Haaa itulah si damia
Semalam sempena genap sebulan, damia kena pg cucuk kat peha di KK.
Alkesah org lah ramai tapi doktor seorang je untuk semua kategori pesakit.
Kesian tengok warga tua yang menunggu.
Semalam, bukan saja damia y kena check up, tapi mamanya pun sama.
Kena check hb, urine, bp, tinggi rahim dan segala2 y berkaitan.
Aku pulak x prepare, ingatkan damia sajo. Bila dorg beritahu nak check jugak untuk si ibu, mulslah menggelupur hak2.
"Eh pagi tadi minu air kopi, x minum air msk byk2 kang result x lawa mati la"
Haaa nampak sangat time nk jumpa dokyor je jaga segala kan hak2..
Tapi nasib baik la semua under control lagi hehe
Baby pulak ditimbang, naik 100g je since last 10 days. Ok la tu, da 3 kg.
Mama pulak baru turun 7 kg. Lg 6 kg oyeah...
Alkesahnye, baby ni masa mamanya nak pergi kaunter makmal, suruh la papanya pegang jap. Belum sempat nama dipanggil, papanya datang bawak damia yang dah oek2.
Mamanya amek kejap je terus diam. Pastu kena bg urine pulak, bagi la damia kat papanya.
Balik je dr toilt damia oek2 lagi, kena menyusu jap...pastu papanya datang panggil cakap nama da kena panggil. Bagi la lagi damia kat papanya. Pergi kaunter utk check hb.
Dari jauh da dengar damia meraung. Si kecik ni kalau da meraung kelaparan memang xde can dah. Kena sumbat dulu baru diam . Bila smpai tgk papanya dah tkial2 pegang damia yang out of control hahaha. Cian my girl..
Pastu pergi pulak bhg ibu n anak sebab nk cucuk kan...
Masuk bilk sejuk gila! Kuat tol dorg pasang ekon. Damia sukala duk dlm ekon, terus boleh lelap mata.
Sampai ke saat mendebarkan....
Masa nurse cucuk kat paha tu, zassss terus meraung bagai nak rak tapi yang kelakarnya bila nurse tarik jarum terus diam. Tanpa sedu-sedan , terus pejam mata sambung tdo.
Alahai si comel ni geram2.