Dec 29, 2012

angin burb-burb xmo kua2

at 11:42 AM Comments
Assalamualaimum!

Selamat hari hujung minggu!!! hehehe

hmm sepatutnya harini excited sebab barang dapur baru nak sampai, tp kesannye dah hilang sejak kegagalan mereka menghantarnya pada hari sabtu minggu lepas. hampeh!

alkesahnye, 2-3 harini ni xberapa nak sehat.

hari khamis malam, aku makan malam agak lewat sambil2 menunggu encik suami yang kerja lebih masa. tunggu punya tunggu sampai kol 930 xbalik2, perut dah meragam. so aku amek keputusan nak makan dulu lah.

ingatkan segalanya ok lah. keesokannya terus rasa lain macam dalam perut ni. rasa xsedap sebab angin dah menderu2 masuk. tapi lunch boleh makan lagi. 

pastu bila nak makan malam, selera terus hilang. xleh nak makan langsung. pastu tetiba rasa nak muntah. apa lagi berlari2 pergi toilet muntahkan balik segala isi perut yang dimakan waktu tengahari tadi. keluar sebijik2 nasik and lauk pauk yang dimakan. dalam erti kata lain memang makanan x hadam langsung.

dinner malam tu pun ak da xleyh nak makan banyak. perut penuh angin, selera semua hilang. makan 2, 3 mulut je mampu. 

malam tu langsung x boleh tidur sebab angin menusuk2 kat hulu hati. rasa pedih. senak segala lah. pusing kiri xjadik, kanan xjadik, kejut hubby suruh urut. satu lagi masalah sebab aku ni jenis xreti nak sendawa burb2 kuarkan angin. pastu tidur kejap, bangun muntah2, tidur kejap bangun lagi nangis2 sebab xleyh tdo, esok dah la nk kena pergi keja awal, kerja byk.

tapi angin masih x hilang2. esoknya kat tempat kerja, hubby belikan nasik lemak. dapat pulak sambal peparu yang manis macam masak ngan air gula lagilah aku xleyh telan. makan semulut dah xleyh go on. last2 minum air milo ngan biskut jacobs y kecik comel tu. tapi 2 keping pon xleyh nak habes.

tetiba rasa nak muntah, cepat2 bangun nak pergi toilet x sempat sampai kat pintu semua dah terkeluar dalam ofis. terus lari2 pergi sinki pantry. muntah lah segala air milo ngan biskut serta nasik semulut yang aku makan tadi. badan macam dah lembik.

then balik meja cepat2 siapkan kerja then amek mc half day.

pergi klinik. doktor cakap aku nya morning sickness baru nak start. erk? aku dah terang2 ckp xde, lepas 4bulan aku dah ok cuma bdn masuk angin. tp doktor bertegas jugak, memang dah berhenti tapi maybe start balik. baiklah doktor. so dapat lah segala macam ubat dengan harga rm60.

lepas tu terus pergi beli buah2, sebab yang lain2 xleh nak makan. doktor pun sarankan makan makanan yang cepat hadam dan yang cepat diserap nutrien. seperti jus buah-buahan, minum yogurt, home made soya, bubur etc. jangan makan makanan yang keras2 mcm nasik and all.

so balik tu aku makan buah epal sebijik, buah pear sebijik sebab lapar gila perut kosong dr pagi. lepas tu mkn ubat buang angin doktor bagi, kentut la jugak 2 kali. lepas tu tertidur. setiap sejam bangun makan buah, makan cereal, nestum. semua jenis mkn baby. then rs ok sket tapi still rs angin ada.

bila hubby balik, kerah hubby pulak urut2 sket nak kuarkan angin. dan malam tadi bolehlah tidur tanpa gangguan cuma bila bangun pagi tu rasa jugak senak2 kat hulu hati. bangun2 makan nestum + susu, buah2.

penat betul 2 , 3 hari ni. harap2 cepatlah hilang. demimu anakku, ama akan cuba bertahan. cewah! hahaha

oh ya. baby saya dah mencecah 23 minggu 1 hari! 

Berat bayi anda sekarang lebih sedikit dari satu paun / 500 gram dan dia berukuran lebih kurang 11.4 inci / 29 sentimeter dari mercu kepala ke tumit. 

http://www.babycenter.com.my/a1044282/perkembangan-fetus---hamil-23-minggu#ixzz2GPPQ1Qwg

Dec 22, 2012

trimester kedua-perubahan si ibu #2

at 12:51 PM Comments
Assalamualaikum!

Sambungan untuk entri #1 dulu. Sekarang ni saya berada di minggu ke 22 kandungan. 

Berat bayi sekarang hampir satu paun / 430 gram, dan dia berukuran hampir 11 inci / lebih sedikit dari 27 sentimeter dari mercu kepala ke tumit, dan sudah terbentuk seperti bayi baru lahir, tetapi kurus, sebab lemak bayinya belum datang lagi.

Perubahan si ibu ;

8. PERUT SEMAKIN MEMBESAR
    After 12 minggu kehamilan, rahim akan membesar dan melewati rongga pinggul. pembesaran rahim berlaku sekitar 1cm setiap minggu. sekarang aku dah 22 minggu, maksudnya dah 10cm lam rahim membesar selepas 12 mingggu? huwaaaa besar jugak tu.. tapi mmg dah nampak la perut yang dah makin memboyot ni. seluar time muda remaja semua da xleyh pakai. semua kena beli baru. dah x muat dah. y kecik y besar semua beli baru okay mommy-to-be sekalian. bukan setakat perut, rs mcm 1 bdn membesar hak2

9.PERTUMBUHAN RAMBUT DAN KUKU
    perubahan hormon akan membuatkan kuku and rambut tumbuh lagi cepat. ia kan cepat panjang dan kadangkala tumbuh di tempat x diingini spt wajah n perut???-kuku memang aku perasanlah cepat je panjang, baru je potong nak kena potong lagi. rambut x berapa perasan sbb rambut aku ni mcm mengalami tumbesaran yang terbantut? hehehe xde lah. cuma lambat panjang sejak dr dulu lagi tapi so far xde la tumbuh di tpt2 x diingini spt muka ke.nanti xtau la hehehe

10.SAKIT PERUT DI BAHAGIAN BAWAH
     ligamen dan otot menjadi renggang utk menahan rahim y semakin membesar. - yang ni pun adalah perkara biasa sejak perut membesar ni. bersin sakit, batuk sakit. rs otot menegang2. tp semua utk babyku yang tercinta ini kekekeke-RASA SAKIT BERSIFAT SEMENTARA DAN TIDAK TETAP. BOLEH DIATASI DENGAN DUDUK ATAU BARING DALAM POSISI YANG SELESA.

11.PERUBAHAN KULIT
    garis warna coklat dikenali sbg linea nigra. perubahan pd wajah disebut chloasma atau topeng kehamilan menunjukkan kekurangan asid folik. strecth mark terjadi disebabkn kulit merenggang leih dr biasa pd perut n payudara y akan menyebabkn rs gatal. - waktu awl2 dl dlm trimester pertama mmg muka aku gelap gelita mcm kena sunburn. garis kt perut pun ada.tp skang wajah dah berseri2 sket kot hak2. dannnn da start rs gatal2 kt perut o ak akn letak minyak lah. slalu kena marah ngan hubby bila aku tunjukkan tanda2 nak menggaru hak2

12.KEJANG KAKI
     disebabkan peredaran darah di dalam tubuh anda yang lebih lambat drpd biasa di waktu kehamilan. - oh oh oh yes yes! 2 ,3 minggu kebelakangan ni memang tiap2 hari kejang betis di waktu pagi atau malam. pastu meraung2 kejut hubby sebab bdn terus mcm orang mati x bergerak2 hahahaha. mana penah kejang kaki kan. sian encik hubby kekeke. petua dr senior, pagi2 jangan menggeliat hihihi

13.PEMBENGKAKAN
     40% wanita akan mengalami pembengkakan ketika mengandung. terjadi disebabkan peningkatan hormon ibu berlakunya penahanan cecair dlm tubuh. biasanye berlaku pada muka, kakai dan tangan. terjadi sekiranya berada dalam posisi baring atau duduk terlalu lama.- yang ni aku perasan pada kaki lah sebab kasut2 sekarang dah x muat. sakit dah bila pakai. so akan selalu urut2. mangsaku tentunya hubby yang penyayang kuikuikui. tapi kena selalu urut untuk mengurangkan bengkak. so far tangan n muka belum lagi cuma bengkak penambahan lemak tu adalah kot hehehe
 sebab bos aku pun tegur muka aku dah bulattttttttttt

14.MERASAKAN PERGERAKAN BAYI.
    pada minggu ke 15 hingga ke 22 sepatutnya dah boleh mula rasa pergerakan bayi. buat yang pertama kali mengandung, mungkin lambat sikit nak perasan tentang pergerakan ini. macam aku. minggu ke 18-19 baru perasan pergerakan bayi. bila orang tanya, aku xtau nak explain cmne. mcm plup2? hahaha. ye macam belon2 udara yang bergerak dalam perut. lagi2 kalau aku duduk posisi x selesa mulalah baby bergerak2 hehehe. hubby jeles je sbb dia pun nk tengok jugak tp skang xnmpak lagi kot dr luar. tgu betul2 besar br nmpak dr luar kot hehe.

So, korang pula bagaimana? seronok kan melalui pengalaman2 time pregnant. dah halfway , another 4 months to go!!!

Dec 8, 2012

yeay dah buat buku merah!!!

at 4:18 PM Comments
Assalamualaikum!

dari saya dan baby 5 bulan dalam kandungan hehehehe


semalam, semasa genap 5 bulan kami telah berjaya pergi buat buku merah/pink. nasib baik x kena marah ngan nurse dan doktor hehehe

kami pergi buat di klinik taman medan jaya.. nasib baik betul klinik tu untuk tpt tgl kami..

sampai sana lam pukul 730 pagi, wpun klinik buka pukul 8pagi dah ramai orang datang. kami dpt nombor 13. 

1st step kena isi 2 buku merah tu, satu untuk klinik simpan dan satu untuk si ibu. isi lah segala2nya. lepas tu amek berat dan tinggi. berat saya dah meningkat 2kg sejak sebulan y lalu yang mana ianya adalah bagus. sebab nurse cakap time pregnant ni kena pertambahan berat 0.5kg seminggu bersamaan 2kg lah sebulan.

lepas tu kena amek darah kat lengan dan darah kat jari. untuk chek kandungan gula, hemoglobin, check kumpulan darah anda RH =ve atau -ve. pastu untuk check penyakit kelamin dan juga untuk saringan HIV.

Lepas tu pergi pemeriksaan ngan nurse. dia tanya2 lah ada masalah ke x. pastu nasihat utk pemakanan. kena kurangkan portion utk nasi, mee, bihun dan mkn y seangkatan. cuma tambahkan lauk kalau rs mcm x cukup,jangan mkn nasi byk2 sebab takut kena obesiti, kencing manis dan mcm2 penyakit time pregnant. kurangkan jugak mkn berlemak, manis n masin. juga diperiksa payudara untuk mengesan kebarangkalian utk kanser payudara. ni kena check sebulan sekali katanya. lepas tu kena buat check up utk gigi jugak. lepas tu nurse letak gel utk dengar jantung baby. xtau apa nama alat tu. tp seronok sebab dpt dengar jantung baby yang sgt kuat itu

then jumpa doktor jugak. doktor just tanya y simple2 jugak lah sebab awal lagi. nak suruh kira peregerakan baby pun x perlu sebab aku pun kdg2 tau kdg2 xsedar baby bergerak. xbrape pasti lagi. pastu doktor scan. alhamdulillah baby nampak ok. mula2 x gerak sgt, aku tanya la doktor baby xgerak ke. terus haaa dia bergerak2.. comel betol!

dapat obimin. nurse cakap skang dah boleh stop mkn acid folic y tablet tu sebab acid folic dah ada dalam obimin ni. cukup dah.

then kol 11 cmtu baru gerak g ofis...

sekarang dah xrisau2 dah psl buku merah. excited nak tgu utk next appointment hihihi


Dec 1, 2012

kandunganku di usia 19minggu!

at 5:20 PM Comments
Assalamualaikum!

kandungan kini sudah mencecah usia 19 minggu. lagi seminggu dah nak masuk 5 bulan! can you imagine it? diriku y comey lotey ini dgn perut membesar 5bulan kuikuikui...

percaya atau tidak, itulah hakikat kekeke

okeh! mari kita tengok apa yang berlaku kat baby dalam perut ini


  • Bahagian atas uterus anda sudah mencecah pusat anda dan uterus akan membesar lebih kurang satu sentimeter per minggu. Ukuran fetus sekitar 6 inci / 15 sentimeter panjang dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 9 auns / 240 gram.
  • Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan tunggang terbalik bayi anda yang kian membesar. Ada masa-masanya, dia terlalu banyak bergerak sehinggakan anda tidak dapat tidur. -yang ini x dapat dipastikan haha. pernah jugak rasa mcm geli2 je lam perut tapi kadang2 je. mungkin sebab kali pertama pengalaman so xkenal lagi rasa macam mana tendangan lembut bayi kuikuikui
sekarang ni sering jugak la sakit belakang dan bahagian tulang bontot ini. berdiri lama sikit sakit, duduk lama pun sakit bila bangun nak berjalan. kalo buat kerja banyak sikit pun sakit-sakit datang..

nak buat macam mana inilah pengalaman yang bukan semua orang boleh rasa. haruslah banyak bersabar dan berehat..

plan nak pergi scan lagi sekali. scan yang lagi detail untuk tahu jantina . papa dah excited panggil daniel & durratun. hehehe

xsangka dah separuh perjalananku...lagi separuh jalan nak kena harungi, harap semua akan baik2 saja..

so bakal2 ibu di luar sana pula bagaimana? mari2 kita kongsi sama2.. eh macam pantun puloks hahaha

Nov 23, 2012

trimester kedua-perubahan si ibu #1

at 4:36 PM Comments
Assalamualaikum!

lama tidak menjengah. mood nk blogging dah kelaut! hak2

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya dikurniakan kesihatan yang baik, danjuga kesempatan untuk merasai bayi kecik ini membesar di dalam perutku yang xberapa nak besar ini..*konon2 la tu slim hak2

okeh! sekarang ini saya sudah pun berada di +-1/3 trimester kedua. (*xtau kenapa asyik nak tersasul semester pulak) bayi saya kini berusia 18minggu!! 4bulan stengah la kalo nk senang. Syukur Ya Allah. 

So apa yang berlaku di semester kedua ini? jom kita sama2 kongsi...

Panjang bayi  sekitar 6 inci / 14.2 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 7 auns / 190 gram. Dadanya bergerak turun naik seakan-akan bernafas tetapi dia tidak menyedut udara, hanya cecair amnion. 

Perubahan pada trimester kedua.

PELUPA
dikatakan mmg menjadi fenomena lah disebabkan keadaan si sibu bekerja berlebihan utk bayi berkembang, sehingga menghalang kepada pemikirannya.
Aku? entahlah tapi rs kdg2 mmg cepat lupa tapi rasanya aku ni dr dulu lagi mcm ada short term memori lost haha. so x dapek nk dipastikan kuikuikui

PENING KEPALA
penyebab : pembesaran bayi dlm rahim menekan pembuluh darah besar, so tekanan darah menurun.
ni mmg xdinafikan. dr 1st trimester lagi pening kepala ni ada. tapi 2minggu kebelakangan ni dah berkurang. cuma kejap2 ada kejap tak ada. 

BERDENGKUR
penyebab: peningkatan aliran darah dlm badan menyebabkan sesak nafas n pembengkakan membrane mukosa pd bhg dalam mulut. so akan berdengkut di waktu tidur.
yang ini pun diakui oleh suami, dia pernah dengar aku berdengkur kalau aku tidur dulu la. kalau dia dah tidur sah2 la xdengar sbb dia dengkur jugak. ops!

HIDUNG DAN GUSI BERDARAH
penyebab yang sama iaitu peningkatan aliran darah dalam badan. kadangkala hidung tersumbat
aritu pernah jugak gusi berdarah. tp xtau sebab pregnant ke sebab apa ..kerana aku ni jenis memiliki gusi sensitif. senang nak berdarah so kompius lak sebab apa

SENDAWA DAN BUANG ANGIN
penyebab : usus meregang dan akan berasa kembung perut
haaa yang ni memang sangat2 lah ketara since akhir trimester pertama sehinggalah sekarang. memang rasa kembung perut. angin penuh je. banyak sendawa jugak la. lagi2 kalau makan / minum benda yang boleh sebabkan angin. tak berhenti la sendawa. cth : air teh, jambu batu, kobis. ni kalau makan terus sendawa burb2 takpun sakit2 badan disebabkan angin

PAYUDARA MEMBESAR DAN KELUAR CECAIR KUNING
Yang ni adalah untuk persediaan menyusu bayi nanti, amat penting bagi bayi untk mimnggu pertama kehidupannya kelak
apa yang berlaku kat aku x payah lah diceritakan kot. tapi masing2 kena tahu la perubahan diri ni. so xde la terkejut kalau tetiba bra lama dah xselesa untuk dipakai.

SAKIT ULU HATI
rasa panas atau terbakar di bhg dada atau perut bhg atas.
penyebab:asid perut memasuki saluran mkn di atsnya.hormon progesteron meningkat n menyebabkan otot saluran pencernaan dalam keadaan rehat. rahim akan membesar, dan akan memberi kesan kpd bhg atas perut, sehingga mendorong asir perut naik ke saluran makan dan menyebabkan sakit ulu hati.
ni memang selalu jugak la terasa sakit pedih2, panas2 kat bhg ulu hati
so apa yang perlu dilakukan?
jangan makan terlampau byk teruatama sebelum tidur. tapi aku sekarang ni nafsu makan dah membuak2. haihhhhh
jauhi mkn pedas, berlemak n berminyak. ni payah betul nak elak. mcm mkn ruji dah. tp sekali sekala mmg akn elakkan lah
waktu tidur malam tinggikan posisi kepala yang akan menghalang asid perut drpd memasuki esofagus. aku bila nak tidur memang bantal siap segala tapi xlama pastu siaplak ngan kuak lentang renang berirama. sudahnye mmg tidur x berbantal le jwbnye

adeh mcm dah panjang pulak. nanti sambung lah ..nak kemas brg esok nk pindah umah. yeay!

Nov 8, 2012

simple celebration

at 9:02 PM Comments
Sooooooooooooooo, yesterday was our first anniversary gitew!

xde pun candle light dinner bagai....

makan seperti biasa ajew haha

enjoy the pic sudeh~

kolam is everywhere.. cantik kan?

So, kami ke sushi king to celebrate our 1st anniversary. sebenarnye xpyh tgu anniversary pon kami dtg je klcc ni hahaha

my lovely soulmate

i mkn y ni. suami punya xsempat nk snap dah ngap!


1st time mkn!!! sedap sangatttttttttttttttttt. soft shell crab salad. will be my fav after this!

ikageso karaage. this will be hubby's fav

kecik je kan. 1/5 dr plate

penuh minyak..euwwww

setelah dipujuk rayu!! our last meal. i mkn 2, hubby mkn 3 kuikuikui. yummeehhhhhhhhhhhhhhhh!

ni semua hubby mkn + 2plates i mkn
tahun depan celebrate kt mano pulak ye...hmmmmmmmm

Nov 7, 2012

Setahun kemudian

at 10:37 PM Comments
7.11.2011


7.11.2012

muka busuk br balik keje


Bajet muka hensem berkerjaya kui3

Nov 4, 2012

bahayakah obimin pluz?

at 10:46 AM Comments
Assalamualaikum~

aritu tergedik2 kat ofis nak google pasal obimin pluz. dah makan segunung baru tergedik nak google kan hak2. ape la....

skalik jumpa pulak forum & satu post pasal bahayanya obimin pluz ni. dikatakan mengandungi satu bahan yang boleh mengakibatkan breast cancer? haaaa sudaaaaaaah.

google link

banyak sangat vitamin dalam ni, acid folic pun ado. tgk sini

satu kapsul tu agak besar la. kalau x silap satu kotak ni aku beli dulu rm50 kat farmasi. dalam tu ada 25 kapsul kot sebab ada 5/6 keping yang setiap keping mengandungi 5kapsul. rasa dia agak kuat bagi orang yang xsuka ubat mcm aku hak2. setiap kali makan nak muntah hewhewhew

 sebelum makan yang ni, aku makan new obimin. 

yang ni kapsul dia lagi kecil dari obimin pluz. warna pink kemerahan. makan sebijik sehari. lagi murah dari obimin pluz sebab kandungan vitamin pun x berapa banyak sangat.

mula2 bila baca obimin pluz tu ada link to cancer, cuak jugak. yelah duk makan hari2 kan. cepat2 gtau hubby. terus hubby ingatkan y doktor cakap xde pape pun haritu. last week kan pergi buat check up kat umra. doktor tanya skang makan supplement apa. aku cakap la makan obimin pluz ngan acid folic je. pastu doc cakap obimin tu sila teruskan makan, so doc bagi acid folic je la kat aku.

sebenarnye, yang cakap obimin pluz tu link to cancer were doctors in singapura. dorang dah haramkan ubat ni drpd dijual di mana2 klinik kat sana lah. cer baca sini.

tapi ada gak orang yang tanya kat KKM, cakap mcm xde pape pulak. entah la belalang. kalau korang nak tau, ce g bukak google link y aku letak tu. ada byk link kat situ. forum psl obimin pluz ni. xlarat nak gtau satu2 hak2.

so korang makan supplement apekah?

Nov 3, 2012

2nd date with akachan

at 11:32 AM Comments
Assalamualaikum...

berat baby = 110g , panjang 10cm
Alhamdulillah sekarang dah masuk minggu ke 15. Syukur Ya Allah, my baby is growing!!! 

Last monday, alang2 MC pergi buat check up terus kat Hospital Umra. papa x sabar nak jumpa baby hihihi. nasib baik x ramai orang, kejap je tunggu dah dapat jumpa doctor.

masa scan, baby tengah aktif bertinju agaknya hihihi. kaki duk tendang menendang, tangan pulak gaya macam orang bertinju. seronok lettew dapat jumpa mama and papa. doktor tunjuk semua bahagian. jantung, kepala, lengan, kaki..mmg boleh nampak. gerak2 gitew...hewhewhew.. *ok dah start gedik hak2

teringat masa 1st time papa jumpa baby dulu. agak kelakar jugak haha. masa tu pergi umra jugak. baru je kandungan 6/7 minggu. aku dah pernah tengok cmne keadaannya sebab masa before gugur dulu 3x gak la ulang alik scan baby. nampak degup jantung sumer tapi time tu kat hospital klang, bhg ape ntah lupa. papa xleyh masuk..

so masa 1st time scan ni, baby kan kecil lagi. pastu bladder pulak kurang penuh so susah sket la nk nampak ngan jelas. papa dah bising2 tanya doktor. "kenapa mcm tu?" "mana baby?" "xnampak pape pun". kami semua pakat duk gelak lah. aku smpai mintak izin jap ngan doktor untuk gelak ms doktor duk uli2 perut ngan alat scan tuh.

masa ni mmg la just nampak gumpalan daging yang berdegup je. lepas tu masa nak duduk and tanya doktor papa siap terlanggar meja kerusi bagai. hahahahaha memang klakar. konon2 nak berlagak macho la skalik xde maknyanye hihihi

so, 2nd time ni dah nampak semua. excited la sket . cm x percaya ada jasad lain dalam perut yang semakin membesar ni. 

pergi check up ni just as a normal check up. belum decide nak beranak kat mana sumer so dorang tak check details sgt kot. just timbang berat n BP je. beratku dah naik 2kg since last 2weeks. huiyo pantasnye naik hak2.

buku pink / buku merah pun belum buat lagikkkkkkkkkkkkkkkkkk. hadoi jenuh nak tunggu hari selasa je br boleh pegi klinik. *sigh*

minggu depan dah masuk 4 bulan yeay!!!

Oct 24, 2012

Maternity pants

at 9:09 PM Comments
Assalamualaikum!


alkesahnye, pregnant baru je nak masuk 14minggu tapi perut macam dah membonjol keluar. rs mcm xbesar lagi tapi seluar2 lama semua dah xboleh pakai. eh boleh je nk pakai tapi kena zip suku je hak2..

so semalam pergi la beli 2 pasang maternity pants. harini pakai terus haha. rasa mcm x mengandung dah sebab rs selesa. xde la rs perut ke depan. kekekeke

nanti nak beli lagi lah untuk pakai jalan2 pulak hihihi

excited! 

tadi tengok sorang makcik ni pakai baju one peace, nampak perut besar. xdpt bayangkan nanti aku pun mcm tu insyaAllah.

waku2~

Oct 20, 2012

berakhir sudah trimester pertama

at 2:30 PM Comments
Assalamualaikum!

lama x menjengah...broadband buat hal..xdpt nk online x dpt nk buat new post..

Alhamdulillah, sekarang ni dah masuk 2nd trimester..13minggu..kejap rs mcm cepatnye ms berlalu, kejap rs mcm eh lambatnye baby membesar haha... biasalah perasaan bercampur baur...

sekarang rasa mual and nak muntah2 tu dah hilang alhamdulillah, cumanya pening macam makin menjadi2... pastu angin sangat la banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak. xreti nak sendawa pulak tu. kentut pun taknak..haiyoooo jadi x selesa la seharian. kadang2 bangun pagi je sakit dalam perut gara2 angin.....xreti nak buat cmne...


xsangka dah abes sudah 1st trimester.. sesetengah orang cakap akan hilanglah segala mual dan yang seangkatan dengannya yang berlaku masa 1st trimester.. tp depends jugak. setiap orang lain2, malah setiap kandungan seseorang pun lain2..

cepatnye baby membesar....sukenyeeeeeeeeeee....

1bulan
Terdapat bebola sel - yang kini bergelar embrio - sedang membesar dalam uterus dan ia telah mencapai saiz sebesar biji kuaci. 



2bulan

embrio sekarang bergelar fetus, yang bermakna 'zuriat'. Uterus meregang untuk memuatkan penghuni baru ini, yang sekarang berukuran sekitar 0.6 inci / 1.6 sentimeter.



3bulan..
Muka bayi lebih mirip rupa manusia, walaupun panjangnya dari mercu kepala ke punggung hanya sekitar 2 inci / 5.5 sentimeter dan beratnya kurang sedikit dari setengah auns / 14 gram.
dan sekarang baby berusia 3bulan 1minggu = 13minggu.

Sekarang panjang fetus hampir 3 inci / 7 hingga 8 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan beratnya hampir satu auns / 23 gram 


Semoga bayi mama sihat2 selalu...membesar dengan sihat nanti jumpa mama dan papa ok!

Oct 6, 2012

Teruja!

at 11:12 PM Comments
Assalamualaikum...

بسم الله الرحمن الرحيم

Berkongsi pengalaman sebelum ambil keputusan nak buat ujian kehamilan...

seperti dalam entri2 aku sebelum ni, aku pernah ceritakan macam mana keadaan badan aku yang asyik mual, pening dan loya memanjang sejak keguguran dahulu. tak kira masa dan keadaan asyik pening dan mual je. So memang xleyh nak bajet la tanda2 kehamilan tu macam 1st pregnant dulu.

Dulu asal pening je nak buat test, pening sikit nak buat test. memang kelakar bila ingat balik. lagi2 bila dah ramai kawan2 yang menimang cahaya mata. hati mana yang tak teringin kan.

Alkesahnye, memang la aku duk rasa mual la, pening la tapi tu lah dah hampir tiap bulan rasa macam tu since gugur dulu memang buat derk aje la. act xde la buat derk..kira hari jugak la menunggu hari sepatutnya datang bulan.

pastu pulak, sejak gugur dulu datang bulan memang on time! tak lambat tak cepat. so kita tunggu la dengan sabar.

bulan lepas (July) masa bulan puasa memang ada la demam agak teruk. batuk2 sebulan baru ok. semua orang duk tanya...dah ada isi ke..kejap2 aku raba perut..nampak sangat ke buncit hahaha. tapi memang cepat2 la jawab tak sebab baru je lepas datang bulan kan....

pastu aku dapat tahu pulak kawan baik aku pun hamil jugak. memang rasa nak melompat2 la. aku je belum. pastu tunggu punya tunggu period x datang2. sehari, dua hari.. suami cakap tunggu dulu. tapi aku rasa macam ye dah sebab xpernah lambat.

sehari sebelum raya pergi giant cari barang. alang2 tu terus cari benda y sepatutnya. tang tu jugak masuk toilet hahahaha


Dulu malam new year buat test, sekarang malam raya buat test. konon2 nak tunggu pagi raya..haihh orang kalau dah xsabar2 on the spot jugak buat. orang cakap better buat pagi hari sebab time tu kandungan HCG pure lagi. tapi peduli ape aku, malam2 hari pon boleh...haha

Alhamdulillah. keluar 2 line. syukur tak terhingga.

tapi masih cuak2 lagi sebab dulu kan pernah gugur masa kandungan ke7minggu. semoga rezeki kali ni berpanjangan.

p/s : tulis entri ni masa kandungan 5minggu. sekarang dah 11 minggu...........Alhamdulillah

Oct 5, 2012

Buku pink

at 11:09 PM Comments
Assalamualaikum… 


 Alkesah buku pink xbuat lagi…………………

dulu minggu ke 6 kot dah buat buku pink. maklumla excited kan kandungan pertama. Tapi jumpa sekali tu je sebab x sempat utk jumpa 2nd time baby dah pergi dulu… 

 Skang ni masalah nak buat buku pink. KK kat umah aku ni hari selasa je ada doctor. Dulu masa pergi nak buat, dia suh datang hari selasa. Abestu skang ni mace mano nak buek.. cuti aku dah xde. 

Kosong dah untuk tahun ni hahaha Isnin depan aku cuti. Tapi dah doctor xde boleh ke buat buku pink ek. wt cukup syarat la utk 1st nak buat ni x yah jumpa doctor xleyh ke? hahaha

Kang lambat2, kena marah pulak. Akak aku dulu pergi buat time pregnant 6bulan. Abes la kena bebel2 ngan nurse. So mcm mane ni? Agak2 kalau pergi pastu mintak MC doctor bagi x? Haiya manyak pening sudahhhhhh

ingat nk tunggu setel hal umah ni pastu br pg klinik y utk umah br...nantilah pk blk..

Sep 29, 2012

pengalamanku : 2nd pregnancy...

at 6:04 PM Comments
Assalamualaikum... alhamdulillah...sekarang ni dah masuk 10 minggu...dah nak masuk trimester kedua. macam x percaya, trimester pertama dah nak berlalu... 


The fetus is only about 1.2 inches / 3 centimetres long from crown to rump, and weighs less than a sixth of an ounce / 4 grams. Even so, it's busily swallowing and kicking. Each day more minute details start to appear, such as fingernails and peach-fuzzy hair. 


Read more: http://www.babycenter.com.my/pregnancy/fetaldevelopment/10weeks/#ixzz27qpvPDdh

Kalau nak buat perbandingan dengan kandungan pertama dulu, memang sampai sini aje lah boleh bandingkan sebab kandungan dulu selamat membesar sehingga 7 minggu sahaja sebelum keguguran.. tapi tetap memberi banyak perbezaan.. 

1. alahan. 
mengandung kali ni agak teruk berbanding yang dulu. tapi mungkin tak seteruk orang lain hehe. kali ni memang kerap rasa pening, mual, nak muntah segala. tapi sampai ke harini baru 2x muntah hehe. rasa nak muntah tu selalu je ada tapi aku akan control dan tak ikut sangat perasaan. selalunya setiap kali lepas makan la akan datang rasa pening tu. terasa di awang-awangan je. lagi2 kalau makan banyak..lepas je suapan terakhir, basuh2 tangan xsempat duduk dah rasa nak muntah balik. so aku skang ni memang kurangkan sket la portion yang aku makan..xbanyak macam dulu. aku kan makan macam gergasi dulu haha

2. pemakanan 
dari segi makanan pulak, setakat ni aku masih boleh makan normal, seperti macam mana aku makan sebelum mengandung dulu. tak ada makanan yang aku tak boleh makan alhamdulillah...sesetengah orang tak boleh makan langsung, lepas makan terus muntah balik. aku so far masih berjaya menyimpan sehingga dikeluarkan sebagai sisa hadam je la hehehe. awal2 dulu aku akan sediakan asam atau jeruk la..lepas makan je aku akan makan sikit untuk hilangkan rasa payau/tawar dalam mulut. rasa mcm ni la yang buatkan nak muntah.. 

3.mengidam 
hmmmm setakat ni aku belum mengidam nak makan benda2 pelik atau yang menakutkan atau yang sukar untuk diperolehi. cuma kadang2 tu perasaan teringin nak makan sesuatu makanan yang aku nampak depan mata. contoh nampak iklan pizza, terasa nak makan ..bila dah dapat sekeping je la aku makan sebab aku mmg bukan jenis makan pizza sangat. pastu pernah mimpi makan nasi ayam. esoknya aku buat la nasi ayam. pastu pula, contoh kalau teringin nak makan sesuatu, tapi on the way tu aku dah makan benda lain tapi macam dah kenyang..x dapat makan apa yang aku rasa nak tadi tu xde la rasa kempunan ke apa.. 

4.angin 
haaa yang ni memang banyak sangat dalam badan aku...dulu macam xde sangat. tapi skang asyik nak sendawa je. memang rasa lah angin dalam badan. pastu masalahnye kadang2 xreti nak sendawa keluarkan angin. last2 jadi x selesa la perut. kadang2 minum air suam2 cepat gak angin kuar.

hmm apa lagi ek...nanti kita sambung lain lah pula okay...

doaku semoga bayi ini membesar dengan sihat dan selamat dilahirkan ke dunia andai ditakdirkan ianya rezeki kepada kami dari Allah...cant wait to see you!!

Sep 23, 2012

Selamat datang zuriatku#2

at 8:41 PM Comments
Assalamualaikum...

dah lama aku pendam, lama aku simpan dan lama aku fikir..harini baru dapat kekuatan nak buat entri ni...maklumlah dengan pengalaman keguguran 1st pregnant dulu, pastu pulak dengan berita sedih pemergian arwah abah (full story here : 1 , 2 , 3 & 4 ) membuatkan aku xde mood nak bercerita pasal new family..

bape kali duk tanya2 encik suami nak buat press conference ni haha. tapi dia cakap tunggu la abes 1st trimester dulu. tapi biasa la..keterujaan si ibu melebihi segalanya hak2. lagipun aku dah lama xbuat post, dah jemu tgk blog snirik yang basi ni. so i come out with this happy news!!!

Alhamdulillah aku kini berbadan dua....sekarang sudah mencecah 9minggu dah. to be exact.

Lilypie Pregnancy tickers
Fetal development - 9 weeks pregnant




aku dapat tahu pregnant pun serentak dengan masa arwah abah masuk hospital dulu.

semoga kehadiran ciptaan Allah dalam perut ni sedikit sebanyak mengurangkan kedukaan kami. Al-fatihah untuk arwah abah... and welcome new family :)

will update more after this...byk nk kongsi pengalaman baru kali ni. totally different from previous pregnant. stay tuned~

Aug 29, 2012

HAPPY BIRTHDAY HUBBY

at 10:35 PM Comments

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR HUBBY!

I LOVE YOU SO MUCH AND WILL LOVE YOU TILL THE END< INSYAALLAH>

MUAX!

Jun 25, 2012

postwedding photoshoot!

at 8:55 PM Comments
dah lama berhajat di hati nak buat satu postwedding photoshoot. almaklumlaa, sebab kempunan nak pakai baju putih. ni semua gara2 baju tunang xjadik lah. hahaha alasan kan. kalo dah nak, macam2 la kuar kat otak kekeke

tapi memang berhajat pon. kahwin dah 7 bulan, asyik bertangguh2 aje nk photoshoot. ngan photographer pun dah 2x tnye, mesti dia ingat aku x serius kan haha. tp...i mmg serius ni! kalau photog tu baca la hahahaha

mmg teringin sangat2 nak buat photoshoot pakai baju putih gitew kekeke. jenuh la nk simpan duit kan. sayang memang sayang duit sebab byk lagi keperluan tapi naaaaaaaaaaaaaaakkkkk jugak photoshoot tu hak2. 

so skang ni melilau duk mencari kedai y boleh sewa baju murah2 tp sweet. baju simple2 aje hajatnye. xmo la baju gaun pengantin bagai tu. nk y simple je kalo boleh. 

tapi tu lah, dah lepas kahwin ni malas nak search sana sini. kalau ms wt preparation dulu xpo la. skang ni nan hado!

sapa tau mana2 butik best area shah alam??? kongsi pleaseeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!

Jun 24, 2012

sabarlah wahai hati

at 6:27 PM Comments
Assalamualaikum...

skang ni menghitung hari sudah. menahan sabar dan menunggu simpanan menggunung nak pindah rumah pulak.

kat rumah sekarang ni macam2 dah jadi. kereta orang kena pecah, orang2 muda gaduh2, orang buang sinki dari tkt13, terputus bekalan air tanpa notis, orang tutup meter air luar rumah dan macam2 lagi yang mungkin berlaku lepas ni. siapa tahu?

sekarang xde anak lagi, so masih boleh bersabar lagi. tak sanggup nak membesarkan anak kat kejiranan ni. memang x sanggup lah nak amek risiko.

cepat la 5bulan. nak kuar cepat2. duk umah baru cepat2. lepas tu angan2 nak intai2 kete pulak hahaha. si mini cooper dah nazak bebenor. xlarat nak mantain.

lepas dah masuk umah baru, macam-macaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaam lagi nak beli. peti ais besar. almari baju besar gedabak. katil. sofa. meja makan. banyak kan? hahahahahaha sebabnya kat umah skang apa pun xde. bersabar dan bersabar. tunggu duit simpanan menimbun ekekeke

esok gaji masuk yeay!

Jun 16, 2012

am i the only one?

at 11:41 PM Comments
Assalamualaikum!

lama x menyemak kat sini.

skang ni bila kua jumpa kawan2 lama, ada yang tegur. "dah bape bulan?"

xtau la kalau memang dorang xtau yang aku ni dah keguguran masa kandungan pertama dulu... atau sebab prut aku ni dah nampak buncit mcm orang mengandung..hahaha. so which one guys? :P

ok nk cter benda lain sebenarnya...

lepas keguguran dulu, baru terperasan. setiap kali datang bulan rasa sangat pening. kadang-kadang seminggu sebelum datang pun pening2 mual2. mula2 tu angan2 tinggi melangit ingatkan dah pregnant balik. cukup2 je kitaran, datang la pulak...

xtau tu ada kaitan ngan keguguran dulu atau aku ni dah ada penyakit lain :P

mana taknye, pernah sekali tu ... 2,3 hari da start rasa pening2, mual2.. pastu masa g klcc siap nak termuntah lari2 pergi toilet. tp xde apa la y kua. mcm mula2 rs time pregnant dulu hahahahaha

teringin ke? :P

pastu kan, kalau dulu masa belum betul2 kompem pregnant dulu..bila rs pening mual tu mcm dah boleh agak dah pregnant. badan rs mcm lain macam. suhu badan meningkat. ye la, 1st time kan pregnant so mmg boleh rasa. 

tapi skang ni? dah xtau dah beza hahahahaha. asal pening sket je ingat pregnant. mual sket ingat pregnant. badan panas sket ingat pregnant. belum cukup kitaran lagi aku dah pergi bli test kit siap2 hahaha. tp last2 kecewa gak la hahahaha

xtau la nk ckp cmne...memang dah teringin nak menimang cahaya mata kot :P wpun another part of me not ready yet kekekek

May 27, 2012

a good mom

at 9:50 PM Comments
harini pergi KLCC naik lrt je. malas nak bersesak2. dalam lrt aku duk bertentangan dengan sepasang suami isteri dan juga seorang anak..

seronok je aku lihat telatah anak kecik. ye, aku mmg senang ter'occupied' dengan telath budak2. bukan sebab aku dah kahwin dan teringin anak, tapi memang dr dulu suka tengok telatah budak kecik. tapi kalau nk kena jaga susah sket haha

ok, back to the main story. 

tiba-tiba....dan2 je tiba-tiba kan hahahaha. 

si emak bersuara " **** amek balik la mainan dalam bag mama ni. semak la" lalu mengeluarkan 2 ekor binatang kecik dari handbag si emak yang jugak kecik, memang boleh nampak la sempit...bagi kat si anak.

"letak dalam poket seluar" cakap pula si ayah. tapi si anak macam xnak, sebab nanti binatang tu terkeluar dari poket.

"siapa suruh bawak. nak sangat bawak tadi kan..pegang la" kata mereka

kemudian si anak pegang la..

bila aku tengok, aku xtau apa nak cakap. masa tu terdetik ....

kalau aku di tempat itu ketika itu, mungkin aku bawak sahaja binatang mainan tu letak lam bag. memang la sesak sket lam bag. 

tapi itu tanggapan aku ketika itu.oh jangan salah paham dengan tanggapan aku ni. aku tidak mengatakan cara mereka tu teruk atau keterlaluan, cuma aku terfikir..kalau aku di tempat mereka, apakah aku akan lakukan benda yang sama terhadap anak aku?

mungkin itu cara mereka.

masing2 punyai cara dan tanggapan tersendiri dalam membesarkan anak. masing2 mahu yang terbaik mengikut aturan. 

dan aku terfikir, mampukah aku jadi yang terbaik untuk anak aku kelak? kadang-kala kita dah anggap yang terbaik, tapi mungkin itu masih bukan yang terbaik. xtau nak bayangkan macam mana bila dah dapat anak, mungkin pemikiran aku akan berubah. siapa tau?

May 13, 2012

surirumah VS surarumah :D

at 9:10 PM Comments
Dulu, ada seorang manusia ni yang ada tanggapan xbest pasal perkahwinan. jadik macam 50/50 nak kahwin.

People said, perkahwinan tu satu perkongsian. dua jiwa berkongsi hati n perasaan. berkongsi tilam n bantal di malam hari, berkongsi suka dan duka di alam perkahwinan. but! ada satu perkara yang betul2 tersekat di dalam kepala otak seorang manusia itu....

Telah tertulis dan semua orang tahu, suami wajib memberikan nafkah zahir dan batin. segala keperluan rumah perlu disediakan. dan si isteri pula bertanggungjawab untuk menjaga segala makan pakai si suami.

ok. semua kadang-kala tak menjadi masalah bila si isteri tak berkerja. secara mudah si isteri akan paham, dan patuh melakukan segala urusan rumahtangga. sebab suami sudah penat lelah mencari rezeki di luar, haruslah si isteri yang x bekerja buat segala kerja rumah. buat dengan sukarela gitu kan

tapi apa akan jadi kalau isteri sudah bekerja. membantu suami mencari rezeki untuk menampung keperluan rumah. apa akan jadi dengan segala tanggungjawab yang pernah dilakukan dulu? sama-sama pulang ke rumah penat bekerja. tapi sampai je di rumah si isteri masih perlu meneruskan tanggungjawab di rumah pula? dan suami senang lenang goyang kaki?

masih menjadi persoalan di benak.. kalau seorang lelaki kahwin kerana memerlukan seseorang untuk mengurus hidupnya, menjagai makan pakainya, memberikan keperluan batinnya.... apa pula keperluan seorang perempuan berkahwin? adakah untuk memenuhi keperluan seorang lelaki semata-mata? 

************************************************************************

im a married woman.
dan juga wanita berkerjaya.

indeed, kadang-kala ada jugak rasa xpuas hati, rasa x best bila balik umah penat2, nak kena masak, nak kena iron baju segala. sedangkan suami seronok je guling2 goyang kaki main game online segala bagai. sampai masa, bila dinner is ready, suami makan sama2 ngan isteri. bila dah abes, pinggan isteri kena basuh. suami sambung main game, online ect. lepas tu si isteri pulak sambung iron baju utk esok. ataupun malas sgt, bangun pagi2 esok utk iron baju.

sebab xde pun kan tertulis bahawa segala kerja rumah WAJIB ditunaikan oleh si isteri seorang SAHAJA. n xde pon y tertulis suami HARAM buat kerja rumah.for me suami jugak kena membantu. sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri pun membantu isteri baginda.

So, suami2 di luar sana xperlu mencari alasan taknak tolong isteri. nak cakap tu tanggungjawab isteri sorang.

sebab tu i will make sure suami tolong sket2 apa yang patut haha. kena tolong until i got my own little helper one day hihi 

masa tgh masak ke, hubby tolong iron baju utk esok. suami tolong potong sayur ke, just anything! asalkan tolong sket2 kat dapor. kadang2 pertolongan sikit pon boleh hilangkan penat y terasa, kadang2 terus rs x smpai hati n suh suami rehat pastu kita smbung smpai abes. weekend pulak, kdg2 suami tolong part pakaian. jemur ke. basuh dah jadi tugas mesin basuh kan. saling tolong menolong. kalau nak harapkan kita sorg kdg2 memang la semput. x gitu wanita2 yang dah kahwin n berkerjaya di luar sana?

kadang-kadang tu kami pon terfikir, dlm keadaan semput2 melalui hari2 yang mendatang.. mcm mana bila dah ada baby nanti? tak terbayang macam mana hahaha. skang pon rs x cukup tangan nak buat sumer. padahal x buat pape pon. mungkin itu hikmah di atas kehilangan our 1st zuriat dulu. 

So, mereka2 yang dah berkahwin, serta bekerja..boleh la bagi sedikit idea supaya orang yang takut untuk berkahwin berubah hati :D

jangan pulak org laki y taknak kahwin lepas bc ni sudah. sbb kena tolong isteri hahaha

-have a great weekend guys!!

Apr 3, 2012

penangan apakah ini

at 9:28 AM Comments
Harini super duper mengantuk kat ofis. Adakah penangan ubat batuk yang aku minum malam tadi? Dah 3 hari duk batuk, tapi xde la teruk sangat just batuk sikit-sikit sahaja. Cuma air hidung ni je yang selalu merembes keluar tanpa segan silu.

So semalam pergi farmasi beli ubat batuk n ubat selsema. Makcik tu cakap dia bagi ubat selsema yang akan menyebabkan aku mengantuk la sikit. So disarankan aku amek di sebelah malam.

Maka malam tadi aku minum la ubat batuk mengikut sukatan yang diberikan.

Tapi, kenapa harini aku super duper mengantuk mata xleyh nak bukak, kepala rasa berat je. Kalau sorong bantal memang aku krohhhh,krohhhh tak hengat donia la jawabnya.

Takkan la ubat batuk semalam baru bagi kesan? aiyooooooooo

p/s ; kalo ada anak aku xtau la cmne hak2

Mar 31, 2012

cliquecard

at 9:10 AM Comments
Assalamualaikum

Have you guys ever heard about cliquecard? Is it safe, can be trusted or just a scam company?

I’ve heard about it few months ago, when my hubby received a call from cliquecard company and then bla..bla..bla for about 20mins. He explained and explained everything about the card, the benefits etc.

He said cliquecard is very new and still looking for new 300 luckiest member and luckily my hubby was one of them. That was what he claimed.

But then of course we have to pay. Nothing is free right? So the fee is about 499, once for a life time.

At first hubby was about to pay after heard all the interesting benefits. 30%-70% discount here and there.. but then I told him to think first. We did some research, looking for cliquecard website. Oh you can view the benefits like they stated here ; www.cliquecard.com.my

But I smell something fishy because there was no agreement or whatsoever, all we need to do is just give them our visa number then on the spot they will deduct from our a/c, a week later we will get a so called cliquecard.

I mean, come on la! Right now, if we want to apply for jcard, Watson member card, at least we have to fill in some form, sign here and there or else we ourselves go to the website, register some more before get any card. If something that have to do with our bank account, card credit there will be more strict,, right?. We have to do some confirmation at least!

But not for this cliquecard.

And last week I got a call from someone called shima if i'm not mistaken. Claimed that she from cliquecard then explained bla..bla..bla for 10mins because I told her to give me at least her details, n company details. But she refused. Because I might not be able to receive the sms due to some coverage whatsoever. All she told me to do was give her my visa number. As simple as that.

Of course I didn’t do that. Plus, I just got my visa debit card from maybank last week! And she told me that she got my name because I have active visa card. Can you believe that?

So, I told her that I need to discuss it with my hubby first. N she will call me the day after. N there was no single call from her the day after!!!! Liar! I’m not telling that cliquecard is a scam company but I think the girl is not from cliquecard ..

And it make me more in doubt because they called us direct from celcom number. Not from office number like other company did.

So, what do you think? Share with us! Do you have cliquecard?

p/s : eh I menulis lam English la puloks hahahaha.

Mar 13, 2012

Teringinkah aku?

at 5:13 PM Comments
Bila dengar dorang bercerita pasal anak masing-masing..rasa macam seronok je dengar.

Bila balik bercerita kat hubby.....

"mama teringin nak anak ke?"
erk!

Bila dengar dorang cerita pengalaman bersalin masing....naik tegak jugak la buru roma. Rasa takut je.

So, nak ke taknak ni? hahaha

Mar 5, 2012

Sesi Penggulungan!

at 9:11 PM Comments
Assalamualaikum!

Akhirnya sudah smpai masanya sesi penggulungan! penat nak tunggu, baru la selesai. tak sangka pulak akan jadik berjela2 pulak entrinya. baru je pra-honeymoon. belum lagi honeymoon hak2

So, here we go.....

Aku takkan gtau lah cmne jalan nak pergi ke Bukit Tinggi ni atau to be specific Berjaya Hills Resort. masing2 google lah okay.

Memula sampai kena bayar rm12 untuk dewasa. untuk kanak2 aku tak berapa nak pasti lah sebab time tu x bwk kanak2 lain pulak. masuk2 je kami ikut direction untuk ke Colmar Tropicale, hotel yang kami tidur untuk satu malam.

Nanti dah smpai berdekatan akan ada guard tanya, nak g jalan-jalan ataupun check in. So kami pergi check in dululah. Atas sebab sedikit salah paham, bilik yang hubby booked xmasuk sistem dorang, so kami kira bernasib baik, ada bilik kosong. 2 katil single. kami bagi deposit rm300. berserta ngan tiket nak masuk td. bila check out dapat balik pulangan rm59. duit yang bayar kat entrance dipulangkan balik.

kawasan sekitar yang korang boleh pergi jalan2 ialah kawasan sekitar Colmar Tropicale. kemudian Botanical Garden & Japanese Tea House. masuk adalah percuma. cuma, kalau nak pakai yukata dan bergambar rasanya rm26 untuk dewasa. baju kanak2 xde rasanya. 

Kemudian boleh pergi taman haiwan. tapi ni di luar jauh dari Colmar Tropicale. kiranya dah keluar terus la. kami pergi masa on the way nak balik umah dah. bayaran masuk rm3. ada keldai, rabbit dan rusa.

Bagi aku lah, tak pergi bermalam pun tak mengapa. pergi balik hari aje. makanan bawak siap2. sebab kat sana sumer mahal2. kat sana banyak kawasan2 bawah pokok contohnya nak berkelah ke. lagi seronok. rasa xberbaloi untuk korang stay 2,3 malam di situ sebab xde apa yang nak dibuat kalau stay lama2. persembahan tarian pon ulang y sama je.


itu sahaja sesi penggulungan hehe
Sekian, terima kasih.

Mar 4, 2012

Taman Rabbit!!

at 12:18 PM Comments
Assalamualaikum!

Sambung balik cuti2 haritu. Esoknya dah nak balik. Jalan2 lagi sekalik for the last time kat Colmar Tropicale. 

Disebabkan dapat kupon(?) utk breakfast, haruslah makan smpai kenyang.






some of the meals we ate that morning... tp byk lagi sebenarnye tapi dah kebuluran tahap alam maka mana nak snap2 lagi kan. telan aje lah sumer hak2. lepas tu, bergambar la puloks!







Lepas tu pergi taman haiwan pulakkk


mula2 masuk kat tempat rusa sekor ni, mata rusa ni tak lepas dari memandang kipas comel warna warni tu. nak rapat je dia makin rapat. lepas tu bila hubby pegang kipas, terus dia pergi rebut! gigit my kipas comel! 

maka terpaksalah aku duk dari jauh je sebab dah fobia hahaha

yang ni agak liar. penat aku pergi tadah tangan nak bagi makanan, tapi ada pulak bebudak yang duk kejar mengejar ngan binatang ni..
sudahnyaa................

sorang2 je tinggal...

lepas tu pergi taman rabbit pulakkkkkk









nak angkat rabbit ni memerlukan teknik. xleyh pergi terus pegang sebab dorang penakut! mula2 kena gosok2 bagi dorang rasa selamat, pastu masukkan tangan kat ketiak dorang. angkat pelan2. jangan terus angkat tinggi2 macam nak lambung tu , nanti dorang menggelupur ketakutan haha. angkat pelan2. baru la dapat! hihihi


susah nak nampak gambar hubby kan? sebab dia xnk masuk lam kamera! pemalu la konon...



yuran hanyalah rm3 sekali masuk. murah kan? haaa memang la  murah sebab taman nye secoet ajo. ada kancil, rusa ngan rabbit ajo. keldai ada jugak. kanak2 bawah 6 tahun boleh naik keldai bayar rm6.

duk kejap pastu balik lah ke rumahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....




Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea