Jul 21, 2014

minum air gula

at 2:47 PM Comments Links to this post

assalamualaikum.

harini ada temujanji,cewahh temujanji gituuu haha. actually harini temujanji minum air gula kat ppum. akhirnya!!! walaupun mengandung dl punya la pulun jaga badan jaga mkn saat akhir sbb xnk minum, tup2 terpaksa jugak aku relakan.

polisi ppum 1st check up wajib minum kalau sblom tu x pernah minum. untuk kebaikan bersama jugak kan.

memula kena ambil darah dl. pastu nampak nurse bancuhkan sepeket serbuk. banyaknye!!!! pastu cmpur air segelas besar. mak aihhh cuaknye.

try seteguk. eh mcm ada perisa msm2 sket tp xleyh recognize rs ape. tabahlah daku tuang dlm tekak mcm.minum nescafe ais gtu. da tgl sket2 tu da rs mcm nk muntah dah. cepat2 abeskan pastu kumur2. rs ok la sket.

kemudiannya kena tgu 2jam utk amek darah kali ke2. lamanye rs nk menunggu. so pg lepak opis sejam. baki sejam abes atas jalan cmpor sesat2 bagai haha.

disebabkan doktor suruh sambung check up ngan kk, maka tepon sana utk buat temujanji.

dan duduklah daku di kerusi kk ni tunggu giliran check perut. beray trn 0.8kg. sebab puasa kot.

oklah da kena panggil. babai!

Jul 7, 2014

Antenatal checkup at PPUM

at 9:50 AM Comments Links to this post

Assalamualaikum.

Maka hari yang ditunggu2 tibalah jua. Lepas tempahan bersalin 2bulan lepas,semalam 1st appointment with doctor.

pagi yang x berapa awal sgt,pukul 830 sampai ppum. saje bermalasan sebab lepas sahur tadi duk sibuk masakkan makanan anak dara i hihi

sampai je terus ke kaunter pendaftaran bhg antenal klinik di tingkat 2. dapat no da awal tapi tetibe baru terperasan borang x isi lagi. i've never been so unprepared like this before!*facepalm*

lepas kena panggil alamatnye kena skip isi borang la dl. hampes betol. pastu duk pening nak terjah kaunter ke amek no baru. last2 ambil no baru malas nak cari pasal di bulan puasa. maka menunggulah giliran yang sepatutnya awal tadi.

kemudian kat kaunter, bagi borang,ic sendiri dan salinan ic suami kalau xdtg sekali. bayar yuran pendaftaran RM31 kemudian kena pergi bayar tempahan bersalin RM500 di kaunter pendaftaran kat luar sebelum masuk bhg bersalin.

lepas bayar tunggu kat ruang klinik y banyak2 kerusi sebelum nurse panggil untuk timbang berat,urine test, tinggi, bp dan lain2 y diperlukan berdasarkan rekod antenatal checkup kat kk.

disebabkn ak x pernah lagi minum air gula,maka wajib utk ambil next appointment untuk kepastian. adeh kena jugak akhirnya. nanti kena bayar RM13.50.

lepas tu, kena berkumpul dengar ceramah sementara tunggu kena panggil. banyak ilmu dapat dan perlu refresh balik dlm ms 2bulan! hohoho

tunggu punya tunggu kol 1230 cmtu baru jumpa doktor. xbyk pon benda baru sbb all details doktor ambil dr buku merah kk. pastu tnye da buat scan ke belum. ak ckp  buat 1st masa 2bulan dl je.

maka kena buat appointment next 6minggu before due kalau xsilap,dorang duk sebut 6mgu je manjang. abes jumpa doktor kena pergi balik kaunter pendaftaran mula2 skali tadi untuk set next appointment.

lepas tu kena turun tingkat 1 kat bhg scan utk buat appointment. nanti kena bayar RM20 untuk scan.

akhirnya setel sudah. bayar parking rm9!!!huhuh
total habis arini

yuran pendaftaran rm31
deposit tempahan bersalin rm500
parking rm9

total=RM540

sehingga berjumpa di appointment seterusnya.

Jul 2, 2014

Nah. Nak. Nanak

at 8:11 AM Comments Links to this post

Assalamualaikum.

First thing first, selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Walaupun xde la seluruh dunia y membaca blog picisan ini hewhewhew

Ok. Nah,nak & nanak.

Ni adalah 3 perkataan yang digunakan oleh damia dan difahami oleh dirinya sendiri.

Nah.
Ni bila dia dah xnak sesuatu kat tgn n nak bagi org. Mesti sbb mamanya n papanya selalu guna bila nak bg pape kt dia.

Yang kelakarnya, masa tidur pun sama!! Malam tadi jadi saksi haha. Damia masih lgi bgn mlm kdg2 utk minum susu. Bila dah lepas minum, dia buang botol dr mulut dan "nah". Pastu sambung tdo hahaha tergamam jap mamanya.

Tapi!!!!! Kalau siang hari bila dia dalam segar bugar tu, bila dia bagi barang...nah! Pastu kitorang cakap xnak, dia akan insist jugak.

Nah !
Nah !
Nah !

Sambil goyang2 badan nak nangis suh ambil jugak hahaha

Nak.
Selalunya 'nak' digunakan bila dia mahukan sesuatu tapi x berdaya nak ambil.

Contoh bila mamanya sibuk basuh pinggan kat sinki, dia datang berdiri pastu tunjuk kat bekas sudu.

Ataupun masa mama sibuk kat meja makan buat susu ke, minum air ke laju la datang berdiri pegang kerusi.

Nak!
Nak!
Nak!

Sampai la dia dapat. Meskipun terpaksa menangis, sebelum mengamuk guling2 atas lantai haruslah mamanye bagi sebelum dia mogok xnak kawan ngan mamanya.

Nanak.
Yang bermaksud taknak. Bilamasa dia taknak sesuatu seperti da xnak nasi,xnak susu. Kalau mama degil jugak nak bagi nanti dia geleng2 kepala,goyang2 badan cakap nanak berulang2 dan mama kena mengalah sebelum dia mengamuk n mogok.

Dan jugak digunakan bila kita nak sesuatu kat tangan tapi dia xnak bagi. ataupun time kita larang dia buat sesuatu seperti cucuk pusat mama dengan pensil tajam.Haaa time ni pun...

Nanak!
Nanak!
Nanaaaaak!

Tak ke haru!

 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea