Nov 17, 2014

3 years & counting...

at 10:56 AM Comments Links to this post
Assalamualaikum.

last 7th Nov was our 3rd anniversary!!

and our daughter turns 1year & 7months already. while our boy was 2months ++.

no romantic candle light dinner whatsoever but we managed to spent our quality time together with hero & heroin.

urmmm i also got myself a massage, for 3minutes on the massage chair? for rm1 hahaha
ok la kan hehe

and as usual, annual purikura session.4 of us.

and.....we are happy!!

Nov 5, 2014

cukup apa yang ada

at 9:57 AM Comments Links to this post
Assalamualaikum!

semalam tengok jiran sebelah dapat double dari jumlah hasil diri sendiri.

agak down. sbb kurang sihat sikit smalam so produktiviti menurun compare with last week.

tapi anaknye 8bulan. anak sendiri baru 2.5 bulan ko nak sensitip kenapaaaa????

cukup la tuuuuuuu.

ni lah manusia. merasa x cukup padahal bukan keperluan pon.

Astaghfirullah..

Nov 4, 2014

cerita stok susu daniel

at 10:28 AM Comments Links to this post
Assalamualaikum!

Bila da ada anak n exclusive bf ni mmg tak akan lari dari cerita pasal susu.sharing is caring kan.

dulu masa damia, exclusive bf smpai 6 bulan Alhamdulillah. stok susu mmg xde. kais pagi makan pagi je bak kata peribahasa melayu. tapi masa daniel kita dah improvise sket strategy n technic haha.

bila nak buat stok susu ni, mula2 sekali kita kena paham matlamat, kena tahu keadaan. jangan sampai terlampau sgt n terikut2 ngan trend.

bila tengok orang lain ada stok susu sampai 1000oz, smpai kena beli deep freezer bagai kita pn teruja sama. excited kan! mmg bagus tp kena tgk keadaan jugak.biar berpada2 jgn smpai membazir sudah.

as for me, ak start kumpul stok minggu kedua pantang. tapi xla beria sangat. xde la sampai setiap kali lepas menyusu ak pam. bila rasa penuh sangat ak pam. sbb pantang kat kampung. mana nak sumbat susu banyk2 kan.

pastu berpatutan dengan jumlah daniel minum.

bila nak start keje, stok tu ada la dalam 100oz je. xbyk pon. tapi cukup la untuk daniel insyaAllah. pastu pelan2 tambah lepas pam daily. skang ni separuh penuh je la dlm freezer dua pintu tu.

so far, jumlah y ak pam kt tpt keje mmg cukup untuk daniel minum seharian tinggal ngan pengasuh. kalau ada rezeki mlm tu pam sket dpt lah tambah 3-5oz lagi.

so ak x nmpak point utk ak bli deep freezer bagai. pernah baca blog mommies yang tiap bulan kemas freezer ada susu y kena buang sbb dah expired. maksudnye mungkin terlepas pandang sbb byk sgt atau susu melebihi keperluan baby smpai x terguna. so ak xnk jd mcm tu. pembaziran.

bila baby kita baru 3 bulan, jgn kita excited nk dpt jumlah susu y sama dgn baby org y lagi jauh umurnya.ape2 pn berpada2.

tapi kalau anak anda mmg minum byk.. teruskanlah. go go go!!!

Oct 29, 2014

All are good!

at 9:18 AM Comments Links to this post
and mommy is happy!!! :)

hari ke3 hantar anak2 ke rumah ibu. kakak xnanges langsung. mungkin sbb mengantuk sgt kot. smalam tdo lambat. kt umah ibu pn xtdo sibuk nk main jeee katanya.

tapi papa la y bwk masuk ltak ats tilam. wpun mata kembali meluas ms baringkan tu tp kakak hantar kami keluar dgn pandangan y cukup manis hehe and with her baby in hand of course!

baby is not daniel but it is winny the pooh that we call as baby. erm not us but she named it herself hehe

lega hati mama.. satu kerisauan sudah hilang :)

posted from Bloggeroid

Oct 28, 2014

good girl damia

at 9:17 AM Comments Links to this post
Assalamuakaikum

masih ingat senario tragis smalam? well, kita kena belajar dari pengalaman.

so, harini kita tukar strategi.

mula2 skali bila smpai umah ibu, bagi bag dulu. kemudian bagi baby. sbb kakak y paling mencabar. masa mula2 smpai umah ibu muka dia dah berubah. bila dia tgk mamanye bagi baby n bag segala, dia da peluk2 papa.

nasib baik masa ni anak ibu y comel keluar.boleh pujuk2 sikit kan hehe

tapi ttp jugak nanges bila letak xnak lepas baju papa.

kami cepat2 tutup pintu dan blah. ibu cepat2 dukubg n cakap baby ada kt dalam.

guess what??

terus xdengar raungan dramatic itu. damia is a good girl. i knew it hehe

smalam ms pg ambil pun serobok je dia main2. ibu cakap sekejap je nanges.

eh, danial is a good boy too. xnangis xbuat perangai pun. Alhamdulillah. senang hati mama nak keje arini.

i am a happy mom!!

Oct 27, 2014

bermulanya hari bekerja

at 9:12 AM Comments Links to this post

Assalamualaikum!

Alhamdulillah.

setelah sekian lama bercuti akhirnya harini da mula kerja balik.

perasaan bercampor baur.

paling tragis time hantar anak babysitter. tgk baby xrisau lg sbb br nk lelap. tp kakaknye meraung2 dah. lama sgt tgl ibu. xkenal kot.pastu kalu kua umah dia ingat nk g jln. tup2 kna hantar umah org.

papanye pulak duk babai2 lagi. mmg tmbh meraung la dia.

harap2 semua tenang je.

Sep 16, 2014

Detik-detik cemas #3 v2.0 "baby is coming!!!"

at 5:47 PM Comments Links to this post

Assalamualaikum!

haaaa post lepas kena tolak ngan nurse masuk wad bersalin kan. lets continue!

papa teman menuju wad bersalin sambil ak ditolak oleh nurse. sampai pintu depan, kiss2 sket peluk2 sket, "gambare!" kata papa sambil hantar ngan mata je la pastu diarah tunggu kat luar je haha. sadis sket ppum xbg hubby teman smpai labor room. tp bg ak no big deal pn hubby x msk hehe. ak kan bajet bagus sket haha. padahal takot makin lemah n lembik kalo ada hubby. kang xpsl2 meraung2 dlm blk.

ak dapat bilik no 11.hujung sket. sambil intai2 beberapa pesakit dlm bilik lain. cuak pulak rasa. haha

bila masuk bilik tu sekali lagi diingatkan untuk ke tandas kalau2 terasa nak membuang ke. sebab xnak ambil risiko, ak masuk tandas lagi sekali hehehe lepas tu nurse pasangkan lagi skali benda alah kat perut utk monitor jantung baby, jantung mak, etc. kejap je pasang pastu da buang. kemudian dtg HO untuk buat clocking. sekali lagi bermula sesi soal jawab y sama mcm kat wad atas. bezanya kat ats isi kertas tp kt bwh terus key in lam komputer.

masa ngah disoal jawab tu tetiba je rasa makin cepat je contraction. bila nak pastikan memang sah setiap seminit dengan sakit yang panjangnya seminit. pastu HO pulak sibuk duk tnye2 soalan sambil ak duk menahan sakit. dalam hati ak ni duk kata "doc ni xnmpak ke ak tgh sakit duk tnye2 soalan, cmne ak nk jawab" hahaha tp ak xbunyi pn. cuba control pernafasan y ingat2 lupa sbb xprepare!!!! dush2

akhirnya doc perasan ak tgh tahan sakit. cepat2 dia datang sebelah kanan tanya nak pakai gas x. thank god! ak ckp nak sbb sakit sangat. dia bagi je kt ak xckp ape2, tgh2 sakit tu ak sedut tp xjalan. i was like " ehhhhh nape xrs perubahan pon.masih rs je sakit.rosak keeeeeeee"

pastu tetiba rs mcm ada satu tolakan y kuat dr dalam. ms ni ak terus tringat pengalaman damia dl. eh mcm sama je. mcm nk pecah ketuban je. thennnnnn, debushh!! air ketuban pecah, bersepah2 abis basah lantai bilik. HO tergamam,pandang ak mata x berkelip2. sorry doc, i wasnt expecting that as well. pastu dia kua nak panggil MO on duty yang ak pun xsempat lagi nak jumpa.

tinggal ak sorang2 dalam bilik tu apabila ak mcm rs kepala baby dah nak keluar. i was alone!!

"aaaaaaaaaaaaaa!!"

yes. i screamed as loud as i can. gila kau. sorg2 dlm bilik tu ngan rs baby nak keluar. cuak kot kalau jadik pape. xmo la ambil risiko.kang jd pape ke. ngan sakitnye.haaaa cmne2?

then masuklah 4orang dlm bilik ak. ha ha ha sape suruh tgl ak sorg2 kan. sorg HO dtg tgk ak muka kelip2.

"help me"

ak cakap kat dia sambil tahan sakit.sbb tang tu jugak rs contraction kuat lagi skalik. yang lain pulak bergegas baru nk bukak almari nak ambil sumer barang2 lain. nurse y pakai bj hijau tu pulak mcm tgh tahan kepala baby dr keluar sambil suruh ak tahan.

bukan ak taknak tahan tapi xleyh tahan. sampai terangkat2 punggung sbb nk tahan punya pasal. ms ni lupa da segala benda. makin nak tahan makin rasa baby nak keluar. da rs kepala kot!!!

kain y ak pakai mcm menutupi ket kt dpn.kaki pn ak dah naikkan siap2 ke posisi y sepatutnya. tangan kiri pegang palang katil. tgn kanan xleyh guna sbb ada jarum kt tgn..y sepatutnya kena msk antibiotik sblom bersalin.

nurse selak kain...

"baby is coming!!!"

jerit nurse tu. HO terus cakap "tarik2!"

"abes dah koyak haaaa"

maka keluarlah segala isi perutku. phew~

dengar tangisan bayi y kuat sebaik saja keluar.

lalu diangkat bayi dan ditanya bayi apa.

its a boy!!

bayi yang baru je aku lihat sehari sebelumnya melalui mesin..kini di hadapanku.

Subhanallah. Alhamdulillah.

Lega rasanya. selesai sudah fasa satu.

Aug 29, 2014

Detik-detik cemas #2 v2.0

at 8:35 PM Comments Links to this post

Assalamualaikum

sambung dr entry lepas.

kami pun bergegas ke ppum. sbb booking kat sana and dekat ngan umah mahupun opis.

and the pain come and go every 10mins. i was shocked n panicked actually sbb ms damia dl at least rs setiap 30mins lps sedar trn darah a.k.a bleeding.

tp buat rilek je g ppum. smpai dpn bhg kecemasan hubby suruh ak msk dl.ak pulak berkeras nk suh dia parking dl pg sama2 haha. sbbnye dl msk2 terus kena salin baju msk labor room. sape nk pegang handbag segala bagai ni kang haaaa. maka hubby terpaksa akur n pusing blk pg parking haha. at least kalau ada ape2 xde la ak cuak kn. kot dibuatnye sakit xleh nk berjalan ke time ngah jln sorg2 x ke haru. no no no i want someone i know beside me at that time. ha ha ha alasan xleyh blah.

lepas parking, sempat suruh hubby beli breakfast dl. takut nnt kalau dibuatnye kena masuk labor room awal da xboleh makan minum.da la belum telan apa2 lagi dari pagi.pastu dengan rileknye jalan terkedek2 pg tingkat 3: wad bersalin. gtau nurse kat kaunter dtg sbb bleeding. pastu kena soal selidik dulu. booking ke x. serah kad biru. tnye byk mana bleeding. sakit contraction ke x.brape lama sakit etc.

lepas tu dia suh naik tgk 4 pulok. aik?? pelik pulak sbb dl terus kt situ. tp xpe kita ikut je lah kn. hubby kna pg daftar dl kt bwh. ak pulak kena tukar ke baju yang disediakan. lupa pulak y ms hubby pg bli breakfast ak pg toilet lg skalik sbb masih kompius ngan rs nk berak haha. kang tiba2 kt labor room terberak cmne? malu la ai haha. tp xberak pon. rs je kuat.

pastu ms nk tukar bj tgk2 da xde darah. td da tukar panty liner. terus rs cuak sbb takot dorg ckp ak gelabah je lebih haha. yes i am! takot benor kena marah.

lepas tukar baju, baring dlm wad y kosong tu.tenang je suasananya.xde la nmpak keadaan kelam kabut sbb da asing sumer wad bersalin,sblom n selepas bersalin. HO ngan nurse pasangkn segala bagai utk CTG. pastu mcm biasalah soalan2 wajib.xyah la ak senaraikan satu2. byk kottttt. cuma tang warna darah tu ak kompius hahaha.warna pn xtau nk describe cmne.terpaksa guna warna y ada di sekeliling hak2. fresh blood or warna coklat?besar maknanya bg mereka.kalau warna coklat tu maksudnye show.da ada tanda2 nk bersalin. kalau fresh blood takut ada mslh ngan uri etc. sampai kn dia tnye sama x mcm damia dl. br la jelas.pheww~

lepas 30min CTG, dorang stopkan. ms ni ak xlepas2 mata pandang jam. sbb rs sakit setiap 7-10min jugak la. tp dorg xcheck lg bukaan berapa. tgu MO y bertugas. penat jugak tgu sambil2 tahan sakit tu.

doc datang. buat VE. 4cm. jeng jeng jeng kena masuk labor room. lega sbenarnya bila dga da boleh msk labor room n da tau bukaan 4cm. sbb damia dl ak hanya tahu 1cm pastu terus 8cm berkejar ke labor room.

disebabkan ak br 36mgu, doc ckp ikot flow je. xnak pecah air ketuban ke ape.tgu je bila bby nk kua. kalo nk kua esoknya pn xpe bia baby besar sket.ms ni berat bby baru 2.75kg berdasarkan hasil scan sehari sblomnya. disebabkan xcukup bulan, dorg amek darah sket kt tgn. 1st time kna amek kt situ sakitnye la hai. pastu jarum tu dia bia sbb nnt nk kena masukkan antibiotic sblom bersalin.

sebelum keluar, nurse pesan suruh ke toilet, makan minum segala. sbb bila dah msk labor room xleyh buat dah sumer tu. nasib baik bli roti. maka ak mkn2 dl n pg toilet. lepas tu nurse suruh pg mintak2 maaf ngan suami kt luar haha.

pg jumpa suami. ms ni da xleyh duduk. makin sakit rs. bila nk duduk tu rs mcm nk terkeluar segala isi perut. mintak maaf ngan suami,mintak doakan supaya dipermudahkan. suruh suami call sumer y berkenaan bgtau ak da nk msk bertarung ha ha ha.

kemudian, nurse datang bawak kerusi roda dan tolak ak ke wad bersalin.

dup dap dup dap.

berdebar kan?hahhaha.ak lek je sbb br 4cm kan haha.

to be continued~

Detik-detik cemas #1 v2.0

at 8:24 PM Comments Links to this post

Assalamualikum

cerita pasal check up pun x abes tetibe dah detik2 cemas kan hahaha

it was sooner than expected!

alkesahnye, few days before da mula rasa tanda2 kontraksi. sebelum rasa tu ada la duk terfikir mcm mana kontraksi ni. serius dah lupa haha. padahal baru je bersalin april last year hak2. 2,3 hari kebelakangan ni ada la rasa setiap 30min, 3 kali cmtu masa damia duk sibuk nak panjat mamanye. rs mcm nk terberanak time tu jugak haha.

so 2,3 malam Allah bagi peluang untuk rasa dl cmne rs kontraksi sblom dtgnye y sebenar.

malam 25th aug, teringin nak makan sedap sambil terfikir mungkin pasni da xleyh mkn nk kena pantang dah ke kn.

pagi 26 aug, lambat sikit pergi opis. sambil2 rs sakit perut smpai ke belakang disusuli rs mcm nk buang air besar. srh husband cpt2 sbb xthn nk terberak. smbil2 tgk jam. sakit dtg setiap 15 then 10mins.

sempat lagi joking, what if mmg btol nk bersalin? husband ckp jgn la main2, kalau btol gtau cpt2 sblom dia naik lrt.kalau x ak kena pg spital snirik. ak plk dgn yakinnya ckp ni rs nk berak ni.

sbb xthn sgt ak singgah toilet dpn opis ngan handbag segala sbb kalau tahan kencing nnt rs mkn sakit n ak tau kalau ak msk opis bukak kom bagai kompem lama lepas tu br ak pg toilet.

bila msk toilet, br sedar ada blood spot kt panty liner. terus terkedu dlm toilet x percaya. finally.the sign is here! sbb ak nervous sgt nk tgu saat dtgnye tanda bila perlu ke hospital.

masuk opis smbil2 call husband. boleh pulak x berangkat. cuak dah takut dia dah naik lrt. call lagi dan lagi. nasib baik berangkat. dan terus gtau, bleeding.i guess he was shocked too. terus suruh ak tunggu bawah. ak pulak bergegas gtau team leader nak pg hospital.

to be continued~

Jul 21, 2014

minum air gula

at 2:47 PM Comments Links to this post

assalamualaikum.

harini ada temujanji,cewahh temujanji gituuu haha. actually harini temujanji minum air gula kat ppum. akhirnya!!! walaupun mengandung dl punya la pulun jaga badan jaga mkn saat akhir sbb xnk minum, tup2 terpaksa jugak aku relakan.

polisi ppum 1st check up wajib minum kalau sblom tu x pernah minum. untuk kebaikan bersama jugak kan.

memula kena ambil darah dl. pastu nampak nurse bancuhkan sepeket serbuk. banyaknye!!!! pastu cmpur air segelas besar. mak aihhh cuaknye.

try seteguk. eh mcm ada perisa msm2 sket tp xleyh recognize rs ape. tabahlah daku tuang dlm tekak mcm.minum nescafe ais gtu. da tgl sket2 tu da rs mcm nk muntah dah. cepat2 abeskan pastu kumur2. rs ok la sket.

kemudiannya kena tgu 2jam utk amek darah kali ke2. lamanye rs nk menunggu. so pg lepak opis sejam. baki sejam abes atas jalan cmpor sesat2 bagai haha.

disebabkan doktor suruh sambung check up ngan kk, maka tepon sana utk buat temujanji.

dan duduklah daku di kerusi kk ni tunggu giliran check perut. beray trn 0.8kg. sebab puasa kot.

oklah da kena panggil. babai!

Jul 7, 2014

Antenatal checkup at PPUM

at 9:50 AM Comments Links to this post

Assalamualaikum.

Maka hari yang ditunggu2 tibalah jua. Lepas tempahan bersalin 2bulan lepas,semalam 1st appointment with doctor.

pagi yang x berapa awal sgt,pukul 830 sampai ppum. saje bermalasan sebab lepas sahur tadi duk sibuk masakkan makanan anak dara i hihi

sampai je terus ke kaunter pendaftaran bhg antenal klinik di tingkat 2. dapat no da awal tapi tetibe baru terperasan borang x isi lagi. i've never been so unprepared like this before!*facepalm*

lepas kena panggil alamatnye kena skip isi borang la dl. hampes betol. pastu duk pening nak terjah kaunter ke amek no baru. last2 ambil no baru malas nak cari pasal di bulan puasa. maka menunggulah giliran yang sepatutnya awal tadi.

kemudian kat kaunter, bagi borang,ic sendiri dan salinan ic suami kalau xdtg sekali. bayar yuran pendaftaran RM31 kemudian kena pergi bayar tempahan bersalin RM500 di kaunter pendaftaran kat luar sebelum masuk bhg bersalin.

lepas bayar tunggu kat ruang klinik y banyak2 kerusi sebelum nurse panggil untuk timbang berat,urine test, tinggi, bp dan lain2 y diperlukan berdasarkan rekod antenatal checkup kat kk.

disebabkn ak x pernah lagi minum air gula,maka wajib utk ambil next appointment untuk kepastian. adeh kena jugak akhirnya. nanti kena bayar RM13.50.

lepas tu, kena berkumpul dengar ceramah sementara tunggu kena panggil. banyak ilmu dapat dan perlu refresh balik dlm ms 2bulan! hohoho

tunggu punya tunggu kol 1230 cmtu baru jumpa doktor. xbyk pon benda baru sbb all details doktor ambil dr buku merah kk. pastu tnye da buat scan ke belum. ak ckp  buat 1st masa 2bulan dl je.

maka kena buat appointment next 6minggu before due kalau xsilap,dorang duk sebut 6mgu je manjang. abes jumpa doktor kena pergi balik kaunter pendaftaran mula2 skali tadi untuk set next appointment.

lepas tu kena turun tingkat 1 kat bhg scan utk buat appointment. nanti kena bayar RM20 untuk scan.

akhirnya setel sudah. bayar parking rm9!!!huhuh
total habis arini

yuran pendaftaran rm31
deposit tempahan bersalin rm500
parking rm9

total=RM540

sehingga berjumpa di appointment seterusnya.

Jul 2, 2014

Nah. Nak. Nanak

at 8:11 AM Comments Links to this post

Assalamualaikum.

First thing first, selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Walaupun xde la seluruh dunia y membaca blog picisan ini hewhewhew

Ok. Nah,nak & nanak.

Ni adalah 3 perkataan yang digunakan oleh damia dan difahami oleh dirinya sendiri.

Nah.
Ni bila dia dah xnak sesuatu kat tgn n nak bagi org. Mesti sbb mamanya n papanya selalu guna bila nak bg pape kt dia.

Yang kelakarnya, masa tidur pun sama!! Malam tadi jadi saksi haha. Damia masih lgi bgn mlm kdg2 utk minum susu. Bila dah lepas minum, dia buang botol dr mulut dan "nah". Pastu sambung tdo hahaha tergamam jap mamanya.

Tapi!!!!! Kalau siang hari bila dia dalam segar bugar tu, bila dia bagi barang...nah! Pastu kitorang cakap xnak, dia akan insist jugak.

Nah !
Nah !
Nah !

Sambil goyang2 badan nak nangis suh ambil jugak hahaha

Nak.
Selalunya 'nak' digunakan bila dia mahukan sesuatu tapi x berdaya nak ambil.

Contoh bila mamanya sibuk basuh pinggan kat sinki, dia datang berdiri pastu tunjuk kat bekas sudu.

Ataupun masa mama sibuk kat meja makan buat susu ke, minum air ke laju la datang berdiri pegang kerusi.

Nak!
Nak!
Nak!

Sampai la dia dapat. Meskipun terpaksa menangis, sebelum mengamuk guling2 atas lantai haruslah mamanye bagi sebelum dia mogok xnak kawan ngan mamanya.

Nanak.
Yang bermaksud taknak. Bilamasa dia taknak sesuatu seperti da xnak nasi,xnak susu. Kalau mama degil jugak nak bagi nanti dia geleng2 kepala,goyang2 badan cakap nanak berulang2 dan mama kena mengalah sebelum dia mengamuk n mogok.

Dan jugak digunakan bila kita nak sesuatu kat tangan tapi dia xnak bagi. ataupun time kita larang dia buat sesuatu seperti cucuk pusat mama dengan pensil tajam.Haaa time ni pun...

Nanak!
Nanak!
Nanaaaaak!

Tak ke haru!

Jun 25, 2014

Random

at 4:05 PM Comments Links to this post

Assalamualaikum

Harini checkup,makanya saya nak merepek meraban kt sini  sbb bosan menunggu dan terus menunggu.

Damia da umur setahun 2bulan 2minggu 4hari.

Dah macam2 achievements tak terkira dek akal. Kalau dl excited nak rakam satu persatu tp saya lebih suka untuk enjoy the moments rather than sibuk terkial2 nak setting camera video bagai.

Kadang2 sesuatu benda y dibuat tu exclusively for that day only. Esok da xde.

So utk sekarang , damia dah pandai ikut perkataan y senang2.

Tumpah
abes
Nah
Nanak
Tutup

Seronok sgt dga. Mamanye ikut excited. Haha

Masih belum boleh jalan tapi da boleh bangun berdiri sendiri.pastu gelak2 bangga diri, sambil nyanyi na na na na

Makan Alhamdulillah xde masalah.

Pantang tengok orang makan mesti nak join sama. Seronok la dia mengunyah gigi da 8 batang.

Da pandai merajuk guling2 meraung2 kalau x kena ngan angin dia. Pastu smpai ke sudah la xnk ngan mamanye.

Sangat suka mandi..erm main air sebenarnya. Obses sangat nk pegang paip. So kena bijak sket, bukak paip air hujan tu je,mamanye mandi sekali.

Ohhhh benda baru mama tau.

Sangat takut kucing!! Hahaha

Dan juga binatang lain actually :p

Jun 7, 2014

Boy or girl ?

at 10:47 PM Comments Links to this post

Assalamualaikum.

Dah berapa minggu asyik tertangguh je nak pergi jenguk baby dalam perut. belum ada kesempatan.

bila org tanya nak laki ke perempuan, memang la akan jawab xkisah tapi jauh di sudut hati macam berharap laki haha hipokrit x? :p

tu y mcm xkesah xscan pon. Bila da keluar kang baru tahu. Tapi tadi beritahu suami rasa macam girl sebab perut kecik comel? Hahaha

"Sabishi la papa kalau dua2 girl"

Motif sangat kan nak sabishi bagai.

Tengok lah kalau rajin n larat boleh menjenguk baby.

Yang penting semua selamat hingga ke akhirnya.

InsyaAllah.

Jun 1, 2014

persiapan menyambut kelahiran

at 12:15 AM Comments Links to this post
Assalamualaikum!

sekarang dah masuk minggu ke24. keterujaan masih sama bila terasa pergerakan baby dalam perut tapi x seteruja macam ketika mengandungkan damia dulu, maksud aku dari segi persiapan barang2 baby.

sebab dulu kena mula dari kosong, tapi sekarang mungkin mula dari 50%? hihihi

apa-apa pun mari kita tengok list. aku ambil je dari post lama. edit yang mana patut.

A.KEPERLUAN IBU

  • Set berpantang-dulu dapat free sekarang kena cari baru. mungkin ambil set shaklee?
  • Barut perut / bengkung
  • Pump & tempat penyimpanan susu-DONE
  • Maternidy pad
  • Nursing bra-DONE
  • stoking-DONE
  • termos-DONE
  • baju menyusu-nak tambah lagi 2,3 helai
  • kain batik-DONE
  • tuala-DONE
  • baju sejuk-no need
  • Selipar-DONE
  • Toiletries
  • Minyak / losyen ibu bersalin

B.KEPERLUAN BABY

  • kain lampin / pakai buang-nak beli lagi satu set, y lama dah banyak xde n buruk :P
  • baju baby *butang depan-DONE
  • hanger baby-DONE
  • sarung tangan / kaki-DONE
  • baby wipes
  • tuala kecik / sapu tangan-DONE
  • minyak baby
  • towel-DONE
  • barut-maybe beli sket & nak jahit sikit y lama
  • kelambu-DONE
  • kain bedung-DONE
  • bag baby-DONE
  • nappy nash cream
  • tab mandi baby-DONE
  • botol baby-DONE
  • tilam, bantal-DONE
  • tunku-kena beli kana
  • bakul *utk pg hospital--DONE
  • bedak etc.
  • baby court
  • stroller-DONE
Lets do the math
DONE=20
TOTAL=34

58.82%

wah banyak lagi kena siapkan. 
sekarang ni da makin xlarat nak jalan sakan macam dulu. so tunggu duit kutu kita beli serentak sekali harung je abes cerita :P

May 27, 2014

its a looonggg way to go

at 6:59 PM Comments Links to this post

Assalamualaikum!

baru masuk minggu ke 24, tapi penat, xlarat kalah org mengandung 9bulan dah.

kalau nak dibandingkan dgn pengalaman lepas mmg beza sgt2!

Dulu kalau nk tiap2 minggu pun nkk keluar. Pantang ada expo,warehouse sales mesti nak terjah. Even a day before bersalin pun masih kental pg shopping sana sini.

Tapi kali ni sgt beza. Sebelum tahu pregnant pon da mula sakit tulang pelvis?

Sekarang makin menjadi2, sampai pernah a few times xboleh baring before urut.

Kadang2 by the time abes kerja tu da jalan terhenjot2 sbb kaki belah kanan mcm da xdpt tampung beban dan akan mengakibatkan sakit y amat sgt kat tulang.

Sampai rumah baring siap2 suruh damia urut n tepuk2 haha.
kadang2 kaau tertdo atas sofa y x berapa empuk, mmg wajib dipapah untuk bgn.

Lagi 3 bulan.. marilah bertahan. Baru boleh paham perasaan bila org ckp da xlarat n xsabar nk bersalin.

Inilah y dikatakan setiap orang lain pengalamannya, bahkan org y sama sekalipun lain pengalaman setiap kandungannya.

May 25, 2014

Apabila jarak anak xsampai 2 tahun

at 10:34 PM Comments Links to this post

Assalamialaikum.

Lepas siap booking kat ppum haritu ,alang-alang dah ambil cuti satu hari makanya pergi kk untuk buat buku merah pulak. Terpaksa jugak buat check up kat sini sebab ppum busy sgt.

Terus dupdapdupdap jantungku sebab dah nak masuk 20weeks @ 5bulan,mcm ada tanda nak kena marah je sebab lambat haha

Bila sampai seperti biasa nurse akan tanya benda basic seperti dah berapa minggu,confirmkan positif pregnant kat mana,anak no berapa..

Haaaa tang anak no berapa tu berdarah sikit la telinga menahan ye.

Nurse: anak no berapa ni
Me: No dua.
Nurse:umur anak sulung?
Me:setahun sebulan.
Nurse: setahun? *smbil senyum kambing*  kat sini kami aturkan 2 tahun
Me: sy mmg xmkn apa2 pil perancang pun.

Yeah i know, ms check up damia dulu mmg ada mereka nasihatkan suruh jarakkan kelahiran at least 2 tahun. Tp ak xnk mkn pil perancang, sendiri2 je. and kitaran period ak pun xkembali spt asal lepas bersalin. Alhamdulillah, dapat rezeki lagi. Daku terima dgn hati y gumbiraaa

Tp nasib baik abes kat situ je. Ms jumpa nurse utk check up in details,dpt nurse y muda alahai, baya adik aku.

Bila tau gap ngam damia sket je, dia ckp "Alhamdulillah, rezeki akak."

Sejuk la sikit perut ak tgh mengandung hak2

Apa- apa pun terpulang pada diri masing2

InsyaAllah aku akan jaga amanah ini sebaik mungkin.

May 22, 2014

tempahan bersalin di ppum

at 7:10 PM Comments Links to this post

Assalamualaikum.

Xtahu lah betul ke x bahasa melayu ak tapi nak cakap dah booking nak bersalin kat ppum je. Haha

Disebabkan dulu agak berpuas hati dengan servis ketika proses kelahiran damia, maka kami buat keputusan untuk bersalin kat sini kalau xde aral melintang.

Dan juga untuk mengelakkan jelingan manja nurse kat situ sebab last time pergi terjah je haha

Pergi tempah akhir bulan April, dpt appointment bulan 7. Fuh nasib baik ada. Ramai jugak ye .

Untuk buat appointment cuma bwk ic je. X payah bayar pape lagi. Bila appointment nanti baru kena bayar 500 untuk bukan kakitangan kerajaan. Non-malaysian 1k.

Ni untuk bukan pakar ye.

kemudian nurse akan bg list apa y perlu bawa masa datang appointment nanti.

Nak booking kejap je. Kalau dtg awal2 pagi mesti beberapa minit je. Ak haritu datang dah kol 9 , lam sejam da siap sbb kena tunggu giliran.

Disebabkan next appointment ngan doktor bulan 7, makanya kena pergi check up kat tempat lain dl. Kalu check up kat kk, ms appointment bawak je buku merah.

Haihhh,ingatkan malas dah nk buat buku merah tp xpelah, buat jugak hihi.

Ok,bai!

May 3, 2014

xsedar sudah berisi

at 10:06 AM Comments Links to this post
Assalamualaikum!

harini nak cerita perihal kandungan kali ni, yang mana aku pun xsedar yang aku dah pun berisi.

Lepas bersalin Damia, aku memang fully breastfeed sampai lah 6 bulan, Alhamdulillah. Cumanya lepas tu dah start topup formula. makanya, period pun datang lambat. memang dikatakan begitu kalau breastfeed akan melambatkan perkara itu.

My 1st dtg bulan after bersalin kalau tak silap masa Damia berumur 7 bulan. Terus nak kena berjaga-jaga kan takut la lekat lagi skalik :P Yela, damia baru 7 bulan, mcm cepat sgt je kan. Tapi aku xde la ambil apa-apa pil perancangan, bajet2 sendiri la kan.

Bila kira-kira ikut kitaran sebelum bersalin, sepatutnya bulan 12 aku dah dtg lagi skalik. tapi x datang2. masa ni memang dah cuak. hahaha. plan x berapa menjadi barangkali. So bila dah 2 minggu lambat, aku buat la pregnancy test. Tapi negative. So dalam hati terfikir, mungkin kitaran dah terganggu atau berubah sebab lepas bersalin, dan masih lagi breastfeed.

Tunggu lagi 2 minggu, tak jugak datang. Test lagi sekalik. Masa ni memang curi2 je beli test kit tu. sebab kalau husband tahu mesti dia dah bising sikit, dia paham sgt ngan perangai isterinya yang xsabar2 ni. perasaan ingin tahu membuak2 gitu hahaha. Tapi masih juga negative. 

Dengan muka sedihnye, aku pendam je la haha.

Masa berlalu begitu sahaja......

Sehinggalah suatu hari, aku dah start rs pening2. xde selera makan sgt. Bila makan banyak rs nak muntah. sampai mc sehari sebab bp rendah, kurang mkn punya psl. Memang xleyh jadi. Pergi beli lagi skalik sebab biasalah, tak puas hati nak tahu jugak, kot2 pregnant kan. asal pening, loya2 sket je pregnant kan. padahal byk lg sebab lain hahahahahahaha tapi peduli apa aku :P

senyap2 test malam. xsabar sgt. wpun kalau nak ikutkan lagi bagus test pagi sbb kandungan urine tu asli sket, xtercmpur ape2 mkn lagi so kandungan hcg lagi tgi. kalau pregnant 1-2 mgu pun dh boleh nmpak hasil.

Test punya test, keluar double line!!! aku terdiam kejap lam toilet. mcm xpercaya jugak sbb tiba2 dah pregnant kan. tapi xtahu berapa minggu. pergi beli pulak y digital, y siap boleh keluar berapa minggu. tup2 kuar 3mgu +. kalau mcm tu maksudnye dah lebih 3mgu tp masih xtau exactly la.

kalau kira last dtg bulan, 3bulan. tp nak memastikan lagi pergi scan kt umra. size baby 8mgu. beza sebulan gitu. 

Begitulah ceritanya.

Dan sekarang, ketika post ini di tulis, Alhamdulillah dah 20 mgu kalau ikut size scan. Due date will be 20th Sept 2014, insyaAllah. Semoga semua dipermudahkan.

Damia pulak lagi 4 hari , berumur 13 bulan. kecik2 lagi dah nak jadi k.long ek haha. Alhamdulillah rezeki anak dipermudahkan Allah.

May 2, 2014

selamat datang zuriatku #3

at 8:39 PM Comments Links to this post
Assalamualaikum
Just a simple and quick announcent.

Pregnancy%20ticker

My 2nd baby is coming soon..
insyaAllah.

stay tuned for more update.


budak kecik ni akan jadi kak long xlama lagiii hikhik

Apr 27, 2014

rezeki anak

at 12:33 AM Comments Links to this post
Assalamualaikum.

tetiba teringat pasal sesuatu yang agak random mungkin.

haritu baru je terima berita gembira dari seorang kawan. selamat melahirkan anak ke2. Alhamdulillah!!!

cepatnye dia kejar daku hahaha. dah potong line sudah..

Damia ngan anak sulung dia pun xjauh sgt beza. tapi damia lagi tua kekeke.bila tengok dia dapat anak ke2 lagi cepat dari aku, rasa terus x sabar2 nak menunggu kelahiran anak ke2. 

dan ia membuatkan aku terfikirkan mereka yang belum dikurniakan rezeki anak. 
tabahnye hati mereka. 
sabarnye hati mereka menunggu cahaya mata kurniaan Allah.

Dan aku bersyukur dengan kehadiran baru seorang anak ini.

Mar 5, 2014

2hari sebelum 11 bulan

at 5:13 PM Comments Links to this post

Harini 5hb, esok 6hb , lusa 7hb maka damia akan berusia 11 bulan insyaAllah jika diberi kesempatan dan ruang oleh Allah, diberikan umur yang panjang mungkin esok berjumpa lagi.

Wah2 mukaddimah x menahan.

Harini mamanye cuti satu hari. Kurang sihat sedikit. Maka harini damia mamanye yang jaga lah.

Sekarang dah pukul 5 petang. Alahai cepatnye masa berlalu. Pagi tadi damia tidur sampai 8pagi, bila mamanye dan papanye bersuara terus menggeliat pusing meniarap, nampak henpon terus ambil dan membebel2 mcm xde ape yang berlaku. Lawak gila haha.

Kemudian mama bagi minum susu, makan biskut sikit. Lepas tu damia berak pulak. Basuh2 main air kejap. Bagi makan nasik pulak.

Pungpang2, pukul 10 lebih dah mengantuk balik. Mama angkat masuk buai, sebab x larat nak dodoikan damia siang hari haha. Gedik x.

Damia tidur, mamanye ikut tidur sampai pukul 1 lebih. Elok la tu.

Bangun bagi susu. Mamanye masuk dapur nak masak apa yang patut. Datang la budak kecik sampai ke ceruk dapur nak menolong. Mama bagi sudu ngan besen, letak bawang seketul. Sebab mama tengah kupas bawang. Diambil bawang terus gigit hahaha.

Pukul 2 mama dan damia makan nasi sama2 kat meja makan. Bila bagi makanan dia xnak pulak. Mentang2 dah ada gigi 4 batang, nak makan nasi macam mamanye.  Takpe, layankan aje.

Pukul 230, mamanye angkut sekali teman pergi klinik. Damia duk dalam stroller xlarat nak dukung dah berat sangat! Bawak payung koyak rabak sebab panas,orang tengok pun kesian agaknye hehehe. Jumpa doctor,  damia bising aje dalam bilik. Seronok pulak dia hehe.

Balik rumah mama bagi susu. Dia dah mula hokhekhokhek. Angkut masuk buai.
330, damia tidur kepenatan.

Sekarang dah bangun. Ok nak sambung luangkan masa berkualiti dengan anak tersayang!

Bai~

Feb 17, 2014

I am a good mom : breastfeeding journey

at 12:25 PM Comments Links to this post

Assalamualaikum!

Bila mengimbau kembali perjalanan menyusukan anak, memang banyak pahit manisnya. Tapi memang seronok kan mommies sekalian.

Secara jujurnya, ilmu breastfeed ni memang tak berapa nak cukup makan sangat pun bila bersalin dulu. Bila dah habis pantang, baru sibuk2 nak buat stock ebm. Memang x ke mana la kan. Ada la setakat 2oz je sehari sebelum mula kerja. Makanya, jadi lah pam pagi, pam petang, untuk bekal si kecil esoknya.

Bila baca banyak cerita macam2, di blog, group di facebook etc. Kadangkala tidak sedar pun matlamat sebenar nak breastfeed, matlamat nak kumpul stock banyak2. Bila tengok ada orang yang berjaya kumpul stock susu banyak, sampai kena beli deep freezer yang lain, tapi diri sendiri alahai ciputnya hasil memang tak dinafikan kadangkala membuatkan diri sendiri stress.

Bila duk baca sana sini, ada yang mengecam golongan ibu yang x berjaya untuk fully breastfeed anak sendiri, makin la rasa duk paksa diri nak bagi perfect. Bila ada yang usaha macam2 utk banyakkan penghasilan susu, bila tengok diri sendiri yang biasa2 je mulalah nak down. Kadang2 kita x perasan kan, masa berjaya bg full susu bdn macam ada perasaan bangga semacam, ntah2 dah timbul perasaan riak dalam diri, Astaghfirullah. Bila tgk baby y baru lahur dah minum susu formula terus rs kesian tp pernah x rs kesian y kdg2 smpai terfikir "eh mak dianni nape xbg susu bdn? " , tanpa kita tahu pun keadaan y sebenar. Yelah, kita kan perfect mom dpt bg susu bdn sepenuhnya.

Setiap ibu mempunyai kelebihan dan kekurangan sistem badan yang tersendiri. Setiap anak dah ditentukan rezeki yang tersendiri. Tapi ada jugak golongan mommies yang berjaya fully breastfeed ni kadangkala xnak terima benda tu. Bagi mereka, kalau mereka boleh semua orang mesti boleh. Kena usaha smpai boleh.

Mungkin itu yang aku pegang, atau terpengaruh sehinggakan bila susu cukup2 makan je masa damia umur 5bulan lebih, aku stress sangat2. Hari2 dapat hasil separuh je dari jmlah keperluan damia. Masa ni damia dijaga oleh maksu kat shah alam, pejabat aku berhampiran stesen lrt asia jaya petaling jaya.

Disebabkan obses sangat nak jadi perfect mom, takut sangat kalau tak bagi full susu badan, apa yang aku buat? Every day, during lunch hour aku ulang alik pj-s.alam untuk hantar susu yang aku pam sesi pagi. Almost 1 week ke 2weeks aku dah lupa. So automatically susu y aku pam setiap hari dah short sebab dah ambil in advance 1 botol. Malam2, aku masih bangun dalam kol 12, 1 pagi untuk pam atau buat power pumping. Tapi x bgn la kol 3,4 pagi sebab damia masih bangun menyusu dgn byknye setiap pagi. Pukul 530 cmtu bgn pam lagi sebab nak cukupkan jugak bekal.

Tapi makin lama, walaupun aku cuba untuk berfikiran positif, badan aku dah kepenatan. Ulang alik, dengan stress kerja lagi kadang2 xsempat nak pam, balik penat2, malam tu nak bangun. Sekuat mana pun aku cuba, my body couldn't take it anymore. Everyday when I woke up, or while driving back home after work,  without fail, I will thinking about it. What should I do because there is not enough milk to give to my lil baby. Sampai 1 hari boleh terlanggar kereta uncle cina walaupun masa tu jalan jem and cars are hardly moving on the road, speed was like 10km/h?. I cannot think properly anymore!

Petua nak tambah susu badan jangan cerita la. Macam2 aku cuba, supplement yang mahal banyak, murah sikit pun aku cuba. Sampai 1 tahap xde effect ape pun. Yes I know the concept is demand vs supply. Dont lecture me anymore.

Then...........I give up.

No! I don't give up. Aku cuma bagi yang terbaik yang aku boleh bagi. Masa ni,  I only managed to pump 1oz per day. Sebab dah super stressed,  badan pun dah exhausted! 

Decided to topup with formula milk, damia was 5months 2weeks at that time. When my hubby gave formula to my baby, I cried beside him. Sedihhh woooo masa ni. Tapi time tu je la haha.

Sebab lepas tu, dah fikir masak2. Buat ape nak stress sangat. You already made a good job! Xde pun mana2 peraturan yang menghukum ibu2 yang topup with formula. Jangan peduli apa org kata. Yang penting anak membesar dengan sihat.

I stopped ulang alik s.alam, no more bangun malam buat pp for a while and give my mind and body a very good rest. Seriously masa ni langsung x fikir ape dah pasal x cukup susu. Everyday pam macam biasa, bila tak cukup topup. Then eventually susu bertambah. Ada hari2 yang x perlu topup formula dah. Tapi on and off. Sometimes bila xsehat, susu down topup lah. Kadang2 xtahu sebab apa, susu sikit sangat tapi malas dah nak stress2 macam aku ni seorang ibu yang teruk sangat kalau tak bagi full ebm.

And now,  damia is 10months ++. Decided to stop giving breastmilk for a valid reason i could say. Erm not totally stop yet. Give her full formula di siang hari, breastfeed on off di malam hari, atau di kala kecemasan haha.

Wahhhh panjang lebar kan entry.

Ape2 pon nasihat untuk breastfeeding mom, jangan terlalu obses dengan apa2 pun. Yes, its good kalau boleh fully breastfeed sampai 2tahun seperti yang disarankan. Tapi jangan sampai x jaga kesihatan, jangan sampai diri sendiri merana. Keep in mind, we are doing our good job as a mom already. It doesn't matter if you only can give maybe 2oz? or even you can give half of the demand as long as its the best we can do!

And to mommies whoever can fully breastfeed your baby, keep it up! But don't pressure other mommies to be perfect like you. Don't look down on others if they cannot give what you can give to your baby. Membesarkan anak ada pasang surutnya.

Akhir kata, aku minta maaf andai apa yang ditulis ni bercanggah dengan pendapat sesetengah orang. Mungkin ada yang akan sakit hati, tercabar, r aku ni cepat give up, atau mungkin ada yang bersetuju but I don't care. Ambil yang keruh buang yang jernih. Bukan aku tujukan kat sesiapa pun. Ni pengalaman aku sendiri. Mungkin banyak lagi cacat celanya, yang boleh diperbaiki dan apply untuk next baby maybe? InsyaAllah kalau ada rezki dari Allah s.w.t

Sehingga berjumpa lagi.

P/S: entry yang tertangguh. Hamek kau 20 perenggan kotttt haha .Dah lama berfikir nak tulis tapi takut sangat haha

P/S : maaf bahasa yang bercampur aduk. Akan berusaha untuk perbaiki di masa hadapan. Either fully malay or fully English.  Tapi dua2 macam hancus je  :p

Feb 12, 2014

10 bulan 4 hari

at 5:51 PM Comments Links to this post

♥ 3 batang gigi. Yang ke4 mcm ada tanda nak menampakkan diri
♡ sudah mengensot dengan lajunya
♥ menyeberangi laluan bawah meja makan sudah menjadi rutin harian
♡ sangat teruja untuk berjalan walaupun belum pandai imbangkan badan tanpa dipegang
♥ aktiviti kegemaran: tarik rambut mamanye
♡ sudah pandai lambai tangan bila sebut bye2
♥ dah tahu apa fungsi sikat, sibuk je nak ambil tiap kali nak sikat rambut yang x seberapa. Papa yang ajar.
♡ automatically tepuk tangan bila dengar apa2 lagu yang menarik
♥ no food allergies
♡ pantang dengar papa masuk bilik air, tengah mamai2 pjn bangun tengok
♥ pandai mendekatkan kepala / pipi bila minta nak sayang

Jan 11, 2014

Damia masuk taska

at 8:54 AM Comments Links to this post
Assalamualaikum!
2hb lepas dah mula menghantar damia ke taska, berhampiran dengan klinik kesihatan yang pergi check up bulanan dulu. So masih dikira dalam kawasan la kan.
Baby total 3 orang, tapi kanak2 yang berumur setahun ke atas agak ramai bila campur dengan transit.
Mula2 hantar,  damia menangis xnak duduk. Kalau duduk bawah, pengasuh xboleh jauh langsung! Memang dah dijangka akan berlaku perkara macam ni sejak dah tumbuh gigi ni. Kat rumah pun macam ni jugak so ak anggap ok la.
Hari2 berikutnya, dah makin ok. Kanak2 lain ramai, damia memang suka la. Cuma pagi2 wajib nanges bila mamanye hantar. Mamanye pun kentalkan hati, lepas bagi cikgu, terus lari masuk kerta pergi office. Mana boleh stay lama2,  kang xpsl2 hangkut balik office haha.
Cumanye haruslah bersedia mental dan fizikal bila kadang2 berlaku ketidaksempurnaan yang mungkin berlaku.
Contohnya semalam, masa ambil damia bawah mata merah sangat di belah kanan. Cikgu pun xtau kenapa. Dia risau jugak takut dituduh dera. Maka aku tanya la, xcukup tidur ke. Dan memang betul damia xcukup tidur. Susah nak lelap kata cikgunya, asyik jerit2 aje. X nanges tapi riuh duk jerit. Dalam perjalan pulang, nanges je sepanjang jalan. Sebelum sampai rumah aku stop kejap kat kedai, susukan damia jap. Xsampai 10minit dia tertidur. Ngantuk dan kelaparan rupanya.
Bila balik rumah tengok susu half je abes, makanan pun half. Patut la xtdo, lapar rupanya. Bila nak tukar pampers, tengok merah2 kat punggung n tuuuttt. Mesti xselesa sebab tu xleh tdo.
So harini gtau kat cikgu kenapa.  suruh tukar pampers kerap sket. Suruh bagi susu banyak sket. Kalau dia main2 nak minum susu, kena bia dulu pastu keep bagi lepas tu.
Alhamdulillah,  harini bila pergi ambil tadi seronok lagi dia. Gelak2 je tengok mama. Xmacam selalu asyik nak nanges je hehe. Susu pun macam dah ok sket minum.
Nak kata marah kat cikgu tu tak la, biasalah manusia ada kelemahan. Yang penting, kalau ada apa2 kita beritahu. Tapi kalau berulang2 perkara sama, something is wrong somewhere.  Aku pun belum dapat jaga damia dengan sempurna. Sekali sekala jadi mcm ni ak masih ok. Bukan aku x amek kisah cuma aku xnak jadi y terlalu mengharapkan kesempurnaan.
Tapi kalau memang intentionally and purposely xnak bagi makan minum, xnak tidurkan, buat bodoh je...aaa ya ni xleh la dibiarkan kan.
Semoga damia tenang2 aje di sana. Dan aku masih berharap boleh dapatkan pengasuh yang dekat ngan rumah! Hihihihi sebelah rumah lagi bagus! :p
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea