Jul 12, 2011

kursus kahwin : done!

at 10:11 PM
Alhamdulillah. selesai sudah satu perkara. dah boleh potong lam buku .yeay! 9 & 10 Julai aritu bertempat di putrajaya, aku dan dia menghadiri kursus kahwin. insyaAllah next week dah boleh dapat sijil. overall, kursus ni sangat best! sebab aku x ngantuk. ustaz sumer best2. 

alkesahnya, mula2 nak daftar kat shah alam. tapi ada la orang tu duk tangguh2 akhirnya xdapat nak pergi kat situ . dah full. pastu duk cari2 jumpa yang kat masjid negara. tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan xleyh jugak nak join situ. akhirnya pergi yang putrajaya nun jauh di presint 9 sana.

sebelum g kursus tu ada la sedikit krisis ngan dia. sepanjang perjalanan tu aku duk muncungggggg je. majuk la konon2.hati nak jugak keras macam batu. ego nak jugak tinggi melangit kan. buat bodoh je sampai la kat tempat kursus tu.

nak dijadikan cerita, sesi dimulakan dengan tajuk KOMUNIKASI SUAMI ISTERI oleh Ustaz Zulkifli. dalam sesi ni banyak la belajar, dapat info dan memang terus rasa gedebuk batu besar atas kepala. hahaha. abes je sesi  ni terus xjadik merajuk. haha. haaaaaa thats why la sangat digalakkan pergi sama-sama ngan partner. supaya sama2 belajar, sama2 dapat info. Ustaz2 pun sarankan datang sama-sama.

sebab bila dah abes setiap sesi tu nanti aku ngan dia mesti duk bincang2 balik. "haaaaa, dga x ustaz tadi ckp ape? mcm ni bla bla bla."

masing2 ada la part yang terkena batang hidung sendiri. kali ni xnak lah cakap byk pasal kursus kahwin ni. next time aku kongsi cte lagi. bye2
Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea