Jul 31, 2010

itterasshai~

at 9:05 AM Comments
si dia jadi pulak balik kampung hari ini. asalnya tak jadik. tapi dia degil nak  balik jugak hehe.

awak, takecare ok. jangan main panas nanti hitam, wahaha <-- macam gaya seorang mak bagi nasehat kat anak. ceh.

uwaaaaaa.xsabar pulak nak balik jumpa mereka. siapakah mereka? dia and ckyNua hahahaha
ckyNua adalah nama yang dihasilkan inspirasi daripada cerita adamaya. dalam citer tu kan adam pakai mini kaler merah.

adam + maya = adamaya

so citer kami pun ade gak mini.tapi kaler kuning. so nama terbalik sikit kekeke

ckyn + nua = ckyNua

hahahahahah nak jugaaaaaaaaak. =P

ckyNua =P

Jul 30, 2010

rancangan dan penentuan

at 10:54 AM Comments
kita merancang dan Tuhan yang menentukan.
kerana Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya
semoga semuanya berjalan mengikut apa yang dirancang, amin.

Jul 28, 2010

who wanna be the 3rd one??

at 5:01 PM Comments
katanya dapat congratulation wishes today. and he is waiting for the 3rd one, then terus nak pergi beli 指輪 @ ring @ cincin untuk majlis pertunangan yang xkompem lagi bila nak buat. hahahahaha
dah la siap cakap tahniah sebab dah bertunang kekekeke
*oh mengikut hukum kotrg memang dah bertunang. adat melayu nye majlis je tak buat lagi hihi

kelakar pulak kan. ada orang wishes utk something yang hanya akan diketahui keputusannya next week, insyaAllah. hihi
inikah yang dikatakan dunia di hujung jari?*erk xde kena mengena haha

awak, berapa ramai pun org wish sila tunggu saya balik ok? hihi

tak tunang lagi kak oii

at 9:17 AM Comments
recently(ecewah), boleh kata tiap2 hari duk tengok gamba org kawen. nak buat mcm mane hari2 ade je kawan2 lam fb ni yang kawen @ g kenduri kawen. pastu bila dah tengok2 tu mula la berangan merangka2 untuk majlis sendiri yang jauuhhhhhhhhhhhhh lagi perjalanannye. pastu dah mula mimpi macam2. kadang2 sampai xleyh nak tidoq. padahal mata tuh dah smpai tahap xleyh nak  bukak. otak tetap ligat berfikir. nak buat macam tu, nak buat macam ni.

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah

Jul 25, 2010

semoga selamat pergi dan pulang membawa berita gembira kekeke

at 3:30 PM Comments
assalamualaikum =)
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

baru aku perasan, aku akan update blogs aku nih serentak. maknanya kalau aku tulis entri baru kat blog lagi satu, so aku akan dengan pantasnya akan update kat sini dan sebaliknya.kalau satu terbiar lama makan lagi satu akan menerima nasib yang sama.adil kan? hihihi

ok, berkenaan tajuk yang paling panjang ni. setelah tunggu dan tunggu maka akhirnya sudah tiba masa yang sangat genting!

minggu depan, insyaAllah si dia akan pulang ke Terengganu. nak slow talk ngan family dia berkenaan perancangan untuk bertunang tu. sebabnya sampai sekarang kami belum ada kata putus lagi. dan si dia adalah anak yang baik sebab benda2 penting macam ni haruslah dibincang secara empat mata. tak macam aku ni, gelojoh. on the phone sudah. kami terpisah oleh lautan kak, macam mana saya nak balik berjumpa empat mata kekekeke

so rasa lega lah sikit. cuma berharap dan berdoa yang baik-baik saja. bagi pihak family aku, mana-mana pun ok sebenarnya. maklumlah, abah paling sporting. semua ok aje. so, sekarang ni kita kena tunggu keputusan pihak dia la pulak hihi

ya, saya tahu semua ternanti2. kena buat keputusan segera. kena dapatkan kata putus secepat mungkin. jadi ke tak. sebabnya orang2 yang berkerjaya macam adik-beradik haruslah memohon cuti dengan lebih awal.

fuuhh! berdebar2 la jugak nih.

Jul 24, 2010

cupcake @ kek seketul

at 10:40 AM Comments






geram je tengok kek2 ni semua. skang ni trend cupcake kan. tapi cupcake tak best sbb nanti tak cukup budak2 nak makan.berebut karang. biasalah kalau kat kampung aku tu, semua budak2 dalam kampung nanti datang beratur nak makan kek. eh semua budak mcm hiperbola pulak. cousin2 aku la. beratur je kalau ada kek atas meja. kalau amek cupcake kang tak cukup. jangan kira chantek je. kalau kek sebijik ramai bleh makan. hmmmm...

Jul 23, 2010

ko duduk aku simbah air, nak?

at 7:21 PM Comments
ini adalah pelamin untuk majlis perkahwinan




ni pulak pertunangan




kenapa aku rasa y  bertunang lagi chantek dr y kawen?

oh, nih aku curik dr blog ni . sekian

tup tap tup tap

at 5:30 PM Comments
assalamualaikum =)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

sebelum ni beli wedges ni. kaler hitam.
tertarik sangat. mulanya nak belajar pakai heels. ye lah asik y flat je. nanti nk kahwen pakai kasut chantek2  jalan 2 3 tapak dah jatuh tersungkur. tak pasal-pasal si suami tarik balik duit hantaran kekekeke
 sebelum tu pakai wedges ni.


mak aih. sakit gila kaki. org xpernah pakai high heels. mcm ni ler. tapi skang petik jari je haha menipu xleyh blah!
and harini kaki melecet sbb test pakai kasut baru. kecik sgt kot ngan kaki. biasa la, slalu test kasut baru bila g uni je. sebabnye 10 min jalan then goyang2 kaki lam lab. kalau in 10 mins pon xleyh tahan maksudnye, kasut itu sgt xleyh dipakai!
perlu berusaha lagi! haha

Jul 21, 2010

cari cari gali

at 1:50 PM Comments
assalamualaikum =)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

quick update.
ceh, hari2 quick update tapi tulis berjela2 jugak haha
konon2 nak cukupkan syarat tiap2 hari tulis new entry la kekeke

right now, i'm hunting for my new hantaran! tapi barang yang dikehendaki takde pulak. dah habis stock kana.
xpe2, bersabar~
lagipun ongkos kureng this month.maybe after dah ada duit lebih nanti baru stock baru ada, amin.

Jul 19, 2010

(o^_^o)~ ♥

at 1:33 AM Comments
assalamualaikum =)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

tadi g jalan2 window shopping singgah kedai jewelry. malu-malu je tanya salesgirl tu boleh ke x nak ukur size jari. hihi pastu tengok2 skalik yang mana berkenan.rambang tak rambang mata gak la. nasib baik g ukur kat kedai. sebelum ni ukur sendiri memang dapat size dengan nilai yang sangat berbeza!!! fuuhhhh~

nak beli kat sini ke kat malaysia ek? nak beli sama-sama ngan dia lah senang sikit. ke nak beli snirik2 je .ayoyo












Jul 18, 2010

nak macam ni boleh?

at 1:20 PM Comments
assalamualaikum =)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

majlis tunang mengikut adat tak buat lagi dah berangan pasal baju nikah keke
eh, belum kena risik pon haha
tapi nak baju nikah macam ni ok tak?

nak design macam ni


kat tangan nak yang macam ni tapi pendek sikit la bahagian labuci tu


dan kat bawah lak nak letak yang macam ni

hahahahahaha aci x? men amek sikit2 katbaju orang pahtu letak kat baju aku kekeke
gambar nih amek kat pakcik google. sila marah pakcik google kalo ini gambar kamu2 ye hihi mintak izin ye 

till then~

Jul 17, 2010

jangan macam ni!

at 3:57 PM Comments
salam semua! =)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

habit aku bila tengok cerita. kalau ada part2 yang tak best.part yang aku rasa orang tu jahat. aku akan pesan kat dia.

"awak jangan macam ni tau"

walaupun benda tu kadang2 rasa macam impossible untuk dia buat, maksud aku ialah aku tak rasa yang dia akan buat macam tu. tapi aku tetap nak jugak cakap kat dia macam tu kekeke

tak kesah lah pasal apa. kalau aku tengok cerita jiwang2, cerita chenta ke.pastu ade part curang ke atau apa-apa sahaja aku pun terus gtau kekeke. kadang-kadang kita risau tenta masa depan. bila tengok cerita pasal relationship ke, hubungan bila dah bertunang(darah manis kata orang), kehidupan lepas kawen ke buat aku risau jugak. sebab tu suka pesan2, saling menasihati di samping sebagai ingatan untuk aku jugak.

orang cakap bila dah bertunang ni lain sikit. aku cakap sama je kot. tapi ada lagi orang tegaskan.

LAINNN~
baiklah.wakarimashita. 

aku tak tau apa yang lain sebab belum bertunang keke. eh.eh.dah2.dah bertunang tapi belum buat majlis mengikut adat tu.so xtau macam mana. entahlah.nak jugak cakap sama je. cuma mungkin akan berbeza mengikut apa yang ko rasa bile berada dalam setiap stage relationship.

yela, kalau masa ngah bercinta mungkin komitmen xberapa padu sangat lagi.so banyak perkara dipandang remeh.sesetengah orang la.jangan la buat muka angkat kening berkerut dahi macam tu.tak kata kat kamu pun.

 lain pula bila dah bertunang. masa ni dah betul2 serius dan dah nampak bayang2 masa depan. ada ke orang bertunang tapi tak rancang bila nak kahwin? xde kot.sebab selalunya orang yang dah ada perancangan nak kahwin je yang akan bertunang. angin tak ada ribut tak ada tetiba nak bertunang. bila nak kahwin? entah. 

ada ke orangmacam tu? pelik benor. so bila kau dah nampak hala tuju, baru la serius sikit. perkara sebelum ni yang dipandang remeh pun dah jadi tak remeh. dah ada perasaan nak 'menjaga'. abes yang playboy kat luar sana dah bertunang,dah kahwen mengaku single tu pe cerita? aaa yang tu dikecualikan sebab memang kekurangan ajar!

bila dah kahwin tu lagi la kena bagi full komitmen. so berbalik kepada apa yang aku cakapkan tadi la.depends on how serious you take it in every stage. betul ke aku speaking ni? kekeke apa-apa pun dalam setiap stage yang ko lalui tu, sama je. hati yang sama yang kau nak jaga. 

ٱلۡخَبِيثَـٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَـٰتِ‌ۖ وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ‌ۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَرِزۡقٌ۬ ڪَرِيمٌ۬ 
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (26)

kita ni, manusia di dunia ni kalau nak carik partner tuh nak jugak yang SEMPURNA. lelaki ke, perempuan ke sama je. bila nak kahwin nak yang boleh bimbing kita ke jalan yang benar, beriman dan banyak lagi la ciri-ciri nya. aku tertarik dengan satu ayat yang aku baca dalam blog mana ntah tak lama dulu.

jangan sibuk mencari tapi perlu menjadi. duk sibuk nak cari yang sempurna tapi kita tak sempurnakan diri sendiri lagi. so, why not kita sempurnakan diri kita dulu. bila semua orang dah berusaha menjadi , maka yang ada depan mata pun insyaAllah yang sempurna. tak perlu risau nak cari =)

what say you?

Jul 15, 2010

agak-agak la sikit

at 9:11 PM Comments
assalamualaikum semua =)
salam sejahtera

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

amboih tajuk bukanmain lagi kan? nak cari gaduh ke apa? kekekeke gaya macam nak marah orang je kan. hihi meh sini nak cerita sikit perkembangan sekarang.

tadi baru je siap update my-luvly-pinky notebook.hihi dah lama biar berhabuk je kan. tadi baru senaraikan betul-betul anggaran  perbelanjaan sempena my big day nanti (yang tak pasti lagi tarikh sebenar =P). kalau sebelum ni duk main cakap-cakap macam tu je.

"ktorang bajet semua kos dalam RM**ribu"

.mak aih ribu-riban.memang le kak.nak kawen macam apa je sekarang ni kan. haiihhh fikir je pun dah pening. ni yang dijangka kawen setahun lagi, insyaAllah. bayangkan orang yang nak kawen bulan depan? kalau aku xselera dah nak makan kekeke
so harini, aku dah siap survey semua dah. hampir 80% camtu la. siap dengan harga lagi. setiap kategori aku cek dan cek harga.banding2 dan letak anggaran harga. dan Alhamdulillah after kira-kira masih lagi dalam anggaran sebenar sebelum list betul2. tapi yang ni maybe berubah kot sebab nanti balik malaysia lain pulak cerita nya.

adeh pening2.bagi backgroud picture sket kekeke

wish me luck ok rakan2.hopefully semua berjalan dengan lancarnya.amin.

till then~

Jul 14, 2010

hukum memakai inai time kahwin

at 9:59 AM Comments
disebabkan kekeliruan di sana-sini.saya tanya pakcik google dan dapat ni.rata2 website yang saya jumpa kemukakan hujah dan dalil macam ni


Mazhab Hanbali berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan untuk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala sama ada kepada lelaki ataupun perempuan.

Manakala mazhab syafie pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal-hal perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.

Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu’ berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.

Manakala mazhab hanafi dan maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian. 

Ini diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah, “Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada dalam ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian.” (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma’rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-tamheed)

Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadith riwayat abu dawud)

Abu Hurairah .a meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dengan henna (inai) dibawa ke hadapan rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: "Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita." Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi' (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w: "Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda S.A.W bersabda: "Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang." (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami', 2502)

3 hadith di dalam hal ini, wanita diharuskan memakai inai pada tangan dan kaki mereka TETAPI berwaspada sekiranya tujuan pemakaiannya adalah untuk seperti memakai wangian dengan tujuan tabarruj, maka ia adalah haram.

Hadith yang kedua dan ketiga, bahawa galakan rasulullah S.A.W menyuruh kaum wanita untuk memakai inai pada tangan adalah untuk berbeza antara lelaki dan perempuan. DI sini datang pula hadith S.A.W bahawa Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki. 

INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH
Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan. 

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini: 

1. Dari Ibnu Umar ra katanya: “ Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim). 

2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari) 

Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz : “ inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”. 

nak baca banyak lagi sile lah ke sini , sini , dan tekan sini ye . sudah terang lagi bersuluh, jangan lah kita nak buat pejam2 mata pulak. jangan lebihkan adat daripada hukum okay kawan2

till then~

Jul 12, 2010

tapi.tapi.TAPI!!!!!!!!!!!!!!!!!!

at 11:26 AM Comments
hai semua!!!
assalamualaikum =)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

wah wah lama sungguh biar blog terabai..xde idea and xde mood nak bercerita apa-apa. 2 hari tidur umah orang lain hehehe 
ok2.to cut it short, saya akan balik beraya this year!!! memula hati degil taknak balik raya. konon2 la kan.tapi sebab kesian kat family adik beradik yang dah kawen semua nak beraya kat umah mertua masing2. ini tak boleh jadi. pastu rakyat tempat saya berada sekarang ni semuanya anak emak. nak balik beraya tidur bawah ketiak emak. so saya tak nak beraya di perantauan sorang2. tak dapat hantar gambar keluar kat utusan pun xpe lah. kekeke

ada orang cakap, nape tak bertunang terus alang-alang balik? tapi taknak bertunang lama-lama. hmm masih lagi pening2. nak kena tanye pendapat orang yang lebih arif dulu hihi,what say you?








eh jap2.tadi ada dengar satu ceramah ni. dalam bahasa ganu.dia cakap yang kalau laki dah tanya nak jadikan seorang perempuan tu isteri dia dan si perempuan bersetuju maka hukum nya telah menjadi tunang orang. siapa masuk meminang adalah haram.

so maksudnya saya ini telah menjadi TUNANG orang.sila jangan masuk meminang saya ye orang lain kekeke. so pembetulan dia, adakah saya nak buat majlis yang mengikut adat ni masa balik raya ni? wait and see~



tapi.tapi.TAPI!!!!!!!!!!!!!!!!!!

kalau saya balik beraya, and insyaAllah kalau tak ada aral melintang family dia datang rumah. alamakkkkkkkkkkkk macam mana ni.baru je menarik nafas lega. oyoyo. kena berlatih melayan tetamu la macam ni hihihi

dah mula dah jantung ni.dubdabdubdab.phew~

Jul 6, 2010

majlis berinai

at 11:53 PM Comments
kamu biasa buat ke majlis berinai? tak paham sebenar maksud majlis berinai.pernah tengok satu album ni. si pengantin perempuan dah siap bergambar atas pelamin sorang2 pakai baju pengantin.bukan baju nikah ok. siap ada tepung2 tawar bagai.waktu malam.kemudian baru perasan ada gambar-gambar pakcik2 ngah kupas bawang??? aik? malam sebelum majlis sanding pon dah bersanding sorang2 ke? tu majlis ape? hahahaha dah pening2 lalat. tapi wtpe nak susah? xyah ikut adat orang. kekeke kakak-kakak xpernah pun buat mcm tu hehe

lagi satu pasal inai. sekarang bukan main lagi orang conteng2 tangan time nak kahwin. rasa macam taknak je buat conteng2 tu. pelik semacam je rasa 
tak ke? haha aku ni pandai-pandai je.kang entah satu badan aku conteng =P


till then~

Jul 2, 2010

since when?

at 4:16 PM Comments

"sejak bila mula terfikir secara serious nak kahwen ?" 
orang jepun cakap honki mo-do

aku paham. ye paham. memang la sumer orang yang da start in a relationship tu memang la terus akan fikir utk kahwen terus kan wpun bukan dalam masa terdekat.


dikecualikan kepada mereka yang memang playgirl atau playboy dan untuk suka-suka memainkan hati dan perasaan orang lain.

ada orang yang nampak macam serious sayang gila kat partner sendiri tapi bila sebut pasal kahwen, " lambat lagi la kot" , " tak terfikir pun lagi sekarang" dan sebagainya.even aku sendiri pun, suatu ketika dahulu aku pernah tanya dia
 " macam mana nak tahu dah sampai seru nak kahwen?"
 "macam mana nak tahu kita dah ready nak jadi isteri orang?"

dia pernah cakap macam ni, kalau dah bersedia nak kahwin tu macam dah bersedia  nak keluar rumah as wife orang @ mak orang. masa dia cakap tu aku pandang balik diri aku pastu rasa macam. ish, belum2. sangat tak ready. rasa nak enjoy je kan hidup ni. nak buat something malas nak kaitkan ngan orang len.bukan maksudnya dah kahwen takleh nak enjoy tapi lain la cara dia kan.

tapi at one point tu rasa la perubahan dalam diri aku.orang lain maybe tak nampak sangat tapi diri aku sendiri  rasa that thing. banyak benda sekeliling kalau sebelum ni aku buat x kesah je tapi sekarang aku banyak la ambil kesah. orang cakap persediaan dalaman dan luaran kot. haha suka hati main bantai je.kekeke

konon2 dah habes bersedia la nak kahwen. T_T biarbetul aku ni? ntah2 abah aku pun terkejut ngan aku ni even akak aku pun dah tegur2 pasal aku ni dah terer masak ke? haaaaa jangan main2 tu jugak satu persediaan oyoyo.
what say you?

till then~

Jul 1, 2010

yang mana satu pilihan kalbu

at 10:32 AM Comments
memula nak putih + gold

bila tengok2 gamba y kalerbiru tuh chantek pulak.

tapi taknak terang2..nak ke dia pakai pink terang benderang? kuning warna diraja? hahahaha

hmmmm pening2~
macam chantek kekeke


nak pakai mcm ni? tak cukup tanah aku lari kang kena kejar ngan abah

till then~
Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea