Aug 19, 2016

Dugaan ibu menyusu

at 5:33 AM
Assalamualaikum

Rasanya semua ibu menyusu dah maklum dugaan2 yang bakal tiba jika menyusukan anak. Aku pun x terkecuali. Cumanya kali ini memang betul2 cabaran bagi aku sebab delisha menyusu lebih banyak berbanding abang dan kakaknya.

7am-7pm : 18oz

Macam baby boy dah.

So apa dugaan untuk aku? Yang paling ketara ialah :

Dahaga.
MashaAllah. Aku tak pernah rasa dahaga macam ni. Dari dulu aku jenis yang susah sangat nak minum air. Kalau 1 liter tu macam dipaksa2 nak habis. Tu pun minum sebab xnak susu drop. Kalau x..jauh panggang dari api la jawabnya.

Tapi kali ini, kejap2 aku minum air. Sedar2 baru pukul 2 petang dah habis 2 liter air. Memang luar biasa sungguh.

Lapar.
Yang ni agak ketara. Aku memang makan banyak dari dulu. Tanya lah orang lain cmne. Tapi sekarang lagi lapar haha.

Pagi2 dah makan biskut 10keping cicah air milo.
Lunch pukul 12 makan nasi macam biasa
Pukul 130 dah kebulur balik. Makan roti sosej pukul 2.
Pukul 3 makan kek span y beli kt seven eleven.
Air berkali2 minum. In between makan cookies non stop.
Petang balik xsempat masak sbb dah kelaparan. Tapau je makan utk dinner.


Seriously?? Like an eating machine!!

Patutlah orang cakap kalau bulan puasa sampai menggigil2 tahan lapar satu hari. Aku xtahu apa keadaannya kalau aku tahan lapar 1 hari xmakan.

Bagi aku ni memang betul2 pengalaman kali pertama walaupun anak 3.

Tabahnya ibu2 yang anak lelaki semua minum susu lagi banyak. Patut lah boleh kurus...cepat sangat kalori terbakar bila pam susu.

Tapi ak belum kurus lagi la 😂😂
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea