Sep 7, 2013

5bulan sudah ♥♡

at 8:46 PM
Assalamualaikum! 

Dengan ini diumumkan genap sudah 5 bulan umur damia. Kejap nya masa berlalu. Rs mcm baru sahaja mengandungkan dia. Cewah ayat xmau kalah.  Tp serius rasa kejap sangat. 

Teringat saat2 duk berperang bergaduh bila dia xselesa kembung perut xtidur malam. 

Teringat saat2 dia demam diusia sebulan. Buat mama xsenang duduk.

teringat saat dia menangis siang malam tidur 15min minggu pertama balik sini after pantang.

teringat saat2 dia senyum bila amek dr umah babysitter. 

Huish kalau nak tulis semua mmg jenuh la nak khatam kekeke. 

5bulan?

hmmmm... sekarang tengah berusaha nak meniarap belah kiri pulak. Belah kanan dah power hak2. Malam2 asal terjaga terus meniarap.

dah pandai sikit2 nak pegang barang tp masih lemah. Kaki je kuat. Kalau excited kaki yang angkat dulu. Dah tahu erti "yeay nak dapat susu" bila tengok botol susu atau tengok mama.

dah pandai memilih. Kalau susu mama sikit, no no no! Nak botol jugak...

dah pandai borak2, potpet2, gelak ketawa bila kena geletek.

eh dah banyak y baby mama dah pandai ni. Pelan2 ek.


Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea