Jul 21, 2011

Mari tambah seri lagi!

at 1:45 AM Comments Links to this post
orait~
mari kita sambung macam mana nak kelihatan berseri2 di hari bahagia. sambungan dari entri lepas

5. Ubah rutin
jangan bazirkan tenaga untuk aktiviti yang tak penting sangat dalam sehari-hari. hmmm ape ek aktiviti yang tak penting? gelak tak hengat dunia? haha. uishhh membazir tenaga jugak tu kan hehe. aku la tu suka benau gelak kuat2. haa apa lagi? ce tengok balik apa yang kita buat dari pagi sampai ke malam. ada tak aktiviti kurang penting tu bolehlah dikurangkan. then kena jaga kesihatan. perlu buat pemeriksaan doktor sebelum berlangsungnya majlis. senang nak tahu badan kita ni betul2 sihat ke cmne kan.

6 cukup tidur.
ini yang sangat2 la penting. untuk orang dewasa, tidur yang cukup adalah antara 6-8 jam sehari. jap nak kira2. aku tidur kol 12 gurai bangun 6 lebih2. haaa cukup la tu 6jam kekeke. tidur yang cukup penting untuk menyeimbangkan hormon, kata buku ni la. :p so nanti xde la duk atas pelamin pun menguap. tapi aku ni bese tidur banyak, sekarang kalau tidur 6jam kat tempat keje tu ngantuk x hengat hak2. bajet diri snirik macam baby la pulak kan wakakaka.

7 Rehat sebentar.
bagi mereka yang dah dekat sangat nak berlangsungnya majlis tu bawak2 la berehat. semestinya tengah sibuk ngan segala persiapan kan. nak jumpa orang tu orang ni, p kedai sana sini, ulang alik. memang sangat banyak yang nak kena buat. sedar tak sedar kita dah abaikan diri sendiri. so, relax jap untuk kumpul balik tenaga. hmmm aku ni boleh ke relax, sebab apa pun tak start so nak relax jugak ke? ahahaha

Jul 20, 2011

Mari berhempas pulas buat projek!

at 12:01 AM Comments Links to this post
hoi hoi hoi!
eh2, assalamualaikum~
hehehe gigih kan malam2 buta ni pun nak update lagi. maklum la, time2 gigih cmni la nak kena tuptaptuptap tangan kat keyboard. kalau x entah bila lagi kan.

ok2. disebabkan aku pun dah ngntuk sangat ni, maka aku str8 to the point tanpa melencong ke mana2. mari jawab teka-teki aku. berbekalkan barang-barang kat bawah ni agak2 hasil dia cmno ek? haha






haaaaaa. dengan rasminya bermulalah projek mega aku. tadi baru je abeskan 2jam untuk siapkan 1/7 drpd projek. kuang2. cmno nih. kalo xsempat cmno? hahaha. hasil dah ada satu. nanti dah puas hati aku tunjuk2 ek hihi. 

Jul 14, 2011

Kompem berseri2 di hari bahagia!

at 11:31 PM Comments Links to this post
ecewah. segan pulak nak menulis2 pasal hari bahagia ni hak2. walaupun hari tu nak kata dekat macam jauh lagi, nak kata jauh rasa macam semput2 dah ni fikir pasal preparation yang entah ke mana ngeh3.

so, hari ni nak la bercerita mengingatkan diri sendiri. macam mana nak bagi muka berseri2 di hari yang bahagia. xnak la muka penat je kan. ni bukan aku pepandai, baca sana sini so saja nak ingatkan balik.

sebenarnya tak payah tunggu nak kawin baru nak amalkan cara hidup sihat ni. kan ke bagus kalau memang dah sentiasa berseri2, xpayah la nak susah2 bila nak kawen kan hak2. ok moh kita jenguk.

1. perbanyakkan minum air.
aku rasa semua orang tahu air ni sangat penting untuk badan. kalau x makan lagi lama boleh tahan dari tak minum kan. kena minum banyak2 air untuk bagi oksigen yang cukup untuk badan. xde la lesu sangat. hmmm, aku kena take note yang nih, sebab susah sangat nak minum air. kadang2 tu lepas makan tahan jap minum air . konon2 nya nak bagi makanan hadam sket baru minum air. tapi sampai ke sudah x minum sebab leka dan terlupa. haihh. patut la muka asik lesu je.

2. makan sedikit tapi kerap.
xleyh makan banyak2 terus. macam aku la suka benau makan banyak2. last2 mengantuk jadiknya haha. sebabnya kalau byk amek makanan yang banyak karbohidrat boleh tambah kandungan gula dalam darah. bila banyak gula, banyak insulin dikeluarkan. pastu banyak la gula lam darah dihantar ke otot untuk disimpan yang menjadi punca utama kepada mengantuk dan keletihan. haaaaa terer x aku. xcaya tanya doktor. kalau doktor cakap tipu, buku ni pun tipu sebab aku baca dr buku haha

3. bersenam.
hhhhh, dah keje2 ni bila entah boleh bersenam. kalau setakat nak mengharapkan ulang alik lam line tu boleh ke kira bersenam? haha. berangan~ nak kena buat senaman yang dasyat2 sket macam lari2 ke, jogging ke. nanti lagi banyak serapan oksigen ke seluruh badan. baru la segar bugar kan.

4. amalan tradisional
aku kalau bab2 tradisional ni lembik sket. haha. mau nye aku minum campuran air serai, halia, kulit kayu manis dan lada hitam? yucckkksss! tapi tu la hakikatnya. minum setiap pagi dua bulan sebelum hari bahagia nescaya badan akan ringan dan bertenaga. fullamaaakkkkk. kalau badan ringan, terbang lak orang duk kipas2 :p

ok lah tu dulu, kalau banyak2 bukan korang nak baca sampai abes kan. aku pun malas nak menulis haha. semoga tips2 ni berguna untuk aku kelihatan segar bugar di hari bahagia. amin  :)

Jul 12, 2011

kursus kahwin : done!

at 10:11 PM Comments Links to this post
Alhamdulillah. selesai sudah satu perkara. dah boleh potong lam buku .yeay! 9 & 10 Julai aritu bertempat di putrajaya, aku dan dia menghadiri kursus kahwin. insyaAllah next week dah boleh dapat sijil. overall, kursus ni sangat best! sebab aku x ngantuk. ustaz sumer best2. 

alkesahnya, mula2 nak daftar kat shah alam. tapi ada la orang tu duk tangguh2 akhirnya xdapat nak pergi kat situ . dah full. pastu duk cari2 jumpa yang kat masjid negara. tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan xleyh jugak nak join situ. akhirnya pergi yang putrajaya nun jauh di presint 9 sana.

sebelum g kursus tu ada la sedikit krisis ngan dia. sepanjang perjalanan tu aku duk muncungggggg je. majuk la konon2.hati nak jugak keras macam batu. ego nak jugak tinggi melangit kan. buat bodoh je sampai la kat tempat kursus tu.

nak dijadikan cerita, sesi dimulakan dengan tajuk KOMUNIKASI SUAMI ISTERI oleh Ustaz Zulkifli. dalam sesi ni banyak la belajar, dapat info dan memang terus rasa gedebuk batu besar atas kepala. hahaha. abes je sesi  ni terus xjadik merajuk. haha. haaaaaa thats why la sangat digalakkan pergi sama-sama ngan partner. supaya sama2 belajar, sama2 dapat info. Ustaz2 pun sarankan datang sama-sama.

sebab bila dah abes setiap sesi tu nanti aku ngan dia mesti duk bincang2 balik. "haaaaa, dga x ustaz tadi ckp ape? mcm ni bla bla bla."

masing2 ada la part yang terkena batang hidung sendiri. kali ni xnak lah cakap byk pasal kursus kahwin ni. next time aku kongsi cte lagi. bye2

Jul 4, 2011

NILAI oh NILAI kenapa besar sangat!

at 8:56 PM Comments Links to this post
Assalamualaikum ~

ermmm... xtau nak start dari mana. macam dah tunggang terbalik ahaha. so mari kita mulakan dengan sesi lawatan ke NILAI3. mana lagi kalau bukan tempat berkumpulnya segala kedai yang menyediakan barang untuk persiapan perkahwinan. dengan gagah dan gigihnya, aku naik bas 7JAM. diulangi 7JAM okayh dari penang ke shah alam.semata2 nak pergi nilai. alang2 nak tunjuk baju tunang ngan veil(oh veil ni ada cte best) segala kat kakak aku. kalau nak harapkan aku sorang2 ni memang x jalan la jawabnya.

hari sabtu pergi Nilai. mokuteki ialah nak setelkan everything yang berkaitan ngan tunang. mini pelamin, hantaran tunang. kalau boleh nak setel terus. baru lega.

maka jalan2 la sampai kaki lenguh x hengat. bapak gabak. xlarat la nak masuk sumer kedai. buat pening je. kalau nak compare harga ngan sumer kedai memang xmampu la. so aku pergi yang mana mampu. tapi terkena jugak!

pergi satu kedai ni. nak beli bunga  n pasu n segala lah y berkaitan untuk mini pelamin. dah pusing sana pusing sini sambil diekori oleh akak kedai tu. aku rasa dia dah panas ati je tengok ktorg ni duk pusing sana sini. amek nye tak jugak. hak2. tapi nak wt cmne kena la smpai puas hati kan.

tungtangtungtang...abes lah segala. bila bayar nak terbeliak jugak la mata ni tapi buat2 cool hak2. pastu bila kua tu saja la kakak aku gatal tgn p angkat satu bunga. kedai sama kot. cuma kat bhg luar. sekalik harga dia jauh lagi murahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! memang pasrah gila lah. tapi nak buat cmne, dah bayar pon. takkan nak tukar. kaki pun dah lenguh. so jalan balik je lah.

bila balik je kat kete terus bukak buku merah. catit2 segala. tengok balik bajet kot2 dah lari banyak. nasib baik la masih lagi dalam bajet. syukur Alhamdulillah. tapi kalau dapat y lagi murah lagi bagus kan. so skang ni proses nak memerah otak lak sebab ngade2 sgt nk buat snirik. DIY la konon2 hahaha

wait n see~

p/s : nampak gaya hantaran kahwin kang tempah je la

 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea