Jun 30, 2013

real challenge begins

at 3:26 PM Comments
Assalamualaikum!

Tak habis2 lagi kan real life segala bagai kan hak2.

tapi ni memang real challenge lah bagi kami.

Mak mertua dah pun balik kampung,  cukup 2 minggu jaga damia. So 3minggu lepas memang heaven la hidup ak walaupun ada anak kan. Lek2 je pergi keje balik kerja makanan terhidang.

sekarang? Jangan mimpi la hak2

isnin da start hantar damia pergi rumah babysitter.  Alahai nak kerja pun xsenang. Ok ke, kena dera ke apa kan.

Isnin papa amek half day sebab mamanya x hafal lagi jalan hak2. So hari isnin balik mcm biasa, papa jadik co-pilot mamanya drive.

Bila amek damia, damia la pulak co- pilot ganti papanya.  Sepanjang perjalanan balik rumah damia baik2 sangat. Dia tengok 2 je mamanya bawak kete, bila cakap2 ngan dia tersenyum lah. Melting jap mamanye sambil bwk kete.

Skang kan jerebu, sekolah tutup banyak kot so jalan xjem. Ingatkan esoknya pon sama la.


kol 5 kua ofis sebab nak bajet2 amek papa pulak. Sekalik sangkaanku meleset. Federal highway x bergerak kot! Yela, jalan mana nak bergerak. Duk situ je. Maksud aku kereta la. Campur pulak ngan hujan kan, memang siput la jadiknye.

sudahnya 630 baru sampai umah babysitter.  Sian damia sayang. Baru bgn tdo, mata merah2 lagi. Ngntok lagi. Cuak jugak takot nanges sbb damia ni kalo nk tdo mmg nanges.

tapi syukur Alhamdulillah,  30 min drive nk pergi amek papanya damia behave je.

Dan begitulah seterusnya lepas ni...semoga damia behave aje selalu ye.

Jun 29, 2013

ruam peluh bayi

at 10:50 PM Comments
Assalamualaikum!


2 minggu lepas damia kena ruam peluh yang sangat teruk kat leher. Rumah agak panas, damia cepat berpeluh, tambah pulak dengan bedak maka berduyun2 lah ruam datang.

mula2 letak nappy nash cream pureen. Tapi xde kesan apa2. Sama sahaja. Kesian tengok damia. Walaupun damia x , enangis xselesa ke, tapi rs mcm sakit je. Sebab bijik2 mcm ada air bisa tu.



bila post kat fb, ramai yang memberi cadangan. Antaranya seperti di bawah la. 



Bila tengok dekat link blog disyorkan baby bottom balm. My sil pun ada sarankan pakai y ni, mmg berkesan sbb aku pon penah guna ms tgn jadik teruk bengkak sbb gigitan nyamuk? Manja kan kulit hak2


ok2, lepas guna pureen xde kesan, aku try pulak guna sudocream yang ppum bg. Makin kurang sket tp still ada. Petang ahad aku pergi umah brother in law, dia bg bedak agnesa tu. Aku letak je la kan. Mana tahu berhasil.

on the way balik, singgah farmasi nak beli baby botyom balm tu tapi xde pulak so beli seba med instead. Hubby beli seba med diaper rash cream, padahal banyak je lg brand dia utk cream, lotion and etc. Tapi sbb dah beli so try je la pakai.



dan hasilnya memang memuaskan! Lepas 2 hari, all the rashes completely gone! Bersih je kulit damia. Thank you Allah! And thank you all...

Jun 27, 2013

happiest mom in da world~

at 9:25 PM Comments
I am!

Seeing this cute face whenever I fetch her.

all my stress from work disappear just like that

Melting~♥♡






Jun 22, 2013

Oh stok susu da abes

at 2:07 AM Comments

Assalamualaikum!

Bila mood nak buat post baru membuak2, pukul 2 pagi pon boleh..haha.. sebabnya baru siap pam susu ni. Kalo x, tak de keje aku nak bangun semata2 nak update kannn.

Hmmm...sekarang tengah risau sangat2.

Stok susu damia langsung dah abes. Sekarang kira pam untuk esoknya je.

Lagi beberapa hari dah nak puasa, kalau susu merundum nak buat mcm mana?

Maka saya harus disiplinkan diri untuk kerap pam susu, bangun malam2 untuk pam supaya boleh kumpul stok balik.

Dan tidak boleh stress!

I can do it!

Jun 21, 2013

hangatnye isu vaksin

at 11:00 PM Comments
Assalamualaikum!

Masa tengah pregnant dulu, orang duk sibuk2 cakap pasal vaksin nih. Tapi aku macam endah x endah je, malas nak amek part sangat.

sampailah satu ketika, ada la seorang hamba Allah ni publish post pasal vaksin ni. So aku baca lah. Barulah isu ni masuk lam kepala otak kejap.

pastu, macam tiap2 hari pulak ternampak orang post pasal keburukan vaksin ni. Tak kurang jugak yang bantah balik.

aku? No komen lagi buat masa ini sebab ilmu x cukup, xde lagi fakta2 yang lekat dalam kepala otak yang boleh meyakinkan aku bahawasanya vaksin ni x elok atau elok.

tapi!

suatu hari masa tengah berpantang, aku tengok satu episod dalam Law and Order . Mmg favourite aku la cter2 mcm ni.

alkesahnye, mereka membicarakan seorang ibu yang tidak memberi vaksin kepada anaknya yang menyebabkan kematian kepada seorang kanak2 lain yang bermain di taman permainan, kerana terjangkit demam campak.

memang la di akhir cerita ibu yang tidak mengvaksinkan anaknya tidak bersalah kerana itu pilihan masing2 nak vaksin ke x.

tapi, pointnya di sini....

walau apa jua keputusanku nanti terhadap vaksin, aku x mahu berada di dalam mana2 situasi kes tersebut.

1.ibu yang menyebabkan jangkitan kepada anak orang lain, disebabkan anak tidak divaksin dan berjangkit kt anak orang lain.


2. Ibu yang kehilangan anak kerana berjangkit dgn kanak2 lain yang tidak divaksin.


ibu2 sekalian, apa2 pun keputusan, buatlah tindakan yang sewajarnya yang sepatutnya diambil sekiranya anda vaksin/ tak anak anda, supaya tidak akan memudaratkan sesiapa kelak.


Jun 19, 2013

Baru kukenal apa itu rindu....

at 7:28 PM Comments

Assalamualaikum!

Haaaa tajuk xnak jiwang lagi sket ke? Haha

Sekarang kan aku dah keje. Awl2 dl xrasa sgt rindu damia kt umah. Ye la, slama ni duk dga org ckp nk nanges la apa la kan bila tgl, tp ak mcm lek jeeee. Cm xde perasaan.

Tapi lain pulak satu hari ni iaitu hari isnin, kelmarin dulu bak kata org ganu.

Rasa rindu sangatttttt time kat opis. Xsabar2 nk blk umah. Dga suara dia. Since da pandai bunyik2 ni kan.

Kenapa rindu sgt?

Sebabnya, ahad tu kua g jln2 kat sunway pyramid. Lepas nanges2 tu dia tdo aje. Blk umah kol 7 pon tdooooooo je smpai mlm, bgn menyusu jap tgh mlm pastu tdooooooo lagik. Pagi2 pegi keje pon tdo lagi.

Rs kosong la sbb xdga suara dia, xdpt tgk dia gelak2 ke nanges ke.

Dulu kemain lagi xrs pape kononnya kan. Sekarang dah berlumba2 ngan suami, sape smpai kat umah dl nak gomol damia dulu hahaha. Masing2 berebut xnak bukak pintu besi huahuahua.

Cepat la smpai umah! Otw blk dr opis ni hewhewhew

Jun 16, 2013

rezeki damia

at 1:00 PM Comments
Assalamualaikum!

Alhamdulillah,  sejak lahir rezeki damia mencurah2. Dari segi duit, pakaian dll mmg orang selalu bagi. Semoga rezeki anak mama berterusan.

seminggu duk jaga damia awal2 dulu, dah terfikir untuk dptkan bouncer sebabnya damia xde mainan, xde tpt duduk y dia boleh main2. Harapkan tilam tu je lah.

so petang2 cmtu dia susah nak tdo, pastu nak dibiarkan sorang2 bosan la jadiknye. Kesian lak kat dia. Bosan2 menangis le jwbnye kan.

dah bincang2 ngan suami nak beli. Asyik duk buka tutup je page kat facebook tu. Tp duk fikir2, tgu next gaji lah kan.



Pastu hari isnin masuk kerja.

dorang datang la bersembang2 tanya pengalaman sambil hulurkan hadiah dari semua orang. Rasa mcm nak menanges bila tengok kotak. Sebab dorang x balut letak ribbon cmtu je kan. Doa dlm hati harap2 bukan kotak je, tp isi lain kan haha.

excited xsabar nak balik bukak tunjuk kat damia kan.

 Now, damia da ada "katil" sendiri hak2. Tiap2 petang memang tdo lam tu je. Ayun2 kejap dah lena. Mainan tu dia reti tengok je la, nak ambil xreti lagi kan.

Alhamdulillah, selamat duit poket mama n papa hak2.


Kehidupan baru

at 7:22 AM Comments

Assalamualaikum!

Sudah seminggu aku masuk kerja setelah 64 hari cuti bersalin. Sudah masuk fasa kehidupan baru, seorang ibu dan surirumah yang berkerja. Uwah panjangnye status kan.

Rutin harian xberapa nak berubah mana sebab sekarang ni mak mertua yang menjaga damia chan. Setiap hari memang tinggal cmtu je damia kat dalam bilik kalo dia x bgn lagi masa kami nak keluar pagi2 lam kol 7. Umah dekat ngan office,  by 730 da boleh sampai.

Lepas tu kol 430 dah boleh balik, kadang2 balik lambat tgu suami.

Balik rumah, mak mertua dah siap masak dinner. Aku balik mandi, solat, n kalau damia dah bangun nak menyusu aku akan susukan smpai dia tidur.  Lepas tu prepare bekal susu siap2 dalam bekas untuk damia minum esok hari. Siapkan baju untuk kerja keesokan harinya.

Selalunya dalam pukul 12 baru boleh tidur. Sebab damia byk tdo siang. Di malamnya kol 9 dia bgn , berjaga la smpai kol 11 hokhekhokhek nak tidur balik.so masuk bilik dodoikan kat katil.

Kalau damia lena, lena la aku tidur. Kalau damia hokhekhokhek je malamnye, aku pun ikut sama la hokhekhokhek haha. Sehinggalah keesokan hari juga dikejutkan oleh damia.

Macam ni pun da rs penat sangatttttt, erm lebih kepada mengantuk la. Mlm tu rs penat mcm ape je. Nanti da nak kena hantar kat babysitter. Sure lagi penat. Ngan nk siapkan makan malam lagi. Haruslah order je kan haha

Sekarang kalo damia nanges, bila gelabah ke apa ada ramai orang nak hulur2. Nanti aku berdua je la hehe. Oh skang kat office da start rs mengantuk. Mata merah. Semua org tegur. Jawapan aku senang. Org dah ada anak mmg cmni hak2.

Semoga aku terus kuat dan tabah! Menjadi ibu yang baik untuk anak-anak. Eh anak2? Haha

Jun 13, 2013

cucuk 2 bulan.

at 7:39 PM Comments
Assalamualaikum!

Arini pergi klinik untuk check up damia 2 bulan. Sebab kami pepandai sendiri je pilih tarikh tepat2 2bulan jumaat lepas, end up klinik xbuat utk kanak2 that day. Hua hua hua

So pergi lah harini. Dengan mak mertua je. I drive. Suami keje xleyh ikut. Debaran drive bersama mak mertua lagi hebat daripada gemuruh nak g interview kerja, sampai aku kena hon skalik haha. Ok da lari tajuk.

kerja half day, balik umah damia ngah tdo. Lepas siap segala kol 230 petang kua umah. Damia tdo je. Bila masuk kete lagi suka la dia tdo. Ekon kan. Nyenyak kemain.

tgu punya tgu, sampai la turn nak timbang berat. Damia baru bangun tdo,  so mood x baik sgt. Berat dah 3.8kg. Org lain kua2 dah 3.8kg kan hahaha.xpo la nak, kita membesar kt lua je hehe.

lepas timbang ukur bagai, nak dga nurse membebel pulak. Tang ni dia mai hokhekhokhek. Nak susu. Sebab tdo lama. Budak kecik ni kalau lambat sikit memang merajuk sakan la. Aku pergi amek botol susu kejap je pun. Tapi terlambat sikit. Menangis la dia. Sedih je muka. Org ganu ckp jebekk je.

lepas tu tunggu nak cucuk. Jebek x hilang lagi, kejap2 jebek nk nanges, pastu nanges, pastu senyap gitula smpai masuk bilik nak cucuk. Bila dah kena cucuk,meraung la dia. Tapi bila kua senyap pulok. Tgu nk jumpa doktor pulak. Kejap2 jebekk lagi.

cuak dah nk jumpa doktor. Kot meraung dalam bilik malu la I haha. Masuk jumpa doktor, check sumer2. Bila baringkan damia senyum2 ajo. Mood dah ok. Sampai la balik umah. Happy saja. Org ckp lepas cucuk ni akan demam, gambare damia chan!

Budak bushuk kena cucuk!

Jun 8, 2013

cerita stok susu damia

at 1:44 AM Comments
Assalamualaikum! 

Meh harini nak bercerita pasal stok susu si damia ni pulak.

frankly speaking, aku memang xbuat stok susu langsung masa berpantang. Walaupun tahu kena buat stok.

aku da start pam susu masa minggu pertama lagi sebab mengalami bengkak susu. Memang nak menangis je tapi belum sampai tahap demam lagi lah. Susu memcurah2 tapi demand rendah.  Biasalah, baby bukan minum banyak pun lagi. Setakat 2 sudu cmtu je kan.

bila berpantang kat kampung mertua, aku pam juga tapi bukan niat untuk buat stok . Cuma taknak berlaku pembaziran susu mencurah2 dan juga nak melatih damia hisap pakai botol. Masa ni, aku pam dapatlah 1oz je sehari untuk 2 sesi. X pam kerap pun. Sebab memang taknak buat stok bila fikir susah nak travel sana-sini bawak stok. Nanti nak balik rumah abah kat kampung lagi, so aku malas pening2 kepala. Duk fikir balik umah sendiri baru nak buat stok.

so kehidupan bpantang aku memang pam hanya untuk bagi dami minum atau travel dekat2 je lah.

balik sini 2 minggu sebelum start kerja. So aku plan nak buat stok time ni lah. Alkesahnye, masa minggu pertama damia meragam disebabkan kecuaian dan kekurangan pengalaman sebagai ibu muda, damia menangis dan langsung xboleh letak bawah. Tidur pun kejap2. So sesi pengumpulan stok terbantut. Sehari 1oz je kot. Susu pun macam merundum sebab mamanya stress sekali kot. Kadang2 susu x keluar, perasaan damia x cukup susu asyik menangis,  terpaksa guna stok untuk bagi kat damia minum. Xberganjak la stok susunya.

masuk minggu kedua, damia dah ok. Aku beransur pulih dari segi mental. Baca post sana sini dekat forum, macam mana nak banyakkan susu, tips pemakanan, dan juga cara pam. Alhamdulillah,  mula2 sikit, lama2 makin banyak. Orang lain kumpul sampai beratus2 oz susu sebelum kerja. Cuti pun 3 bulan kan. Tapi aku buat setakat mampu je lah. Sekarang dah ada 40oz dalam masa seminggu! Satu pencapaian untuk ibu muda macam aku kan?

dari segi pemakanan, aku usahakan minum banyak air sebab aku ni jenis liat nak minum air. Sehari 3gelas je kot selalunya. So aku dah tambah air banyak2. Lepas tu minum susu. Cari punya cari, aku cuba minum horlicks, minum air halba dan makan lobak putih. Alhamdulillah memang berkesan. Kalau awal2 dulu 4 kali pam baru dpt 3oz, sekarang 2 kali pam dapat 5oz dah. Satu sesi dalam 15-20min.

teknik pam pulak, setelah diselidik2 aku cuba teknik power pumping.memang berkesan. Buat sebelah2 setiap 5-10minit tukar2. Dan mungkin aku rasa pam y aku guna x kuat sangat suction, so sambil pam aku marmet sekali. Banyak keluar. Syukur2. Sempat jugak kumpul stok sebelum kerja lagi 2 hari. 

Semoga kat ofis nanti boleh terus kumpul stok banyak2. Xbanyak macam orang lain smpai penuh 1 peti ais pun xpe asalkan cukup untuk bekalan damia.

cuma sekarang kena banyak cari maklumat untuk bulan puasa. Yosh!


Jun 7, 2013

Permata hati mama ♥ papa

at 2:51 PM Comments
Damia sekarang dah byk ragam.

Suka merajuk. Ikut mamanya barangkali.

Kalau time menyusu,  kena fokus kat dia sorg je. Kalau x, byk la oek2 nya.

Kalau lambat, bila dia da start menanges, sumbat la mcm mana pun mmg x layan. Kena pujuk2 sikit bila da reda sket merajuknya barulah dia nak menyusu.

Kalau dah ngantok sangat,  memang kena angkat kat dukung atau riba. Dodoi2 sambil goyang2, nanti tertidur dengan sendirinya. Jangan mimpi la nak tepuk2 atas tilam dia. 

Letak terus meraung, angkat terus senyap.

Aduhai sayang. Cemano mama nk tgl nanti ni?

Jun 2, 2013

Alahai si ibu muda

at 12:39 AM Comments

Assalamualaikum!

Pengalaman sebagai ibu muda cukup menyeksa jiwa raga okeh.

Mmg aku akui, aku xde pengalaman pon bab jaga2 anak kecik ni. Seumur hidup xpernah pun besarkan baby, basuh berak baby, tukar lampin baby, mandikan baby dan semua yang berkaitan ngan baby. Anak sedara baru 4 orang. Masa dorg lahir aku duk di perantauan lg. Balik2 dah boleh tgk dorg senyum berjalan2 dah. Kalo nanges ak bg la kt mak2 dorg haha

So bila dpt ank sendiri ni, semua ok je kalo baby x menanges kan. Tapi kalo nanges xmo senyap? Haaaaa cemane?

Pengalaman pertama y mencemaskan.

Mgu lepas da gerak blk umah snirik dgn hubby. Ikot gua musang. Otw, baby nanges meraung2 serba xkena. Asalnya tdo, tp kol 9 mlm tu aku kejutkan sbb nk bg susu. Dah 3jam tdo kot2 la lapar. Damia kalo tdo lam kete mmg xsedar lah. Ngan ekonnya. Bila da bangun, baby meragam lepas menyusu. Tambah2 ngan jem, baby pon jem, mama pon ikot jem skalik. Smpai kol 12 cmtu berhenti kat rnr gombak. Nak check n tukar pampers. Xpulak berak. Kencing je. Lepas tu baby tdo smpai la umah kol 3am.

Baby tdo smpai la ke pg esoknya, lam kol 10 cmtu. Start dari saat itu, baby nanges je sokmo. Pujuk2 bila da ngantok br tdo, time tu br senyap.  Tdo 15min, nanges blk bila terjaga.

Sehingga hari ke 3. Bayangkanlah aku duk jaga sorg2 kat umah. Pening dibuatnya. Nak kata kembung, perut elok je x keras pon. Tapi baby x berak langsung since balik. Duk pk xselesa perut la kot. Tambah lak ngan hidung tersumbat. Sbb kt umah ada construction. Tensen je. Aku y tua ni pun smpai kering tekak terbatuk2, budak kecik apatah lagi.

Bila call neneknya, dibacakan ayat kursi kat telinga sebab takut baby nampak apa2 ke, baby takut ke siapa tahu kan. Kena pk dr semua aspek lah kan.

Sehingga lah hari seterusnya, masa nak pakaikan lampin baru perasan bontot baby merah ada ruam. Ambik ubat terus sapu, baby terus diam. Lepas tu tdo terus nyenyak.

Ya Allah, butanya mata kami . Langsung x terfikir nak check. Sumpah x engat. Sebab baby x berak so aku tukar lampin gitu la. Xde la nak selongkar smpai ke lubang bontot kan. Pastu tukar lampin setiap kali mandi je. Sebab kecik2 dulu wat cmtu, kalo x berak xtukar. Xde lak ruam2 ke.

Terus insaf ok. Skang ni setiap 2,3 jam je check lampin kalau2 dah penuh terus tukar. Biarlah byk kali tukar pon asalkan baby x meragam. Pening dibuatnya. Nasib baik mamanya x meragam skalik.

Phew, inilah namanya pengalaman. Kalau x kena , xtau kan. Huhuhu

Lepas ni mcm2 lagi y akan menyusul kan,  semoga kami tabah dan tahu apa yang patut dilakukan.

Sifu2, mohon ajarin hehehe

Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea