riba mamanye.  Ye la selama ni xpernah nampak pun mamanya riba sesape tup2 arini dah ada orang. Teruk hokhekhokhek nak datang.

Haha anak mama dah pandai jelessssssssss.

Saje je buat2 xnak amek. Lagi la kuat dia duk jerit2 nak datang kat aku. Then aku amek tapi shahril masih duk atas riba xnak bergerak. Marah2 la dia haha. Sampai la maksu amek shahril tu dari riba. Baru la keadaan kembali tenang kekeke.

Eeeeeeee comey je  da pandai jeles2 ye. Nanti kalau damia dah ada adik jangan jeles2 tau!

Belum pape dah ckp psl adik haha. Lmbt lagi laaaaaa

Oct 19, 2013

Damia dah makan solid food!

at 10:41 AM Comments

Assalamualaikum!

Cerita dah basi tapi nak jugak update supaya di kemudian hari mamanye x lupa hehe.

Sekarang umur damia dah 6bulan stengah.

Sebelum umur masuk 6 bulan, mama dah semangat google cari info sana sini perihal makanan untuk damia.

Dah tengok siap2 , 7hb 10 hari isnin so mama nak try bagi la weekend tu. Kena try dulu tengok damia dah ready ke belum nak makan nih kan. Xnak lah terus bagi kat maksu tanpa apa2 persediaan.

Mula2 mama bagi carrot, failed! Haha nanti lah cter cmne boleh fail hihihi.

Lepas tu bagi pisang. Alhamdulillah damia makan dengan jayanya! Lepastu avocado berjaya jugak! Tapi bila bagi epal nggak mau pulak. Masam kot hehehe.

Kena cari banyak resepi lagi nih. Excited nak suap damia kuikuikui...

Oct 12, 2013

damia jatuh longkang

at 8:27 PM Comments
Assalamualaikum!

haritu tengah syok2 buat kerja kat ofis, dapat call dr hubby..

"papa jatuh longkang dengan damia!"

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?????

maunye tak sentap kan. dah la jatuh kepala dulu. nasib longkang ada air, dan damia pakai topi pagi tu.

pagi2 terus bawak pergi klinik. check up sikit, doctor ckap xde ape2 yang serius.

tapi kena monitor dulu 2, 3 hari tengok kalau muntah, xde selera makan etc.

calar la sikit kat kepala damia.

nasib baik xde pape. risau jugak haritu. mood nak buat kerja terus kelaut. hak2.

2,3 hari ni so far xde ape2 yang merisaukan. 

masih lagi menjerit2 mcm biasa.

masih lagi minum susu dan makan dengan lahapnya.

masih lagi ceria seperti biasa.

Alhamdulillah.

Semoga damia sentiasa di bawah lindunganNya.

Oct 5, 2013

Saat yang bahagia.

at 6:10 PM Comments
Assalamualaikum!

Malam itu tidurku terganggu....
Semacam ada benda duk merayap2, duk main kat muka terutamanya bhg mulut.
Bila buka mata, tengok ada seorang budak kecik bermata bulat memandang aku.
Tangan masih lagi lincah di muka dan mulutku.
Bila tengok jam di dinding, its 430 am!

Entah bila damia terjaga, duk main2 muka mamanye.
Rindu mama letew....
Lepas cium2 sebab geram tengok anak comel sangat.. pusingkan dia mengadap mamanye pastu tepuk2 bontot.
Terus tertidur.
Oh indahnya dunia!
Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea