Jun 22, 2016

Selamat datang zuriatku #4 - detik cemas 2

at 12:53 AM
Assalamualaikum.

Disebabkan mata xnak lelap mungkin sebab petang tadi dah tidur,dah minum nescafe.. ehemm makanya aku bercadang nak sambung cerita detik cemas lah sementara segar di ingatan..

Sambungan dari nak hantar anak ke sekolah. Dah wassap teachers on the way tapi xde balasan. Duk berharap x ambik masa banyak sangat bila sampai sebab takut xsempat. Sakit makin kerap. Husband pulak sibuk jugak sakit perut nak membuang 😂😂😂

Haa eloklah tu. Cuba bayangkan mama nak bersalin tp yang nak keluar lagi besar. Tahan dulu mama beranak papa b***k. 😃😃😃

Sampai sekolah kena tunggu sekejap. Papa terus pergi bukak pintu pastu angkat daniel. Sambil2 mama pujuk damia sebab terpaksa hantar awal. Gelap lagi masa tu mesti dia pelik. Sakit makin kerap. X berdaya nak turun hantar dorg so salam damia kat kereta je. Daniel dah tidur balik masa ni.

Lepas tu sambung perjalanan ke ppum. Bila lalu bonggol suruh husband slow sikit sebab makin rasa nak terberanak kalau laju2.
Masa masuk kawasan ppum dah rasa something nak keluar. The urge. Kuatkan semangat bertahan. Papa nak hantar kat bhg kecemasan tapi aku taknak.

Doc y ms appt semalam cakap.. sometimes pergi ward bersalin terus lagi cepat.ak takut n rs cuak gila kalau kena drop sorg2 husband xde. I just want my husband to be beside me sampai lah aku selamat dihantar ke labor room.hantar separuh2 ni xgemar.xsuka.xnak.xtau nak describe cmne tp nak husband teman smpai betul2 boleh dibawa ke labor room.xdpt teman bersalin pun xpe.Paham ke idok ni?

Husband duk membebel2 cakap pg emergency lg cepat..ada org..ada guard etc.. aku y dah makin sakit ni terus suruh dia diam sbb nak concentrate on contraction.ampunkan daku encik suami 😢😢. Kena bertenang...kena bernafas dengan betul. Xleh panik. Bla bla bla

Eh lama pulak husband duk pusing2 nak cari parking betul2 depan lift lobby. Masa ni aku dah pukul2 lengan dia,tarik2 baju sebab rasa macam baby nak keluar sangat2. Ingat lagi kot perasaan tu..rasa sesuatu nak keluar sebelum air ketuban pecah masa melahirkan daniel dulu.
Terus suruh husband parking je mana2. Kalau tengok luaran nampak ak macam masih berupaya menahan sebab aku xde la histeria terjerit terpekik segala..waima menangis mengalir2 airmata pun tak. Bila sampai je parking husband boleh pulak melangkah longlai sambil2 tengok phone jalan ke sebelah aku. Masa ni aku dah x berdaya nak bergerak..tak berdaya nak bukak kaki untuk turun sebab takut baby keluar. Nak meroyan kat husband pun dah x berdaya sebab nak focus on contraction. Aku bukak pintu sendiri n grab my hospital bag on my own sebab xlarat nak tunggu husband. That is the least i expect from huband at that time but maybe i was too calm in the car so he didnt feel the urgency 😂😂

Lepas bukak pintu ak gtau husband dah sakit sangat2 x tahan. Jalan pun terkepit2 you all. Tarik2 baju husband. Sambil terkumat-kamit baca doa nabi yunus. Tu je y aku duk terfikir dan teringat.pastu air ketuban pecah masa tengah jalan tu. Bila gtau husband,dia nak tinggal aku kat parking kosong tu sorang2 sebab nak pergi panggil orang. No way man! It was 630am. Empty parking lot? Lepas air ketuban pecah? Not gonna happen!! Last time, bila air ketuban pecah aku ditinggalkan keseorangan sementara doktor dipanggil sehinggakan aku terpaksa jerit panggil dorang bila rasa baby nak keluar. Dan dorang x sempat buat pape2. Semestinya aku xnak kejadian tu berulang makanya aku pegang tangan baju husband xnak lepas jalan sampai lift.

Jalan seriusly terkepit2 sebab dah rasa sangat2 baby xsabar nak keluar. Sampai kat pintu lift aku dah xboleh fikir apa2 selain rasa baby memang betul2 nak keluar2. Seolah2 semua rasa/fikiran blocked sebab bercampur rasa panik mungkin. Pastu nak kawal perasaan dan pernafasan lagi memang xboleh berfikir secara logik. Maka aku pun menjatuhkan diri perlahan2 baring atas lantai depan pintu lift. Tanpa alas apa2 atas lantai. Aku hanya mampu baring di situ.

What do you think happened after that?

Stay tuned for more detik cemas 😉😉😉😉
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea