Sep 18, 2010

selesai satu step

at 1:19 PM
Raya pun dah berlalu. Seperti yang aku duk cakap-cakap dalam entri lepas, balik kali ni besar maknanya. Apa yang besar sangat? 

Alhamdulillah, kami baru je lepas satu step besar,  iaitu berjumpa family masing-masing secara informal sebelum menuju ke step seterusnya. bukannya berjumpa like my fam datang rumah fam dia. tak. just aku pergi jumpa family dia dan dia pun datang jumpa family aku.

aku jumpa ngan  mak, kakak,abang n adik dia masa 1sttime jumpa tu. serius, memang aku blur dan tak tahu nak bercakap apa.  adik dia tanya satu aku jawab satu. tu kira nasib baik sebab tangan aku tak sejuk kalau nak compare ngan waktu biasa2 kalau aku cuak. time ni singgah kejap je sebelum dia hantar aku balik rumah. then, turn dia pulak jumpa my family. borak-borak ngan abah sebelum buka puasa sama-sama. Nasib baik la dia ni jenis senang la jugak nak bercakap banyak-banyak. kakak aku pun cakap macam tu. oh, sebelum balik ganu aku bawak dia jumpa akak aku kat p.klang sana. bukak puasa sama-sama juga. 

Aku taknak cakap apa-apa lagi kat sini. Cukup sekadar memberitahu yang kami dah lepas satu step. Tapi banyak lagi yang perlu dilakukan. Kena tunggu balik tahun depan la pulak untuk selalu berjumpa. Kena saling merapatkan hubungan antara satu sama lain. 

Tapi aku ada satu cerita menarik dan agak kelakar. haha kalau nak tahu kena tunggu dulu ye hehe
Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea