Sep 16, 2014

Detik-detik cemas #3 v2.0 "baby is coming!!!"

at 5:47 PM

Assalamualaikum!

haaaa post lepas kena tolak ngan nurse masuk wad bersalin kan. lets continue!

papa teman menuju wad bersalin sambil ak ditolak oleh nurse. sampai pintu depan, kiss2 sket peluk2 sket, "gambare!" kata papa sambil hantar ngan mata je la pastu diarah tunggu kat luar je haha. sadis sket ppum xbg hubby teman smpai labor room. tp bg ak no big deal pn hubby x msk hehe. ak kan bajet bagus sket haha. padahal takot makin lemah n lembik kalo ada hubby. kang xpsl2 meraung2 dlm blk.

ak dapat bilik no 11.hujung sket. sambil intai2 beberapa pesakit dlm bilik lain. cuak pulak rasa. haha

bila masuk bilik tu sekali lagi diingatkan untuk ke tandas kalau2 terasa nak membuang ke. sebab xnak ambil risiko, ak masuk tandas lagi sekali hehehe lepas tu nurse pasangkan lagi skali benda alah kat perut utk monitor jantung baby, jantung mak, etc. kejap je pasang pastu da buang. kemudian dtg HO untuk buat clocking. sekali lagi bermula sesi soal jawab y sama mcm kat wad atas. bezanya kat ats isi kertas tp kt bwh terus key in lam komputer.

masa ngah disoal jawab tu tetiba je rasa makin cepat je contraction. bila nak pastikan memang sah setiap seminit dengan sakit yang panjangnya seminit. pastu HO pulak sibuk duk tnye2 soalan sambil ak duk menahan sakit. dalam hati ak ni duk kata "doc ni xnmpak ke ak tgh sakit duk tnye2 soalan, cmne ak nk jawab" hahaha tp ak xbunyi pn. cuba control pernafasan y ingat2 lupa sbb xprepare!!!! dush2

akhirnya doc perasan ak tgh tahan sakit. cepat2 dia datang sebelah kanan tanya nak pakai gas x. thank god! ak ckp nak sbb sakit sangat. dia bagi je kt ak xckp ape2, tgh2 sakit tu ak sedut tp xjalan. i was like " ehhhhh nape xrs perubahan pon.masih rs je sakit.rosak keeeeeeee"

pastu tetiba rs mcm ada satu tolakan y kuat dr dalam. ms ni ak terus tringat pengalaman damia dl. eh mcm sama je. mcm nk pecah ketuban je. thennnnnn, debushh!! air ketuban pecah, bersepah2 abis basah lantai bilik. HO tergamam,pandang ak mata x berkelip2. sorry doc, i wasnt expecting that as well. pastu dia kua nak panggil MO on duty yang ak pun xsempat lagi nak jumpa.

tinggal ak sorang2 dalam bilik tu apabila ak mcm rs kepala baby dah nak keluar. i was alone!!

"aaaaaaaaaaaaaa!!"

yes. i screamed as loud as i can. gila kau. sorg2 dlm bilik tu ngan rs baby nak keluar. cuak kot kalau jadik pape. xmo la ambil risiko.kang jd pape ke. ngan sakitnye.haaaa cmne2?

then masuklah 4orang dlm bilik ak. ha ha ha sape suruh tgl ak sorg2 kan. sorg HO dtg tgk ak muka kelip2.

"help me"

ak cakap kat dia sambil tahan sakit.sbb tang tu jugak rs contraction kuat lagi skalik. yang lain pulak bergegas baru nk bukak almari nak ambil sumer barang2 lain. nurse y pakai bj hijau tu pulak mcm tgh tahan kepala baby dr keluar sambil suruh ak tahan.

bukan ak taknak tahan tapi xleyh tahan. sampai terangkat2 punggung sbb nk tahan punya pasal. ms ni lupa da segala benda. makin nak tahan makin rasa baby nak keluar. da rs kepala kot!!!

kain y ak pakai mcm menutupi ket kt dpn.kaki pn ak dah naikkan siap2 ke posisi y sepatutnya. tangan kiri pegang palang katil. tgn kanan xleyh guna sbb ada jarum kt tgn..y sepatutnya kena msk antibiotik sblom bersalin.

nurse selak kain...

"baby is coming!!!"

jerit nurse tu. HO terus cakap "tarik2!"

"abes dah koyak haaaa"

maka keluarlah segala isi perutku. phew~

dengar tangisan bayi y kuat sebaik saja keluar.

lalu diangkat bayi dan ditanya bayi apa.

its a boy!!

bayi yang baru je aku lihat sehari sebelumnya melalui mesin..kini di hadapanku.

Subhanallah. Alhamdulillah.

Lega rasanya. selesai sudah fasa satu.

 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea