harini pergi KLCC naik lrt je. malas nak bersesak2. dalam lrt aku duk bertentangan dengan sepasang suami isteri dan juga seorang anak..
seronok je aku lihat telatah anak kecik. ye, aku mmg senang ter'occupied' dengan telath budak2. bukan sebab aku dah kahwin dan teringin anak, tapi memang dr dulu suka tengok telatah budak kecik. tapi kalau nk kena jaga susah sket haha
ok, back to the main story.
tiba-tiba....dan2 je tiba-tiba kan hahahaha.
si emak bersuara " **** amek balik la mainan dalam bag mama ni. semak la" lalu mengeluarkan 2 ekor binatang kecik dari handbag si emak yang jugak kecik, memang boleh nampak la sempit...bagi kat si anak.
"letak dalam poket seluar" cakap pula si ayah. tapi si anak macam xnak, sebab nanti binatang tu terkeluar dari poket.
"siapa suruh bawak. nak sangat bawak tadi kan..pegang la" kata mereka
kemudian si anak pegang la..
bila aku tengok, aku xtau apa nak cakap. masa tu terdetik ....
kalau aku di tempat itu ketika itu, mungkin aku bawak sahaja binatang mainan tu letak lam bag. memang la sesak sket lam bag.
tapi itu tanggapan aku ketika itu.oh jangan salah paham dengan tanggapan aku ni. aku tidak mengatakan cara mereka tu teruk atau keterlaluan, cuma aku terfikir..kalau aku di tempat mereka, apakah aku akan lakukan benda yang sama terhadap anak aku?
mungkin itu cara mereka.
masing2 punyai cara dan tanggapan tersendiri dalam membesarkan anak. masing2 mahu yang terbaik mengikut aturan.
dan aku terfikir, mampukah aku jadi yang terbaik untuk anak aku kelak? kadang-kala kita dah anggap yang terbaik, tapi mungkin itu masih bukan yang terbaik. xtau nak bayangkan macam mana bila dah dapat anak, mungkin pemikiran aku akan berubah. siapa tau?