May 27, 2014

its a looonggg way to go

at 6:59 PM Comments

Assalamualaikum!

baru masuk minggu ke 24, tapi penat, xlarat kalah org mengandung 9bulan dah.

kalau nak dibandingkan dgn pengalaman lepas mmg beza sgt2!

Dulu kalau nk tiap2 minggu pun nkk keluar. Pantang ada expo,warehouse sales mesti nak terjah. Even a day before bersalin pun masih kental pg shopping sana sini.

Tapi kali ni sgt beza. Sebelum tahu pregnant pon da mula sakit tulang pelvis?

Sekarang makin menjadi2, sampai pernah a few times xboleh baring before urut.

Kadang2 by the time abes kerja tu da jalan terhenjot2 sbb kaki belah kanan mcm da xdpt tampung beban dan akan mengakibatkan sakit y amat sgt kat tulang.

Sampai rumah baring siap2 suruh damia urut n tepuk2 haha.
kadang2 kaau tertdo atas sofa y x berapa empuk, mmg wajib dipapah untuk bgn.

Lagi 3 bulan.. marilah bertahan. Baru boleh paham perasaan bila org ckp da xlarat n xsabar nk bersalin.

Inilah y dikatakan setiap orang lain pengalamannya, bahkan org y sama sekalipun lain pengalaman setiap kandungannya.

May 25, 2014

Apabila jarak anak xsampai 2 tahun

at 10:34 PM Comments

Assalamialaikum.

Lepas siap booking kat ppum haritu ,alang-alang dah ambil cuti satu hari makanya pergi kk untuk buat buku merah pulak. Terpaksa jugak buat check up kat sini sebab ppum busy sgt.

Terus dupdapdupdap jantungku sebab dah nak masuk 20weeks @ 5bulan,mcm ada tanda nak kena marah je sebab lambat haha

Bila sampai seperti biasa nurse akan tanya benda basic seperti dah berapa minggu,confirmkan positif pregnant kat mana,anak no berapa..

Haaaa tang anak no berapa tu berdarah sikit la telinga menahan ye.

Nurse: anak no berapa ni
Me: No dua.
Nurse:umur anak sulung?
Me:setahun sebulan.
Nurse: setahun? *smbil senyum kambing*  kat sini kami aturkan 2 tahun
Me: sy mmg xmkn apa2 pil perancang pun.

Yeah i know, ms check up damia dulu mmg ada mereka nasihatkan suruh jarakkan kelahiran at least 2 tahun. Tp ak xnk mkn pil perancang, sendiri2 je. and kitaran period ak pun xkembali spt asal lepas bersalin. Alhamdulillah, dapat rezeki lagi. Daku terima dgn hati y gumbiraaa

Tp nasib baik abes kat situ je. Ms jumpa nurse utk check up in details,dpt nurse y muda alahai, baya adik aku.

Bila tau gap ngam damia sket je, dia ckp "Alhamdulillah, rezeki akak."

Sejuk la sikit perut ak tgh mengandung hak2

Apa- apa pun terpulang pada diri masing2

InsyaAllah aku akan jaga amanah ini sebaik mungkin.

May 22, 2014

tempahan bersalin di ppum

at 7:10 PM Comments

Assalamualaikum.

Xtahu lah betul ke x bahasa melayu ak tapi nak cakap dah booking nak bersalin kat ppum je. Haha

Disebabkan dulu agak berpuas hati dengan servis ketika proses kelahiran damia, maka kami buat keputusan untuk bersalin kat sini kalau xde aral melintang.

Dan juga untuk mengelakkan jelingan manja nurse kat situ sebab last time pergi terjah je haha

Pergi tempah akhir bulan April, dpt appointment bulan 7. Fuh nasib baik ada. Ramai jugak ye .

Untuk buat appointment cuma bwk ic je. X payah bayar pape lagi. Bila appointment nanti baru kena bayar 500 untuk bukan kakitangan kerajaan. Non-malaysian 1k.

Ni untuk bukan pakar ye.

kemudian nurse akan bg list apa y perlu bawa masa datang appointment nanti.

Nak booking kejap je. Kalau dtg awal2 pagi mesti beberapa minit je. Ak haritu datang dah kol 9 , lam sejam da siap sbb kena tunggu giliran.

Disebabkan next appointment ngan doktor bulan 7, makanya kena pergi check up kat tempat lain dl. Kalu check up kat kk, ms appointment bawak je buku merah.

Haihhh,ingatkan malas dah nk buat buku merah tp xpelah, buat jugak hihi.

Ok,bai!

May 3, 2014

xsedar sudah berisi

at 10:06 AM Comments
Assalamualaikum!

harini nak cerita perihal kandungan kali ni, yang mana aku pun xsedar yang aku dah pun berisi.

Lepas bersalin Damia, aku memang fully breastfeed sampai lah 6 bulan, Alhamdulillah. Cumanya lepas tu dah start topup formula. makanya, period pun datang lambat. memang dikatakan begitu kalau breastfeed akan melambatkan perkara itu.

My 1st dtg bulan after bersalin kalau tak silap masa Damia berumur 7 bulan. Terus nak kena berjaga-jaga kan takut la lekat lagi skalik :P Yela, damia baru 7 bulan, mcm cepat sgt je kan. Tapi aku xde la ambil apa-apa pil perancangan, bajet2 sendiri la kan.

Bila kira-kira ikut kitaran sebelum bersalin, sepatutnya bulan 12 aku dah dtg lagi skalik. tapi x datang2. masa ni memang dah cuak. hahaha. plan x berapa menjadi barangkali. So bila dah 2 minggu lambat, aku buat la pregnancy test. Tapi negative. So dalam hati terfikir, mungkin kitaran dah terganggu atau berubah sebab lepas bersalin, dan masih lagi breastfeed.

Tunggu lagi 2 minggu, tak jugak datang. Test lagi sekalik. Masa ni memang curi2 je beli test kit tu. sebab kalau husband tahu mesti dia dah bising sikit, dia paham sgt ngan perangai isterinya yang xsabar2 ni. perasaan ingin tahu membuak2 gitu hahaha. Tapi masih juga negative. 

Dengan muka sedihnye, aku pendam je la haha.

Masa berlalu begitu sahaja......

Sehinggalah suatu hari, aku dah start rs pening2. xde selera makan sgt. Bila makan banyak rs nak muntah. sampai mc sehari sebab bp rendah, kurang mkn punya psl. Memang xleyh jadi. Pergi beli lagi skalik sebab biasalah, tak puas hati nak tahu jugak, kot2 pregnant kan. asal pening, loya2 sket je pregnant kan. padahal byk lg sebab lain hahahahahahaha tapi peduli apa aku :P

senyap2 test malam. xsabar sgt. wpun kalau nak ikutkan lagi bagus test pagi sbb kandungan urine tu asli sket, xtercmpur ape2 mkn lagi so kandungan hcg lagi tgi. kalau pregnant 1-2 mgu pun dh boleh nmpak hasil.

Test punya test, keluar double line!!! aku terdiam kejap lam toilet. mcm xpercaya jugak sbb tiba2 dah pregnant kan. tapi xtahu berapa minggu. pergi beli pulak y digital, y siap boleh keluar berapa minggu. tup2 kuar 3mgu +. kalau mcm tu maksudnye dah lebih 3mgu tp masih xtau exactly la.

kalau kira last dtg bulan, 3bulan. tp nak memastikan lagi pergi scan kt umra. size baby 8mgu. beza sebulan gitu. 

Begitulah ceritanya.

Dan sekarang, ketika post ini di tulis, Alhamdulillah dah 20 mgu kalau ikut size scan. Due date will be 20th Sept 2014, insyaAllah. Semoga semua dipermudahkan.

Damia pulak lagi 4 hari , berumur 13 bulan. kecik2 lagi dah nak jadi k.long ek haha. Alhamdulillah rezeki anak dipermudahkan Allah.

May 2, 2014

selamat datang zuriatku #3

at 8:39 PM Comments
Assalamualaikum
Just a simple and quick announcent.

Pregnancy%20ticker

My 2nd baby is coming soon..
insyaAllah.

stay tuned for more update.


budak kecik ni akan jadi kak long xlama lagiii hikhik
Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea