Dec 25, 2011

27 november 2011- sambut menantu

at 12:40 AM Comments
tema bagi majlis rumah lelaki is turqoise purple pink. hahaha bukan main lagi aku sesuka hati je letak tema.

alkesahnye, baju colour turqouise dah ada, amek ngan butik masa wedding belah aku tapi sebab umah banjir haritu aku sewa satu lagi pasang baju kat penang. memang gamble habis. so enjoy the picture!

Bergambar tepi jalan haha. tgk la kasut hubby. eh selipar burok jeee


frens. thanks guys. wpun buat korang berlapar beberapa jam hahaha

family






banner sponsored by SIL. hehe

ok tu je bai.

Dec 24, 2011

gambar kawen xdapat lagik

at 4:40 PM Comments
Assalamualaikum!

hehehehe lama betol menghilang. actually, xtau nak update apa kat sini. nak buat review psl wedding gambar2 sumer belum dapat lagi.

alkesahnye pasal gambar ni, ter misscommunication ngan photog tu. maka dah terguna duit balance beli itu ini bayar itu ini maka terlambat lah bayar photog then i guess xde la progress. nak kena bayar full dulu baru dorang proceed kot. haihhhh, nk buat cemano, sabar aje lah.

nanti dah dpt i buat review byk2 hahaha. ntah ape y nak review pon xtau lah. past kannnnnnnn, skang buntu nak wtpe ngan blog nih. dulu plan nk buat blog masakan tp slalu lupa nk snap gambar terus ngap. skali skale lah update eh hehehehe

Nov 18, 2011

(o^_^o)~

at 8:59 PM Comments
Assalamualaikum semua~
hehehehehehehe

berkurun sudah aku tinggalkan belog kesayangan ini. belog lagi satu pun terbengkalai. sejak2 nak kawen aritu kann. skang dah kawen, nak bagi alasan apa pulak? sibuk layan suami? tapi sekarang berjauhan dengan suami T_T

Alhamdulillah setinggi2 rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana semua telah selamat. dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada suami tercinta. Alhamdulillah :)

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis hari bahagia aku ni. syukur sangat. terutamanya keluarga aku yang banyak sangat membantu, sanak saudara jauh atau dekat, sama ada sedar atau tidak. Juga kepada keluarga mertua yang juga sangat2 memberikan sokongan padu dari belakang. juga rakan2 yang banyak mendoakan kami,terima kasih semua. TERIMAKASIH!!!

haihhh dah lama tinggal dunia penulisan ni rasa macam kekok lak. haha

erm xtau nk update apa. so untuk kali ni tunjuk gambar ni jela ek. ni pon amek dari belog akak aku. aku ni malas nk edit2 bagai hehehe. nak gambar cantik kena tunggu dari photog la hehehe


Oct 31, 2011

my 1st wedding purezento!!!

at 8:46 PM Comments
hai guys..

ticktockticktock.



kelam sekejap dunia memikirkan hakikatnya. masih lagi x percaya.imgetting marriedddddddd! hahaha mcm apa je kan.
ok, after bagi kad jemputan kat my techs, dorang tanya la nak apakan. 

PETI AIS 3 PINTU!!!!

hahahaha ngade2 tak? saje je kan,kalau bagi bersyukur kehadrat Ilahi,dah la rumah sekarang kosong aje. xde ape.haha.so today , dipanggil untuk bagi "peti ais 3 pintu" yang aku mintak haha. 

jeng

jeng

jeng

jeng

jeng


taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

coffee maker

toaster

sekarang dah xde alasan untuk tidak mahu buat breakfast untuk enciksuami ahahaha. Thanks sangat2 kat korang!!! haihhh terharu.sobs T_T

p/s: 2 items dah boleh potong dari senarai list yang korang berhajat nak bagi tu ahakz :P

Oct 30, 2011

apa yang belum setel????

at 11:09 AM Comments
URUSAN / HAL RASMI BERKAITAN : -
1) Ketetapan Tarikh :
a. Akad Nikah & Resepsi : 7 November 2011  - DONE
b. Bertandang : 27 November 2011 - DONE
2) Borang / Urusan perkahwinan :
a. Kursus Perkahwinan : Petaling Jaya - DONE
b. Hiv Test : Klinik Kerajaan Permaisuri - DONE
c. Borang Kebenaran Nikah - Lelaki - DONE
d. Borang Kebenaran Nikah - Perempuan - DONE
e. Penghantaran Borang : September - DONE
f. Booking jurunikah berdaftar : Jurunikah Bukit Setongkol.  - DONE
g . Saksi : - DONE
3) Lokasi Majlis :
a. Akad Nikah : Rumah Pengantin Perempuan – DONE
b. Resepsi : Halaman Rumah Pengantin Perempuan - DONE
c. Bertandang : Rumah Pengantin laki - DONE
4) Tema / Konsep :
a. Akad Nikah : Purple Pink  – DONE
b Resepsi : Red Purple – DONE
c. Bertandang : Turquoise – DONE
5) Kad Undangan / Jemputan : DONE
6) Save The Date Anouncer
-  FB / BLOG : - DONE
- WEDDING WEBSITE : - IN PROGRESS <-- ngade2 haha
- Email Wedding : - DONE
7 ) Signage (Bunting / Banner / Penanda Arah / Welcome Sign) :PENDING
a. Lokasi : - Simpang rumah
b. Saiz : A3 Size-
c. Bilangan : - 2
d. Design - SDN.BHD


VENDOR / PIHAK TERLIBAT : -
8)Kanopi :
Resepsi : K.yah Pengantin – DONE
Bertandang : Ditentukan oleh pihak lelaki - DONE
9) Pelamin / Wedding Dais :
a. Akad Nikah :Di Masjid
b. Resepsi :
- Decoration / Konsep : 1panel - DONE
- Warna : Redpurple+white -DONE
10) Photographer (OP) :
a. Akad Nikah :
- Official Photographer : PalieMassa – Booking DONE
b. Resepsi :
- Official Photographer : PalieMassa – Booking DONE
c.Bertandang :
- Official Photographer : SDN.BHD – DONE


SET PAKAIAN PENGANTIN :-
11) Set Busana Pengantin :
a. Akad Nikah : SDN BHD
- Busana / Dress : DONE
- Baju Pengantin Lelaki : DONE
- Tudung : DONE
- Veil : DONE
- Bride Shoe :  K>YAH
- Men Shoe : DONE
- Songkok / Kopiah : - PENDING
- Accessories : - DONE
- Inai : PENDING
b. Resepsi : K.YAH PENGANTIN
- Busana / Dress : - DONE
- Baju Pengantin Lelaki : - DONE
- Tudung : - DONE
- Veil : - DONE
- Bride Shoe : - DONE
- Men Shoe : - DONE
- Songkok / Kopiah / Tanjak : - DONE
- Accessories : - DONE
- Inai : Provided - DONE


c. Bertandang : K.YAH PENGANTIN
- DONE
12) Make up :
a. Akad Nikah : – Booking DONE
b. Resepsi :– Booking DONE
c. Bertandang : PENDING
13 ) Pengapit / bridesmaid/bestman :
a. Bilangan - 2
b.Warna Baju - KIV
MISCALENOUS / ADDITIONAL THINGS :-
14) Doorgift :
a. muffin-IN PROGRESS
b.kacang-INPROGRESS
c.mug-DONE
15)Hantaran / Dulang :-DONE
9berbalas 11
16)Handbouquet :
a. Akad Nikah :INPROGRESS
- created by : mysis
c. Bertandang :
- jenis : - PENDING
- warna : - PENDING
- created by : – PENDING
RUMAH DAN PERSEKITARAN :-
17) Ruang Tamu :
a ) cat : light purplepink – IN PROGRESS 
18 ) Bilik pengantin :
a. Set katil / perabot :  - DONE
b. Warna bilik : Purple Pink - DONE

19) Facial / Massage / Inai :
IN - PROGRESS
PERCUTIAN RIANG RIA
20) Honeymoon  : DONE
Date : disember
Location : rahsia katanya
Tickets : pon rahsie
Accomodation : rahsie jugakkkk




Oct 27, 2011

♥ 10harilagi ♥

at 9:45 PM Comments
Assalamualaikum semua :)

Dupdapdupdap jantung ni haaa. lagi 10hari. semoga dipermudahkan segalanya. minggu lepas balik kampung. amek leave satu hari sebab nak tengok apa yang patut. urusan cat mengecat bilik bagi kat adik haha. barang dalam bilik pon dah beli. beli almari je. satu set ngan meja solek haha. tapi xde kerusi kecik. curik mak punya la sat hehehehehe

balik beli cat sendiri. ngan adik. jenuh nak carik. maklumla kawasan kampung. last beli cat, tunjuk kat abah, cepat2 geleng kepala. tak berkenan.hahaha. mana taknye, pink kotttttt. sian abah. xsanggup kot tengok rumah warna pink hahaha. act bukan pink betol,warna pink purple y pekat. dapat warna cerah n berkilat lebih dari dalam buku.haihhhh. so urusan seterusnya serah kat abah la hehe

borang nikah dah selesai. jurunikah dah kompem. tapi buat after zohor. nak tukar tapi dah x sempat. fully booked. xpelah, zohor skang awalkan, sempat lagi nak pungpangpungpang pon hahaha. tapi cara abah hantar borang sangat kelakar. sebabnya, abah hantar terus kat jurunikah masa orang kampung aku kawen aritu. direct je bagi time orang nak akad nikah hehehe, xpelah,janji sumer dah setel. 

so far semua macam ok. cuma satu pintaku, dont expect too high hehehe. majlis kawen aku sangat simple. baju pon x gah. xde 2,3 pasang macam korang. kenduri ni pun sekali ngan tahlil arwah atuk so ma n abah nk buat simple yang mungkin. mengikut kesesuaian majlis. korang jgn demand mcm2 tau hahaha.

fuhhhhhhhh! xlama dah ni weyyyyyyy. cuaks!

Oct 24, 2011

boleh ke bagi cmtu je??

at 10:50 PM Comments
Assalamualaikum...

dalam dilema! sudah tiba masanya nak bagi kad kawen kat bdak2 dept. eh bdak2 pulak padahal ramai taraf pakcik2 dah ngan aku hehehe

nak dijadikan cerita, ada 3 org chinese. duk terfikir2 termenung2. cmne nk bagi. kat dalam kad tu kan tertulis nya kalimah "Assalamualaikum, bersyukur kehadrat Allah s.w.t....."

Is it ok to give it to them?nak potong ke bahagian salam tu ganti selamat sejahtera?ke xde makna ape?

i dunno. ilmu tak cukup lagi sobs :(

help me plis,

Oct 16, 2011

saat-saat akhir berstatus bujang

at 5:08 PM Comments

less than a month until i become someone`s wife,insyaAllah. 

A WIFE! 

speechless!

rasa macam tak percaya hari ini akan datang jua. sebelum ni duk sibuk pening2 fikir pasal wedding day. ada tak yang kurang,ada tak yang over,apa lagi yang x etel. kalau nak diikutkan, memang la akan kurang. bergantung kepada perspektif masing2 la. tapi bagi aku, cukup andai semuanya selamat. semua yang penting ada. tetamu dapat makanan cukup.
kalau nak ikut trend sekarang untuk sebuah majlisper kahwinan,aku memang jauh ketinggalan la haha.

semenjang 2menjak ni dah mula otak sesak memikirkan kehidupan lepas kahwin. rasa macam cuak betol. xtau lah. ilmu di dada belum cukup sempurna untuk bergelar isteri, memikul tanggungjawab bersama si suami menerajui sebuah rumahtangga. semoga jalan2 yang bakal kami lalui dipermudahkan olehNya.

da start rasa cuak ni cmnooooooooooooooooooooooo???


Oct 12, 2011

kad saya simple dan cantik!!!!!!

at 10:42 PM Comments
tolong,tolong,tolong

boleh tak nakjerit kat sini? kad saya dah siap. simple dan cantik!!!!!!!!!!!!!!!!!

hahahaha

xleyh blah puji kad snirik. sebenarnya simple je kad ktorang. memang senang! ni la tips aku untuk korang yang pening2 kepala nak pilih2 kan. amek je yang readymade tu. xyah nak buat snirik yang cantik2,ubah sana ubah sini,hantar 2,3kali betulkan draft. tengok macam aku, 2mgu dah siap! hahahaha

*padahal dah xdemasa nak buat semua tu hak2

for our kad, aku pilih perkhidmatan Kanda& Dinda wedding. sebenarnya banyak lagi website yang aku rambang mata nak pilih tapi bila jenguk2 ngah under maintenance lah. tu lah, nilah. pastu mintak quotation pon nak kena pergi kedai nun jauh di kuantan. kak oi, saya duk penang xkan la semata2 nak g kuantan kan haha. memang xkan la

disebabkan kesuntukan masa, ktorg pilih yang paling simple kot dalam tu. peta dah lama buat. lepas isi borang tempahan, pihak kanda dinda akan contact within 24hours. memang pantas. disebabkan ada satu salah isi, dorang call aku. after betulkan,dorang cakap akan bagi draft after a week.

memang betul, lepas tu sampai la draft. Alhamdulillah semua ok then terus proceed ke printing. seminggu lepas tu terus siap. ktorg g amek terus kat kedai senang. nak pos2 bagai extra duit lak kan. so pergi la amek. puas hati ngan kad ni. skang proses lipat melipat. 

sape nak tolonggggggggggggggggggggggggggggg!

Oct 10, 2011

save the date! kali ni betul2 hehehehe

at 10:50 PM Comments

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.
koranggggggggggggggggggggg!!! hehehe *blushing*


akhirnya!! sampai jualah masa untuk aku reveal tarikh keramat ni. penat tau tunggu, tangan gatal2 dah nak tekan2 keyboard. kesian EncikTunang selalu je sabarkan aku hak2. biasa la aku kan over excited sket heheheh

Maka dengan ini, insyaAllah akan berlangsungnya majlis perkahwinan aku dan Encik Tunang seperti tarikh yang tertera di atas. dah start rasa cuak.SemogaAllah permudahkan segala urusan. xsampai sebulan je lagi ni.cuaks okeh.


Pray for us people. :)

Oct 3, 2011

alkesah kadkahwin saya!

at 10:59 PM Comments
tersebutlah kesah, apabila tiba-tiba majlis perkahwinan saya dipercepatkan. sangat2 lah dipercepatkan. 2bulan awal dari tarikh yang dijangka. so agak2 korang bila ek? hahah ada hati lagi nak berahsia. :P

lepas balik kampung haritu, dapatlah satu tarikh. maka kelam kabutlah nak buat tempahan bagai. macam kad kahwin, selagi xde tarikh memang xleyh nak proceed la kan?

tapi bila dah dapat tu, terus tengok balik kad yang survey dulu2, terus isi borang tempahan. kena isi semua maklumat lah yang dikehendaki. then dalam masa 24jam dihubungi oleh pihak kad tu. sebab ada salah isi sikit. pastu bayar deposit rm50. pastu terus proceed untuk draft.   dalam masa seminggu dah siap draft. check 2, 3 kali rasa macam dah x silap. proceed pulak ke step seterusnya . bayar 50% daripada balance. so, skang tunggu dorang printing. dan amek bila siap dalam masa yang ditetapkan.

nanti dah siap i bagi kad okeh. hihihi

bila aku renung2 balik, rasa macam simple n sekejapnya urusan kadkahwin aku ni.xde la masalah macam sesetengah B2B yang lain. ada yang salah type lah, x ikot apa yang kita nak. kena pulak ngan b2b yang cerewet, bunga letak senget pon nak betulkan balik. Alhamdulillah, Allah permudahkan salah satu step kami. aku pun dah x larat nak banyak2 cerita, banyak songeh. hopefully xde salah kat mana2 nanti.

tapi, kad aku simple2 aje. buat mahal2 kang orang buang lam tong sampah lak. aku rasa mcm sayang duit pulak haha. kedekut bertempat ke x ni? :P

Sep 20, 2011

HIV test done!

at 10:23 PM Comments
Assalamualikum!

Cuti hari malaysia hari tu balik kampung. after berkejar2 tersemput2 cari barang hantaran kat jusco n mid, bertolak pulang ke kampung halaman. semput oh semput.

petang jumaat gerak balik ganu. oh yeahhhhh. keesokan harinya semputkan diri lagi calling butik sana sini (eh org lain tolong cakap hak2), semua ada job .ramai sungguh orang kawen sempena hari malaysia ni ek. tetiba on the way nkblk umah jumpa butik terus terjah xfikir panjang terus booking. 

semput x abes lagi,terjah butik kat area umah lak. confirm balik then bayar deposit. baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaru la sampai umah. abesla untuk hari tersebut.

keesokan harinya pulak, sempat la isi2 borang yang berkenaan ,ambil kat pejabat agama. setiap borang seringgit ye. setelkan borang akuan bujang *ehem3. yang ni pergi cakap ngan penghulu kampung cakap nak buat borang pengesahan bujang. nanti dia buatkan. just drop salinan IC je. tu kampung aku la,kampung korang xtau lasaye haha. mintak ngan majikan pon boleh gak.pastu petang tunggu pukul 2 nak amek HIV test lak. borang utk HIV nanti pejabat agama akan bagi. dupdapdupdap tunggu. bayar singgit untuk buat test. nak dijadikan cerita alat y doctor guna tu rosak katanya. sepatutnya boleh adjust kalau jari kecik comel macam aku ni. tapi sebab dah rosak kan, dibantainye aje cucuk. maunye tak satu klinik tu aku meraung ? hahahaha

okeh, dah abes HIV test,maka setellah segala. 

eh2, yang duk kelam kabut sangat ni nape ek? haha.haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, tang tu xtau nak ctecmne. esok2 la ye.ingah stress ni hak2

Sep 14, 2011

xsempat gelabah dah ni oiiiiiiiiii

at 9:54 PM Comments
satu hapa pon xleyh pk nih. 
mgu ni bakal menentukan segala2nya!! T_T
agak drastik la kalau jadik. dan sangat2 la kena  kejar everything. kalau dulu kena start gelabah, sekarang  ni lebih dari gelabah la jawabnya. dah xsempat nak gelabah adala haha

so,wait n see what will happen this week. i balik ganu,yeay! after that i story mory kalau sempat ek

Sep 12, 2011

mengimbau kenangan. pakai baju tunang xjadi

at 11:45 PM Comments
eh eh eh bukan tunang yang xjadik. kontroversi betol tajuk kan. actually baju tunang yang x jadik. tensen betolllllllllllllllll.boleh saman x kedai tu sebab buatkan saya kurang cantik. xsempat pakai baju idaman masa majlis pertunangan aritu. sedeeeeeeeeeeeeeeeyhhhhhhhhh



simple je tapi sangat sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! sedih xdapat pakai masa majlis tunang sendiri.so end up pakai masa majlis tunang orang lain haha

sapa nak sewa angkat tangan!hehehe

Sep 6, 2011

task untuk future husband x setel lagik!

at 10:29 PM Comments
hye guys ahaks2...

tadi kan.. duk mengelamun sendiri, imbau balik zaman2 bercinta dulu, zaman putus cinta, zaman bercinta balik sampai la ke zaman mula2 serius fikir pasal nak kawen. dan Alhamdulillah dah selesai lagi satu step. skang dah jadik tunangan orang. semoga berkekalan jodoh ini sehingga ke akhirnya. amin

duk belek2 entri tadi terperasan this entry. task utk future husband. aku pon dah lupa pasal task ni. baru teringat balik.

encik tunang, lagi 5 bulan nak salam tuk kadi. bila nak setelkan? hahaha

Sep 5, 2011

oh darahku dah semakin manis ke?

at 10:59 PM Comments
ahaks..

pernah dengar ungkapan darah manis? orang tua2 cakap darah manis ni bila dah bertunang. so darah aku makin manis ke? siapa nak rasa?jeng3... 

apa2 pun , semua sudah selamat. ALhamdulillah. nanti i cter2 ek

mekap sendiri. bulu mata pun str8 je sebab natural
beauty.x pakai  y lentik2 hak2 :P
hasil titik peluh kedua kakakku yang
bertungkus lumus menyiapkan segalanya2
sejam sebelum rombongan lelaki sampai hak2
bergambar bersama future MIL.insyaAllah. 
candid ni beb. cun takkkkkkkkkkkk haha.
muka dah bertompok2 panas gilaaaaaaaaaa
haritu.campur cuak2
bersama hantaran dari lelaki. cantikkkkk sumer.
aku nye sempoi nak mati  adoiiiii
dan memperkenalkannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. my future husband insyaAllah.

disebabkan kejadian yang x diingini sebelum 
bertolak katanya,maka terpaksa pakai baju ni.
sepatutnya baju colour sama T_T
tapi xpe,hensem jugak. walaupun muka cam 
terlebih excited lam gambar ni:P

Aug 24, 2011

myohmy! terujanya baju dah siap!!

at 12:09 AM Comments
Alhamdulillah. baju nikah dah ada. udah siap. dah try.Alhamdulillah ok. walaupun macam lari sket drpd apa yang digambarkan hak2. xpe lah,janji siap. hehehe

so mulai sekarang kena jaga makan jangan bagi gemok,jangan bagi buncit sebab nanti xde ruang untuk isi2 yang tidak dikehendaki hahaha

ambek gambar guna phone murah je.
cantik kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn hihihi

hari2 pandang baju tergantung kat dinding buatku tak sabar.hihihi <-- gelak gatal!

p/s: sijil kahwen dah ada, baju dah siap...bila la agaknya orang tu nak g salam tok kadi haha

Aug 22, 2011

oh baju nikahku tak siap2

at 6:57 AM Comments
semalam pergi lagi jumpa tailor tu. and nampaknya bajuku belum lagi selesai. wuwuwu walaupun lambat lagi nak nikah tapi baju tu nak buat hantaran. and sebab tuan kedai tu sendiri yang dengan yakinnya cakap boleh siapkan bila mintak 15 aug dulu. dan sekarang dah lewat a week. masih belum siap. risau kan?

dan janji nak pergi amek today. kalau tak siap jugak xtau la nak cakap cmne. dah siap nanti jangan la pulak ada problem. alang2 dah terlewat ni harap2 cantik berseri2 la itu baju kan.

please,please,please....


Aug 21, 2011

dah boleh mewarna kat muka sendiri oyeahhh haha

at 8:15 AM Comments
hai hai hai peeps! ehem2, better with Assalamualaikum kan. 

So, Assalamualaikum dan morning ladies n gentlemen! hehehehe

Berbalik kepada tajuk di atas. haaa semalam gigih tau aku pergi belajar make-up sebabnya taknak buang duit bagi kat make-up artist muahahaha. kedekut kan. yelaaaaa, orang sekarang ni sumer dah pandai carik duit. make-up lam sejam, tapi after 3-4 jam dah kena basuh balik. tak ke membazir duit 300 aku! kan,kan,kan......

so aku ambil inisiatif untuk belajar sendiri sempena majlis tunang nanti. lagipun taknak la over2 sangat. just a simple make-up. bukan majlis grand2pon. cukup untuk tambah seri.

maka bermulalah sesi menjerut jiwa. tak sangka siap kena jawab soalan dulu. kena tulis kenapa nak belajar make-up. aku ingatkan dorang nak buat survey ke apa tapi tulis lam buku sendiri. xpe lah yang tu aku wat derk jela walaupun mula2 hati panas. dah la pasal buku apa aku guna nak tulis2 pun boleh lak dorang persoalkan. haiyaaaa

so mula ngan belajar asas2 dulu. start daripada bahan2 yang perlu ada. step by step cara nak make-up. jenis make-up. pastu cmne nak aplly semua2 kat muka. banyak jugak la aku belajar. daripada xtau apa2,nak dah ada sedikit ilmu tentang persolekan.ececece~

lepas tu mula praktikal lak. kesian kawan aku jadik mangsa. sebelah muka cikgu yang make up dan sebelah lagi aku kena lukis2 warna2 sampai nampak sama. hahaha memang kesian kat kawan aku. lepas tu aku pulak kena buat kat diri sendiri. walaupun dah sampai sekerat jalan macam nak giveup!

tapi aku abeskan jugak. overall macam ok cuma ada part kening fail lagi hak2. mari berusaha!

sosiapa2yang berminat boleh la pergi keprecious beauty centre kat tingkat 2 kompleks bukit jambul. belajar makeup RM150. 4jam. bawak buku n pen pencil siap2. bawak lah wet tissue ngan cotton bud skalik. yang lain2 pakai kat kedai. nak bwk y sendiri punya pun bagus gak hihihi i dunno ni harga mahalatau murah sebab xpernah belajar sebelum ni haha walaupun dulu dia cakap boleh belajar 2x tapi mcm sekalije. xpelah. banyak dah dapat ilmuni. bodek sket hahaha

lepas ni i kongsi cara2 y dorang ajar ek hihi.sharing is caring ryte.ok,now sapa nak suh aku make-up untuk dia sila angkat kaki dan cabut lari hahahahaha

Aug 18, 2011

oh baju nikahku

at 11:37 PM Comments
bila mau ambik?
haritu p kedai tu after keje tapi dah tutup sebab dah kol 6 lebih2. tuan kedai balik nak berbuka kot.

very taksabar. nak tengok baju jadik cmne............

dupdapdupdap

Aug 10, 2011

few steps away~

at 10:20 PM Comments
and a lot more to be done!! aiyakkkkkkkkkk

baju yang agak besar x oter lagi!
hantaran x setel lagi!
kain for mini pelamin xjahit lagi!
mekap x belajar lagi!
hand bouquet tak fikir lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

aduhaiiiiiiii....bila mau sedar diri ni aiyoooooo.

*malasnyeeeeeeeeeeee~

Aug 4, 2011

bila patut gelabah? haha

at 9:10 PM Comments
ho la ho ho ho ho. haha ape kebenda entah aku merapek.

hmmm setelah duk berfikir dan termenung tetiba rasa sangat2 la x amek berat pasal persediaan nak kahwin. asyik duk fokus kat hari nak bertunang yang tinggal lagi 3mgu 6 hari je lagi. jeng3.

excited teruja nak bertunang lagi banyak dari nak raya hahahaha. campur2 ngan cuak nebes segala nih. haiya. dah la hantaran tetiba je aku dah stop malas gila nak sambungggggggggggggggggggggggggggggggg!! dang! atas muka hak2

malam tadi tetiba kami duk saling bertanya sesama sendiri.

"kita ni bila nak gelabah?"
"bila sepatutnya gelabah?"
"kena letak lam to-do-list bila kena gelabah"

hahahahaha memang biol. pastu memang betul2 gelabah sebab last weeks aku format kom gara2 broadband y tak bayar . so segala benda y aku bookmarks dah lenyap. mana2 kedai butik, kedai cake, website kad segala macam tu dah pun bungkus. tamatlah riwayat.

dan kami mula gelabah! hhahahahahaha

p/s: lagi sepuluh hari dah boleh amek baju nikah yeay!

Jul 21, 2011

Mari tambah seri lagi!

at 1:45 AM Comments
orait~
mari kita sambung macam mana nak kelihatan berseri2 di hari bahagia. sambungan dari entri lepas

5. Ubah rutin
jangan bazirkan tenaga untuk aktiviti yang tak penting sangat dalam sehari-hari. hmmm ape ek aktiviti yang tak penting? gelak tak hengat dunia? haha. uishhh membazir tenaga jugak tu kan hehe. aku la tu suka benau gelak kuat2. haa apa lagi? ce tengok balik apa yang kita buat dari pagi sampai ke malam. ada tak aktiviti kurang penting tu bolehlah dikurangkan. then kena jaga kesihatan. perlu buat pemeriksaan doktor sebelum berlangsungnya majlis. senang nak tahu badan kita ni betul2 sihat ke cmne kan.

6 cukup tidur.
ini yang sangat2 la penting. untuk orang dewasa, tidur yang cukup adalah antara 6-8 jam sehari. jap nak kira2. aku tidur kol 12 gurai bangun 6 lebih2. haaa cukup la tu 6jam kekeke. tidur yang cukup penting untuk menyeimbangkan hormon, kata buku ni la. :p so nanti xde la duk atas pelamin pun menguap. tapi aku ni bese tidur banyak, sekarang kalau tidur 6jam kat tempat keje tu ngantuk x hengat hak2. bajet diri snirik macam baby la pulak kan wakakaka.

7 Rehat sebentar.
bagi mereka yang dah dekat sangat nak berlangsungnya majlis tu bawak2 la berehat. semestinya tengah sibuk ngan segala persiapan kan. nak jumpa orang tu orang ni, p kedai sana sini, ulang alik. memang sangat banyak yang nak kena buat. sedar tak sedar kita dah abaikan diri sendiri. so, relax jap untuk kumpul balik tenaga. hmmm aku ni boleh ke relax, sebab apa pun tak start so nak relax jugak ke? ahahaha

Jul 20, 2011

Mari berhempas pulas buat projek!

at 12:01 AM Comments
hoi hoi hoi!
eh2, assalamualaikum~
hehehe gigih kan malam2 buta ni pun nak update lagi. maklum la, time2 gigih cmni la nak kena tuptaptuptap tangan kat keyboard. kalau x entah bila lagi kan.

ok2. disebabkan aku pun dah ngntuk sangat ni, maka aku str8 to the point tanpa melencong ke mana2. mari jawab teka-teki aku. berbekalkan barang-barang kat bawah ni agak2 hasil dia cmno ek? haha






haaaaaa. dengan rasminya bermulalah projek mega aku. tadi baru je abeskan 2jam untuk siapkan 1/7 drpd projek. kuang2. cmno nih. kalo xsempat cmno? hahaha. hasil dah ada satu. nanti dah puas hati aku tunjuk2 ek hihi. 

Jul 14, 2011

Kompem berseri2 di hari bahagia!

at 11:31 PM Comments
ecewah. segan pulak nak menulis2 pasal hari bahagia ni hak2. walaupun hari tu nak kata dekat macam jauh lagi, nak kata jauh rasa macam semput2 dah ni fikir pasal preparation yang entah ke mana ngeh3.

so, hari ni nak la bercerita mengingatkan diri sendiri. macam mana nak bagi muka berseri2 di hari yang bahagia. xnak la muka penat je kan. ni bukan aku pepandai, baca sana sini so saja nak ingatkan balik.

sebenarnya tak payah tunggu nak kawin baru nak amalkan cara hidup sihat ni. kan ke bagus kalau memang dah sentiasa berseri2, xpayah la nak susah2 bila nak kawen kan hak2. ok moh kita jenguk.

1. perbanyakkan minum air.
aku rasa semua orang tahu air ni sangat penting untuk badan. kalau x makan lagi lama boleh tahan dari tak minum kan. kena minum banyak2 air untuk bagi oksigen yang cukup untuk badan. xde la lesu sangat. hmmm, aku kena take note yang nih, sebab susah sangat nak minum air. kadang2 tu lepas makan tahan jap minum air . konon2 nya nak bagi makanan hadam sket baru minum air. tapi sampai ke sudah x minum sebab leka dan terlupa. haihh. patut la muka asik lesu je.

2. makan sedikit tapi kerap.
xleyh makan banyak2 terus. macam aku la suka benau makan banyak2. last2 mengantuk jadiknya haha. sebabnya kalau byk amek makanan yang banyak karbohidrat boleh tambah kandungan gula dalam darah. bila banyak gula, banyak insulin dikeluarkan. pastu banyak la gula lam darah dihantar ke otot untuk disimpan yang menjadi punca utama kepada mengantuk dan keletihan. haaaaa terer x aku. xcaya tanya doktor. kalau doktor cakap tipu, buku ni pun tipu sebab aku baca dr buku haha

3. bersenam.
hhhhh, dah keje2 ni bila entah boleh bersenam. kalau setakat nak mengharapkan ulang alik lam line tu boleh ke kira bersenam? haha. berangan~ nak kena buat senaman yang dasyat2 sket macam lari2 ke, jogging ke. nanti lagi banyak serapan oksigen ke seluruh badan. baru la segar bugar kan.

4. amalan tradisional
aku kalau bab2 tradisional ni lembik sket. haha. mau nye aku minum campuran air serai, halia, kulit kayu manis dan lada hitam? yucckkksss! tapi tu la hakikatnya. minum setiap pagi dua bulan sebelum hari bahagia nescaya badan akan ringan dan bertenaga. fullamaaakkkkk. kalau badan ringan, terbang lak orang duk kipas2 :p

ok lah tu dulu, kalau banyak2 bukan korang nak baca sampai abes kan. aku pun malas nak menulis haha. semoga tips2 ni berguna untuk aku kelihatan segar bugar di hari bahagia. amin  :)

Jul 12, 2011

kursus kahwin : done!

at 10:11 PM Comments
Alhamdulillah. selesai sudah satu perkara. dah boleh potong lam buku .yeay! 9 & 10 Julai aritu bertempat di putrajaya, aku dan dia menghadiri kursus kahwin. insyaAllah next week dah boleh dapat sijil. overall, kursus ni sangat best! sebab aku x ngantuk. ustaz sumer best2. 

alkesahnya, mula2 nak daftar kat shah alam. tapi ada la orang tu duk tangguh2 akhirnya xdapat nak pergi kat situ . dah full. pastu duk cari2 jumpa yang kat masjid negara. tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan xleyh jugak nak join situ. akhirnya pergi yang putrajaya nun jauh di presint 9 sana.

sebelum g kursus tu ada la sedikit krisis ngan dia. sepanjang perjalanan tu aku duk muncungggggg je. majuk la konon2.hati nak jugak keras macam batu. ego nak jugak tinggi melangit kan. buat bodoh je sampai la kat tempat kursus tu.

nak dijadikan cerita, sesi dimulakan dengan tajuk KOMUNIKASI SUAMI ISTERI oleh Ustaz Zulkifli. dalam sesi ni banyak la belajar, dapat info dan memang terus rasa gedebuk batu besar atas kepala. hahaha. abes je sesi  ni terus xjadik merajuk. haha. haaaaaa thats why la sangat digalakkan pergi sama-sama ngan partner. supaya sama2 belajar, sama2 dapat info. Ustaz2 pun sarankan datang sama-sama.

sebab bila dah abes setiap sesi tu nanti aku ngan dia mesti duk bincang2 balik. "haaaaa, dga x ustaz tadi ckp ape? mcm ni bla bla bla."

masing2 ada la part yang terkena batang hidung sendiri. kali ni xnak lah cakap byk pasal kursus kahwin ni. next time aku kongsi cte lagi. bye2

Jul 4, 2011

NILAI oh NILAI kenapa besar sangat!

at 8:56 PM Comments
Assalamualaikum ~

ermmm... xtau nak start dari mana. macam dah tunggang terbalik ahaha. so mari kita mulakan dengan sesi lawatan ke NILAI3. mana lagi kalau bukan tempat berkumpulnya segala kedai yang menyediakan barang untuk persiapan perkahwinan. dengan gagah dan gigihnya, aku naik bas 7JAM. diulangi 7JAM okayh dari penang ke shah alam.semata2 nak pergi nilai. alang2 nak tunjuk baju tunang ngan veil(oh veil ni ada cte best) segala kat kakak aku. kalau nak harapkan aku sorang2 ni memang x jalan la jawabnya.

hari sabtu pergi Nilai. mokuteki ialah nak setelkan everything yang berkaitan ngan tunang. mini pelamin, hantaran tunang. kalau boleh nak setel terus. baru lega.

maka jalan2 la sampai kaki lenguh x hengat. bapak gabak. xlarat la nak masuk sumer kedai. buat pening je. kalau nak compare harga ngan sumer kedai memang xmampu la. so aku pergi yang mana mampu. tapi terkena jugak!

pergi satu kedai ni. nak beli bunga  n pasu n segala lah y berkaitan untuk mini pelamin. dah pusing sana pusing sini sambil diekori oleh akak kedai tu. aku rasa dia dah panas ati je tengok ktorg ni duk pusing sana sini. amek nye tak jugak. hak2. tapi nak wt cmne kena la smpai puas hati kan.

tungtangtungtang...abes lah segala. bila bayar nak terbeliak jugak la mata ni tapi buat2 cool hak2. pastu bila kua tu saja la kakak aku gatal tgn p angkat satu bunga. kedai sama kot. cuma kat bhg luar. sekalik harga dia jauh lagi murahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! memang pasrah gila lah. tapi nak buat cmne, dah bayar pon. takkan nak tukar. kaki pun dah lenguh. so jalan balik je lah.

bila balik je kat kete terus bukak buku merah. catit2 segala. tengok balik bajet kot2 dah lari banyak. nasib baik la masih lagi dalam bajet. syukur Alhamdulillah. tapi kalau dapat y lagi murah lagi bagus kan. so skang ni proses nak memerah otak lak sebab ngade2 sgt nk buat snirik. DIY la konon2 hahaha

wait n see~

p/s : nampak gaya hantaran kahwin kang tempah je la

Jun 19, 2011

oh tak sabar nyeeeeeeeeeeeee!

at 11:27 PM Comments
rasa macam laaaaaaaaaama sangat stop bincang pasal preparation ni. sebab aritu bila si dia duk tanya2 pasal hal ni selalu sangat cakap taknak sebab penat keje haha. last2 memang rest betol lah hak2. so harini dah start peningkan kepala balik. apakah yang telah berlaku?

oh sebelum tu mari kita jenguk apa perkara yang aku duk pening2 last entry kan. jom jenguk2

1.hantaran tunang.
2.mini pelamin
3.design baju nikah

nampaknya y no 3 je dah setel. sebab tadi dah pergi jumpa tailor, bawak gambar design baju yang berkenan. dah bagi baju. dah bagi ukuran. dah bayar deposit. before raya boleh amek. yeay! mcm mane design nye tu kita simpan dulu boleh? kain pon x dapek nk buat  teaser konon2 sebab dah hantar kat kedai. tu la niat nak menunjuk sangat kan. sebab baju i tu ada satu je kata tuan kedai tempat i beli tu hak2. so i sorang je pakai patern cmtu. xde di mana-mana ok ? *ehemmm*

ok. item yang  no 2 belum selesai dah belum fikir lagi. haihhhhh. xpe2, minggu ni focus y tu lak. nak buat cmno ni? tapi tenaga tu dah ada. petang tadi dah buat perjanjian tak rasmi. ngeh3

no 1 lak tak sepenuhnya jugakkkkkkkkk T_T. tapi satu dulang dah dapat. sebab baju nikah boleh amek before raya. yeay lagi!

oh.oh.oh sebelum lupaaaaaaaaaa. i dah beli veil untuk tunang!! tapi masih x puas hati walaupun dah berpeluh2 try lam kedai tadi. *hari tunang nanti cmno?* and ktorg semua terkejut dengan harga dia. semua terkejut sebab kita bajet harga dia lagi tinggi!!! so tunggu apa lagi, grab sudah. cuma sekarang ni i macam dapat idea lain utk hantam itu veil hak2. wait and see~

gambor2 xleyh nak letak la walaupun secoet je sebab henpon i murah! gambar terlalu cantik susah jugak haha. so next time je lah i kongsi2 ye...

*xsabar nak tgu baju siap*

Jun 12, 2011

baju tunang : done

at 4:22 PM Comments
Bismillahirahmanirrahimmmmm...

Ya Allah Ya Tuhanku jauhkanlah bisikan syaitan dari menghasutku untuk membuat mataku rambang bila tengok baju2 lain yang semua nampak cantik! amin.

semalam dah pergi try satu baju yang duk berkenan tapi tengok dari jauh.3, 4 kali kot aku masuk kedai tu before this. last2 aku amek jugak. mintak2 tak jadi baju raya macam baju yang beli sebelum ni.

sebelum ni beli baju siap warna grey sebab rasa cantik kan. tapi nikah dah warna lain maka nak buat tunang warna putih. dah jumpa baju sweet. dah bayar deposit. next week bayar full dapat baju. simple je. warna putih ngan sulam2 sket kat hujung. i like it very much. titik.

ok. ada beberapa perkara yang perlu aku selesaikan sebelum masuk bulan 8.

1.hantaran tunang.
nak buat sendiri ke nak tempah je? aku ni kadang2 malas nak tempah2 bagai. macam nak buat sendiri. tapi mampu ke? haha. masa mcam banyak macam xde. haaa cmno tu? nak buat sendiri nak pilih design pulak. barang2 pulak. pening2 hak2. *aku ni pening je lebih2. gerak nye tak hak2.

2. mini pelamin
nak buat sendiri. TITIK. tapi design cmne? wakakaka. gila sudah.

3. design baju nikah
haaaaaaaaaaa. yang ni kena cepat2. kang lambat pulak xdapek siap naya ler i. idea dah ade sket2 nk buat baju mcm mane kan. tgk sana sini nak buat mcm ni. kena finalize smpai next week je. lepas tu kena hantar terus ke tailor lah.

sekian terima kasih.

Jun 8, 2011

oh baju nikah. aku bukan designer

at 10:32 PM Comments
satu perkara telah selesai. tapi banyak perkara lain pulak yang berduyun-duyun datang bergolek2. Alhamdulillah, baju untuk nikah sudah pun beli, yang asalnya nak buat tunang wakakaka. biasalah. sumer flexible kalo ikot ktorg ni.

maka sekarang ni mari sama2 memerah otak untuk pilih design yang sesuai. kalau ikot aku, xmo la yang mewah2 sangat. kalau boleh baju tu biarlah boleh pakai lagi next time. and untuk baju nikah xmo sewa2. nak buat hak milik. so kena la tempah kan. sebab dah beli kain. hehe

2,3 harini duk survey2 je la nk yang macam mana. kalau nk design snirik alamatnye xpakai la. nak tempah ngan designer tiptop? alamatnya baju nikah je la aku ada. yang lain x mampu nak buat dah ahahaha. 

mari2, pening kepala sama2.

sukanya tengok baju ni. lembut je warna. 
awat kain dia tu cantik je beralun. kain aku y beli ni beralun ke tidak agaknye ek?
source : sini

nak yang paling kiri tapi xtau kain aku beli ni sesuai ke x nk buat mcm tu uhuk2

nak yang belah kiri.cantik!!!


dina halim

ok makin lama makin pening. nak buat baju mcm mane ni?????????????

Jun 7, 2011

Dilema kahwin sekali seumur hidup

at 9:06 PM Comments
Alhamdulillah. Baru terasa ktorang nye preparation ni berganjak sedikit demi sedikit setelah selesainya percutian 4hari ke kampung halaman. kalau x, rasa macam xgerak langsung. wedding check list tu x tanda2 langsung pon haha. Tapi after balik haritu boleh dah la nak potong satu dua perkara. kekeke. suka!

4hari rasa macam cuti lama tapi kejap je berlalu. kelam kabut. khamis malam gerak pergi shah alam sebab jakel buat sale!alkisahnya nak survey2 baju untuk tunang, sebab baju yang aku beli macam akan jadi baju raya. duk pusing2, try sana sini terberkenan(?) kat satu kain ni. cantik la bagi aku. my partner pon suka. padahal bajet macam dah lari kot hak2. tuptaptuptap pejam celik dah terbeli. duk fikir2 baiklah buat akad nikah. 

jumaat petang gerak balik terengganu. sabtu dan ahad duk ulang alik pergi survey butik pengantin. dari hujung dunia ke hujung dunia. masa abes atas jalan je. tapi x mengapa, sebabnya dah jumpa 2 butik yang berkenan tapi belum decide lagi. sekarang kan musim cuti sekolah, orang kawen pun berduyun2 la. susah betul nak jumpa ngan dorang ni. kesana ke mari sibuk. kalau jumpa tu memang bertuah lah. 

hmmmm......dilema betul la bila buat preparation ni. kadang2 tu duk fikir2 nak buat biasa2 je la kan. grand2 pon membazir je. aku ni bukan le kaya benau nak buat grand2. nak pelik2 ke apa kan. tapi duk selalu dengar orang cakap kawin ni sekali seumur hidup, insyaAllah. alang2 biar la all out sket. dari mulut kawan aku ke, mak andam ke, butik pengantin ke, sumer lah nak cakap macam tu. biasa la dorang nak lariskan perniagaan. suruh la amek yang complete set bagai. kawen sekali seumur hidup kan. kena la mantap. abes, aku yang memang nak kawen sekali seumur hidup ni, tak ke terpedaya? hak2. parah tau tak. duk fikir macam tu macam ni. 

apa-apa pun, setiap keputusan mestilah dipersetujui oleh dua2 pihak. x elok kalau sorang xsuka tapi go-on jugak. yang penting tuan badan puas hati hehe

May 29, 2011

hand bouquet for engagement?

at 6:05 PM Comments
bridal bouquet tutorial
simple. cantik. sebab putih berseri.



Image:Free creative commons Fun Colorful Sweet Rainbow Candy Flower Bouquet.jpg

untuk engagement, rasa macam xperlu je hand bouquet. i mean kalau nak buatfresh flower tu mcm xberbaloi la pulak. membazir tau. i ni miskin je hak2. tapi kalau nak jugak pakai, rasa macam nak guna sweets hand bouquet. tak de la membazir sgt. lepas tu boleh bagi adik2 aku makan hak2. lagi satu, xnampak comel ke? selamba badak je aku tibai kan. kita tengok nanti cmne. kadang2 last minit pon boleh tukar segala2. haiiihhhh

May 28, 2011

mari terjah butik pengantin

at 6:01 PM Comments
tapi bukan butik inangsari la for sure. ehemmmmm.

okay. sekarang rasa macam cuak sebab satu apa pun tak buat. tengok kawan aku dah kelam kabut tapi aku masih boleh lepak2 hak2.
Daisypath Wedding tickers
haaaa cantik je kan nombor tu. tapi satu hapa pun belum prepare. aritu dah survey2 kat sini. dah beli pon baju untuk bertunang tapi rasa macam jadik baju raya je haha. why? i really need him or my sisters time nak beli baju. "anything will do". yes. thats me. susah kalau ada benda ni lam kepala. nampak ok je terus mcm xkesah. sebab malas nak pening2 kepala kan. last2 nampak macam baju raya sudah. entah2 baju mak aku kang lagi lawo. tertukar tunang x ke naya? hak2.

so for now, aku taknak survey dah kat sini. trauma inangsari xhilang lagi maaaaa. so nak balik ganu je survey, kalau cantik baru beli. x cantik kita x beli tau. ingat ye korang, lain kali sebelum try apa2 tanya terus kena beli terus ke kalau try kan. kang trauma macam aku hak2

erm,haritu dah list out butik2 yang akan kuterjah awal bulan jun nanti. aku cuti 4hari. so inilah masa nak balik kampung siapkan apa yang patut kan. 

che ku manisah-k.tganu
De Idaman-k.tganu
kasihdrias -jerteh
harumkasih-jerteh

ni adalah senarai kedai yang aku jumpa kat internet la. nanti pergi je jugak kat kedai2 berhampiran dengan rumah kang. jumpa tepi jalan je aku terus terjah. susah tau kalau sorang duk shah alam, sorang duk penang tapi dua2 kenduri kat terengganu, how meh? xkan aku nak g butik pengantik penang. nak sewa segala. x ke naya. itu je lah for now.

ok, nak pergi google hand bouquet y comel2 lak. mata ne~

May 22, 2011

trauma butik inangsari

at 7:39 PM Comments
hari paling malang sedunia! today, i went to kompleks bukit jambul. survey baju for my engagement. actually, teman housemate nak beli baju yang nak dipakai for her fren`s wedding. so alang2 aku pon join skalik. try sana sini. nama pun survey kan. kalo berkenan kita hangkut terus. 

nak dijadikan cerita, masuk satu kedai ni. BUTIK INANGSARI. haaa besar2 sket. mula2 masuk ada sorang akak ni. muka manis je sambut kami. dia mula la introduce dorg nye baju. ada macam2 la. baju kurung sumer, not bad la. then aku amek satu baju ni. nampak macam ok. pastu bila cakap nak try, sorang pakcik yang duk kat kaunter ni cakap macam ni.

"nak try ke ni? kalau cantik kena beli"

what do you expect bila dia ckp cmtu? of cos la kan, sumer tukang kedai akan cakap benda mcm tu. at first, i thought he was joking. KALAU CANTIK, KENA BELI. then i try. nampak ok but colour dia mcam terang sgt so i xnak la. bila bukak, i ckp xnk lah.

pastu makcik yang tolong bukakkan zip tu da start buat muka. maybe his wife kot. dia cakap kena beli. i balas balik cakap i xnak beli. then mula la dia ulang2 balik apa yang pakcik tadi cakap. dia siap tanya lagi, mmg saja nak try or nak beli. then i ckp la, i memang tgh nak cr baju for my engagement but baju dia i xnak. dia mula la marah2. pastu i cakap kedai lain ok je. pastu dia cakap lantak p la ngan kedai lain. boleh x dia cakap macam tu kat customer?? then i cakap, ok lepas ni taknak datang dah sini. 

"pergi mampus la"

yes. that was what she said to us. erm maybe me to be specific, i dunno. so ktorg blah la dr kedai y bajet bagus tu. xde customer pon. both my hands terketar2 je. memang panas hati. sebab tak puas hati ktorg patah balik kat tepi kedai tu. tapi tuan kedai tak nampak muka kot. sebab nak amek gambar nama kedai. bila dah amek, ktorang pusing balik then tetibe terperasan tuan kedai tadi ngan anak dia datang masing2 pegang handset n ipad maybe. sebab mcm gabak sgt haha.dorang amek gambar or video, i dunno.and i heard he said like this.

" budak kurang ajar"

gila tak??? i balas balik  no wonder u xde customer. i siap buat "peace" lagi. tapi skang tetiba cuak kalau dia p upload kat youtube or facebook mati la i glemer haha.

tapi i xkesah pun, sebab lepas tu bila pergi  kedai lain dorang cakap kedai tu memang reputasi teruk. so its not my fault la kan. lepas tu terus trauma masuk kedai lain. tanya siap2 kalau try kena beli ke x. nak ramah2 mesra ngan tuan kedai pon dah naik seriau tau. 

May 14, 2011

seronoknya buat preparation!

at 11:14 AM Comments
hi guys, ladies n gentlemen, tuan-tuan dan puan, bla bla bla....ok enough.

ni haaa meh sini nak habaq mai sket. skang ni aku dalam proses survey sana sini la. dah sorang penang sorang shah alam tu je la yang mampu setakat ni. so nak cte nye, bila dah survey banyak2 makin lama makin pening. makin lama makin stress haha. bak kata kawan aku, tu la yang membuatkan preparation ni menyeronokkan. tang mana seronok aku xtau la kekeke.

ok. yang aku nak citernye cmni. ktorg carik2 sumer tu kat kahwinmall kalo x silap. pastu banyak la kan mereka yang sediakan perkhidmatan perkahwinan. tapi yang xbestnya, orang letak website dia pun nak jugak. tapi bila bukak, hapa pun tarak!  kosong! no post! apa motif buat blog kan. tak paham betul la. pastu yang xde tu pun banyak jugak. aku paham la bukan semua orang rajin, ada masa nak buat website bagai. tak cukup masa nak handle sumer. yes, i know. tapi kalau dah buat tu at least isi la apa2 yang patut. pastu pulak ada yang buat blog letak sumer cukup lengkap. tapi xde apa-apa yang boleh dihubungi. phone number, email sumer xde! pastu bila aku tengok orang yang duk tanya2 kat every post xde pulak dia reply. cmno tuh?

agak mengecewakan la. yela, kita ni bukan terus nak p terjah. at least tgk2 dulu cmne. perkhidmatan dia menarik ke x. ok ke x. lagi pulak alamat jauh2. kang pergi xde pulak. x ke haru?

tu bab website. kita p pulak bahagian sms or email. ada yang website under construction. kita p email dia nak tanya harga bla3. dah 2,3 minggu asik under construction jexkn nk tgu saje kan. bila p email tanya dia nye pakej, harga sumer boleh pulak dia suh datang kedai terus. memang la lagi bagus. tapi apa salahnya bagi je la dulu harga tu. kalau ok, kami pergi la kedai tu. kalau x ok, buat apa nak pegi lagi kan?tak cukup ngan pihak yang org sms 2 mgu xjawab2. call xnk angkat. komen kat facebook xnk balas. msg kat facebook taknak balas. tengok kat fb aktif pulak ngan benda lain. cmne tu?

haaaaaa itulah antara perkara2 yang membuatkan preparation adalah suatu perkara yang menyeronokkan! haha. memang seronok.

May 8, 2011

mari mula berfikir!

at 2:15 PM Comments
di petang yang sunyi sepi ini
tanganku mula menari-nari
cuba merungkai kehendak diri
yang semakin aku tak pasti
nak sewa, beli atau buat sendiri??

hahaha amek kau. siap dah pantun 5kerat. terer gak aku ni ek berpantun2. spontan kot. piwwiitttt

okay. semalam duk survey macam2 lah untuk wedding. padahal tunang pun belum. sepatutnya preparation untuk tunang la didahulukan. tapi xpe, sebab nak buat simple2 je, taknak la kebabom abes dwet. memang la orang kata sekali ketika muda, insyaAllah. tapi xkan la nak membazir..ye dak. so kita buat ikut kemampuan. kalau orang tengok macam buat ala kadar ke apa, xpe jangan hiraukan. janji kita puas hati. bukan orang lain puas hati. hehehe

so, lepas ni akan bermulalah pencarian DIY untuk my pertunangan. kamdar pon sebelah rumah je. senang aku nak taram kain nanti hak2. baju maybe beli. y simple2 sedap mata memandang yang boleh pakai lagi lain kali hehe. 

May 7, 2011

serius saya xtahu apa-apa!

at 1:28 PM Comments
Alhamdulillah sekarang dah ada rumah baru, keje baru, hidup baru, suasana baru. tapi aku tetap aku. cewah! ok, after balik dari jepun haritu, agak busy sebab hari-hari duk belajar kereta. buat lesen. and alhamdulillah dah lepas. dah boleh bawak kete ni haha

after selesai pasal lesen, aku datang penang. dapat keje kat sini kan. maka kerja kat sini la. dah duduk rumah baru ni. dah masuk keja 4 hari. so far mcm ok tapi xtau la future cmne haha.

utk masa ni rasa macam blur2 gitu. bayangkanla, dah stop lama sangat. preparation untuk bertunang is zero. tunggu stabil sket lah hikhik. alah bukan nak buat grand2 pon. simple2 je. so xde la kelam kabut sgt kot. aku lebih focus kat persiapan kahwen nanti la. y tu lagi penting kot hehe.

so, sekarang ni ngah tgk2 balik y mana dah ok yang mana belum.. apa yang perlu dibuat buat masa sekarang ni bla bla bla. serius blank gila hak2. xpe2, kita kayuh pelan2. haha jangan tak sampai dah la.

Apr 13, 2011

i want it to be like this!

at 9:11 AM Comments
tapi lam tema pink + white + purple



DIY or sewa or whatever it takes to make it happen! titik. sekian untuk hari ni.

Apr 12, 2011

kalo DIY pon lebih bajet cmno?

at 12:50 PM Comments
ok. sekarang dah mula focus on my engagement day yang akan diadakan pada... tetttttttt!haha kasik saspen jap.

nak sewa ke nak buat snirik? kang kalo buat snirik, dah la xkreatif, kang maunye lebih2 bajet drpd sewa lak. jgn main2 tangan keras ni haha. kang diri snirik yang merana.

ichiou dah contact orang y berkenaan tapi smpai laaaaa ni xdak henji. nak duit ke xnk pon xtau la kan. xpe2. kita pon bukan nak pakai esok ke apa. maka kita tgu lai. kalo xdak henji jugak kita p la kedai lain apa susah kan? hehe.

ok nk gtau tu je. tata

Apr 5, 2011

Pink + ______ = gojes, menawan, cantik.

at 3:12 PM Comments
okay. tiba masa untuk next step. apakah itu? 

merisik>bertunang>kahwen>honeymoon. 

eh nak masuk jugak honeymoon ni kan xpsl2 hak2.

ok kalau ikutkan macam tu la kan step nya. tapi kami dah capai kata sepakat x ada merisik secara formal tu. sebab kami pun dah kenal2 both family. xde la belum kenal langsung kan. maka kita terus proceed ke tunang. 

Alhamdulillah dah dapat green light daripada kedua2 belah pihak untuk bertunang this year. kami dah ada tarikh sebenarnya tapi nanti lah baru reveal sebab mana tahu kan kalau ada perubahan. dah dekat2 nanti baru kita letak countdown. heh xde countdown xsah kan. haha. *sape y dah tahu kira senyap2 dulu ek hihihi

so sementara aku free xbuat apa ni maka menyibukkan diri lah survey apa2 ya patut. seperti tema, nak pelamin ke x, hantaran bape dulang, cincin bape karat. hak2. 

dan ini antara pilihan aku lah. main colour is pink. hak2. jangan gelakkan aku nape tetibe aku ni macam gila ngan pink. ada alasan nya tu =P . Ok, korang kat luar sana meh kongsi idea. warna apa yang sesuai ngan pink. so far lam kepala ni warna purle n silver n white. ada idea lain x?

Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea