Sep 18, 2013

Cerita damia tidak sehat

at 3:08 PM Comments

Assalamualaikum!

Lagi dugaan bila dah ada anak.

Minggu lepas,  to be exact ...hari khamis. Masa ni damia da start batuk2 dgn agak kerap. Started 4days earlier actually, but just mild cough. Not serious pun.

Then damia terjangkit pulak selsema plus demam dari baby y m.su jaga jugak. Hari khamis tu badan da panas sket2. Tapi xlebih 38 lagi. Menghampiri 37 cmtu. Masa on the way balik, jem lebih drpd biasa sebab kebetulan mamanya kena balik lambat, CFO JAPAN dtg visit sini so mewakili teammates y lain jumpa ramai2. Lam kol 530 br kua ofis. 630 la br smpai umah maksu. So jalan jem la menghala ke shah alam dr pj.

Nak balik pon jem, lama sikit dalam kereta damia dah meragam. Hokhekhokhek je sepanjang2 jalan tp belum nanges. Agaknya dah xtahan, plus xsedap badan, plus mengantuk lagi...tinggal beberapa meter je nak smpai parking damia menanges semahunya.  Bia lama2 pun xsmpai hati. Duk jerit2 mcm kena dera tu, mamanya stop tepi angkat kejap. Dia memang lepas geram abes2 la kat mamanya.

Mamanya letak jugak lepas tu sebab dekat sgt dah ngan parking. Sian dia duk nanges2, bila angkat terus senyap lepas dah parking sumer. Ingatkan abes cter kat situ la.

Naik je kt umah,  sebab dah ngntok sangat minum susu kejap terus tidur. Atas riba la. Lepas 10min nak letak bawah dia nanges gila2 balik. Agaknye dia ingat mamanye nak letak bawah mcm lam kereta xmau kena tinggal kot. So tidurkan balik. Agak dah lama sket, bila nak letak bawah terus nanges gila2. Nak pergi ambil papanya pun muri dah.

Badan macam makin panas. Check suhu 37.7 then 37.9. Tunggu papa balik, dah pukul 9 malam. Nak pergi hospital umra tapi doktor kanak2 smpai kol 9 je so ktorang xpegi la.

And damia langsung xboleh letak, mesti nanges. Nak tidur atas mama je. Menyusu pun xnak. Last menyusu kol 8 pm. bila terjaga sket pon terus menanges kena amek dukung. Bila bagi papa, terus hulur tangan nak datang dkt mama. Papa xleyh usik langsung. Nak letak kain nak tuam bdn pon menjerit marah.

Masa ni Allah saja yang tahu betapa runtun dan luluhnya jiwa raga mama. Menitik jugak la air mata tengok anak macam tu.

Sampai kol 12 pon xleyh tdo lagi. Bagi ubat, sambil nanges2. Bagi susu pun guna picagari sebab langsung xnak menyusu. Direct or botol sumer xnak. Paksa jugak bagi guna picagari wpun dia duk nanges2. Sbb xmenyusu langsung. Perut mesti kosong.

Sampai lah kol 2, mama baring sambil peluk damia. Tidur sambil peluk kemas2. Barulah damia lena.... tapi terjaga balik kol4 nanges2. Kena bangun dukung bagi dia ok, da start nak minum susu. Lepas minum damia tidur balik smpai la ke pagi.

Lepas tu baru dia menyusu seperti biasa. Tapi badan masih panas. 37.9. So decided utk pergi klinik jugak. Sebelum pergi bagi ubat demam. So turun la sikit suhunya. Tapi Kat klinik umra tu dia lah yang paling bising membebel2. Alhamdulillah maksudnya dia ok. Xde la lembik ke apa.

Jumpa doktor,  check sumer2.. xde problem. Cuma masalah biasa mungkin sebab terjangkit ngan baby aritu. Kena tunggu lepas 3-4hari kalau x elok kena datang balik.

Sekarang dah masuk hari ke 6. Demam dah hilang. Cuma batuk je lah ada sikit2. 2,3 harini asyik muntah2 je bila pagi.  Hopefully semua kahak keluar. Macam dah makin ok. Tapi malam tadi asyik nanges je bila erjaga nak menyusu . Xselesa sebab hidung tersumbat kot. Tapi ada part y kelakar. Nanti lah cerita hehe

hmmm....Macam2 dugaan bila dah ada anak. Sekarang baru paham perasaan seorang ibu mcm mana. Mesti arwah ma jaga ktorg mcm ni jugak. Bila anak happy,  mamanye paling happy.  Bila anak sakit, mamanye tumpang sedih.

Semoga kami tabah menempuh hari2 mendatang.

Mama sayang kamu ketat2!

Sep 7, 2013

5bulan sudah ♥♡

at 8:46 PM Comments
Assalamualaikum! 

Dengan ini diumumkan genap sudah 5 bulan umur damia. Kejap nya masa berlalu. Rs mcm baru sahaja mengandungkan dia. Cewah ayat xmau kalah.  Tp serius rasa kejap sangat. 

Teringat saat2 duk berperang bergaduh bila dia xselesa kembung perut xtidur malam. 

Teringat saat2 dia demam diusia sebulan. Buat mama xsenang duduk.

teringat saat dia menangis siang malam tidur 15min minggu pertama balik sini after pantang.

teringat saat2 dia senyum bila amek dr umah babysitter. 

Huish kalau nak tulis semua mmg jenuh la nak khatam kekeke. 

5bulan?

hmmmm... sekarang tengah berusaha nak meniarap belah kiri pulak. Belah kanan dah power hak2. Malam2 asal terjaga terus meniarap.

dah pandai sikit2 nak pegang barang tp masih lemah. Kaki je kuat. Kalau excited kaki yang angkat dulu. Dah tahu erti "yeay nak dapat susu" bila tengok botol susu atau tengok mama.

dah pandai memilih. Kalau susu mama sikit, no no no! Nak botol jugak...

dah pandai borak2, potpet2, gelak ketawa bila kena geletek.

eh dah banyak y baby mama dah pandai ni. Pelan2 ek.


Sep 6, 2013

Xde rezeki

at 3:50 PM Comments

Assalamualaikum!

Harini I cuti, jaga si cilik sbb maksu a.k.a babysitter damia ngah bercuti.

Alkesahnye.....

Kalau direct mmg sejam je damia mampu bertahan tidur, takpun 30min je.

Production susu mamanye xde la semeriah mcm minum botol.

Makanya si cilik ini Meronta2,  nk tidur tapi susu mamanye seciput.

Amek la stok susu 3oz. Yang pam 15-20min tp dihabiskan dlm ms 5min. Dah cane? Tp x cukup lagik.

Bila bg direct, bertambahlah meronta2 gitu.

Terpaksa amek lagi stok 4oz. Tapi dah mmg bukan rezeki damia, ntah cmne terlepas botol susu ms nk kuarkan dr peti ais, pecah tudung tumpahlah segala isi.

Terkedu melihatnya.

Bila angkat tinggal lg 1oz je dlm botol. *sigh*

Sambung bg damia minum. Now dah tidur.

Pasni kena topup blk 7oz y hilang. Phew...

Semoga rezeki damia berterusan hendaknya.

Sep 4, 2013

atas permintaan

at 8:24 AM Comments
Assalamualaikum! 

Ats permintaan xberapa nak ramai ponnn,  tp ada yang mintak maka ditempekkan 1001 wajah puteri sulung kami.

OMG, kejap je dah nak masuk 5 bulan!


Look! She's a big girl already. 
But you will always a baby to me.
Ahaks ♥ ♡

Sep 3, 2013

not over yet.

at 1:01 PM Comments
Assalamualaikum!

Lama kan x conteng2 kat sini. Sebabnye saya baru je melepasi fasa yang agak memenatkan jiwa raga lah.

disebabkan damia sudah tukar babysitter,  yang mana sangat lah jauh dr umah mahupun ofis. Hantar kat umah mak sedara yang mmg keje babysitter. 

Bayangkan....

ktorang duk sunway, kerja kat pj and kl, babysitter duk shah alam.

so setiap pagi, bergegas2 hantar damia ke shah alam. Sbb mamanye masuk awal 730 so kena pg awal. 6lebih2 cmtu da kua. Kdg2 terbabas jugak smpai lam 745-800.

bila petang, mamanya pergi amek damia, pastu pergi amek papanye pulak.

tu kira agak memenatkan jugak tapi ada lagi part paling penat.

sebab agak jauh so kena standby susu lebih sket, takot mamanye sangkut jem.

pastu minngu lepas susu agak kurang produktif. Puas dah makan mcm2, x jugak naik. Mmg x sempat nak kejar damia minum 15oz-17oz smpai 530pm. Pagi2 sempat hantar 12oz je. So boleh tahan smpai kol 2-3pm je.

makanya, haruslah mamanye ulang alik hantar susu lunch hour. Susu yang diperah sesi pagi. Sebab mamanya xde stok. So everyday susu mmg kurang sbb dah curik siap2 sesi pagi.

berterusan 2,3 hari jugak lah smpai mamanye collapsed!

 Tapi demi anak tersayang, sanggup ku berkorban. Cewahhhh!

now back on track tp masih belum smpai tahap boleh buat stok. Chaiyok2! Semoga rezeki damia mencurah2 dgn susu bdnku ini. Amin.


Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea