Feb 17, 2014

I am a good mom : breastfeeding journey

at 12:25 PM

Assalamualaikum!

Bila mengimbau kembali perjalanan menyusukan anak, memang banyak pahit manisnya. Tapi memang seronok kan mommies sekalian.

Secara jujurnya, ilmu breastfeed ni memang tak berapa nak cukup makan sangat pun bila bersalin dulu. Bila dah habis pantang, baru sibuk2 nak buat stock ebm. Memang x ke mana la kan. Ada la setakat 2oz je sehari sebelum mula kerja. Makanya, jadi lah pam pagi, pam petang, untuk bekal si kecil esoknya.

Bila baca banyak cerita macam2, di blog, group di facebook etc. Kadangkala tidak sedar pun matlamat sebenar nak breastfeed, matlamat nak kumpul stock banyak2. Bila tengok ada orang yang berjaya kumpul stock susu banyak, sampai kena beli deep freezer yang lain, tapi diri sendiri alahai ciputnya hasil memang tak dinafikan kadangkala membuatkan diri sendiri stress.

Bila duk baca sana sini, ada yang mengecam golongan ibu yang x berjaya untuk fully breastfeed anak sendiri, makin la rasa duk paksa diri nak bagi perfect. Bila ada yang usaha macam2 utk banyakkan penghasilan susu, bila tengok diri sendiri yang biasa2 je mulalah nak down. Kadang2 kita x perasan kan, masa berjaya bg full susu bdn macam ada perasaan bangga semacam, ntah2 dah timbul perasaan riak dalam diri, Astaghfirullah. Bila tgk baby y baru lahur dah minum susu formula terus rs kesian tp pernah x rs kesian y kdg2 smpai terfikir "eh mak dianni nape xbg susu bdn? " , tanpa kita tahu pun keadaan y sebenar. Yelah, kita kan perfect mom dpt bg susu bdn sepenuhnya.

Setiap ibu mempunyai kelebihan dan kekurangan sistem badan yang tersendiri. Setiap anak dah ditentukan rezeki yang tersendiri. Tapi ada jugak golongan mommies yang berjaya fully breastfeed ni kadangkala xnak terima benda tu. Bagi mereka, kalau mereka boleh semua orang mesti boleh. Kena usaha smpai boleh.

Mungkin itu yang aku pegang, atau terpengaruh sehinggakan bila susu cukup2 makan je masa damia umur 5bulan lebih, aku stress sangat2. Hari2 dapat hasil separuh je dari jmlah keperluan damia. Masa ni damia dijaga oleh maksu kat shah alam, pejabat aku berhampiran stesen lrt asia jaya petaling jaya.

Disebabkan obses sangat nak jadi perfect mom, takut sangat kalau tak bagi full susu badan, apa yang aku buat? Every day, during lunch hour aku ulang alik pj-s.alam untuk hantar susu yang aku pam sesi pagi. Almost 1 week ke 2weeks aku dah lupa. So automatically susu y aku pam setiap hari dah short sebab dah ambil in advance 1 botol. Malam2, aku masih bangun dalam kol 12, 1 pagi untuk pam atau buat power pumping. Tapi x bgn la kol 3,4 pagi sebab damia masih bangun menyusu dgn byknye setiap pagi. Pukul 530 cmtu bgn pam lagi sebab nak cukupkan jugak bekal.

Tapi makin lama, walaupun aku cuba untuk berfikiran positif, badan aku dah kepenatan. Ulang alik, dengan stress kerja lagi kadang2 xsempat nak pam, balik penat2, malam tu nak bangun. Sekuat mana pun aku cuba, my body couldn't take it anymore. Everyday when I woke up, or while driving back home after work,  without fail, I will thinking about it. What should I do because there is not enough milk to give to my lil baby. Sampai 1 hari boleh terlanggar kereta uncle cina walaupun masa tu jalan jem and cars are hardly moving on the road, speed was like 10km/h?. I cannot think properly anymore!

Petua nak tambah susu badan jangan cerita la. Macam2 aku cuba, supplement yang mahal banyak, murah sikit pun aku cuba. Sampai 1 tahap xde effect ape pun. Yes I know the concept is demand vs supply. Dont lecture me anymore.

Then...........I give up.

No! I don't give up. Aku cuma bagi yang terbaik yang aku boleh bagi. Masa ni,  I only managed to pump 1oz per day. Sebab dah super stressed,  badan pun dah exhausted! 

Decided to topup with formula milk, damia was 5months 2weeks at that time. When my hubby gave formula to my baby, I cried beside him. Sedihhh woooo masa ni. Tapi time tu je la haha.

Sebab lepas tu, dah fikir masak2. Buat ape nak stress sangat. You already made a good job! Xde pun mana2 peraturan yang menghukum ibu2 yang topup with formula. Jangan peduli apa org kata. Yang penting anak membesar dengan sihat.

I stopped ulang alik s.alam, no more bangun malam buat pp for a while and give my mind and body a very good rest. Seriously masa ni langsung x fikir ape dah pasal x cukup susu. Everyday pam macam biasa, bila tak cukup topup. Then eventually susu bertambah. Ada hari2 yang x perlu topup formula dah. Tapi on and off. Sometimes bila xsehat, susu down topup lah. Kadang2 xtahu sebab apa, susu sikit sangat tapi malas dah nak stress2 macam aku ni seorang ibu yang teruk sangat kalau tak bagi full ebm.

And now,  damia is 10months ++. Decided to stop giving breastmilk for a valid reason i could say. Erm not totally stop yet. Give her full formula di siang hari, breastfeed on off di malam hari, atau di kala kecemasan haha.

Wahhhh panjang lebar kan entry.

Ape2 pon nasihat untuk breastfeeding mom, jangan terlalu obses dengan apa2 pun. Yes, its good kalau boleh fully breastfeed sampai 2tahun seperti yang disarankan. Tapi jangan sampai x jaga kesihatan, jangan sampai diri sendiri merana. Keep in mind, we are doing our good job as a mom already. It doesn't matter if you only can give maybe 2oz? or even you can give half of the demand as long as its the best we can do!

And to mommies whoever can fully breastfeed your baby, keep it up! But don't pressure other mommies to be perfect like you. Don't look down on others if they cannot give what you can give to your baby. Membesarkan anak ada pasang surutnya.

Akhir kata, aku minta maaf andai apa yang ditulis ni bercanggah dengan pendapat sesetengah orang. Mungkin ada yang akan sakit hati, tercabar, r aku ni cepat give up, atau mungkin ada yang bersetuju but I don't care. Ambil yang keruh buang yang jernih. Bukan aku tujukan kat sesiapa pun. Ni pengalaman aku sendiri. Mungkin banyak lagi cacat celanya, yang boleh diperbaiki dan apply untuk next baby maybe? InsyaAllah kalau ada rezki dari Allah s.w.t

Sehingga berjumpa lagi.

P/S: entry yang tertangguh. Hamek kau 20 perenggan kotttt haha .Dah lama berfikir nak tulis tapi takut sangat haha

P/S : maaf bahasa yang bercampur aduk. Akan berusaha untuk perbaiki di masa hadapan. Either fully malay or fully English.  Tapi dua2 macam hancus je  :p

Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea