Jan 27, 2013

si comelku

at 2:58 PM Comments
Assalamualaikum!

minggu lepas pergi buat 3d/4d scan kat hospital umra shah alam. pada awalnya macam malas2 nak pergi, tapi disebabkan keinginan membeli baju terbantut bila xtau jantina. geram nak beli baju baby girl y comel2 tapi kang takut kua baby boy pulak.

maka digagahi jua pergi umra after kerja khamis lepas. pergi pukul 8 malam. melayang RM180. phew~

hampir sejam kami duduk dalam bilik tu, menilik2 baby kecil yang comel geram mcm nak cubit2 aje. 

mula2 kedatangan kami disambut dengan senyuman manis oleh si kecil. alahai, melted si ibu dibuatnya. amazing kan. kuasa Allah menjadikan perut wanita mampu untuk menampung benda hidup di dalamnya, selama mana yang Dia benarkan.




Lepas tu ditunjukkan setiap anggota badan baby. kaki, tangan, kepala, otak, perut, muka, dengupan jantung..pendek kata semua sekalilah yang mampu ditunjuk.

Syukur Alhamdulillah babyku membesar dengan sihat. walaupun xsemua yang dilihat tu 100% accurate tapi seperti yang diberitahu, semua normal. saiz, berat etc masih dalam kategori normal mengikut usia kandungan.

tapi belum ada rezeki nak tau jantina, sebab tangan baby yang satu lagi asyik duk tutup je kat situ. pemalu macam mama agaknye kui3. 

biarlah rahsia dulu buat sementara ini hehe. kalau ada rezeki kita jumpa lagi lain kali ok baby!

babai mama n papa!


Jan 20, 2013

Seronok shopping sakan!

at 12:39 AM Comments
Assalamualaikum!

****************************************************************

suatu hari di ofis ..

X     : suami ko mmg keje blk lmbat ek skang.
Aku : aah. busy sket sbb project dah dekat due date.weekend pon pg keje.
X    : pastu ko pg skali ke?
Aku : xde makna la aku nk pg ofis dia.wtpe? baik aku pg shopping.
X    : uish larat ke ko nk bwk perut tu? tp pompuan ni kalo shopping mmg larat aje
Aku : mmg pon.wife senior aku lg la. arini shopping sakan, jln2 kt GM, esoknye bersalin haha.

*****************************************************************

YES! So nak storynye di sini i pergi shopping walaupun berbadan dua! tu je kekeke. mmg xda apa nak dibanggakan pon. mak buyung lain pon ramai y mcm ni hehe.tp tu la, kadang2 ni bila orang lain tgk, lagi2 kaum adam kan. dahsyat betul pompuan ni kalo bab shopping, perut memboyot pun sanggup lagi jalan2 sakan.

Allah memang jadikan kami golongan hawa ni mampu lagi untuk buat kerja2 seharian walaupun ketika mengandung. kalau x, nak duk terbaring je kat rumah satu apa la x jalan kan. Syukur alhamdulillah sebab aku masih lagi diberi keupayaan mcm tu. mungkin ada sesetengah orang y xlarat nak jalan bila pregnant. dengan alahan lagi, mabuk2 segala kan. Alhamdulillah aku biasa2 saja hehe.

maka sebab itu aku pergi shopping harini hahaha. panjang kan mukaddimah nak gtau pergi shopping. larat lah lagi walaupun minggu lepas dah pergi baby kiko sale tapi x beli pape, maka harini gagahkan diri jugak pergi kat PWTC. ada expo utk mom, baby n kids. yelah, bila nk beli barang2, time2 mcm ni la nak penuhkan bakul dgn brg2 baby. nk beli biasa2 kat shopping complex tu mahal la bagi kami y bukan lah ada harta berkepuk2 haha.

tp jgn main redah aje bila namanya expo/sale etc. kena bijak jugak.xsemua barang murah gila2. ada tu yang x murah pon. so pepandailah kamu sekalian. kena bijak berbelanja kui3.

puas hati jugak sebab dah byk senarai boleh dipotong dalam list. bli awl2 bagus jugak. takut nanti makin memboyot makin malas. tp yeke? bila da tgk baju baby comel2 mmg hilang segala penat. arini jalan saja 3 jam. bila dah abes borong nak patah balik ke kereta tu br terasa kaki lenguh, dahaga air gila. dahsyat2!

So, sape yang x pergi lagi esok masih ada. PWTC mom,kids&baby expo. smpai esok shj okay.

Jan 13, 2013

2nd check up

at 6:14 PM Comments
Assalamualaikum!

memandangkan harini super duper bosan ditinggalkan suami keseorangan di rumah, maka merajinkan diri buat post baru kat sini.

so nak bercerita pengelaman pergi buat pemeriksaan kandungan kali ke2 di klinik kesihatan.

sampai klinik lebih kurang pukul 8pagi. yela, cakap appointment pukul 8 kan, so aku datang la pukul 8 tapi sebenarnye salah. kena datang lagi awal sebab dorang akan start bagi nombor pukul 730 untuk appoinment pukul 8.

so dapatlah nombor 2063. maksudnya orang yang ke 63 lah. so tunggu je la giliran untuk dipanggil, untuk timbang berat dan check BP, dan jugak amik result untuk blood test and urine test last check up.

kat sini yang agak tak paham sebab, dorang mengambil masa sejam stengah utk memanggil pesakit. xtau la apa dorang buat. kol 930 baru dipanggil semata2 untuk timbang berat dan BP sahaja! kenapa la xsediakan aje kaunter banyak2, so that bila kita sampai terus je proceed pergi timbang check BP kan. sbbnya bila dia panggil untuk timbang tu bukan ikut turutan nombor pon. nombor tu sekadar senang untuk dipanggil nanti, bukan untuk ikut sape smpai dulu dia pergi dulu pun. haihhh.

then lepas timbang berat segala, pergi pulak kat kaunter untuk check kepekatan hemoglobin dalam darah (kot) ,so nurse akak cucuk kat jari. then kena buat urine test. masa ni nasib la kalo time tu x ramai tunggu, kejap je la.

yang paling lambat ialah nak menunggu untuk dipanggil jumpa nurse untuk buat pemeriksaan kandungan.

sejam stengah jugak lah menunggu. aku tengok dorang x panggil ikut nombor pun. xtau lah ikut apa. pelik pon ado. sebabnya masa menunggu, tetiba nombor lagi banyak dr nombor aku dah dipanggil dulu, pastu cantik je ikut turutan ; 2060, 2061, 2062, 2064 tetiba patah balik 205*.nombor aku tertinggal kat tengah sejam lepas tu baru panggil.

masuk jumpa nurse kol 1130. sembang2 skejap. tunggu nurse isi buku yang lama. pastu check perut. nurse nak cari heartbeat baby tapi x jumpa2 sebab baby asik gerak2 je. anak aku pun dah bosan menunggu agaknya hak2.

lepas tu pergi bilik suntikan lak nak amek suntikan vaksin untuk kandungan anak sulung. kejap je dah siap. then baru boleh balik. 

kesimpulannya, banyak masa dihabiskan untuk menunggu sahaja. kadang2 menunggu yang x pasti pun. walaupun nombor kat papan tu beza seketul je ngan nombor sendiri, belum tentu nombor ko akan dipanggil. so motif bagi nombor? supaya senang nak panggil je, xikut turutan pun.

hasil dari check up kali ni;
berat aku cuma bertambah 0.3kg je dari 5bulan dulu. sangat sedikit.
BP normal.
kepekatan hemoglobin normal la kot. kalo x dah kena jumpa doktor kan.
yang lain2 xde masalah. jantung baby ok. baby pon gerak2.
maybe next check up dah kena start kira bape kali baby gerak kot.

Jan 12, 2013

boboi ke gegel?

at 11:07 PM Comments
Assalamualaikum!

haaa jawab salam dulu baru boleh gelak okay!

aku pun nak tergelak sebabnya aku xtau sebenarnye nak eja gegel cmne. gigirl? gugirl? gegirl? konon2 nak buat tajuk bajet comel tapi mcm gedik terlebih pulak kan. xpo lah janji org paham. xpaham sudah. ada aku kesah? jgn la marah... nanti Tuhan marah. eh dah jadi pantun 5kerat sudah.

ok, sekarang ni baby dalam kandungan sudah 25minggu Alhamdulillah. kesihatan mak labu (makcik cleaner kat ofis panggil aku mak labu aritu) semakin pulih sejak perut masuk angin minggu lepas. so far dah ada selera makan balik. boleh lah nak topup balik zat2 utk si kecil.

skang ni, hari2 duk menadah telinga dengar soalan yang sama dari semua orang kat ofis.

"bape bulan?"------------------> 6 bulan

"laki ke pompuan?"--------------> xtau lagi

"dah scan ke belum?"----------------->aritu dah, tapi xnmpak.

"baby malu la kot"---------------> hehehe

so begitulah, aku pun xtahu laki ke pompuan. xde la excited sgt nak tau gender. tgu besar sket lah br nk g scan kot hehehe. skang ni biarlah rahsia dulu.

*tapi skang ni hari2 duk panggil daniel hak2

haritu ada pergi wharehouse sale kat area sini. dah beli sikit2 keperluan baby. banyak lagi dalam list y x terbeli ni hehe. 

pastu tadik pergi pulak kat baby kiko clearance sale. tp xde apa pon yang dihangkut bwk balik utk baby. sebab kebanyakannya untuk baby yanh dah besar, pastu baju pulak banyak yang baju nak bwk kua ank jalan2 gitu, penuh bergaya. so aku x rs perlu utk aku beli lagi. skang ni nak beli baju2 tidur je sbb nanti br boleh beli bj jalan2 kot. pastu tempat pulak mcm sempit sgt, orang penuh. dorg buat kat kantin je. so agak padat nak memilih, x selesa, so kami pulang aje lah.

maybe pergi yang kat PWTC kot next week. tgk y mana perlu je. bukan nak beli beria2 sangat. 

oh haritu ada pergi buat check up kat klinik. nanti lah ak cter kat next entri. mata ne~
Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea