Oct 27, 2011

♥ 10harilagi ♥

at 9:45 PM
Assalamualaikum semua :)

Dupdapdupdap jantung ni haaa. lagi 10hari. semoga dipermudahkan segalanya. minggu lepas balik kampung. amek leave satu hari sebab nak tengok apa yang patut. urusan cat mengecat bilik bagi kat adik haha. barang dalam bilik pon dah beli. beli almari je. satu set ngan meja solek haha. tapi xde kerusi kecik. curik mak punya la sat hehehehehe

balik beli cat sendiri. ngan adik. jenuh nak carik. maklumla kawasan kampung. last beli cat, tunjuk kat abah, cepat2 geleng kepala. tak berkenan.hahaha. mana taknye, pink kotttttt. sian abah. xsanggup kot tengok rumah warna pink hahaha. act bukan pink betol,warna pink purple y pekat. dapat warna cerah n berkilat lebih dari dalam buku.haihhhh. so urusan seterusnya serah kat abah la hehe

borang nikah dah selesai. jurunikah dah kompem. tapi buat after zohor. nak tukar tapi dah x sempat. fully booked. xpelah, zohor skang awalkan, sempat lagi nak pungpangpungpang pon hahaha. tapi cara abah hantar borang sangat kelakar. sebabnya, abah hantar terus kat jurunikah masa orang kampung aku kawen aritu. direct je bagi time orang nak akad nikah hehehe, xpelah,janji sumer dah setel. 

so far semua macam ok. cuma satu pintaku, dont expect too high hehehe. majlis kawen aku sangat simple. baju pon x gah. xde 2,3 pasang macam korang. kenduri ni pun sekali ngan tahlil arwah atuk so ma n abah nk buat simple yang mungkin. mengikut kesesuaian majlis. korang jgn demand mcm2 tau hahaha.

fuhhhhhhhh! xlama dah ni weyyyyyyy. cuaks!

 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea