May 27, 2012

a good mom

at 9:50 PM Comments
harini pergi KLCC naik lrt je. malas nak bersesak2. dalam lrt aku duk bertentangan dengan sepasang suami isteri dan juga seorang anak..

seronok je aku lihat telatah anak kecik. ye, aku mmg senang ter'occupied' dengan telath budak2. bukan sebab aku dah kahwin dan teringin anak, tapi memang dr dulu suka tengok telatah budak kecik. tapi kalau nk kena jaga susah sket haha

ok, back to the main story. 

tiba-tiba....dan2 je tiba-tiba kan hahahaha. 

si emak bersuara " **** amek balik la mainan dalam bag mama ni. semak la" lalu mengeluarkan 2 ekor binatang kecik dari handbag si emak yang jugak kecik, memang boleh nampak la sempit...bagi kat si anak.

"letak dalam poket seluar" cakap pula si ayah. tapi si anak macam xnak, sebab nanti binatang tu terkeluar dari poket.

"siapa suruh bawak. nak sangat bawak tadi kan..pegang la" kata mereka

kemudian si anak pegang la..

bila aku tengok, aku xtau apa nak cakap. masa tu terdetik ....

kalau aku di tempat itu ketika itu, mungkin aku bawak sahaja binatang mainan tu letak lam bag. memang la sesak sket lam bag. 

tapi itu tanggapan aku ketika itu.oh jangan salah paham dengan tanggapan aku ni. aku tidak mengatakan cara mereka tu teruk atau keterlaluan, cuma aku terfikir..kalau aku di tempat mereka, apakah aku akan lakukan benda yang sama terhadap anak aku?

mungkin itu cara mereka.

masing2 punyai cara dan tanggapan tersendiri dalam membesarkan anak. masing2 mahu yang terbaik mengikut aturan. 

dan aku terfikir, mampukah aku jadi yang terbaik untuk anak aku kelak? kadang-kala kita dah anggap yang terbaik, tapi mungkin itu masih bukan yang terbaik. xtau nak bayangkan macam mana bila dah dapat anak, mungkin pemikiran aku akan berubah. siapa tau?

May 13, 2012

surirumah VS surarumah :D

at 9:10 PM Comments
Dulu, ada seorang manusia ni yang ada tanggapan xbest pasal perkahwinan. jadik macam 50/50 nak kahwin.

People said, perkahwinan tu satu perkongsian. dua jiwa berkongsi hati n perasaan. berkongsi tilam n bantal di malam hari, berkongsi suka dan duka di alam perkahwinan. but! ada satu perkara yang betul2 tersekat di dalam kepala otak seorang manusia itu....

Telah tertulis dan semua orang tahu, suami wajib memberikan nafkah zahir dan batin. segala keperluan rumah perlu disediakan. dan si isteri pula bertanggungjawab untuk menjaga segala makan pakai si suami.

ok. semua kadang-kala tak menjadi masalah bila si isteri tak berkerja. secara mudah si isteri akan paham, dan patuh melakukan segala urusan rumahtangga. sebab suami sudah penat lelah mencari rezeki di luar, haruslah si isteri yang x bekerja buat segala kerja rumah. buat dengan sukarela gitu kan

tapi apa akan jadi kalau isteri sudah bekerja. membantu suami mencari rezeki untuk menampung keperluan rumah. apa akan jadi dengan segala tanggungjawab yang pernah dilakukan dulu? sama-sama pulang ke rumah penat bekerja. tapi sampai je di rumah si isteri masih perlu meneruskan tanggungjawab di rumah pula? dan suami senang lenang goyang kaki?

masih menjadi persoalan di benak.. kalau seorang lelaki kahwin kerana memerlukan seseorang untuk mengurus hidupnya, menjagai makan pakainya, memberikan keperluan batinnya.... apa pula keperluan seorang perempuan berkahwin? adakah untuk memenuhi keperluan seorang lelaki semata-mata? 

************************************************************************

im a married woman.
dan juga wanita berkerjaya.

indeed, kadang-kala ada jugak rasa xpuas hati, rasa x best bila balik umah penat2, nak kena masak, nak kena iron baju segala. sedangkan suami seronok je guling2 goyang kaki main game online segala bagai. sampai masa, bila dinner is ready, suami makan sama2 ngan isteri. bila dah abes, pinggan isteri kena basuh. suami sambung main game, online ect. lepas tu si isteri pulak sambung iron baju utk esok. ataupun malas sgt, bangun pagi2 esok utk iron baju.

sebab xde pun kan tertulis bahawa segala kerja rumah WAJIB ditunaikan oleh si isteri seorang SAHAJA. n xde pon y tertulis suami HARAM buat kerja rumah.for me suami jugak kena membantu. sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri pun membantu isteri baginda.

So, suami2 di luar sana xperlu mencari alasan taknak tolong isteri. nak cakap tu tanggungjawab isteri sorang.

sebab tu i will make sure suami tolong sket2 apa yang patut haha. kena tolong until i got my own little helper one day hihi 

masa tgh masak ke, hubby tolong iron baju utk esok. suami tolong potong sayur ke, just anything! asalkan tolong sket2 kat dapor. kadang2 pertolongan sikit pon boleh hilangkan penat y terasa, kadang2 terus rs x smpai hati n suh suami rehat pastu kita smbung smpai abes. weekend pulak, kdg2 suami tolong part pakaian. jemur ke. basuh dah jadi tugas mesin basuh kan. saling tolong menolong. kalau nak harapkan kita sorg kdg2 memang la semput. x gitu wanita2 yang dah kahwin n berkerjaya di luar sana?

kadang-kadang tu kami pon terfikir, dlm keadaan semput2 melalui hari2 yang mendatang.. mcm mana bila dah ada baby nanti? tak terbayang macam mana hahaha. skang pon rs x cukup tangan nak buat sumer. padahal x buat pape pon. mungkin itu hikmah di atas kehilangan our 1st zuriat dulu. 

So, mereka2 yang dah berkahwin, serta bekerja..boleh la bagi sedikit idea supaya orang yang takut untuk berkahwin berubah hati :D

jangan pulak org laki y taknak kahwin lepas bc ni sudah. sbb kena tolong isteri hahaha

-have a great weekend guys!!
Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea