Assalamualaikum!
dari saya dan baby 5 bulan dalam kandungan hehehehe
semalam, semasa genap 5 bulan kami telah berjaya pergi buat buku merah/pink. nasib baik x kena marah ngan nurse dan doktor hehehe
kami pergi buat di klinik taman medan jaya.. nasib baik betul klinik tu untuk tpt tgl kami..
sampai sana lam pukul 730 pagi, wpun klinik buka pukul 8pagi dah ramai orang datang. kami dpt nombor 13.
1st step kena isi 2 buku merah tu, satu untuk klinik simpan dan satu untuk si ibu. isi lah segala2nya. lepas tu amek berat dan tinggi. berat saya dah meningkat 2kg sejak sebulan y lalu yang mana ianya adalah bagus. sebab nurse cakap time pregnant ni kena pertambahan berat 0.5kg seminggu bersamaan 2kg lah sebulan.
lepas tu kena amek darah kat lengan dan darah kat jari. untuk chek kandungan gula, hemoglobin, check kumpulan darah anda RH =ve atau -ve. pastu untuk check penyakit kelamin dan juga untuk saringan HIV.
Lepas tu pergi pemeriksaan ngan nurse. dia tanya2 lah ada masalah ke x. pastu nasihat utk pemakanan. kena kurangkan portion utk nasi, mee, bihun dan mkn y seangkatan. cuma tambahkan lauk kalau rs mcm x cukup,jangan mkn nasi byk2 sebab takut kena obesiti, kencing manis dan mcm2 penyakit time pregnant. kurangkan jugak mkn berlemak, manis n masin. juga diperiksa payudara untuk mengesan kebarangkalian utk kanser payudara. ni kena check sebulan sekali katanya. lepas tu kena buat check up utk gigi jugak. lepas tu nurse letak gel utk dengar jantung baby. xtau apa nama alat tu. tp seronok sebab dpt dengar jantung baby yang sgt kuat itu
then jumpa doktor jugak. doktor just tanya y simple2 jugak lah sebab awal lagi. nak suruh kira peregerakan baby pun x perlu sebab aku pun kdg2 tau kdg2 xsedar baby bergerak. xbrape pasti lagi. pastu doktor scan. alhamdulillah baby nampak ok. mula2 x gerak sgt, aku tanya la doktor baby xgerak ke. terus haaa dia bergerak2.. comel betol!
dapat obimin. nurse cakap skang dah boleh stop mkn acid folic y tablet tu sebab acid folic dah ada dalam obimin ni. cukup dah.
then kol 11 cmtu baru gerak g ofis...
sekarang dah xrisau2 dah psl buku merah. excited nak tgu utk next appointment hihihi