Jan 11, 2014

Damia masuk taska

at 8:54 AM
Assalamualaikum!
2hb lepas dah mula menghantar damia ke taska, berhampiran dengan klinik kesihatan yang pergi check up bulanan dulu. So masih dikira dalam kawasan la kan.
Baby total 3 orang, tapi kanak2 yang berumur setahun ke atas agak ramai bila campur dengan transit.
Mula2 hantar,  damia menangis xnak duduk. Kalau duduk bawah, pengasuh xboleh jauh langsung! Memang dah dijangka akan berlaku perkara macam ni sejak dah tumbuh gigi ni. Kat rumah pun macam ni jugak so ak anggap ok la.
Hari2 berikutnya, dah makin ok. Kanak2 lain ramai, damia memang suka la. Cuma pagi2 wajib nanges bila mamanye hantar. Mamanye pun kentalkan hati, lepas bagi cikgu, terus lari masuk kerta pergi office. Mana boleh stay lama2,  kang xpsl2 hangkut balik office haha.
Cumanye haruslah bersedia mental dan fizikal bila kadang2 berlaku ketidaksempurnaan yang mungkin berlaku.
Contohnya semalam, masa ambil damia bawah mata merah sangat di belah kanan. Cikgu pun xtau kenapa. Dia risau jugak takut dituduh dera. Maka aku tanya la, xcukup tidur ke. Dan memang betul damia xcukup tidur. Susah nak lelap kata cikgunya, asyik jerit2 aje. X nanges tapi riuh duk jerit. Dalam perjalan pulang, nanges je sepanjang jalan. Sebelum sampai rumah aku stop kejap kat kedai, susukan damia jap. Xsampai 10minit dia tertidur. Ngantuk dan kelaparan rupanya.
Bila balik rumah tengok susu half je abes, makanan pun half. Patut la xtdo, lapar rupanya. Bila nak tukar pampers, tengok merah2 kat punggung n tuuuttt. Mesti xselesa sebab tu xleh tdo.
So harini gtau kat cikgu kenapa.  suruh tukar pampers kerap sket. Suruh bagi susu banyak sket. Kalau dia main2 nak minum susu, kena bia dulu pastu keep bagi lepas tu.
Alhamdulillah,  harini bila pergi ambil tadi seronok lagi dia. Gelak2 je tengok mama. Xmacam selalu asyik nak nanges je hehe. Susu pun macam dah ok sket minum.
Nak kata marah kat cikgu tu tak la, biasalah manusia ada kelemahan. Yang penting, kalau ada apa2 kita beritahu. Tapi kalau berulang2 perkara sama, something is wrong somewhere.  Aku pun belum dapat jaga damia dengan sempurna. Sekali sekala jadi mcm ni ak masih ok. Bukan aku x amek kisah cuma aku xnak jadi y terlalu mengharapkan kesempurnaan.
Tapi kalau memang intentionally and purposely xnak bagi makan minum, xnak tidurkan, buat bodoh je...aaa ya ni xleh la dibiarkan kan.
Semoga damia tenang2 aje di sana. Dan aku masih berharap boleh dapatkan pengasuh yang dekat ngan rumah! Hihihihi sebelah rumah lagi bagus! :p
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea