Mar 5, 2014

2hari sebelum 11 bulan

at 5:13 PM Comments Links to this post

Harini 5hb, esok 6hb , lusa 7hb maka damia akan berusia 11 bulan insyaAllah jika diberi kesempatan dan ruang oleh Allah, diberikan umur yang panjang mungkin esok berjumpa lagi.

Wah2 mukaddimah x menahan.

Harini mamanye cuti satu hari. Kurang sihat sedikit. Maka harini damia mamanye yang jaga lah.

Sekarang dah pukul 5 petang. Alahai cepatnye masa berlalu. Pagi tadi damia tidur sampai 8pagi, bila mamanye dan papanye bersuara terus menggeliat pusing meniarap, nampak henpon terus ambil dan membebel2 mcm xde ape yang berlaku. Lawak gila haha.

Kemudian mama bagi minum susu, makan biskut sikit. Lepas tu damia berak pulak. Basuh2 main air kejap. Bagi makan nasik pulak.

Pungpang2, pukul 10 lebih dah mengantuk balik. Mama angkat masuk buai, sebab x larat nak dodoikan damia siang hari haha. Gedik x.

Damia tidur, mamanye ikut tidur sampai pukul 1 lebih. Elok la tu.

Bangun bagi susu. Mamanye masuk dapur nak masak apa yang patut. Datang la budak kecik sampai ke ceruk dapur nak menolong. Mama bagi sudu ngan besen, letak bawang seketul. Sebab mama tengah kupas bawang. Diambil bawang terus gigit hahaha.

Pukul 2 mama dan damia makan nasi sama2 kat meja makan. Bila bagi makanan dia xnak pulak. Mentang2 dah ada gigi 4 batang, nak makan nasi macam mamanye.  Takpe, layankan aje.

Pukul 230, mamanye angkut sekali teman pergi klinik. Damia duk dalam stroller xlarat nak dukung dah berat sangat! Bawak payung koyak rabak sebab panas,orang tengok pun kesian agaknye hehehe. Jumpa doctor,  damia bising aje dalam bilik. Seronok pulak dia hehe.

Balik rumah mama bagi susu. Dia dah mula hokhekhokhek. Angkut masuk buai.
330, damia tidur kepenatan.

Sekarang dah bangun. Ok nak sambung luangkan masa berkualiti dengan anak tersayang!

Bai~

 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea