May 30, 2013

Kalau ada yang rindu...

at 7:18 PM Comments

Nah!!!!

Hari ke 53 berpantang,  eh rs da x pantang hahahaha

Lagi 5kg sebelum kembali ke berat asal sebelum pregnant. Chaiyok2!

May 29, 2013

Mari lah mari....

at 3:47 PM Comments

Pergi mengundi..eh bukan2 hehehe

Assalamualaikum!

Blogging la jap sementara damia tdo tuh.
Baru lepas jemur kain, yang dah siap dibasuh sejam y lepas.

Yeah, everything is changing around us. No more time to lepak2, bermalas2an, tangguh menangguh. Yang ada cuma curi2 ms utk buat kerja rumah. I really need to learn how to do multitasking.  Phew~

Rutin harian da berubah, sejak2 dah balik umah snirik. No more tokma, che ngoh nak tolong tengokkan damia sementara aku nak mandi atau nak makan, malah nak ke tandas sekalipun.

Sumer kena pandai curi masa.

Pagi2 damia akan bangun, lam kol 6-7am cmtu. Time ni selalu mata dah segar-bugar selepas menyusu. Damia selalu menyusu lama, 15-30mins. Sometimes up to 45mins. Smpai la dia tertdo.

So dalam kol 8lebih cmtu kena siapkan lah air panas segala utk mandikan. Sebelum dia terlelap balik. Damia selalu mengamuk kalau lepas mandi , time baringkan dia nak pakaikan barut n pampers baju segala. Meraung2 macam kena gigit semut je. Lepas tu damia akan tdo smpai la kol 1030@1100 cmtu.

*kena stop jap damia da terjaga dr tdo.

4jam kemudian.....

Br boleh smbung.*sigh

Eh nk ckp psl benda lain tp dah jauh menyimpang ni. Sebenarnya nk cter psl stok susu. Lagi seminggu lebih je nak start keje blk tp susu x buat stok langsung lagi. Br nk start ni hak2

Tp saikin susu mcm x meriah sgt. Kalau time pantang dulu kdg2 smpai bsh baju susu keluar. Skang bukan stakat basah, pam bagai nk rak pon br kua setitik. Haihhhhh susah hati pulak.

Setiap kali pam dpt la 2oz/sesi. Masalahnye sekali sehari je pam. Awl pg lepas damia tdo lepas mandi tu.selalunya time ni dia tdo lama sket. Tp bila da start terjaga da susah nk tdo lama2 sbb skang dia selsema. Mula la menangis2.

Jangan kata nak pam susu, nak mandi makan bagai pon termengah2. Pastu asal baby bangun je sua susu. Bila nak pam? Harapkan bangun awl2 pg je la. Tu y liat hak2. Start mlm ni je lah. Agak2 sempat x 100oz ni? Xyakin pulak haha

Bila sebut susu kurang, ramai y tawarkan supplement mcm2 nak banyakkan susu. Buat ms skang, ak mcm mls nk bergantung kat supplement. Makan gitu je. Org ckp kena mkn sawi, lobak putih, air horlicks , minum byk air msk utk bykkan susu. Kena try nih. Harap2la berjaya susukan damia smpai 2tahun.kalau x keje xpe, tp sbb keje y kena buat stok nih. Huhu

Ada idea lain x selain mkn supplement?

May 22, 2013

Buah hati mama ♥

at 5:50 PM Comments

Inilah buah hati intan payung pengarang jantung mama n papa.

Semoga membesar dengan sihat sempurna, dan menjadi insan yang solehah.

May 8, 2013

Meraung 1 klinik boleh dengar

at 12:43 PM Comments

Haaa itulah si damia

Semalam sempena genap sebulan,  damia kena pg cucuk kat peha di KK.

Alkesah org lah ramai tapi doktor seorang je untuk semua kategori pesakit.

Kesian tengok warga tua yang menunggu.

Semalam, bukan saja damia y kena check up, tapi mamanya pun sama.

Kena check hb, urine, bp, tinggi rahim dan segala2 y berkaitan.

Aku pulak x prepare, ingatkan damia sajo. Bila dorg beritahu nak check jugak untuk si ibu, mulslah menggelupur hak2.

"Eh pagi tadi minu air kopi, x minum air msk byk2 kang result x lawa mati la"

Haaa nampak sangat time nk jumpa dokyor je jaga segala kan hak2..

Tapi nasib baik la semua under control lagi hehe

Baby pulak ditimbang, naik 100g je since last 10 days. Ok la tu, da 3 kg.

Mama pulak baru turun 7 kg. Lg 6 kg oyeah...

Alkesahnye, baby ni masa mamanya nak pergi kaunter makmal, suruh la papanya pegang jap. Belum sempat nama dipanggil, papanya datang bawak damia yang dah oek2.

Mamanya amek kejap je terus diam. Pastu kena bg urine pulak, bagi la damia kat papanya.

Balik je dr toilt damia oek2 lagi, kena menyusu jap...pastu papanya datang panggil cakap nama da kena panggil. Bagi la lagi damia kat papanya.  Pergi kaunter utk check hb.

Dari jauh da dengar damia meraung. Si kecik ni kalau da meraung kelaparan memang xde can dah. Kena sumbat dulu baru diam . Bila smpai tgk papanya dah tkial2 pegang damia yang out of control hahaha.  Cian my girl..

Pastu pergi pulak bhg ibu n anak sebab nk cucuk kan...

Masuk bilk sejuk gila! Kuat tol dorg pasang ekon. Damia sukala duk dlm ekon, terus boleh lelap mata.

Sampai ke saat mendebarkan....

Masa nurse cucuk kat paha tu, zassss terus meraung bagai nak rak tapi yang kelakarnya bila nurse tarik jarum terus diam. Tanpa sedu-sedan , terus pejam mata sambung tdo.

Alahai si comel ni geram2.

May 7, 2013

Sudah sebulan!

at 10:09 AM Comments

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, harini damia da berusia sebulan.

Nak pergi cucuk jarum lak.

Harap2 jgn nanges la ye sayangku.

Makin hari makin comel anakku.

Semoga membesar dgn sihat dan menjadi anak y solehah dan hambaNya yang beriman dan bertaqwa.

Amin.

Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea