Sep 19, 2010

tak sempat nak kokoro junbi katanya

at 11:11 PM
selesai sahaja berjumpa untuk pertama kali dengan kedua-dua family masing-masing, kami bincang-bincang. tanya pendapat cmne 1st experience ni kan. pastu hajat di hati memang nak eratkan lagi hubungan. tapi cuti aku terhad. lalu aku msg dia...

"bila lagi saya boleh jumpa family awak ni?"
then satu kata putus dicapai. hari raya kedua. kebetulan hari raya kedua tu ada kenduri katkampung aku. so aku ajakla dia sekali, cakap nak g kenduri member. so tanpa banyak soal dia bersetuju. 

pagi raya kedua tu dia datang dengan lenggang lenggoknya. datang beraya la konon-konon tapi abah tak ada kat rumah sebab pagi-pagi lagi dah ke rumah kenduri tolong-tolong apa yang patut. kebetulan mak aku pun nak pergi kenduri jugak. mulanya nak pergi ngan motor tapi sekali semua motor kena kebas daa. so ma, syafik n ira naik sekali ngan ktorg.

sampainya di sana, kami berjalan beriringan dalam satu kumpulan. sekali la ngan ma tadi. time turun ke canopy tu takyah cerita la, semua mata yang tengah makan tu tengok si dia. dari hujung meja sana sampai ke meja sini. belum campur lagi ngan golongan yang berehat bawah rumah, yang kacau gulai kawah, termasuk juga la mak sedara aku yang berada kat tepi pintu kat tangga dapur. mana taknya, ada wajah baru datang sekali. haha

lepas dia bersalaman ngan abah yang tengah kacau nasik kawah tu, aku tinggalkan dia jap dan aku pergi menyapa mak sedara ku yang asyik je berborak. lantas aku cakap kat mereka gerangan si dia. kemudian aku pergi ambil makanan dan duduk semeja dengan si dia.

"awak, kat sana tu semua mak sedara saya. yang kacau gulai ngan abah tu pakngah."

dan bila terlihat kelibat sesiapa sahaja yang ada kaitan denganku akan kukenalkan kepadanya

" awak, yang naik motor tu pak cik saya. aaa yang tu sepupu, yang sana sedara bla bla bla bla..........."

dan begitulah seterusnya setiap kali saudara aku melintas di meja makan kami. sebenarnya aku terlupa nak bagitahu dia bahawa kawan aku ni sebenarnye saudara jauh tak jauh aku. abah aku n ayah kwn aku tu sebenarnye sepupu. so aku ngan kwn aku tu dua pupu la kan namanya.?

"kenapa tak cakap awal-awal? tak sempat nak kokoro junbi ni"
"saya lupaaaa.....hehe"

so, secara tak langsung juga lah berlaku majlis suai kenal antara dia dan saudara-maraku yang lain. maklum sajalah kalau dekat kampung. satu kampung adalah bersaudara. bayangkanlah, abah dan 4 beradik yang lain tinggal satu kampung. di sekeliling pula sepupu dan dua pupu abah. pendek kata bersaudara. kalau kenduri tu maksudnya semua saudara la yang berkumpul hehe. im sorry tak beritahu awal-awal. tapi bagus sebabnya...

"kalau saya bagitahu semua saudara saya ada  mesti awak taknak datang kan?"

dan dia sengih je hehe taknak datang la tu kan~


[kokoro junbi : persediaan mental......... kot]
Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea